Friday, May 15, 2009

Sajak Untuk Guru Oleh Penyair Buta.


Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru seluruh dunia khasnya guru-guru di Malaysia yang tanpa jemu-jemu mendidik dan mengasuh anak watan dan pertiwi. Jasa guru amat besar dalam pendidikan negara. Siapalah Najib dan Muhyiddin jika bukan kerana bekas tangan seorang guru. Begitu juga Nik Aziz, Hadi Awang, Anuar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga hasil didikan seorang guru. Raja-Raja dan Sultan-Sultan juga belajar membaca dan menulis juga bermula dari seorang guru.

Terima kasih cikgu kerana mengajar saya membaca dan menulis. Terima kasih cikgu kerana mendidik saya berfikir menggunakan otak dan meletakkan otak di tempat yang betul bukannya meletakkan otak di kepala lutut. Paling penting cikgu telah mengajar saya erti mengenang budi dan bersyukur selalu tentang nikmat yang ada. Cikgu telah mengajar saya erti kehidupan yang sederhana dan membentuk diri saya dengan akhlak yang baik.

Tidak kurang juga kepada ustaz dan ustazah yang mengajar saya di sekolah agama. Membimbing tauhid, ibadah, munakahat, muamalah, jinayah, tasauf , akhlak dan al-Quran. Mengajar saya tulisan jawi, berzanji dan marhaban. Mendidik saya menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang-orang tua. Tak terkira saya jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu semua.

Secara peribadi saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saya di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah maktab dan pensyarah di universiti. Semoga Allah memberikan nikmat kesihatan yang melimpah ruah kepada semua guru-guru dan saya pasti guru-guru saya sedang berada di penghujung karier masing-masing.

Saya rasa ramai juga guru-guru saya yang sudah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.....amin

Kalau yang buta itu dapat menilai jasa guru, apatah lagi kita yang tidak buta dan tidak bisu. Hayatilah nukilan sajak sempena Hari Guru pada 16 Mei 2009 oleh seorang penyair buta tetapi celik hatinya.


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Tidak teringinkah saudara untuk mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saudara?.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

Refflesia said...

'SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA GURU. JASAMU KU KENANG, BUDIMU KU SANJUNG. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEGALA JASA DAN BAKTIMU'

Geng Samudera said...

Selamat hari guru kepada semua guru dan bekas-bekas guru seluruhnya.(termasuk org tue saya..hehehe)

cekodokmasin said...

Salam tuan,
SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU....
untuk tuan, sahak, usop, amat, zain, jamil, aziz al sotongi, etc. dengan ucapan: politik2 juga, anak murid jangan berterabur.. tak gitu???

amirhamzah64 said...

salam Refflesia, Geng Samudera, cekodokmasin.

Guru umpama lilin,membakar diri sendiri untuk menerangi yang kain.

Terima kasih kepada rakan-rakan guru dan follower saya jika ada seorang pendidik.

SpotTheBloggers said...

Opps... U r rated 5 Star Blogger. Pls visit SpotTheBloggers.

Salam Hormat.

amirhamzah64 said...

Salam SpotTheBloggers .

TQ Bro.

zedmagel said...

Bro Amir,

JM Aziz seorang punjangga dan penyajak yang sukar untuk dicari ganti. Dengan keupayaan yang beliau miliki, orang yang sempurna sifat seperti saya juga tidak mampu untuk membuat puisi yang indah sebegitu.

Tapi sebagai orang seni, keperitan hidupnya sangat mengecewakan saya. Orang seni tiada tempat yang indah dalam kehidupan manusia biasa. JIwa seperti beliau hanya indah dalam tulisan dan impian di maya seni sahaja.

PENYU MENAnGIS SIAPALAH TAHU....itu untaian kata-kata yang sukar untuk saya lupakan dalam salah sebuah puisi laut khazanahnya.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN CIKGU-CIKGU saya... yang telah mendidik saya. Terima kasih cikgu...

amirhamzah64 said...

Salam bro,

Masih ingat tak kita dengan cikgu-cikgu kita di sekolah rendah dahulu. Mereka inilah yang paling sabar melayan kerenah kita tawa dan tangis dan sihat dan sakit. Kadang kala dengan busuk dan hancing najis kita. Mereka inilah yang memperkenalkan huruf dan angka, baca, tulis dan kira. Di manakah cikgu-cikgu kita ini ye? sihat atau sakitkah dia?...... terima kasih cikgu....

zedmagel said...

Bro Amir,

Semua guru di SK dan SMK saya masih tebayang di wajah mereka. Tapi kebanyakanya telah kembali ke rahmatullah. Mereka adalah pendidik yang tebaik bagi saya, se dungu-dungu manusia seperti saya, masih boleh di celikkan seperti hari ini.

Bro sebut mereka, sebak bermain dimata dan hati saya....

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Ye la bro, cikgu-cikgu kita dulu memang berkhidmat untuk bangsa dan nusa. Bukan ada kepentingan diri sangat. Hidup sederhana, tidak berkira, serba boleh dan sangat dihormati. Dulu walaupun tidak ada kelulusan tinggi tapi pengajaran dan pembelajaran berkualiti.

Cikgu-cikgu pun untung dapat anak murid seperti kita bro. hahahaha

GSenduk said...

Selamat Hari Guru

Sesungguhnya beruntunglah para guru yang telah berusaha dan berjaya menjadikan pelajarnya sebagai guru. Berbahagialah siapa yang menghormati gurunya, semoga menjadi pelajar sentiasa mentaati para guru yang ikhlas mendidik.

amirhamzah64 said...

salam GSenduk,

Selamat Hari Guru. Semoga cikgu-cikgu diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus membimbing anak bangsa.