Sunday, May 10, 2009

Selamat Ulang Tahun UMNO ke 63



Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


JAGALAH HATI MELAYU

UMNO, parti utama dalam komponen Barisan Nasional (BN) menyambut ulang tahun ke-63 pada 11 Mei lalu. Sambutan kali ini walaupun diadakan serba sederhana, mempunyai keistimewaan tersendiri. Parti itu baru sahaja menyaksikan peralihan kepimpinan di bawah Presiden, Mohd. Najib Tun Razak dan penampilan barisan baru ahli Majlis Tertinggi (MT).

Pada saf tersebut, terpikul cabaran besar dan getir pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang mengubah dengan ketara landskap politik tanah air. Malah pada tarikh ulang tahun UMNO itu, parti tersebut dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Perak, yang tidak memihak kepada BN.

Berita mengenai keputusan kes itu mencuri perhatian rakyat dan turut menjadi bualan hangat ahli-ahli serta para penyokong UMNO. Keresahan berikutan kes berkenaan reda apabila para pemimpin UMNO berhimpun sempena sambutan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara pada malam itu. Turut hadir Dr. Mahathir Mohamad, mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Najib telah memberikan reaksi yang cukup tenang. Katanya, UMNO pernah lalui ujian lebih getir ketika parti itu diharamkan dan akhirnya mampu bangkit. Bahkan beliau menampakkan keyakinan untuk menangani kemelut di Perak. Tiada pun riak kegusaran di wajahnya. Sebenarnya keyakinanlah yang amat diperlukan oleh UMNO bagi mengembalikan kekuatannya. Untuk menguruskan sebuah parti yang besar, telah lama berkuasa dan berjaya seperti UMNO, bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi parti itu berdepan dengan asakan paling kuat dari pelbagai penjuru, kesan keputusan pilihan raya umum lalu (PRU-12) yang membawa tamparan besar kepada BN dan UMNO.

Pakatan pembangkang sudah membayangkan peluang lebih cerah untuk menumbangkan BN pada pilihan raya akan datang. Dengan kata lain, UMNO di ambang kematian dan kerajaan BN yang ada sekarang merupakan yang terakhir. Benarkah? Berdasarkan banyak petunjuk terbaru Awang yakin apa yang diramalkan oleh pembangkang tidak akan berlaku. Pembaharuan yang digerakkan oleh Najib mula menampakkan kesan positif. Perkembangan terkini politik tanah air juga tidak banyak memihak kepada pembangkang.

Pada masa yang sama, UMNO masih menjadi sandaran utama orang Melayu yang boleh dibuktikan menerusi undi yang terus meningkat dalam beberapa pilihan raya kecil selepas PRU-12 (sedangkan majoriti pengundi Cina misalnya, masih menyokong pembangkang). Jangan lupa pada pilihan raya umum itu juga UMNO memperoleh 79 kerusi - parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak. Prestasi BN merudum tetapi tidak bagi UMNO. Parti pesaing bagi UMNO iaitu Pas hanya mempunyai 22 kerusi dan PKR 31 kerusi.

Ia juga memberi mesej yang jelas bahawa UMNO perlu meneruskan agenda menjaga kepentingan Melayu. Janganlah kerana ghairah mahu menarik sokongan bukan Melayu, UMNO mengabaikan pula asas kekuatannya. Ketika DAP, MCA, MIC misalnya makin lantang memperjuangkan kepentingan kaum mereka tanpa sedikitpun rasa kekok, tiada sebab untuk UMNO teragak-agak dan terlalu mahu menjaga hati kaum lain. UMNO perlu bijak menyulam peranannya sebagai pemimpin BN untuk semua kaum tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu. Jasa UMNO terlalu besar kepada orang Melayu, begitu juga kepada kaum lain walaupun hakikat ini cuba dinafikan. UMNOlah yang mempertahankan bukan Melayu sejak awal kemerdekaan daripada aliran politik ekstremisme. Ketika Pas menjauhi parti dan kaum bukan Melayu serta menganggap mereka kafir selama beberapa dekad lamanya, UMNO menghulur tangan permuafakatan. Menerusi dasar dan naungan UMNO, kaum minoriti bukan sahaja terjamin hak malah mampu menguasai ekonomi negara. Sesungguhnya UMNO tidak pernah mengkhianati bukan Melayu. Apa yang mula berlaku adalah sebaliknya. Jadi, jagalah hati Melayu terlebih dahulu.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

kudakepang said...

