Sunday, May 17, 2009

Fitnah Yang Tidak Menjadi.


Gambar 1 : Fitnah yang tidak menjadi


Gambar 2 : Gambar sebenar.
Agak-agak la bro Tian Chua.

ISU ALTANTUYA NAJIB PM BARU TAKUT KE LUAR NEGARA


SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara. Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam ceramah perdana meraikan petugas negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam. Turut berceramah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali.
Mengulas laporan akhbar terhadap Najib katanya, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Katanya, akhbar tersebut secara terang-terangan menyiarkan gambar Dato' Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent. Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay. Menurut beliau, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.

"Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Najib, kenapa Najib tidak saman akhbar tersebut. Kalau Presiden boleh saman satu akhbar, Najib ada 11 akhbar kalau menang banyak dapat...," katanya disambut sorakan hadirin.

Ulasan amirhamzah64 :

Yang bercakap ni bukan sebarang orang dalam PAS. Calon Timbalan Presiden yang mempertahankan jawatan dalam Muktamar PAS akan datang. Disamping memfitnah orang sempat jugalah berkempen untuk dirinya sendiri.Tidak mengapalah memang adat hendak menarik sokongan dan menonjolkan diri. Maka bersorak-sorak lah segala juak-juak dan penyokong.

Sebagai PM, terpulanglah kepada Najib untuk keluar negeri atau tidak.Lagi pun seperti yang dikata oleh ustaz Din , Manado, Sulawesi dan Thailand itu bukan luar negerikah?. Agaknya Najib tidak perlu keluar negeri sekarang kerana keadaan politik dalam negeri yang kurang stabil. Keadaan politik di Perak yang tidak menentu, bijakkah seorang PM meninggalkan negara pada masa ini?

Kalau PM pun berebut-rebut hendak cari duit poket dengan menyaman Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas Najib, rasanya macam membuang masa saja. Lebih-lebih lagi 11 akhbar yang dinyatakan oleh ustaz Din. Tak ada kerja lain la PM kita. Haji Hadi lain la. Pencen MB Terengganu pun tak berapa nak cukup. Mahfuz pun banyak dapat duit daripada kes menyaman akhbar ni.

Ustaz Din adalah antara orang yang dikaitkan berhubung perjumpaan sulit dengan pemimpin-pemimpin UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan. Mungkin dia merasakan kumpulan erdogan masih memandang serong kepadanya. Bagi membuktikan kepada para perwakilan bahawa dia tidak lagi terikat dengan pemimpin UMNO, maka Najib lah menjadi mangsa. Isu apa lagi yang hendak diketengahkan, Isu Najib inilah yang paling popular di kalangan penyokong PR dan paling mahal harganya.

Jangan lah membuat kesimpulan mudah, jika Najib tak saman maka benarlah Najib ada kena mengena dengan kes Altantuya. Kes Najib tak sama dengan kes Anwar. Anwar akan dibicarakan tak lama lagi. Saiful dah tak sabar-sabar nak masuk mahkamah. Kes Najib nak dibicarakan di mahkamah mana pulak? Sudah-sudah la ustaz, jangan lah terikut-ikut dengan orang lain. Ustaz kan berserban, berjubah, berjanggut dan dikalangan orang baik-baik. Peliharalah akhlak ustaz supaya menjadi contoh kepada generasi muda.

BERITA TERBARU LA PULAK (berita harian online 18/05/2009)

NAJIB LAWAT CHINA HUJUNG BULAN INI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada hujung bulan ini, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Anifah berkata, selain bertujuan mengeratkan hubungan Malaysia dan China, ia juga diadakan sempena ulang tahun ke-35 hubungan antara kedua-dua negara.

Pada lawatan rasmi itu, Perdana Menteri dijangka akan turut membincangkan isu-isu mengenai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

18 comments:

Geng Samudera said...

Salam,

Macam mana lar kafirun tak respek org Islam kalau camni lah jadinya..
Dah ler masalah global antara Sunni dan Syiah,masalah local pun kekadang tak reti lagi nak handle....
Memasing busuk hati,tak pasal2 dibonekakan oleh kafirun.
Silap2 nak sembahyangkan jenazah pun nak kena tgk arwah tuh parti mana satu.Nauzubillah...


(Geleng kepala sambil minum kopi)

Pangeran

2 Cent : Diri bukan org yang pandai,tetapi sedih sgt tgk pertikaian yg tak putus2..

What a cunt!! (Sori Pak Amir,mencarut skit)

aizat rahman said...

sayang seribu kali sayang, mentelah PM tak nak ke luar negara pun nak dikutuk dan dikeji..kalau keluar negara pon mesti lagi dikutuk..ni yang x paham orang melayu kita nih..senantiasa nampak kesalahan orang lain lebih dari kesalahan diri sendiri

cekodokmasin said...

Salam tuan. Buat salah, tak buat salah. Agaknya, kalau PM keluar negeri ajak dia, terus puji-memuji melambung ke langit. Iye le.. makan angin free, sapa tak nak... Muahahahahahaha

KUNTONG said...

