Sunday, May 31, 2009

PKR Menang Di Penanti : Keputusannya Tidak Dinanti!


Kalau yang keluar mengundi pun tidak sampai 50% tidak hairan jika ada yang bertanya, bila pulak pilihanrayanya? Rakyat di Malaysia terlupa 31 Mei 2009 adalah hari membuang undi di Penanti. Rata-rata orang terlupa dan ianya bukanlah sesuatu perkara yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu seperti mana final antara Mancester United dan Barcelona juga berlangsung minggu lepas.

Penanti tidak seperti namanya 'menanti'. Pilihanraya nya pun tidak dinanti apatah lagi keputusannya. Kesian Penanti, tidak seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu maupun di Bukit Gantang.

PKR menang di Penanti apabila calonnya Dr Mansor cuma dapat 6,052 undi berbanding Mohammad Fairus Khairuddin yang memperolehi 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi pada pilihan raya umum lalu (PRU 12).Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi. Walaupun kali ini, Dr Mansor dapat majoriti 5,558 undi tetapi jumlah diperolehi merosot 1,294 undi.Tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494), Kamarul Ramizu Idris (56) dan jumlah keseluruhan undi adalah 942. Kesemua mereka hilang wang pertaruhan.

Pilihan raya kecil DUN Penanti mencatatkan sejarah tersendiri apabila jumlah mereka yang keluar mengundi tidak sampai 50 peratus. Sehingga jam 5.00 petang 31 Mei 2009 apabila semua sembilan pusat pembuangan undi ditutup, hanya 46.15% atau kira-kira 7,100 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mensasarkan jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil berkenaan ialah sekitar 70%. Pada pilihan raya umum Mac 2008, jumlah yang keluar mengundi bagi DUN Penanti ialah seramai 12,657 atau 82.08% daripada 15,421 jumlah keseluruhan pengundi.

Kemana perginya pengundi-pengundi di Penanti?

Mengulas mengenai peratusan keluar mengundi yang rendah itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osma berkata, peratusan kecil tersebut membuktikan rakyat khususnya para pengundi di Penanti tidak merestui pilihan raya kecil berkenaan diadakan.

Katanya, rakyat tidak keluar mengundi kerana pilihan raya itu hanyalah mainan politik PKR yang menghadapi masalah dalaman mereka.“Rakyat pandai menilai, mereka tidak keluar mengundi kerana tidak mahu terpedaya dengan cara PKR yang mempermainkan pilihan raya kecil, mesej ini sangat jelas"

“Dengan itu jika PKR menang sekalipun, kemenangan itu tidak bermakna kerana tidak sampai separuh pengundi keluar. Moralnya mereka kalah kerana jumlah yang tidak keluar mengundi lebih ramai,” ujar beliau.

Walau apapun, yang menang tetap menang dan bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Amir Hamzah
Kuala Terengganu
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, May 30, 2009

Musim Mengawan Sudah Bermula......

Cuti pertengahan penggal telah pun bermula pada hari Sabtu (30 Mei 2009) bagi sesetengah negeri seperti Johor dan ada yang telah bercuti lebih awal sehari (Jumaat) bagi negeri-negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Tiba musim cuti sekolah begini maka ramai yang mengambil peluang cuti sekolah selama dua minggu ini untuk menjadi raja sehari atau pengantin baru.

Kawan sendiri banyak menerima jemputan dan undangan perkahwinan yang jauh dan yang dekat. Hari ini, satu majlis perkahwinan telah sempat kawan hadiri ialah majlis perkahwinan di Kg.Istana Batu Pahat, Johor. Seperti biasa, jemputan yang ramai memberi peluang berjumpa kawan-kawan dan saudara mara selain meraikan dan menumpang gembira tuan rumah mendapat menantu baru.

Dalam kemeriahan majlis, kawan terserempak dengan penyanyi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, Tan Sri SM Salim. Bagi orang di Kuala Lumpur mungkin suatu perkara biasa tetapi orang-orang kampung seperti kawan ni, jarang berjumpa dengan selebriti-selebriti terkenal seperti Tan Sri. Sempat juga kawan bergambar kenang-kenangan, manalah tau selepas ini kami tak mungkin bersua lagi. Tan Sri SM Salim sempat juga menyumbangkan suaranya yang gemersik dalam majlis itu atas permintaan ramai.






Kawan mengambil kesempatan mengucapkan:

1. Tahniah kepada pasangan pengantin baru hari ini dan sepanjang dua minggu cuti persekolahan ini dengan ucapan selamat pengantin baru dan selamat menjadi raja sehari. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah khususnya kepada sahabat Cik Zulita di Batu Pahat yang menjadi Ratu sehari hari ini 31 Mei 2009 dan Mohd.Faiza di Terengganu pada 3 Jun 2009. Juga jika ada ahli-ahli PERKASA dan ahli-ahli KCD di seluruh negara yang turut 'mengawan' minggu ini dan minggu hadapan.

1. Tahniah kepada sesiapa sahaja termasuk otai-otai PERKASA dan Kelab Che Det yang mengahwinkan anak dan menerima menantu hari ini dan sepanjang 2 minggu akan datang. Semoga majlis berjalan lancar dan selamat akhirnya.

Hari ini di Penanti, ialah hari mengawan bagi calon-calon yang bertanding. Pilihanraya kecil yang pada asalnya PR ingin 'mengenakan' BN tetapi dirinya sendiri yang terkena. BN tidak berahi di Penanti tetapi berahi di Manik Urai. Berentaplah sesama sendiri. Walau apa pun selamat mengundi bagi pengundi di Penanti.

Dengor ceritanya, Only about 6824 voters have voted by 4.00pm, or 44.4%, in strong contrast to the 82% achieved in the last General Elections. With such a low turn out rate PKR’s candidate Mansor look set not to get near Fairuz’s 7000 votes. Kesiannya!

Mungkin ada kaitannya dengan musim mengawan yang sudah pun bermula sejak semalam. Hari ini hari minggu, bertambah panjanglah langkah penduduk Penanti. Sejak pilihanraya Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai inilah pilihanraya kecil paling boring agaknya bagi petugas-petugas pilihanraya serta pasukan keselamatan. Keadaan semasa di Penanti sudah tentu 'memalukan' Pakatan Rakyat.

Sepatutnya di Penanti, inilah masanya mereka hendak membelasah BN. Apa sudah jadi? Mereka belasah sesama sendiri nampaknya. Azmin kata Kak Minah ronggeng, Kak Minah kata, Azmin jagalah bini baik-baik. Tak kurang pula kata, apa kurangnya Azmin yang digelar Mat Ronggeng jugak. Hai....macam-macam.



Sampai meleleh air liur abang polis kita ni, kata orang jawa sampai 'ngences' mengambarkan betapa aman dan tenteramnya pilihanraya kecil kali ini. Selain daripada sibuk merayakan 'musim mengawan', mungkin ada yang malas nak keluar mengundi terutama ahli UMNO. Kalau mengundi setakat nak buat undi rosak ,main dengan anak-anak di rumah lagi bagus. Kemungkinan lain, pengundi pun dah naik meluat dengan kerenah orang-orang politik. Malas nak keluar, memandangkan Mac 2008 baru keluar mengundi, Jun 2009 nak keluar lagi ke? Anwar pun macam dah tak laku dah. Cakapnya pun orang malas nak dengar.

