Thursday, May 21, 2009

Al-Ma'unah dan Al-Arqam Dimusnah, HINDRAF Kebal!


Mengapa Hindraf(Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu) atau (Hindu Rights Action Force) sebuah pertubuhan haram dibiarkan bertindak sewenang-wenangnya sedangkan kumpulan ini telah melanggar undang-undang negara selain mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan negara. Apa bezanya Hindraf dengan Al-Maunah dan Al-Arqam yang juga melanggar undang-undang negara dan mengancam keselamatan negara?

Mengapa Hindraf tidak diambil tindakan sedangkan kerajaan sanggup membunuh dan menyerang kumpulan Al Maunah serta menghapuskan Al-Arqam. Apakah tindakan kerajaan ini menunjukkan kerajaan 'double standard' dalam menjalankan undang-undang negara? Apakah kerajaan hanya berani mengambil tindakan kepada gerakan haram Islam sedangkan gerakan haram India/ Hindu, kerajaan letakkan di kelas yang berbeza?

Adakah kerana ia di dokong oleh sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur maka ianya kebal dari segi undang-undang malah lebih kebal daripada raja-raja Melayu. India/ Hindu ini tidak berpuashati tentang perobohan kuil-kuil yang tidak didaftarkan tumbuh macam cendawan.

Beberapa siri perobohan kuil Hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India.Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan mendakwa berlaku genosid dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh semasa Peristiwa Kampung Medan.Propaganda mereka disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa Tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India.

Kerajaan Malaysia pula mendakwa Hindraf turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan. Soalnya sekarang semua pusat ibadat sama ada masjid/surau, tokong atau kuil mesti mendapat kebenaran. Walaupun agama Islam sebagai agama rasmi negara tetapi pembinaan masjid atau surau tidak boleh dibina sesuka hati malah turut mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pokoknya sekarang adalah pelanggaran undang-undang.

Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Faktor kedatangan mereka ke mari adalah berdasarkan faktor penolakkan di India dan faktor penarikkan di Tanah Melayu. Tidak ada paksaan untuk mereka dan tidak ada jemputan oleh penduduk asal negara ini. Mereka asalnya adalah pekerja tetapi akhirnya British meminta kepada pemimpin-pemimpin Melayu agar menerima mereka sebagai warganegara jika mahukan kemerdekaan. Mereka boleh balik ke India jika mereka mahu tetapi mereka yang merayu-rayu kepada British agar memberi hak kewarganegaraan sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka kepada meningkatkan kekayaan Inggeris di tanah-tanah jajahan. Melayu tidak salah malah British juga tidak bersalah.

Pada 17 Ogos 2007, Hindraf telah mengemukakan memorandum 18 perkara kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung rasa tidak puas hati penganut Hindu terhadap kuil-kuil Hindu yang diberi notis seperti Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman di Pantai, Kuala Lumpur yang berusia 100 tahun, Kuil Sri Siva Balamuniswarar di Setapak, Kuil Sri Kumaravel di Kampung Medan, Petaling Jaya dan lain-lain. Bagi saya jikalau Masjid Negara atau Masjid Putrajaya dibina atas dasar sewenang-wenangnya di bina, maka kedua-dua masjid ini pun boleh diberi notis dan jika engkar tindakan meroboh boleh diambil.

Dakwaan berlakunya 'ethnic cleansing' di mana orang India dibunuh setiap hari oleh kerajaan ektremis Islam Malaysia adalah tidak benar. Pemimpin Hindraf terutama Waytha Moorthy Ponnusamy cuba melobi di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , India, Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong mereka. Malahan Hindraf cuba mendapatkan bantuan dan sokongan dari pertubuhan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) di Sri Langka. Hindraf juga mengutip dana daripada orang ramai bagi membiayai aktiviti mereka. Inilah orang yang tidak pernah bersyukur. Patutlah negara India susah hendak menikmati keamanan kerana memang perangai keturunan turun temurun. Pemimpin-pemimpin mereka pun ramai yang mati di bunuh.


Terbaru, Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik. Keputusan Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan adalah satu tindakan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pertubuhan dan ianya adalah satu cabaran kepada kerajaan.

Siapakah sebenarnya di belakang HINDRAF? Ahli politikkah? Benarkah HINDRAF mendapat sokongan padu daripada seluruh masyarakat India?. Kalau Al-Maunah dan Al-Arqam boleh diambil tindakan, mengapa pertubuhan haram HINDRAF ini diberi muka berlebih-lebihan. Apakah sebenarnya yang berlaku antara HINDRAF dan kerajaan?

Maka kenyataan akhbar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali bahawa tindak tanduk biadap HINDRAF jika tidak dihentikan segera boleh membawa masalah besar kepada negara perlu disokong oleh seluruh umat Melayu Islam.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

15 comments:

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT said...

inilah kacaubilau buatan tangan2 umno.pulangpakubuahkeras.