Cikgu Amir

HIDUP MELAYU!!!!!

Pejuang Bangsa said...

hidup melayu !! hidup UMNO !!!

amirhamzah64 said...

salam Datuk Ron,

Hidup Melayu!
Urip
Urip

Terima kasih

amirhamzah64 said...

salam Pejuang Bangsa,

Hidup Melayu! Hidup UMNO!
Hidup untuk semua yang hendak hidup dalam kebaikan.

zedmagel said...

Bro Amir,

Urip Melayu,
URIP, URIP, URIP

Melayu terus Urip.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Hari ulangtahun ke 63 UMNO menghadiahkan Nizar menjadi MB Perak yang sah.

saya said...

Ya Allah Peliharalah UMNO agar kami dpt meneruskan perjuangan kami membela Agama,Bangsa dan Nusa.

Kami Ahli UMNO kelantan harap agar Datuk Najib ke Kelantan,pulihkan semangat kami semua ahli UMNO.

HIDUP UMNO,HIDUP BN.

amirhamzah64 said...

salam cikgu,

UMNO Kelantan saingan sangat sengit dengan Nik Aziz. Mahathir, Pak lah dan Najib silih berganti, Nik Aziz tetap gagah berdiri.

Politik Kelantan susah diramal cikgu. UMNO semua negeri dalam keadaan getir sekarang.

Geng Samudera said...

Semua..

Hidup,hidup gak...

Kan lagi canteekk kalau agama Islam tuh dikembangkan dalam budaya Melayu secara intensif.Digerakkan ilmu Melayu dan Islam itu seiring....
Bukan hanya dokumen dalam meeting shaja yg sarat dengan begitu banyak tentatif..tapi dilaksanakan sebaik mungkin...
Budaya ditonjolkan dgn hebat.
Agak2 malu tak org melayu skrg jalan dalam KLCC pakai baju melayu?...sure ada yg cakap cam org kampung...
Jadi bila ditonjolkan sekerap mungkin tanpa menghiraukan apa kata AJK tingkap,maka akan lahirlah ketamadunan Islam Melayu itu sendiri di tanahair sendiri.

Itu tak..memana pergi asyik cing cong ceng jerk...kiri kanan tanglung warna merah....dah mcm Guangzhou laks

Kita tak mahu UMNO yang sekularisme seperti skrang dan masih ada daki-daki penjajah...

Erm..hehehee..
Hidup Allah...

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera,

Sesuatu perkara itu bukan terjadi dengan sendirinya. Apa yang berlaku di Malaysia hari ini adalah kesan daripada dasar 'pecah dan perintah' penjajah.

Pemikiran bangsa yang dijajah masih lagi diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Kerajaan tidak pernah menyisihkan Islam. Malah meletakkan Islam di di tempat yang sewajarnya. Bagaimana kita pula sebagai orang Islam meletakkan Islam itu di mana? Islam itu terletak kepada kekuatan individu muslim dan jemaahnya.

Di mana kita? Dan apakah sumbangan kita kepada Islam?

Di mana sekarang bro?, Perancis? Holland? atau Kuala Lumpur?

Geng Samudera said...

Pak Amir...

Saya masih di Lima,Peru..
Akan balik 23hb..
Terus ke Muo dan Batu Pahat..

Mmg ada hajat nak jumpe Pak Amir sambil ngeteh..hehehe..
Nanti saya roger...yeha..

Geng Samudera said...

Pak Amir...

Saya masih di Lima,Peru..
Akan balik 23hb..
Terus ke Muo dan Batu Pahat..

Mmg ada hajat nak jumpe Pak Amir sambil ngeteh..hehehe..
Nanti saya roger...yeha..

amirhamzah64 said...

salam Geng Samudera,

Ok. Boleh ngeteh di Batu Pahat. Nak kena nasi briyani kambing pun boleh. Bro zedmagel pun ada.

email saya,

amirhamzah_daddy@yahoo.com