Tapi yang nakal-nakal akan berkata pengundi di bawa lari keluar daripada Penanti. Ye Ke? Jahatnya UMNO ni, dah lah tak bertanding bawak pengundi keluar pulak? Berapa bas? berapa ramai? Bawak lari ke mana? Jauh ke bawak lari tu? Banyaknya duit UMNO...Manik Urai nak pakai duit lagi. Kesian....kesian....dah habis modal la tu. UMNO tak bertanding tu kan dah bagus. Dapat kerusi free tu. Kalau kak Minah menang kan dia bekas orang PKR juga. Mula-mula kak Minah tolak la janji-janji tu. Kalau dah menang, diulang-ulang selalu, tahan ke kak Minah menahan godaan harta, wang ringgit dan pangkat? Walaupun keputusan belum tahu.....tahniah untuk PKR atau Kak Minah yang bakal menjadi wakil rakyat dalam pilihanraya kecil paling boring dalam sejarah.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, May 29, 2009

Pakatan Rakyat Lebih Sayang Kepada Cina.

Membaca komen Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub berkenaan dengan sokongan mereka membawa masuk Chin Peng ke Malaysia membuktikan kejayaan Anwar menukar fikiran rakyat Malaysia kepada pemikiran yang sangat terbuka. PAS dan PKR mempunyai ideologi yang sangat berbeza pada asalnya kini sudah nampak sealiran tetapi masih terpisah dalam dua parti.

Pengaruh Anwar bukan sahaja diresap ke dalam DAP tetapi juga sudah meresap masuk ke dalam Parti Islam Malaysia (PAS). Bukan sahaja Ketua Pemuda PAS malah Nik Aziz pula menyifatkan BN sama seperti komunis. Kata Nik Aziz "Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini di mana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.". Saya tidak mahu komen perbandingan yang dibuat oleh Nik Aziz ini kerana beliau ini kalau dilayan makin menjadi-jadi sewelnya. Biarlah Pok Nik ni meraban-raban sesuka hatinya.

Mengapa Salahuddin dan Mustafa memberi pendapat begitu? Adakah ini pendapat peribadi mereka atau pendapat atas pemikiran Anwar Ibrahim?. Mereka berdua ini adalah Melayu Islam yang sangat bertentangan dengan fahaman komunis yang di dokong oleh Chin Peng terutama dari segi akidah iaitu kepercayaan kepada tuhan. Komunis tidak percaya kewujudan tuhan apa tah lagi kewujudan Allah. Apa kena mengena Chin Peng dengan Salahuddin Dan Mustafa? Kalau benar mereka sangat terbuka sekarang kenapa tidak mulakan dengan membawa Syamsiah Fakeh, Abdullah CD atau Rashid Maidin? Bukankah mereka Melayu dan seagama?

Kenapa sokong seorang Cina yang bernama Chin Peng? Pesan Anwar kepada mereka ini, Cina adalah undi penentu di Malaysia hari ini? Kalau Pakatan Rakyat mahu ambil negara ini secara sah adalah melalui pilihanraya ke 13. Kegagalan mereka dengan projek 16 September dan kesilapan percaturan di Perak telah membawa kembali Anwar kepada proses demokrasi sebenar iaitu pilihanraya. PAS telah berjaya merobek perpaduan Melayu dengan memecahkan-mecahkan mereka kepada dua. Pada ketika ini undi penentu adalah golongan minoriti.

Trend sekarang jika kawasan majoriti Cina, Melayu akan tolong pangkah untuk DAP. Kalau kawasan undi Melayu, Cina akan pangkah untuk PAS atau PKR. Bagaimana hendak balas jasa baik Cina-Cina yang sudah pangkah PAS dan PKR dalam pilihanraya lalu dan akan datang?. Jawapannya mudah sahaja. Jangan berkrisis dengan mereka, jika ada isu-isu berkaitan dengan Cina, PAS dan PKR wajib sokong.

Seingat saya Chin Peng tidak pernah berkata bahawa dia sudah meninggalkan fahaman komunis. Perjanjian Hadyai 1989 hanya perletakan senjata oleh komunis. Fahaman dan ideologi komunis tetap menjadi pegangan mereka. Saranan Salahuddin - 'Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak' adalah cadangan yang membuang masa. Sudah tentu Chin Peng akan mengaku bahawa dia sekarang sudah beragama, menjunjung perlembagaan Malaysia atau apa saja yang muluk-muluk asalkan kepulangannya di terima sebagai rakyat Malaysia.

Mengaitkan kezaliman Komunis dengan kezaliman British dan Jepun sehingga membolehkan Chin Peng balik ke Malaysia juga adalah cakap-cakap kosong seorang ahli politik. Sebagai anak Teluk Intan, Mustafa Kamil Ayob mungkin tidak lupa dengan sejarah di Sungai Manik sama seperti mana sejarah di Batu Pahat yang mempunyai versi yang sama berkaitan komunis. Mustafa lebih faham tetapi kerana politik bossnya dia buat-buat tidak faham.

Bagi Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng juga adalah cakap-cakap politik. Seingat saya juga belum ada ahli-ahli PKM yang memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia di atas kekejaman yang mereka telah lakukan. Belum pernah dan tidak pernah. Kalau mereka tidak meminta maaf, sebab apa kita hendak memaafkan.

Walau apapun Anwar tahu, Chin Peng memang tidak akan dibenarkan pulang oleh kerajaan BN. Isu ini sengaja dibangkitkan oleh Gerakan yang saya sudah lama ragui keikhlasan mereka dalam BN, Pakatan Rakyat cuma memainkan isu. Cina akan terus melihat BN sebagai 'jahat' dan Pakatan Rakyat adalah 'baik'.

Kenapakah Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan isu 'satu sekolah untuk semua' yang diperkatakan oleh ramai blogger pro kerajaan? Jawapannya, Anwar tahu isu sekolah SRJK(C) adalah isu sensitif orang Cina. Mereka boleh membantah isu 'satu sekolah untuk semua' walaupun mereka sekarang ini mmbawa konsep kesamarataan dan keadilan untuk semua. Percayalah, isu 'satu sekolah untuk semua' tidak akan disokong oleh PAS dan PKR.

Saya sebenarnya ingin menyedarkan segelintir masyarakat kita yang sangat terpengaruh dengan cakap-cakap politik orang PAS dan PKR yang sibuk hendak membawa Chin Peng balik tetapi dalam masa yang sama Chin Peng didakwa bukan rakyat Malaysia sebaliknya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya. Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim (Rujuk :Berita Harian
28 mei 2009)

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, May 28, 2009

Chin Peng! Kubur Kamu Pun Tak Boleh Di sini!



Kamu banyak berhutang darah dengan Melayu.




Isteri menjadi janda, anak-anak menjadi yatim piatu kerana bekas-bekas tangan kamu yang kamu lumurkan dengan darah Melayu yang tidak berdosa dan tidak bersenjata.



Kamu tidak beragama sedangkan kami menjunjung rukun negara yang meletakkan 'kepercayaan kepada tuhan' sebagai prinsip yang utama. Jangan kata batang tubuh, Kubur kamu pun tidak boleh di sini.

ANAK MELAYU BATU PAHAT KHUSUSNYA DAN MELAYU JOHOR AMNYA MENAGIH DARAH YANG BUKAN SEDIKIT, DARAH TOK NENEK KAMI DAN KAUM KELUARGA KAMI YANG DISEMBELIH, DICINCANG, DIBAKAR DAN DIREBUS DENGAN KEJAM TANPA BELAS KASIHAN.

Cerita Sedih Dan Menyayat Hati - Petikan Utusan Online, 28 Mei 2009 / 3 Jamadil Akhir 1430

'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'

"Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, May 26, 2009

Biarlah Chin Peng Mati di Thailand.



