Monday, March 30, 2009

2 Bukit Dan Batang Ai :KJ jangan Turun.

KJ jangan turun di Bukit Gantang, Bukit Selambau atau Batang Air. Kenapa? Sendiri mau ingat la!.Najib dan Muhyiddin tolong arahkan KJ jangan turun di mana-mana pilihanraya kecil untuk berkempen khususnya pada 7hb April 2009. Bukan apa, takut-takut kalau BN kalah penyokong BN akan menyalahkan KJ sekali lagi. Berilah kepercayaan kepada Razali dan Mukriz berkempen mewakili Pemuda UMNO buat kali ini.



Sama ada KJ ada atau tidak di PRK di Perak, Kedah atau Sarawak, orang akan memperkatakannya juga. Isu kesalahan rasuah tetapi menang Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kalau ada bertambah ghairahlah lagi pihak pembangkang. Kalau tidak turun reda lah sikit serangan mereka disebabkan batang tubuhnya tidak ada. Kalau berdegil juga, maknanya menghulur batang tengkok la jawabnya.




Ambillah iktibar daripada Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Najib harus peka dengan senario terbaru ini. Kepekaan Najib menyebabkan Muhyiddin dapat menjawab perkara-perkara yang lain. Jika tidak, akan membuang masa Muhyiddin menjawab pelbagai soalan berkaitan dengan Khairi. Jika Khairi tidak turun di mana-mana, pemimpin-pemimpin BN khususnya boleh lebih banyak menyerang daripada bertahan.

Khairy harus sedar, reputasinya ketika ini tidak begitu baik. Khairy tidak perlu berkecil hati kerana itulah hakikatnya ketika ini. Bagaimana Khairy hendak berkempen sedangkan persepsi rakyat bahawa bontotnya bergelumang taik walaupun mulutnya manis bagaikan madu. Kalau dalam Perhimpunan Agung UMNO pun namanya di boo apatah lagi apabila berhadapan dengan rakyat terbuka.

Pendek kata, nasihat dan pandangan saya, Khairy harus berehat dan tenangkan fikiran. Masa masih panjang lagi untuk menunjukkan bakat. Insyallah jika Khairy ikut nasihat ini, UMNO akan lebih bebas berkempen. UMNO lebih bersedia menjawab isu-isu semasa di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.



Akhir kata, selamat berjuang dan teruskan menerangkan kepada rakyat perkara-perkara kebenaran, jauhi fitnah dan buruk sangka, berkempen secara berhemah dan berdisiplin, sentuhi rakyat dengan kata-kata bukan dengan wang ringgit. Insyallah Allah akan membantu golongan yang benar.

Amir Hamzah,
Batu Pahat,
www.amairhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

tok janggut said...

Salam Bro,
Maslahnya apa akan jadi kalau KJ tak pi, tetapi BN juga kalah. Siapa yang harus di salahkan. Nak salahkan KJ juga ke?

Minta maaf cakapalah broder ya, sekarang orang bukan tak suka pada KJ sahaja, tetapi khalayak dah meluat dengan bangsawan dalam UMNO. Cuba broder lihat di kawasan bro sendiri siapakah orang Melayu yang hidup mewah, berkereta besar, berumah besar dan mungkin juga beristeri besar. Kalau di tempat saya orang UMNO dan kuncu-kuncunya sahaja yang hidup mewah.

Kalau adapun orang Melayu lain yang hidup mewah, mereka hanyalah peniaga direct selling yang menjual Bio-Aura macam saya ni. Hehehe...

Namun begitu saya masih percaya bahawa UMNO adalah parti terbaik kepada orang Melayu. Saya tak percaya kepada PKR dan PAS. Saya orang Kelantan,saya tahu siapa orang-orang PAS.

Salam

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam tok janggut,

Saya kata adalah lebih baik buat masa ini KJ tidak mengambil bahagian atas beberapa sebab yang saya sebutkan.

Tetapi kalau nak pegi jugak apa boleh buat. Saya hanya memberi pandangan. Kalah menang adat bertanding. Menang ada alasan kalah apatah lagi. Semua orang akan menjadi penganalisis yang hebat.