Salam : astarfirrullah, mengapa begitu sekali asyik kata-mengata saja. jangan rosakkan nama parti ISLAM. Nanti orang kafir lihat dan kata: "apa itu olang melayu isilam mengata tatak babut sama-sama isilam. Aya....."

amirhamzah64 said...

salam geng Samudera,

Inilah kerja orang-orang kita tak kira yang berserban atau tidak. Luaran nampak alim di dalam hati tak siapa yang tahu. Sejak menjadi PM Najib tak pernah mengata dan memaki orang. Hanya bekerja dan bekerja untuk rakyat.

amirhamzah64 said...

salam aizat rahman,

Buat salah tak buat salah,
Akhirnya jadi serba salah.
Kesian Najib, rambut pun semakin beruban. hehehe

amirhamzah64 said...

salam cengkodokmasin,

betullah bro, kalau PM pergi China hujung bulan ni bawak dia, masa tu la Najib adalah PM Malaysia yang pertama bawak pembangkang ikut lawatan rasmi. Puji melambung.

Kalau tak, tak habis-habis melalak altantuya! altantuya! altantuya!
macam dia berzikir pulak

amirhamzah64 said...

salam pakcik,

Bukan orang Islam aje mamat ni, orang alim lagi. Sanggup dia dalam berjubah pun memfitnah orang. Ustad-ustad...........

snowwhite1310 said...

Ulama2 dalam PAS ni, You all2 semua ni belum tentu masuk SYURGA nya lagi taw. Bila dapat mengata orang, macam dia semua perfect... Nik Ajis pun belum tentu masuk SYURGA, walaupun dah gi umrah berpuluh kali... renung2 kanlah...

amirhamzah64 said...

salam snowwhite1310,

Betul bro, ulamak bukan ada lesen masuk syurga percuma. Kentut kita dengan pemimpin-pemimpin PAS tu sama aje busuknya. Tambah lagi kalau makan petai bertambah hancing la gamaknya

arifomar said...

musrikin ustat ini. telinga satu dan lidah ada dua. ini le ustatnya. PG

amirhamzah64 said...

SALAM Bro,

Tu namanya ustaz telinga pekak badak dengan lidah bercabang. Tak pe la bro, bior le dia menang Tim Presiden PAS nanti....cepat sikit terlingkupnya. hehehe

zedmagel said...

Bro Amir,

Sudah terang lagi bersulu. Memang tak betul PM dah ke Siam dan ke beberapa negara luar. Okey aje nampaknya. Tak ada apa-apa masalahpun.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Hujung bulan ni PM g China bro

Geng Samudera said...

Salam,

Patutnya org yg berpewatakan alim nih menunjukkan sifat yg baik dan terpuji walaupun diserang habis-habisan.Bukannya dilawan dgn sifat keji yg sama.Barulah orang respek dgn stail begitu.Ini kerna kita percaya,suatu hari pasti kebenaran terserlah.Lebih2 lagi parti PAS yg mendukung Islam sebagai tunggak utama.

Dan BN pulak,kalau nak mendapat balik kepercayaan rakyat,kena berani berubah.Berubah tuh x semestinya kena sentiasa dengar je telunjuk rakyat.Tegas dalam membuat keputusan dan berani kerana benar.
Kalau dah rasa die tuh layak jadi pemimpin,gunakan sepenuhnya skill yg ada demi kebaikan umat Islam khususnya dan semua rakyat jelata umumnya.

Ke korang nih nak kena masuk kelas "Menjadi pemimpin" balik? hehee

amirhamzah64 said...

salam Geng Samudera,

Layakkah PAS di gelar parti Islam.

'Hukum Hudud tak buat juga, sampai berkedut bontot Nik Ajis' kata ustaz Umar Khalid, bekas Ketua Penerangan PAS Terengganu ketika berceramah di Pt. Sulong beberapa tahun yang lalu.

adam d'Ant said...

Salam saudara,

Heran betul dgn mereka yang x habis2 mengaitkan DS Najib dgn wanita Mongolia tuh..padahal kalau dah benar2 seperti kata ANwar Ibrahim, Raja Petra kamaruddin dan Susan Loone<--3 orang ni yg beriya2 kata ada bukti2 lengkap ttg perkara nih, kenapa tidak tampil kehadapan memberikan bukti2 seperti yg dikatakan mereka tuh? kenapa ketiga2 orang ni tak mau memberikan bukti2 tersebut utk menolong bebaskan 2 anggota polis yang telah dijatuhkan hukuman gantung tuh?

Kalau dorang betul2 ada bukti, bawaklah keluar..ni setakat bercakap siapa pun bole...

amirhamzah64 said...

salam adam d'Ant,

Dulu ada 20 kotak dokumen yang hendak didedahkan berkenaan salah laku pemimpin-pemimpin UMNO. Dah 11tahun berlalu, mana kotak-kotak tu?

Sehingga hari ini berapa orang menteri yang merengkok dalam penjara kerana salah laku? Itu semuanya retorik bro.

Najib tiada khabar angin yang mengatakan dia akan didakwa tetapi yang pasti Julai depan Anwar akan berdepan dengan Saiful di Mahkamah.