Saya pernah berjumpa dengan Allahyarham Rashid Maidin di Kampung Sungai Itik, Gopeng dalam tahun 1990an. Anak saudara Allahyarham Rashid Maidin adalah bapa saudara saya yang berkahwin dengan emak saudara saya sebelah bapa. Pada masa itu, bapa saudara saya itu bertugas di Johor dan saya menetap di kampung Rapat Setia Ipoh. Pada suatu hari, satu kereta daripada Johor iaitu bapa saudara saya dan mak saudara saya serta ayah dan ibu saya telah datang ke rumah saya di Ipoh.

Selepas makan malam katanya nak ajak saya ke Kampung Sungai Itik. Saya masih tidak tahu lagi apakah tujuan mereka ke Sungai Itik, Gopeng malam nanti. Memang tidak menimbulkan tanda tanya kepada saya kerana Kg. Sungai Itik adalah kampung asal bapa saudara saya dan masih ramai saudara maranya di sana. Selepas makan dan berbual-bual sebentar, kami bersiap-siap ke Kg Sg.Itik. Sebuah kereta daripada Johor dan sebuah kereta lagi saya dan isteri.

Kampung Sungai Itik seperti biasa saja dan tidak ada peristiwa ganjil yang berlaku. Cuma kelihatan beberapa gerombolan yang membawa andang berjalan di dalam kampung. Kami menuju ke sebuah rumah salah seorang saudara terdekat bapa saudara saya. Setibanya di rumah makanan sudah siap terhidang di atas meja. Kebanyakkannya makanan tradisional Perak seperti ikan talapia masak lemak dan ada juga ulam-ulaman dan tempoyak.

Sebelum itu, kami berbual-bual dengan tuan rumah dan beberapa orang kampung. Sedang berbual keluar seorang lelaki yang cerah kulitnya dan tinggi lebih kurang 5' 5" keluar daripada bilik dan tersenyum sambil bersalam dengan semua tetamu. Ada yang bangun memeluk , ada yang bersalam mencium tangannya dengan penuh hormat. Orang ini pernah saya lihat ketika siaran langsung di TV satu ketika dulu dan di dada-dada akhbar ketika tahun 1989, Perjanjian Haadyai yang telah ditandatangani di Thailand . Seingat saya Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah Allahyarham TS Megat Junid dan Ketua Polis Negara adalah Tun Hanif Omar. Dalam perjanjian itu, Chin Peng, Rashid Maidin dan lain-lain telah bersetuju meletakkan senjata.

Malam itu, Rashid Maidin yang saya lihat di TV dan cerita-cerita dalam buku-buku sejarah sudah berada di hadapan mata saya. Masih tegap tubuhnya yang agak berisi dan giginya yang tersusun rapi tetapi kekuning-kuningan. Mungkin memakan banyak daun-daun hutan ketika berjuang dengan PKM dulu, bisik hati saya. Saya telah diingatkan oleh saudara maranya supaya tidak bertanyakan soalan-soalan berkaitan kegiatan silamnya di dalam PKM.

Saya mendapat tahu daripada saudara maranya kepulangan Rashid Maidin ke kampung Sg.Itik selama lebih kurang 2 minggu adalah atas ehsan Allahyarham TS Megat Junid yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Khabarnya adik Allahyarham Rashid Maidin ada menjadi senator di Teluk Intan pada masa itu. Sudah lupa saya namanya. Malam itu seperti biasa, kami berborak hal-hal biasa tetapi kami banyak memberi peluang kepada saudara mara Allahyarham untuk berbual bertanya khabar, maklumlah saya diberitahu Allahyarham telah meninggalkan kampung sejak 1941.

Ada beberapa perkara yang ingin saya tanyakan tetapi berat mulut saya untuk bercakap. Memang saya pernah dengar daripada bapa-bapa saudara saya yang bertugas sebagai Askar dan polis hutan berkenaan dengan Allahyarham. Paling menarik adalah ceritanya semasa dalam PKM, Allahyarham sering balik ke Gopeng tetapi apabila polis cuba menangkapnya Allahyarham akan ghaib. Ini termasuklah cerita Allahyarham telah balik ke Gopeng untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah ibunya tetapi selepas itu orang ramai mendapati Allahyarham telah ghaib secara tiba-tiba.

Malam itu, saya memberanikan diri bertanya. 'pak cik, sejak pak cik meninggalkan kampung dari tahun 1941, berapa kali pak cik balik ke Gopeng ni?' tanya saya dengan suara yang tersekat-sekat. Umur saya ketika itu dalam lingkungan 26 tahun. Serius mata Allahyarham memandang saya sehingga membuatkan jantung saya bergerak pantas.' Tak pernah! Tak pernah! walau sekalipun. Inilah kali pertama saya balik ke Gopeng selepas saya keluar kampung dahulu. Itu semua fitnah. semua itu nak menyusahkan keluarga saya di sini' perlahan saja suaranya tetapi tegas menafikan cerita-cerita yang tidak betul terhadap dirinya.

Saya puas mendengar jawapan itu walaupun ringkas. Sebelum balik saya sempat bergambar berdua dengannya dan bersama-sama dengan keluarga yang lain. Saya pegang erat tangannya, tangan seorang pejuang bagi pendokong fahaman yang diikutinya. Mungkin juga tangan seorang penderhaka seperti mana yang saya baca dalam buku-buku sejarah.

Selepas 6 tahun saya pulang ke Johor iaitu pada 1 September 2006 berita di TV memberi tahu bahawa Tuan Haji Rashid Maidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).Tuan Haji Rashid Maidin meninggal dunia kerana sakit tua pada umur 89 tahun. Solat jenazah dan pengkebumian telah dilakukan selepas solat Jumaat.

Sepatutnya Allahyarham Rashid Maidin bekas pemimpin Regimen ke-10 PKM yang dibawa balik dahulu. Selain Rashid, rakan-rakannya yang lain seperti Abdullah CD, Suriani Abdullah dan Shamsiah Fakeh semuanya meninggal dunia di luar Malaysia. Jadi apa hebat dan istimewanya Chin Peng? Semua rakan-rakannya tidak dapat balik ke Malaysia. Walhal Rashid Maidin sangat rindu kampung halamannya. Biarlah Chin Peng menghabiskan masa tua dan sisa-sisa hidupnya di Thailand malah biarlah dia mati di "Perkampungan Malaysia" di sempadan Selatan Thailand.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Rashid Maidin.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.com

Sunday, May 24, 2009

Zambry Bertemu Nizar Di Pentas Debat - Wow !


Nizar hanya menunggu tuntutannya di Mahkamah Persekutuan dalam penyelesaian kemelut politik Perak khususnya jawatannya sebagai Menteri Besar. Beliau dan kuncu-kuncunya seolah-olah tidak mahu memberi laluan mudah kepada Zambry. Selagi ada cara dan ada jalan selagi itulah Nizar akan berusaha. Orang tua-tua bangka kata 'Orang cerdik mencari Jalan, Orang malas mencari alasan'. Betul ke cerdik Si Nizar tu?

Hari esok Pakatan Rakyat akan mengadakan mogok lapar selama 3 hari atau 72 jam. Apabila dikritik Mufti Perak, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam. Suka hati dema la nak buat apa pun. Nak mogok tertonggeng ke, Nak pose sebulan ke, lantak dema le. Maleh teman nak memikionye....

