Sunday, May 17, 2009

Kenapa Nak Saman Anifah? Puad pun Mengaku.


Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengakui beliau adalah salah seorang Ahli Parlimen BN yang ‘ditawarkan jawatan amat lumayan’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melompat ke pembangkang dalam gerakan 16 September. “Dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu memberitahu demikian ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington baru-baru ini.Menurut laporan Bernama Anifah berkata selain beliau,Anwar juga memujuk ahli-ahli Parlimen BN yang lain.

"Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang," katanya. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.

Sebelum ini, perkara yang sama telah didedahkan oleh ahli Parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.

Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan talipon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan persetujuan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.

Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menalipon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “Pak Lah is no longer in command..” Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.

“I need more Malay MPs like you”, tambah Anwar lagi. “And we already have enough numbers to form new government,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong !!.Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. (petikan www.dakwat-kertas.blogspot.com)

Saya mengharap agar lebih ramai ahli parlimen yang tampil membuat pengakuan. Tarikh 16 September dan kerja-kerja buruk Anwar ini sebenarnya tidak dipercayai oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat di peringkat bawah. Namun begitu, mengapa Anwar ingin menyaman Anifah sedangkan Puad Zarkhasi pun mengaku juga. Ini bukan soal mengaku tetapi soal jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Anwar mungkin terperangkap kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan kepada Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebagai TPM ke 2. Perkara ini sudah diwar-warkan dalam kabinet bayangannya jika projek 16 Sept menjadi kenyataan. Tetapi dengan pendedahan Anifah ini menunjukkan Anwar memerlukan 3 TPM iaitu wakil daripada Malaysia Timur. Perkara ini di luar pengetahuan Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Perkara ini sudah menjadi mangli kepada Anwar. Cuma mungkin dia merasa malu dan terjebak dengan Hadi dan LKS. Janji senang buat. Hendak menepati janji belum tentu. Bagi Hadi atau LKS, Anwar rupanya banyak menabur janji. Jika benar projek 16 September berjaya siapa pula yang menjadi mangsa sehingga tersingkir salah seorang untuk menjadi TPM. Mungkin Hadi, mungkin LKS atau mungkin Anifah yang terjerat. Jikalau beliau menerima dan kemudiannya tertipu mampu atau tidak dia berbalik ke BN?

Bagi menutup malunya apabila tembelangnya pecah, maka Anifah perlu di saman sebagai menutup kesilapan sendiri. Sebab itulah Anifah disaman tetapi tidak Puad kerana Puad tidak ditawarkan jawatan TPM.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

TERBARU!
27/05/2009

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),. Datuk Seri Anwar Ibrahim petang Rabu memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Datuk Anifah Aman berhubung kenyataan Anifah yang mendakwa Anwar menawarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) jika setuju meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

Saman tersebut difailkan oleh peguam Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sementara itu Anifah yang kini berada di luar negara kerana tugas rasmi ketika diminta mengulas saman Anwar terhadapnya jawab ringkas menerusi SMS kepada Agendadaily. " saya serahkan pada peguam saya." katanya.

LAWAN DATUK JIKA DATUK DIPIHAK YANG BENAR!

29/5/2009

Harga di atas kepalanya ialah RM100 juta.Namun Menteri Luar, Datuk Anifah Aman tidak gundah dengan jumlah saman sebesar itu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya. Beliau nampaknya tetap berpegang pada dakwaanya di Washington baru-baru ini bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk memancingnya melompat menyertai gerakan 16 September yang gagal. Menjawab soalan wartawan mengenai saman berkenaan semasa sidang akhbar di Wisma Putra Jumaat, Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Sabah memberi contoh dakwaan Aminah Abdullah iaitu calon Bebas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti bahawa beliau ditawarkan wang dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang untuk tarik diri.

6 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Saman menyaman ni memang kerja dia orang le, konon nak tunjuk depa betul. Selain dari tu kalau menang moral mereka naik le dan dapat sikit wang saku, tu le kerjanya.

Yang betul dia cuba puisng-pusing, yang tak betul lagi lah dia kuat-kuat pusing.

amirhamzah64 said...

salam bro,

Memang betullah projek 16 September tu. Hadi dan LKS dah mula sangsi dengan abg nuar kita ni, betul ke nak bagi TPM kat dia orang. Atau abg Nuar main wayang, janji yang tulus dan mulus untuk semua orang.

Tak adanya abg Nuar tu nak saman bro. Dah memang betul.... Nanti banyak lagi cerita keluar kat mahkamah. hehehe

Geng Samudera said...

Salam,

Cuba masuk link di bawah:
Artikel dari Kosmo

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

amirhamzah64 said...

salam geng samudera,

ok.

» Angkara pembalakan?
» Memecah politik dinasti
» Siapakah intelektual Muslim?
» Virus kini lebih pintar
» Gemuruh layan VIP
» Inspirasi kod hijau
» Ekstrak kupang rawat sendi
» Gigolo hotel lima bintang
» Jururawat Malaysia di tanah Arab
» Ditipu tokoh Maulidur Rasul
» Berbahasa Tamil demi murid

Geng Samudera said...

Salam,
rasenye link sy kasi tuh direct ke tajuk "Memecah politik dinasti".

Bukan aper...kekdang org politik kite nih kena gak skali sekala masuk kelas.Belajar camne nak jadi pemimpin masa depan yg tahu asal-usul.

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera,

Selain ilmu yang kita baca, amalan politik yang baik adalah kita terjun ke dalamnya. Penglibatan dan pengalaman itu adalah ilmu tertinggi dalam politik bukan semata-mata yang tertulis di atas kertas. kadang-kala penulis hanya menulis teori dan pandangan tetapi dia sendiri tidak pernah terjun dan bersilat di gelanggang politik.