Tuesday, May 12, 2009

13 Mei 1969 Masih Relevan Untuk Diingati.


Bagi generasi muda, tarikh 13 Mei 1969 itu hanyalah tarikh biasa tanpa ada tercoret apa-apa peristiwa penting dalam sejarah negara. Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, tarikh ini adalah satu titik hitam bagi sebuah negara muda dan majmuk seperti Malaysia. Mereka yang sudah menjadi pemuda dan dewasa pada tarikh tersebut mungkin akan sentiasa terpahat di dalam ingatan dan kadang kala ngeri dan menakutkan jika mengenangkan kejadian pertumpahan darah antara kaum yang berlaku di Kuala lumpur.

Setelah 40 tahun berlalu, negara bangsa yang dibina selepas peristiwa itu telah memacu negara ke satu peringkat negara membangun yang termaju di Asia.Melalui Dasar Ekonomi Negara (DEB) kerajaan berusaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.

Berbalik kepada peristiwa itu, negara yang baru mencapai kemerdekaan hanya 12 tahun pada tahun 1969 begitu muda untuk mentadbir sebuah negara yang kompleks dan pelbagai. Pelbagai masalah yang ditinggal penjajah melalui dasar 'pecah dan perintah' menjadikan rakyat negara ini tidak mempunyai ikatan kukuh sebaliknya dibayangi dengan prasangka perkauman yang subur.

Ramai yang beranggapan, untuk apa kita mengwar-warkan saban tahun peristiwa ini sedangkan ianya sudah lama berlalu. Malah generasi muda yang tidak tahu apa-apa pun sekarang sudah tahu tentang peristiwa hitam itu. Ada yang berpendapat peristiwa hitam itu perlu disimpan kemas supaya kita menerima yang sudah berlaku itu biarlah berlalu.

Namun kita tidak boleh menipu sejarah. Sama ada itu sejarah baik atau sejarah buruk ia tetap menjadi lipatan sejarah dan banyak pengajaran yang boleh kita kutip sebagai rujukan dan panduan pada hari ini. Menurut Utusan Malaysia- Pakar sejarah Datuk Dr.Ramlah Adam memberitahu bahawa tragedi 13 Mei itu sangat relevan di dalam panduan serta iktibar berdasarkan situasi semasa. Malah katanya lagi, Tragedi 13 Mei tidak seharusnya disekat untuk dibicarakan. Rakyat terutama generasi muda perlu diberi pemahaman mengenai punca dan natijah peristiwa tersebut.

Peristiwa 13 Mei 1969 berlatarbelakang kan kepada peristiwa pilihanraya 1969 yang menyaksikan buat kali pertama Perikatan gagal mendapat majoriti 2/3 di Parlimen disamping kalah teruk di Selangor yang menjadi 'tuan rumah' berlakunya tragedi tersebut. Provokasi yang berterusan oleh ahli-ahli Parti Gerakan terhadap orang Melayu antara faktur serta merta tercetusnya peristiwa pahit seolah-olah kejadian itu memang tidak boleh dielakkan lagi.

Provokasi yang menghina berikutan kemunduran dan kemiskinan orang Melayu di tanah airnya sendiri adalah punca tercetusnya secara serta merta peristiwa berdarah yang mengorbankan banyak nyawa. Orang Melayu yang memang serba kekurangan dan ketinggalan dalam pelbagai bidang berasa terhina kerana baru hanya 21 tahun(1948) kaum pendatang itu telah diberikan kewarganegaraan percuma dan baru 12 tahun mencapai kemerdekaan 1957, mereka telah bersikap bongkak, sombong dan angkuh kepada penduduk pribumi yang telah terlalu banyak bertolak ansur kepada golongan pendatang.

Di kala orang Melayu yang ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan dan pembahagian kek ekonomi yang tidak dibahagi sama rata maka berlakulah jurang kehidupan yang semakin melebar. Sudahlah miskin, dihina lagi di tanah air sendiri benar-benar mencabar kesabaran sesiapa pun mengikut fikiran normal manusia biasa.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku sekarang ini terutama berkenaan krisis politik Perak walaupun dalam situasi yang sedikit berbeza tetapi mempunyai ciri-ciri provokasi politik yang hampir serupa. Peristiwa biadap, angkuh dan sombong beberapa ahli DUN di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 yang lalu dilihat di seluruh negara oleh rakyat Malaysia melalui media-media. Ianya sedikit sebanyak boleh menimbulkan keresahan, kemarahan, kecelaruan di dalam fikiran majoriti rakyat Malaysia. Penghormatan terhadap dewan yang mulia hampir musnah apa tah lagi dengan sengaja membiarkan Raja Muda Nazrin terpaksa menunggu 6 jam untuk bertitah adalah satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.