Belum bermula mogok lapar, sudah ada desas-desus tentang perdebatan antara Zambry dan Nizar di pentas Agendadaily. Menurut Agendadaily , pihaknya menerima banyak panggilan meminta siri Debat Agendadaily diadakan di antara Nizar dengan Zambry Abdul Kadir. Dengar ceritanya kedua-dua pahlawan Perak ini bersedia dan tidak mempunyai halangan untuk berdebat. Si Nizar tu pantang dipelawa. Ajak-ajak ayam pun jadi.

Sekiranya debat menjadi kenyataan, ianya merupakan siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu,iaitu debat antara Menteri Penerangan Ahmad Shabery Chek dengan Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Mungkin ramai yang berpendapat, Shabery bukan tandingan Anwar berdasarkan pengalaman dan kedudukan. Tapi di atas pentas, nampak macam setanding aje.

Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang. Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen. Dengar ceritanya debat Zambry vs Nizar akan diadakan pada penghujung bulan Jun depan.

Agaknya apakah tujuan debat ini diadakan? Bagi peminat-peminat politik, sudah terang lagi bersuluh. Tentulah penjelasan berhubung kemelut politik Perak mengikut pandangan masing-masing. Walaupun, di akhir perdebatan ini tidak menjanjikan apa-apa perubahan tentang kedudukan MB Perak tetapi kita mungkin dapat melihat hujah dan bidasan kedua-dua belah pihak secara objektif.

Apakah janji kedua-dua mereka ini agar segala hujah dan bidasan mereka tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik? Agak sukar bagi mereka berdua untuk memisahkan antara pandangan undang-undang, pandangan politik serta pengaruh parti masing-masing. Pengadil dan hakim adalah para penonton yang sepatutnya berlapang dada dan tolong sangkutkan lambang parti masing-masing di dinding buat seketika.

Difahamkan format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Terserahlah kepada pemahaman rakyat bagi membuat kesimpulan dan rumusan tentang isu sebenar yang berlaku di Perak. Selamat menonton!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, May 23, 2009

Undi Rosak Tertinggi Di Johor ! Apa maknanya?



Johor sering diperkatakan orang sebagai 'tiang seri' kepada UMNO dan 'Jantung Hati' kepada Barisan Nasional. Gelaran ini adalah bersandarkan kepada kejayaan cemerlang UMNO dan BN dalam siri-siri pilihanraya di Malaysia sejak Pilihan raya umum 1955 - 2008. Namun 'Tsunami' politik dalam pilihanraya ke 12 yang melanda seluruh negara turut menjejaskan gelaran 'tiang seri' dan 'jantung hati' apabila majoriti kemenangan calon-calon BN telah merosot dengan begitu teruk.

Contohnya : P160 JOHOR BAHRU

Jumlah Pengundi: 89,725
Peratusan Kaum: M: 51.03% C: 43.71% I: 4.78%

1. Datuk Sharil@Shahrir Ab. Samad (BN) (43,143)
2. Hassan Karim (PRM) (17,794)

Majoriti: 25,349
Jumlah undi: 62,328
Peratus mengundi: 69.47%
Undi rosak: 1,391

Penyandang: Datuk Shahrir Abd. Samad (BN)
(Majoriti: 46,792 undi)

Lihat kepada kemerosotan majoriti daripada 46,792 turun kepada 25 349 undi disamping undi rosak sebanyak 1 391 undi iaitu gambaran protes pengundi di sebuah bandaraya termaju di Malaysia.

Bukan itu sahaja, P 145 Bakri jatuh ke tangan DAP, N12 Bentayan (DAP) N13 Sungai Abong (PAS) N15 Maharani (PAS) N52 Senai (DAP) N48 Skudai (DAP) N28 Mengkibul (DAP).Kawasan-kawasan ini adalah kawasan majoriti pengundi Cina atau pengundi Cina menjadi penentu. Jika tidak berhati-hati, apa yang berlaku di Perak dalam pilihanraya ke 12 lalu akan berulang di Johor kerana pomposisi pengundi antara kedua buah negeri ini hampir sama.

Bagi semua kerusi Parlimen dan Negeri, pengundi Cina sudah mula berarak ke arah Pakatan Rakyat. Mereka sudah boleh menerima pengundi daripada calon PAS seperti mana yang telah mereka lakukan di N 15 Maharani dan N 13 Sg.Abong. Kedua-dua kerusi ini, undi Melayu berpecah dan Cina menjadi undi penentu untuk memberi kemenangan kepada calon PAS.

Bagi sebuah negeri yang maju dan kadar celik huruf yang tinggi kemungkinan untuk berlakunya undi rosak sepatutnya adalah rendah. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan 321,885 undi rosak ketika pilihanraya ke-12 dengan Johor merekodkan jumlah tertinggi.

Di negeri selatan itu, 28,709 dan 25,455 undi rosak masing-masing direkodkan di 26 kerusi parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Apakah maknanya ini? Rata-rata membuat andaian undi rosak ini adalah 'undi keliru'. Di telan mati emak, diluah mati bapak.Ditelan mati anak diluah mati emak. Mereka TIDAK PUAS HATI dengan BN tetapi TIDAK TERGAMAK hendak memberi undi kepada pembangkang. Apakah faktor ketidakpuasan hati mereka? Faktor kerajaan pusat atau faktor kerajaan negeri?

Calon yang tidak disukai ahli Umno dan "isu-isu nasional", dipercayai termasuk cerita-cerita tentang perdana menteri ketika itu dan pengaruh keluarganya dalam pentadbiran negara, dianggap punca banyak undi rosak di Johor.Selain itu, rakyat juga benci dan meluat dengan laporan media massa yang terlalu berat sebelah, memihak kepada kerajaan. Berdasarkan pendapat ini, ianya berpihak kepada faktor kerajaan pusat.

Bagaimana, undi rosak sebanyak 28, 709 di peringkat Parlimen dan 25 455 di peringkat DUN itu semuanya beralih kepada pembangkang? Johor yang menjadi 'tiang seri' UMNO dan 'jantung hati' Barisan Nasional akan mendapat kerajaan negeri dan MB yang baru. Apa maksud tiang seri dan jantung hati itu? Tiang Seri adalah tiang utama bagi sesebuah bangunan rumah sementara jantung hati itu adalah organ penting pada batang tubuh seseorang manusia. Bukankah bermakna jika tiang seri telah roboh dan jantung hati telah mati akan memberi impak besar kepada politik negara?

Keputusan kerajaan Persekutuan banyak memberi kesan gembira atau marah rakyat Johor khususnya berkenaan dengan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Dari dulu hingga sekarang hubungan ini banyak menguntungkan Singapura khususnya berkenaan bekalan air, pemilikan Pulau Batu Puteh dan Pulau-pulau berhampiran, isu pasir dan ruang udara dan tidak ketinggalan isu tambak Johor dan jambatan Bengkok.

Malaysia telah mencadangkan penggantian tambak kepada jambatan semenjak awal tahun 2000-an untuk membolehkan air mengalir tetapi cadangan itu ditolak oleh Singapura. Oleh sebab itu, Malaysia bercadang meneruskan projek penggantian melalui apa yang telah digelarkan sebagai "jambatan separuh yang bengkok" (crooked half bridge). Dengan tingginya 25 meter dari aras laut, cadangan jambatan di sebelah Malaysia akan menurun untuk menyambungkan dengan tambak di sebelah Singapura. Landasan pula akan disempurnakan dengan jambatan ayunan (swing bridge). Projek itu merupakan sebahagian Projek Gerbang Selatan Bersepadu.

Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa penggantian tambak kepada jambatan akan mewujudkan sebuah sistem pelabuhan yang menyeluruh untuk mengaitkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Oleh sebab-sebab yang sama, Singapura enggan bersetuju sebab penggantian tersebut akan mengancamkan kegiatan-kegiatan Pelabuhan Singapura.