Di tempat saya, hanya generasi baru sahaja yang kaya raya kerana peluang yang diperolehi daripada UMNO dan kebanyakannya adalah kontraktor. Kalau dah jadi pemimpin UMNO tentulah dapat banyak peluang kerana pergaulan bertambah ramai.

Kaya bukan masalah. Masalahnya ialah sudahlah kaya sombong pulak tambah lagi dengan pemalas. Tak hendaklah pulak berfikir untuk meningkatkan taraf hidup orang lain supaya kaya sepertinya. Nak kaya boleh tapi jangan kaya sorang-sorang. Kalau dah kaya kena pemurah, rajin lah sedekah barulah orang tak benci.Carikan peluang kepada orang lain untuk menikmati kek ekonomi yang lebih saksama.

Namun begitu masih banyak orang UMNO kerana nak berkhidmat serta berbakti pada bangsa, agama dan negara. Mereka masih hidup seperti biasa, makan gaji atau berniaga. Orang inilah yang mengerakkan UMNO di cawangan-cawangan. Kalau tidak kerana mereka ini UMNO tidak boleh hidup sampai hari ini.

Orang kalau nak kaya bukan melalui politik saja. Berapa ramai orang politik yang tak kaya. Cuma ada tak peluang yang boleh diterokai. Inilah persepsi salah orang tentang kalau nak kaya masuk UMNO.

Bukan senang nak senang bro. Dan bukan susah nak susah.

Khairy sekarang sedang menghadapi situasi yang sukar walaupun baru menang pemilihan. Ramai orang dengki tetapi bukan semua orang. Khairy masih ada penyokong. Malangnya penyokongnya ditenggelami dengan suara-suara ketidakpuasan hati terhadapnya.

Kalau BN kalah, biarlah salahnya kat orang lain. Walaupun nanti saya pasti akan ada suara-suara menyalahkan khairy juga. Kita tak mahu Khairy menjadi faktor utama. Kalau ianya terjadi, maka Khairy seperti sudah jatuh ditimpa tangga batang hidung kena taik ayam.

Inilah pertama kali dalam sejarah orang yang menang dalam pertandingan tetapi tertekan dengan keputusannya.

Terima kasih tok janggut Pasir Puteh.

amieiezam said...

tok janggot,

saya tinggal di selangor, saya lihat di sekeliling saya, ramai melayu yang hidup mewah...rumah besar, kereta besar...isteri, maaf saya tak ajar diri utk lihat hal orang lain...hmmm dan saya lihat orang hamPAS pun besar rumahnya..

kg saya di perak, rumah mak dan ayah di taman ipoh jaya kira2 setengah kilometer daripada rumah yg terpacaknya signboard "rumah MB perak" besar rumanya tok...rupanya rumah nizar namrud, keretanya sahaja bersusun disitu...hmmm bukan orang bangsawan UMNO shj yang kaya raya rupanya...hmmmmm

tapi kepercayaan kita sama...saya tak percaya pada hamPAS, ketidakADILan dan biaDAP!! jangan marah tok hanya melontar buah pikiran....

teruskan menulis amir..saya begitu yakin dengan gaya penulisan saudara....

rezeki allah dimana-mana...maukah kita kaya namun tiada keberkatan dalam perolehan rezeki kita... kurang harta, itu dugaan allah. banyak harta, itu juga dugaan allah..lihat shj apa terjadi kepada QARUN... saya tak mahu lagi terikat dengan persepsi pembangkang iaitu hanya UMNO yang kaya di bumi malaysia!!! kekayaan telah dikongsi bersama.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

SALAM amieieda,

Terima kasih kerana membantu saya. Kadang-kadang saya ketandusan idea untuk memperjelaskan lagi sesuatu isu.

Bagi saya, sesiapa yang rajin berusaha Allah telah janjikan balasan atas usahanya itu sama ada dia kafir atau Islam kerana Allah itu maha adil.

Salahkah orang UMNO kaya jika ia mendapat dari sumber yang betul dan halal. Pastikah org yang mendapat dari sumber yang haram itu orang UMNO belaka. Ini satu persepsi yang tidak adil.