Apache said...

BRO, ORANG BEBAL NI PAYAH NAK DIAJOR...HAPUSKAN SAHAJA hindraf...KURANG AJAR DEME NIH

Jeepers Creepers said...

hancurkan saja orang yang menyokong hindraf seperti askar sri lanka bertindak keatas ltte

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam BERITA CAP BUMI,

katanya 'seorang yg natural,banyak diam dari bercakap....lebih baik jadi diri sendiri asalkan tetap bersama kitab dan rasul'.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Apache,

Betul la bro, Kerajaan manjakan sangat paria ni. Zaman Tun M tak berani pulak. Mamat paria ni kalau dibagi muka sangat boleh pijak kepala kita. Tak gitu bro

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam YB Raz,

Puak ni, kalau bagi kat polis dia org senyum aje. Lepas aje kat tentera baru dia tahu langit tinggi rendah.

awang kata said...

Kisah Hindraf tentunya akan dibukukan. Mungkin kisah Hindraf ini tidak cukup panjang lagi untuk dibukukan. Pastinya nanti mengatasi ketebalan buku Al-Maunah dan Al-Arqam. Atau Hindraf akan dikuburkan secara yang lebih dramatik. Terserah kepada pengarahnya. Yang pasti Filem Hindraf akan tersohor dengan ketamilannya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

sALAM awang kata,

KALAU Hindraf dibukukan lihatlah penulisnya. Kalau buku yang ditulis penuh dengan fitnah dan penyelewengan fakta haramkan saja. Kalau kegiatan Al-Maunah dan Al-Arqam boleh ditulis secara bebas, mengapa tidak HINDRAF. Apa-apa hal hapuskan dulu HINDRAF, buku tu no.10.

Unknown said...

salam, PDRM harus bertindak tegas tanpa gusar.... betul kata saudara, kumpulan pelanpau Islam dapat di benteras seharusnya HINDRAF pun dilenyapkan dari muka bumi in

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam ddinbunga,

Yang ni kawan tak faham dan keliru sikit dengan pendirian kerajaan terhadap HINDRAF. Kumpulan yang telah diharamkan sebanyak 2 kali

Geng Samudera said...

Salam Pak Amir,

Saya rasa ada 2 kemungkinan kenapa kerajaan seolah-olah memberi muka pada kelingkiak nih..

1) Kerana perbezaan bangsa.
Disebabkan majoriti pemerintah dan tentera adalah Melayu dan Hindraf adalah India,masyarakat akan cenderung menganggap seperti pertempuran antara 2 kaum.Berbeza dgn Al-Maunah dan Al-Arqam yg majoritinya adalah Melayu dan juga Islam,maka mengempurnya juga adalah bangsa sendiri.....waallahualam..

2)Walaupun telah diharamkan,kelingkiak mmg dah bangsa yg jenis degil nak mampus..!!..hehehe.
Patutnya kumpulkan semua ular-ular kasi makan itu kelingkiak...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera.

Lama tak ke udara. Mungkin dah berada di Malaysia,khabarnya 23hb Mei lalu.

Dua kemungkinan itu tidak boleh dijadikan alasan. Undang-undang tetap undang-undang. Bagi saya adalah penting menekankan penguatkuasaan tanpa kompromi. Salah tetap salah. Undang-undang merentasi kaum, agama, budaya dan apa saja. Kerajaan yang kuat akan sentiasa dihormati kerana menegakkan undang-undang. Kerajaan yang lemah adalah kerajaan yang 'double standard' dan memilih bulu dalam melaksanakan undang-undang tanpa mengira waktu dan tempat.

zedmagel said...

BRo Amir,

Mereka mendabik dada sekarang, kita boleh buat apa? Tidak mengkaji sedalam-dalamnya inilah yang merugikan kita.

Apa kerajaan boleh buat? mereka menyusun strategi lagi. Seorang rakan kaum India saya menyatakan dulunya dia menyokong Hindraf sekarang dia sendiri pun dah tak setuju dengan pandangan hindraf tu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel.

Kita boleh buat apa? Bro, takkan tak reti-reti, ISA kan ada. Sumbatkan......

Kita ni terlalu lemah. Dah lemah baik pulak tu. Dah ada dalam ISA dilepaskan pulak. Lepaskan tok janggut tu macam lepas anjing tersepit.

Kawan kita mata sepet pulak sibuk nak bawak Chin Peng balik Sitiawan. Kat Sitiawan tu kan dah ada si Ngah dan Ngeh. Tak cukup lagi ke? hehehe

rokok said...

UMNO menindas Kaum India. dan kamu pula sokong UMNO yang jahat? manusia or manusia.......