Rakyat Johor menyambut usaha mantan PM Tun Mahathir untuk membina jambatan menggantikan tambak yang telah usang dan jarang lagi terdapat di mana-mana negara maju.Ini bermakna sejak dari dulu lagi betapa majoriti rakyat negeri Johor mahukan sebuah Jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Rakyat negeri Johor TIDAK PERNAH menyatakan tidak mahu untuk membina sebuah jambatan bagi menggantikan Tambak Johor seperti yang didakwa oleh mantan PM Tun Dollah yang kemudiannya menjadi sebahagian undi protes dan undi rosak dalam pilihanraya ke 12.

Pembinaan Jambatan samada bengkok atau lurus bentuknya bagi menggantikan Tambak Johor harus disambung semula dengan seberapa segera untuk kepentingan rakyat dan Negara. Inilah kehendak majoriti rakyat yang berdaulat.

Bukan sahaja rakyat malah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sendiri pernah bertitah agar tambak Johor yang dibina pada tahun 1919 sudah patut dirobohkan dan digantikan dengan jambatan. Bukan sahaja rakyat malah hingga ke ketua negeri sudah bersetuju maka apa perlunya jambatan ke 3 sedangkan jambatan ke 2 di Tuas sudah siap dibina pada Oktober 1997?

Bagi saya, Najib perlu peka dengan kehendak dan tuntutan rakyat Johor kerana keresahan dan kekeliruan rakyat pada pilihanraya ke 12 lalu dapat dibawa semula ke landasan yang betul.Rakyat Johor adalah rakyat paling setia kepada kerajaan Barisan Nasional sejak pilihanraya pertama lagi. Apa yang berlaku di Perak janganlah berlaku di Johor kerana kesanya bukan sedikit malah boleh merubah lanskap politik sebuah negara.

Kalau masih ada dalih lagi berkenaan tambak dan jambatan itu, undi rosak tertinggi di seluruh negeri itu hendak diletakkan di mana?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, May 22, 2009

Kedaulatan Sultan Perak di Kembalikan !



Tahniah Dr Zambry dan Kedaulatan Sultan Perak telah dikembalikan semula selepas tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusannya petang tadi. Walaupun saya bukan rakyat Perak tetapi Perak tetap dekat di hati saya kerana 16 tahun saya menjadi rakyat DYMM Sultan Perak ketika bertugas di sana dahulu.

Disebabkan hampir separuh umur saya di Perak, saya juga berasa terhina apabila ada ura-ura Sultan Perak ingin disaman oleh seorang rakyat biasa bukan Melayu dan berasa amat jengkel dengan perderhakaan berulangkali seorang MB Melayu terhadap sultan yang tidak bersalah. Tindakannya yang biadap itu telah menarik beribu-ribu rakyat Perak terpengaruh untuk turut sama menderhaka terutama ketika berlaku rusuhan di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Saya didewasakan dalam persekitaran Negeri Perak, Saya sudah berada di Perak ketika Pilihan raya umum 1986 (ke-7) lagi. 16 tahun di Perak menyaksikan 3 pilihanraya berikutnya iaitu Pilihan raya umum 1990 (ke-8) ,Pilihan raya umum 1995 (ke-9), dan
Pilihan raya umum 1999 (ke-10). Keputusan yang ada pada hari ini sangat mengembirakan hati saya kerana kemelut jawatan Menteri Besar akhirnya diselesaikan secara undang-undang di mahkamah walaupun saya merasa lebih puas jika kuasa Kerajaan Negeri Perak ditentukan oleh kuasa rakyat seperti mana 11 Pilihanraya Umum yang lalu.

Kedua, saya berasa bersyukur kerana kedaulatan Sultan Perak telah dikembalikan semula sesuai dengan amalan negara kita iaitu demokrasi Raja Berperlembagaan. Apatah lagi jika Sultan Perak adalah antara sultan yang dihormati kerana ilmunya dan kedaulatannya sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Perak. Saya dari awal lagi menaruh keyakinan atas keputusan Tuanku Sultan atas segala tindakannya yang berlandas undang-undang dan bersandarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Berdasarkan tindakan baginda yang tidak bercanggah dengan amalan demokrasi dan undang-undang maka pada hari ini, tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara memihak kepada rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang mengesahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Dengan keputusan itu, Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah dilantik oleh Sultan Perak ekoran Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop yang dipetik daripada Agenda daily.

Dalam penghakiman disampaikan oleh Md Raus, ketiga-tiga hakim itu antara lainnya memutuskan:

1. Kuasa untuk membubarkan DUN adalah hak mutlak Sultan Perak;

2. Permohonan untuk membubarkan DUN di bawah Perkara 16.6 Undang-Undang jelas menyatakan sekiranya Sultan Perak tidak memberikan perkenan untuk membubarkan DUN, Nizar mesti meletakan jawatan. Permohonan Nizar bubarkan DUN di bawah Perkara 36.2 tidak terpakai kerana peruntukan itu hanya untuk membubarkan DUN sekiranya tempoh penggal DUN telah tamat (iaitu lima tahun);

3. Semasa Nizar mengadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009, jelas beliau telah hilang kepercayaan dan tidak menguasai majoriti dalam DUN Perak;

4. Tindakan Sultan Perak menemui 31 ADUN sebelum melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar bagi sahkan sokongan kepada Barisan Nasional adalan tidakan yang tepat dan betul;

5. Tiada peruntukan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memerlukan undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi menggugurkan Nizar sebagai Menteri Besar; dan

6. Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar kerana Hakim Mahkamah Tinggi pada masa membuat keputusan itu telah khilaf dalam membuat tafsirannya.

Saya yakin sebahagian besar rakyat Perak cintakan keamanan dan kedamaian. Masih ramai yang mendiamkan diri dan senyap memerhati kemelut politik Perak yang tidak berkesudahan. BN khususnya UMNO masih kuat 27 kerusi DUN adalah milik UMNO, 1 MCA dan 3 BEBAS daripada 59 jumlah kerusi DUN yang membentuk 31 kerusi. Percayalah kerajaan ini adalah kerajaan Melayu bukannya kerajaan Boneka yang didalangi DAP.

Menjunjung Kasih Tuanku!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, May 21, 2009

Al-Ma'unah dan Al-Arqam Dimusnah, HINDRAF Kebal!


Mengapa Hindraf(Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu) atau (Hindu Rights Action Force) sebuah pertubuhan haram dibiarkan bertindak sewenang-wenangnya sedangkan kumpulan ini telah melanggar undang-undang negara selain mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan negara. Apa bezanya Hindraf dengan Al-Maunah dan Al-Arqam yang juga melanggar undang-undang negara dan mengancam keselamatan negara?

Mengapa Hindraf tidak diambil tindakan sedangkan kerajaan sanggup membunuh dan menyerang kumpulan Al Maunah serta menghapuskan Al-Arqam. Apakah tindakan kerajaan ini menunjukkan kerajaan 'double standard' dalam menjalankan undang-undang negara? Apakah kerajaan hanya berani mengambil tindakan kepada gerakan haram Islam sedangkan gerakan haram India/ Hindu, kerajaan letakkan di kelas yang berbeza?

Adakah kerana ia di dokong oleh sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur maka ianya kebal dari segi undang-undang malah lebih kebal daripada raja-raja Melayu. India/ Hindu ini tidak berpuashati tentang perobohan kuil-kuil yang tidak didaftarkan tumbuh macam cendawan.

