Thursday, March 26, 2009

Inilah yang tersurat, apa pula yang tersirat ?



Debaran 2 malam terjawab sudah. Semasa merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri, DS Najib mahukan perwakilan menyediakan satu saf kepimpinan yang boleh membantu beliau sebagai presiden parti. Hari ini perwakilan telah mempersembahkan satu saf kepimpinan yang tidak menepati pilihan ramai dan popular seperti lazimnya khususnya bagi jawatan MKT.

Saya cuba membaca kehendak dan perkara tersirat yang dilakukan oleh pewakilan tetapi masih belum dapat membaca citarasa dan selera perwakilan kali ini.

Keputusan Pemilihan UMNO 2008-2011

Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz

Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi

Ahli Majlis Tertinggi
1. Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi
2. Datuk Noh Omar – 2084 undi
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi
4. Datuk Azian Osman – 2060 undi
5. Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi
9. Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi
12. Datuk Idris Haron – 1658 undi
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi
15. Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi
19. Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi
20. Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi
24. Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi

Maklumat tambahan :

Kalah Timbalan Presiden UMNO
Muhd Taib mendapat 916 undi.

Kecundang Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin - 1,397
Datuk Seri Rais Yatim - 491
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad - 432
Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar - 410
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik - 192

Tewas MKT:
Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Inilah yang tersurat, apa pula yang tersirat?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Insyaallah.. di harap tranformasi UMNO akan berjaya..

Kunjungi Blog kami di www.umnogombakselatan.blogspot.com

SALAM PERJUANGAN

IKHLAS DARI,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dalam senarai link kami

amirhamzah64 said...

Salam UMNO Cawangan Gombak Selatan.

1. Saya sudah kunjungi blog sdr.
2. Tahniah kerana mempunyai blog cawangan bagi menyahut applikasi media baru.
3. Teruskan perjuangan kerana perjuangan belum selesai.
4. Tahniah kepada yang menang khususnya Najib dan Muhyiddin.

terima kasih

Panglima Perang Cyber said...

salam tuan blog..

menarik fakta keputusan semalam.

mohon pinjam untuk tatapan sambil promosi blog tuan, ok?

salam perjuangan.

amirhamzah64 said...

salam Panglima Perang Cyber,

Silakan tapi tak sempat nak buat analisis

zedmagel said...

Yang tersurat sudahpun begitu. Yang tersirat sebenarnya telahpun diterjemahkan. Hanya pemilihan MKT akan datang, nampaknya saudara salah seorang perwakilan untuk memilih MKTK UMNO sekiranya perlembagaan UMNO akan dipinda seperti yang telah diucap oleh YAB Presiden UMNO. Tahniah kepada saudara jika ianya tersurat. Yang tersirat dihati saudara saya dah tahu....DSRY...

amirhamzah64 said...

Salam bro zedmagel,

Kawan tidak bermaksud seperti yang bro katakan itu.

Yang tersirat, mengapakah 4 MB kalah kecuali 1 KM sabah. 2 Menteri kecundang termasuk timbalan menteri. Mengapa perwakilan bertindak mengundi dengan pola yang begitu. Itu maksud kawan yang tersirat itu. Jangan lah main politik kat sini bro.