Walaubagaimana pun terima kasih kepada tok janggut dan ameiieda kerana terjebak dalam perbincangan ini.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Bukan kat 2 bukit 1 batang jer dia jangan turun, kat bukit telanjang, kalau jadi, pun jangan turun. Kita dah naik cair taik telinga dengar pasal KP yang kena amaran tapi menang jawatan. Betullah kata blogger RM7, kumpulan 304 tu undi guna akal kat poket seluar..
Ada juga pemimpin UMNO yang asalnya kaya sebab mak bapak dia kaya tapi ada juga yang kaya-raya pasal dapat projek. Kebanyakkannya melalui agihan oleh Ketua Bahagian, MP @ ADUN. Kontraktornya pun dah ditentukan oleh mereka. Tu pun bukan dia orang buat kerja, semua main sub sahaja. Projek RM10K tinggal RM5K sebab dah berapa kali sub. Tu belum lagi tokeh dia orang mahu persen, wakil khas dia mau persen, balaci dia mau persen. Kekadang driver dia pun mau persen (heheheh, bro amir ada pengalaman kan..)Ini yang membolehkan mereka hidup mewah sebab ada bahagian masing-masing.
Kat tempat bro amir, cuma bekas MP jer yang bini tak besar tapi ramai...
p/s Bro, 304 tu cuma kurang 38 mata jer untuk jadi 342.. Hehehe

zedmagel said...

Bro Amir,

Saya geli ketiak melihat dan mendengar telatah orang UMNO sekarang ni :-

1. Mudah menari ikut gendang orang lain (pembangkang dan yang anti KJ).

2. Kalah dalam PR kecil ke Umum tidak pernah menyalahkan diri sendiri, taunya menyalahkan orang lain sahaja.

3. Lagi kelakar jika kalah PRK tiga tempat ini tentulah KJ yang bersalah.

4. Kalau macam tu le sifir UMNO, saya lihat pemimpin UMNO ni tak berapa bijak ( kata kesatnya bodoh le ). Dalam analisis PR punca kekalahan ada banyak faktor dan sebabnya bukan pasal KJ turun di tiga tempat ni. Ada banyak sebab2 lain. Batang Ai kalau KJ turun pun saya jamin BN dah tentu menang. Bukit Gantang dan Selambau KJ turun pun boleh menang dan boleh kalah.

5. UMNO ni jangan le bongok sangat sebab budak KJ yang seorang ni kita boleh percaya PR kecil ni kita boleh kalah kalau KJ turun. Anak saya yang tak tau politik pun berderai kidung mendengarnya.

Saya setuju dengan pandangan tok janggut kalah menang bukan sebab KJ. Pemilihan UMNOI dah habis bro, Dr Khir Toyo dan Mukriz dan perwakilan pun dah terima KJ,

Bro pastikan cakap saya, BN menang di Batang Ai dan Bukit Gantang, tetapi bukit Selambau belum ada tips lagi.

Ahli UMNO di abad ni biar pandai, jangan jadi pandir.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cengkodokmasin,

Bila kawan cakap KJ tak perlu turun sebenarnya bukan pembangkang je yang lanyak dia tapi orang UMNO sekali tumpang semangkuk. Soalnya mengapa marah sangat sesetengah orang UMNO kat KJ? Ini mesti ada cerita sebalik tabir.

Realitinya begitulah nasib malang ketua pemuda UMNO yang baru. Setakat ni hanya Razali je yang nampak turun padang. Najib dan Muhyiddin pun was-was nak lepaskan KJ. Ini soal sentimen bro.

Kawan memang tidak ada kaitan apa pun dengan Khairy. Berjumpa adalah sekali tapi kalau cerita projek memang tak dapat sebab kawan bukan kontraktor. Ikut keadaan biasa kawan mmg tak ada masalah dengan KJ.

Apa yang saudara cakap itu tentang tamak haloba, kroni dan suku sakat tu memang tak dapat dinafikan. Bagi kawan perkara itu adalah perkara biasa di mana-mana sebelum pilihanraya. Orang-orang inilah yang membusukkan nama UMNO. Projek bernilai 10K tinggal 5K. Sepatutnya hanya kontraktor yang berkenaan saja yang boleh ambil untung. Orang-orang lain yang tak ada kena mengena pun sibuk nak tumpang semangkuk.
Tapi malangnya perkara ini tak pernahpun ditegur dalam Mesyuarat UMNO Bahagian. Kita selalunya meluahkan apa yang tidak berpuashati melalui saluran yang salah. Mesyuarat UMNO Bahagian adalah tempat untuk kita mengkritik, memberi cadangan dan pandangan kepada pemimpin-pemimpin bahagian kita. Disebabkan kita tidak menegur itulah pemimpin-pemimpin kita naik lemak.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam zedmagel,

Sebelum pilihanraya ke 12, saya selalu dengar khabar-khabar angin tentang beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembangkang. Sukar untuk saya percaya pada masa itu.