Beberapa siri perobohan kuil Hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India.Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan mendakwa berlaku genosid dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh semasa Peristiwa Kampung Medan.Propaganda mereka disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa Tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India.

Kerajaan Malaysia pula mendakwa Hindraf turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan. Soalnya sekarang semua pusat ibadat sama ada masjid/surau, tokong atau kuil mesti mendapat kebenaran. Walaupun agama Islam sebagai agama rasmi negara tetapi pembinaan masjid atau surau tidak boleh dibina sesuka hati malah turut mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pokoknya sekarang adalah pelanggaran undang-undang.

Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Faktor kedatangan mereka ke mari adalah berdasarkan faktor penolakkan di India dan faktor penarikkan di Tanah Melayu. Tidak ada paksaan untuk mereka dan tidak ada jemputan oleh penduduk asal negara ini. Mereka asalnya adalah pekerja tetapi akhirnya British meminta kepada pemimpin-pemimpin Melayu agar menerima mereka sebagai warganegara jika mahukan kemerdekaan. Mereka boleh balik ke India jika mereka mahu tetapi mereka yang merayu-rayu kepada British agar memberi hak kewarganegaraan sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka kepada meningkatkan kekayaan Inggeris di tanah-tanah jajahan. Melayu tidak salah malah British juga tidak bersalah.

Pada 17 Ogos 2007, Hindraf telah mengemukakan memorandum 18 perkara kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung rasa tidak puas hati penganut Hindu terhadap kuil-kuil Hindu yang diberi notis seperti Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman di Pantai, Kuala Lumpur yang berusia 100 tahun, Kuil Sri Siva Balamuniswarar di Setapak, Kuil Sri Kumaravel di Kampung Medan, Petaling Jaya dan lain-lain. Bagi saya jikalau Masjid Negara atau Masjid Putrajaya dibina atas dasar sewenang-wenangnya di bina, maka kedua-dua masjid ini pun boleh diberi notis dan jika engkar tindakan meroboh boleh diambil.

Dakwaan berlakunya 'ethnic cleansing' di mana orang India dibunuh setiap hari oleh kerajaan ektremis Islam Malaysia adalah tidak benar. Pemimpin Hindraf terutama Waytha Moorthy Ponnusamy cuba melobi di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , India, Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong mereka. Malahan Hindraf cuba mendapatkan bantuan dan sokongan dari pertubuhan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) di Sri Langka. Hindraf juga mengutip dana daripada orang ramai bagi membiayai aktiviti mereka. Inilah orang yang tidak pernah bersyukur. Patutlah negara India susah hendak menikmati keamanan kerana memang perangai keturunan turun temurun. Pemimpin-pemimpin mereka pun ramai yang mati di bunuh.


Terbaru, Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik. Keputusan Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan adalah satu tindakan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pertubuhan dan ianya adalah satu cabaran kepada kerajaan.

Siapakah sebenarnya di belakang HINDRAF? Ahli politikkah? Benarkah HINDRAF mendapat sokongan padu daripada seluruh masyarakat India?. Kalau Al-Maunah dan Al-Arqam boleh diambil tindakan, mengapa pertubuhan haram HINDRAF ini diberi muka berlebih-lebihan. Apakah sebenarnya yang berlaku antara HINDRAF dan kerajaan?

Maka kenyataan akhbar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali bahawa tindak tanduk biadap HINDRAF jika tidak dihentikan segera boleh membawa masalah besar kepada negara perlu disokong oleh seluruh umat Melayu Islam.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, May 19, 2009

Hilang DUN Penanti Bukannya Hilang Satu Malaysia


Tidak ada yang pentingnya kawasan di Penanti yang terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang itu. Kecualilah di Penanti itu ada beratus-ratus lombong emas , beribu-ribu telaga gas atau pelantar petrolium. Lain lah juga jika di Penanti itu ada 80% penyokong-penyokong kerajaan yang tidak sabar-sabar hendak mengundi bagi mengembalikan balik Penanti kepada BN.

Setelah 24 jam, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti tidak ada satu pun rombongan bas atau kereta berbondong-bondong berjumpa PM supaya mengubah keputusan bagi meletakkan calon BN bertanding di sana. Rakyat Penanti sendiri tidak seghairah parti-parti politik khususnya Pakatan Rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menelanjangi pemimpin-pemimpin BN untuk kesekian kalinya.

Walaupun keputusan ini bukan tradisi BN iaitu tidak bertanding di PRK kali ini tetapi alasan yang diberi adalah munasabah. Mereka menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang khususnya permainan Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan pendirian BN itu berkata, pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja.

Nampaknya BN berani membuat keputusan yang berbeza dengan kebiasaan. BN mengambil keputusan agar tidak terlalu mengikut-ikut rentak dan tari Anwar. Sama ada bertanding atau tidak Anwar akan terus melancarkan peluru berpandunya. Penanti adalah kawasan hitam pekat kepada BN. Anwar cukup yakin PR akan menang. Sebelum ini pun Penanti bukan milik BN. Dalam momentem sekarang adalah membuang masa BN bertanding kerana keputusan sudah diketahui lebih awal. Hilang Penanti bukannya hilang satu Malaysia.

Menang di Penanti tidak juga membawa apa-apa makna. Rakyat Penanti pun memang suka kepada Pakatan Rakyat di mana mereka telah memberi majoriti undi Anwar Ibrahim lebih tinggi daripada undi yang di perolehi oleh calon BN dalam PRK Permatang Pauh yang lalu. Bukankah sumbangan undi terbesar datangnya daripada DUN Penanti?. Kalau hidung tak mancung, pipi jangan tersorong-sorong.

Bagaimana dengan penyokong BN di situ? Mereka adalah minoriti. Kalau mereka yakin, sudah berbondong-bondong mereka ke Putrajaya meminta PM ubah keputusan. Penanti dah hinggar binggar dengan suara-suara pemimpin meminta BN bertanding. Pengumuman Najib hanya untuk kata pemutus dan muktamad.

Silapkah BN?. Risiko tetap ada tetapi politik juga boleh diibarat seperti bermain bola. Jikalau pihak lawan melajukan tempoh permainan, wajarkah kita turut melayan cara mereka sedangkan separuh pemain tidak cukup fitnes. Jadi sebagai pasukan underdog kita hanya memperlahankan tempo permainan. Tidak perlu mengikut rentak lawan kerana mereka mempunyai ramai penyerang berbisa. Mungkin bahagian pertahanan perlu diletakkan ramai pemain. Sekurang-kurang mengekalkan keputusan seri pun sudah memadai. Kita bergantung dengan serangan-serangan kilat, kalau bernasib baik dapatlah gol.

Adakah yang bersedih? yang ralat sangat-sangat? Entahlah....kalau ada pun yang terkilan sangat tak lain tak bukan Anwar Ibrahim. kalau BN bertanding, siaplah BN akan di salai dan di panggang hidup-hidup di Penanti. Anwar Ibrahim terkedu ke? atau terperanjat ke? Tidak juga. Anwar sudah siapkan berbagai plan. Plan A, Plan B atau Plan C. Thinktank Anwar dah siapkan pelbagai langkah supaya pemimpin kita tidak sempat berfikir untuk rakyat tetapi bagaimana nak melayan kerenah-kerenah politik Pakatan Rakyat. Ianya akan berterusan.

Kesimpulannya, kadang kala kita perlu melangkah setapak ke belakang. Kadang-kadang kita perlu berehat seketika. Kadang-kadang kita perlu berfikir dan bertindak di luar dari kebiasaan. Biar kita bertindak luar biasa sedikit. Inilah pendekatan yang dibuat yang saya rasa ada benarnya. Ada logiknya dan ada betulnya.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Perkembangan terbaru! Dipetik daripada Agendaily.com

Anwar akui suruh Firus letak jawatan..dulu kata nak lanjut pelajaran

Pendirian Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti kerana menganggap pilihan raya itu didakan kerana PKR mahu menyelesaikan kemelut dalamannya, diakui oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Semasa berucapa pada program ceramahnya di Padang Berapit, Jumaat malam, Anwar yang ingin memperlihatkan bahawa beliau adalah ‘supremo’ dalam pakatan pembangkang memberitahu memang beliau meminta bekas ADUN kawasan itu, Firus Khairuddin meletakkan jawatan.

“Memang saya menyuruh Firus meletakkan jawatan. Sebabnya saya mahu Dr Mansor bertanding kerana Dr Mansor orang yang mempunyai kelayakan dan sesuai menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi membantu Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

Tanpa rasa bersalah kerana menggunakan proses demokrasi bagi mencatur urusan politik dalaman partinya, Anwar dengan bangga memberitahu perkara itu sambil mengangkat tangan Dr Mansor yang turut berada pada majlis ceramah tersebut.

Anwar berkata, Dr Mansor bukan sahaja berkelayakan tetapi pencapaian akademiknya diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dunia.

Firus sebelum ini dikatakan meletakkan jawatan atas kerelaannya kerana mahu melanjutkan pelajarannya.

Namun dengan pengakuan Anwar bahawa beliau yang menyuruh Firus meletakkan jawatan, ia mengesahkan andaian banyak pihak selama ini bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan percaturan politiknya dapat dilaksanakan.

Jika selama ini Anwar sering melaungkan hormati pilihan rayat, dalam soal Firus Anwar sendiri mengkhianati pilihan rakyat Penanti terhadap Firus kerana menyuruh Firus meletakkan jawatan bagi diganti dengan orang yang lebih berkelayakan. – 23/5/2009

Sunday, May 17, 2009

Kenapa Nak Saman Anifah? Puad pun Mengaku.


Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengakui beliau adalah salah seorang Ahli Parlimen BN yang ‘ditawarkan jawatan amat lumayan’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melompat ke pembangkang dalam gerakan 16 September. “Dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu memberitahu demikian ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington baru-baru ini.Menurut laporan Bernama Anifah berkata selain beliau,Anwar juga memujuk ahli-ahli Parlimen BN yang lain.

"Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang," katanya. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.

Sebelum ini, perkara yang sama telah didedahkan oleh ahli Parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.

Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan talipon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan persetujuan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.

Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menalipon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “Pak Lah is no longer in command..” Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.

“I need more Malay MPs like you”, tambah Anwar lagi. “And we already have enough numbers to form new government,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong !!.Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. (petikan www.dakwat-kertas.blogspot.com)

Saya mengharap agar lebih ramai ahli parlimen yang tampil membuat pengakuan. Tarikh 16 September dan kerja-kerja buruk Anwar ini sebenarnya tidak dipercayai oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat di peringkat bawah. Namun begitu, mengapa Anwar ingin menyaman Anifah sedangkan Puad Zarkhasi pun mengaku juga. Ini bukan soal mengaku tetapi soal jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Anwar mungkin terperangkap kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan kepada Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebagai TPM ke 2. Perkara ini sudah diwar-warkan dalam kabinet bayangannya jika projek 16 Sept menjadi kenyataan. Tetapi dengan pendedahan Anifah ini menunjukkan Anwar memerlukan 3 TPM iaitu wakil daripada Malaysia Timur. Perkara ini di luar pengetahuan Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Perkara ini sudah menjadi mangli kepada Anwar. Cuma mungkin dia merasa malu dan terjebak dengan Hadi dan LKS. Janji senang buat. Hendak menepati janji belum tentu. Bagi Hadi atau LKS, Anwar rupanya banyak menabur janji. Jika benar projek 16 September berjaya siapa pula yang menjadi mangsa sehingga tersingkir salah seorang untuk menjadi TPM. Mungkin Hadi, mungkin LKS atau mungkin Anifah yang terjerat. Jikalau beliau menerima dan kemudiannya tertipu mampu atau tidak dia berbalik ke BN?

Bagi menutup malunya apabila tembelangnya pecah, maka Anifah perlu di saman sebagai menutup kesilapan sendiri. Sebab itulah Anifah disaman tetapi tidak Puad kerana Puad tidak ditawarkan jawatan TPM.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

TERBARU!
27/05/2009

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),. Datuk Seri Anwar Ibrahim petang Rabu memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Datuk Anifah Aman berhubung kenyataan Anifah yang mendakwa Anwar menawarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) jika setuju meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

Saman tersebut difailkan oleh peguam Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sementara itu Anifah yang kini berada di luar negara kerana tugas rasmi ketika diminta mengulas saman Anwar terhadapnya jawab ringkas menerusi SMS kepada Agendadaily. " saya serahkan pada peguam saya." katanya.

LAWAN DATUK JIKA DATUK DIPIHAK YANG BENAR!

29/5/2009

Harga di atas kepalanya ialah RM100 juta.Namun Menteri Luar, Datuk Anifah Aman tidak gundah dengan jumlah saman sebesar itu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya. Beliau nampaknya tetap berpegang pada dakwaanya di Washington baru-baru ini bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk memancingnya melompat menyertai gerakan 16 September yang gagal. Menjawab soalan wartawan mengenai saman berkenaan semasa sidang akhbar di Wisma Putra Jumaat, Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Sabah memberi contoh dakwaan Aminah Abdullah iaitu calon Bebas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti bahawa beliau ditawarkan wang dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang untuk tarik diri.

Fitnah Yang Tidak Menjadi.


Gambar 1 : Fitnah yang tidak menjadi


Gambar 2 : Gambar sebenar.
Agak-agak la bro Tian Chua.

ISU ALTANTUYA NAJIB PM BARU TAKUT KE LUAR NEGARA


SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara. Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam ceramah perdana meraikan petugas negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam. Turut berceramah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali.
Mengulas laporan akhbar terhadap Najib katanya, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Katanya, akhbar tersebut secara terang-terangan menyiarkan gambar Dato' Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent. Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay. Menurut beliau, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.

"Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Najib, kenapa Najib tidak saman akhbar tersebut. Kalau Presiden boleh saman satu akhbar, Najib ada 11 akhbar kalau menang banyak dapat...," katanya disambut sorakan hadirin.

Ulasan amirhamzah64 :

Yang bercakap ni bukan sebarang orang dalam PAS. Calon Timbalan Presiden yang mempertahankan jawatan dalam Muktamar PAS akan datang. Disamping memfitnah orang sempat jugalah berkempen untuk dirinya sendiri.Tidak mengapalah memang adat hendak menarik sokongan dan menonjolkan diri. Maka bersorak-sorak lah segala juak-juak dan penyokong.

Sebagai PM, terpulanglah kepada Najib untuk keluar negeri atau tidak.Lagi pun seperti yang dikata oleh ustaz Din , Manado, Sulawesi dan Thailand itu bukan luar negerikah?. Agaknya Najib tidak perlu keluar negeri sekarang kerana keadaan politik dalam negeri yang kurang stabil. Keadaan politik di Perak yang tidak menentu, bijakkah seorang PM meninggalkan negara pada masa ini?

Kalau PM pun berebut-rebut hendak cari duit poket dengan menyaman Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas Najib, rasanya macam membuang masa saja. Lebih-lebih lagi 11 akhbar yang dinyatakan oleh ustaz Din. Tak ada kerja lain la PM kita. Haji Hadi lain la. Pencen MB Terengganu pun tak berapa nak cukup. Mahfuz pun banyak dapat duit daripada kes menyaman akhbar ni.