Apabila saya pergi ke Festival layang-layang Pasir Gudang Feb.2008,saya jumpa orang-orang Kelantan yang menyertai festival itu mengatakan PAS akan menang besar sedangkan ketika itu BN hanya kekurangan satu kerusi sahaja. Sekali lagi saya memikirkan sentimen apa yang berligar-ligar di Kelantan waktu itu.

Dua contoh yang saya beri ini hanya khabar-khbar angin yang akhirnya menjadi kenyataan.

Sebenarnya bro, bro mengamal politik idealisma. Menurut bro politik semuanya baik dan ideal. Sedangkan politik penuh dengan sepak terajang dan seni mendapatkan kuasa.

Pada kawan, kita perlu ambil kira sentimen semasa, perubahan dan tingkahlaku pengundi, persepsi dan andaian pengundi, pengetahuan dan fakta yang ada pada pengundi.

Pengundi-pengundi bukan dari kalangan ahli UMNO sahaja. KJ sebenarnya turut tidak disenangi oleh pengundi bukan Melayu kerana khabarnya dia lebih berkuasa dari bapa mertuanya. Persepsi ini berlegar-legar di kalangan masyarakat bukan Melayu dan berita sebegini sangat mempengaruhi pengundi.

Masa yang suntuk sepatutnya digunakan untuk turun padang dan mengenalpasti masalah rakyat. Bro jangan bimbang, UMNO dalam proses untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Kalau kita pokok balak jangan jadi balak yang lurus takut nanti kita lah balak pertama yang ditebang kerana lurus dan cantiknya kita itu.

Bukankah semuanya adalah segalanya mungkin.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Mesyuarat bahagian pun kalau turn ucapan penangguhan, berapa kerat yang tinggal. Kerusi pun kalau masuk bertanding boleh menang sebab ia aje yang tinggal banyak. Yang lain, lepas mengundi wakil G7 @ AJK, terus balik,. Tu belum lagi yang mengantuk sebab pekena nasi minyak Burn. Kena mandrem ntah nasi tu. AJK bahagian pun dengar tak dengar sahaja. Mata pun pejam celik jer sebab nak balik awal juga. Ahli nak buat ucapan penangguhan pun tak ada semangat.
Orang kita pun suka dengar cerita yang enak2. Tak syok ler kalau cerita tu semata aje. Nak juga ada trill dan suspennya. Khabar angin macam tu ler. Kalau dah selalu dengar khabar angin yang sama, mahu percaya juga orang lain. Cuba bro pakat dengan geng2 sekerja. Kalau jumpa boss, cakap benda yang sama " Boss nampak pucat. Macam kena santet jer". Gerenti dia balik jumpa bomoh sebab semua staf dia cakap perkara yang sama walaupun dia sihat walafiat.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,

UMNO sedang menuju ke arah perubahan. Kita tunggu Najib jadi PM. kita nak tengok pemimpin-pemimpin bahagian berubah atau tidak atau masih ditakuk lama jugak.

jebbat said...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jebbat,

1. Terima kasih kerana 'mampir' ke blog ini.
2. Jebbat tu pun nama pahlawan Melayu.
3. Kami memperjuangkan bangsa, agama dan negara.
4. Aku jadikan kamu berbangsa-bangsa supaya kamu berbaik-baik.

Terima kasih.

jebbat said...

Salam amirhamzah64

Toloang emailkan email anta pada ana. InsyaAllah, ana akan jawab.

Jebbat bukan nama Melayu, begitu juga nama Amir. Ia adalah bahasa arab yang yang menggunakan bahasa melayu.

Ok itu ringkasan. tolong bagi email address.

Itupun klu ikhlas nak cari kebenaran.

InsyaAllah....