Ustaz Din adalah antara orang yang dikaitkan berhubung perjumpaan sulit dengan pemimpin-pemimpin UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan. Mungkin dia merasakan kumpulan erdogan masih memandang serong kepadanya. Bagi membuktikan kepada para perwakilan bahawa dia tidak lagi terikat dengan pemimpin UMNO, maka Najib lah menjadi mangsa. Isu apa lagi yang hendak diketengahkan, Isu Najib inilah yang paling popular di kalangan penyokong PR dan paling mahal harganya.

Jangan lah membuat kesimpulan mudah, jika Najib tak saman maka benarlah Najib ada kena mengena dengan kes Altantuya. Kes Najib tak sama dengan kes Anwar. Anwar akan dibicarakan tak lama lagi. Saiful dah tak sabar-sabar nak masuk mahkamah. Kes Najib nak dibicarakan di mahkamah mana pulak? Sudah-sudah la ustaz, jangan lah terikut-ikut dengan orang lain. Ustaz kan berserban, berjubah, berjanggut dan dikalangan orang baik-baik. Peliharalah akhlak ustaz supaya menjadi contoh kepada generasi muda.

BERITA TERBARU LA PULAK (berita harian online 18/05/2009)

NAJIB LAWAT CHINA HUJUNG BULAN INI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada hujung bulan ini, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Anifah berkata, selain bertujuan mengeratkan hubungan Malaysia dan China, ia juga diadakan sempena ulang tahun ke-35 hubungan antara kedua-dua negara.

Pada lawatan rasmi itu, Perdana Menteri dijangka akan turut membincangkan isu-isu mengenai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, May 16, 2009

Melayu Perak Perlu Tolak Nizar....


Nizar Jamaluddin muncul di persada politik negara selepas pilihanraya ke 12, apabila beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perak walaupun di peringkat awal perlantikan beliau di tentang oleh DAP. Ianya berikutan DAP memperolehi kerusi terbanyak iaitu 18kerusi berbanding PKR 7 dan 6 kerusi untuk PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat. Malangnya DAP yang sememangnya buta sejarah terlupa bahawa MB Perak mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. (sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya). Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.

Sejarahnya, Perlantikan Nizar sebagai MB Perak telah dibantah oleh akar umbi DAP. Oleh itu mereka terpaksa memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar bukan Melayu bukan Islam yang pertama (Ngeh seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian). Akhirnya Sultan Perak menolak cadangan ini dan menegaskan untuk seorang Menteri Besar baru yang juga orang Melayu. Baginda mahukan Orang Melayu yang profesional. DAP tidak mempunyai ADUN Melayu, dan kesemua ADUN Melayu PKR hanya berkelayakan Tingkatan 5. Oleh itu, Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebagai seorang jurutera dan juga memegang jawatan yang tertinggi dalam PAS dilantik sebagai Menteri Besar.

Malah Lim Kit Siang menyatakan DAP akan memboikot pelantikan itu dan majlis pentauliahan dan angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana PAS bukan parti utama yang memenangi pilihan raya 2008 peringkat negeri Perak. Beliau berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, kalau ADUN DAP ditolak. Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.

Ini jelas menunjukkan bahawa Nizar adalah MB yang bernasib baik kerana dianya Melayu.
Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor utamanya adalah kerana dia paling layak di kalangan sembilan wakil rakyat Melayu dan beragama Islam yang ada di kalangan Adun DAP, PKR dan PAS yang membentuk kerajaan bersama itu. Boleh dikatakan Nizar adalah Melayu yang terpandai di kalangan 9 Melayu yang bodoh ada di dalam PKR dan PAS.

Bukan Nizar tidak baik dan tidak bijak. Beliau adalah dari lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom ini. Tetapi beliau datangnya daripada parti yang lemah. Beliau dikelilingi oleh 6 exco DAP dan sudah tentu keputusan exco negeri terutama hal-hal tanah akan memberi keuntungan berganda kepada DAP dan kroni-kroninya. Ini telah terbukti apabila penduduk-penduduk Kampung Baru Cina mendapat hak milik kekal selama 999 tahun.Ianya sama lah memberi tanah percuma kepada mereka. Kampung Baru yang dikaitkan dengan kegiatan komunis mendapat layanan istimewa sedangkan orang yang mempertahankan negara seperti Polis dan Tentera mendapat cacian dan penghinaan. Adakah Nizar terfikir untuk memberi tanah percuma ini jika bukan dari desakan DAP?

Orang PAS harus sedar, Nizar bukan MB PAS yang dibangga-banggakan. Beliau hanyalah MB Boneka. Keputusan Nizar banyak dipengaruhi oleh 6 exco DAP.MB Perak sebenarnya adalah DAP. Siapa MB PAS yang sebenar yang sepatutnya PAS bangga-banggakan? Mereka itu adalah MB Kedah dan MB Kelantan. Mereka berdua memang tidak ada siapa boleh menafikan menguasai Kedah dan Kelantan. Bagaimana parti yang menang hanya 6 kerusi daripada 59 kerusi boleh menjadi MB yang baik? Sukar untuk mempercayainya.

Apakah kelebihan Nizar ini sehingga beliau akhirnya cuba digandingkan dengan Presiden PAS sebagai Timbalan Presiden PAS ?. Sebelum pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu terutama perwakilan PAS daripada Perak mengharapkan gandingan ini menjadi kenyataan. Tetapi realitinya selepas 8 Mei Nizar hanya tersenarai sebagai calon Naib Presiden. Walaupun sepanjang tahun ini Nizar begitu popular dan boleh dikatakan sebagai hero di Perak tetapi berdasarkan pencalonan PAS seluruh negara hanya layak untuk bertanding bagi kerusi Naib Presiden itupun belum pasti lagi berjaya. Ini bermakna Nizar hanya diterima di Perak tetapi belum sampai masanya menjadi pemimpin peringkat kebangsaan. PAS luar Perak pun tahu, Nizar adalah MB Boneka DAP.

Bagi penyokong Nizar di Perak dikatakan Nizar ini sangat istimewa. Rakyat Perak dikatakan beruntung mempunyai Menteri Besar yang boleh memberikan khutbah Jumaat bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap empat bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Itu sahaja?. Bagi pengetahuan semua, Anwar Ibrahim juga pernah menjadikan mimbar Jumaat sebagai satu paltform politiknya untuk mengambarkan munculnya pemimpin baru Islam. Malah Sultan Iskandar, Sultan Johor selepas ditabalkan menjadi Sultan telah berkhutbah Jumaat di 8 masjid di setiap 8 daerah di Johor. Jadi apa istimewanya Nizar jika sebelum ini pun sudah ada pemimpin dan Sultan membaca khutbah?

Pengalaman tertinggi sebagai Setiausaha PAS Negeri sebelum menjadi MB, rasa-rasanya Nizar bukanlah berpengalaman sangat dalam politik. Namun kehebatannya bagai sudah berpuluh tahun bergelumang dengan sepak terajang politik. Siapakah yang berada di belakang Nizar? pertama Anwar Ibrahim dan ke dua DAP Perak. Nizar bukan seorang pemimpin yang boleh berdiri sendiri. Beliau adalah pemimpin yang sentiasa di pangku dan dikendung.

Saya akan menerima dan mengakui Nizar sebagai MB yang bebas dan merdeka jika PAS memenangi 18 kerusi, PKR 7 dan DAP 6 di Perak.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com