Provokasi-provokasi seumpama ini jikalau ianya dilakukan secara berterusan dan kerap terutama kebiadapan mereka yang tidak mengenang budi ini terhadap sultan adalah dibimbangi akan mencetuskan siri-siri pertempuran kecil yang akan merebak menjadi lebih besar. Sekarang ini api kemarahan itu umpama 'api dalam sekam' dan menunggu saat getir sahaja untuk berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Maka sebab itu, pada hari ini 13 Mei 1969 itu sangat relevan untuk dibicarakan semula secara serius supaya hal-hal yang sama berlaku 40 tahun dahulu dapat dielakkan. Peristiwa itu tidak mustahil akan berulang semula jika peraturan undang-undang dan perlembagaan tidak dipatuhi. Tindakan pencegahan kepada isu politik semasa, wajar dilakukan oleh pemerintah bagi menjamin keselamatan rakyat. Kementerian Dalam Negeri perlu lebih tegas untuk mengambil tindakan kepada sesiapa yang sengaja membuat provokasi dengan tujuan untuk menghasut dan membuat kekacauan. Sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) patut digunakan, gunapakailah akta tersebut terhadap mereka yang sering menimbulkan keresahan dan kebimbangan rakyat agar kestabilan negara dapat dinikmati.

Akhir kata, bacalah sejarah pahit ini, 13 Mei 1969. Carilah kebenaran fakta, buat rumusan, fikirkan secara rasional dan kajikan apakah punca dan natijah terhadap peristiwa ini. Mahukah kita peristiwa itu berulang semula? Jika 'ya' teruskan membuat provokasi politik yang melampau, nescaya bencana yang lebih besar bakal menanti. Kali ini setelah 52 tahun merdeka, jika berlaku juga ,segala kebaikan yang telah dibina untuk negara selama ini akan lebur sekelip mata.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

19 comments:

anas afrohead said...

pelanduk sentiasa lupakan jerat,
tapi jerat takkan sesekali melupakan pelanduk..

semoga orang melayu tidak terus terlena..

MANTRA said...

Sesi mencabar sedang berlaku hari ini... moga2 generasi muda tidak menghendaki ia berulang kembali...

They say, the PR given an inch they thought they have a ruler

zedmagel said...

Bro Amir,

Ingatlah, selalunya kejadian begini akan berlaku 30 tahun, 50 tahun sekali atau akan datang le. Tapi Alhamdullilah setakat ni tak berlaku.

Jangan kita alpa dan terlupa. Melayu terus waspada.

Syeikh Al-Hafiz said...

Melayu suka sangat lena sebab tu mudah kena jual. Zaman sekarang ni orang DAP pun Melayu sanggup panggil Ustaz.

Geng Samudera said...

Pak amir,

Org tua sy pernah cerite,kubu Cina bermula di setapak dan mereka berarak menuju ke Chowkit dan juga Kampung Baru...
Sambil berarak naik lori etc pastuh sambil bukak sluaq tunjuk kemaluan kat org kita.Hati sape x panas beb!!!
Nih semua cina cina jinjang arghh nih..

Sekrg berlagak nak tunjuk samseng...

Kisah 13 Mei mmg dr kecil org tue sy ceritakan kerana dia ada ditempat kejadian.Bimbang tercetus pergaduhan,cepat-cepat balik ke muo.
Dan cerita ini saya akan PASTIKAN akan sy sampaikan utk anak cucu cicit sy...
(Pernah gaduh ngan bdk cina kat High Skool Muo..hehe..time zaman nakal dulu-dulu...hehe)
Dahtuh cakap kurang ajar sgt,mmg kene cepukk arrr..

YB Raz said...

Sayangnya orang melayu semakin lupa diri. parti dap disayang seolah olah parti keramat. mereka lupa apa yang telah dilakukan oleh parti itu 40 tahun yang lalu pada orang melayu.

pinjam gambar bro

amirhamzah64 said...

Salam anas afrohead,

Melayu sedang terlena, dah kejut-kejutkan tapi masih nyenyak lenanya.

amirhamzah64 said...

salam MANTRA.

Inilah kesan PRU ke 12 yang lalu. UMNO jarang-jarang mengalami kekalahan. Bagaimana UMNO/BN mengurus kekalahannya dibeberapa negeri dan bagaimana Pakatan Rakyat mengurus kemenangannya.

Kekalahan dan kemenangan jika diuruskan dengan baik akan menghindarkan kita daripada malapetaka pergaduhan dan peperangan.

amirhamzah64 said...

Salam bro zedmagel,

Umur kemerdekaan negara baru 52 tahun. Dalam tempoh itu, hanya sekali peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 yang benar-benar mengugat keselamatan negara walaupun ada juga pergaduhan-pergaduhan antara kaum yang lain.

Ini adalah satu kejayaan pemerintah yang mengawal keselamatan negara walaupun rakyatnya terdiri pelbagai bangsa, ugama dan budaya. Malah lebih berjaya daripada negara yang mempunyai satu bangsa dan satu agama.

Walaubagaimana pun perkembangan mutakhir ini, perhubungan antara kaum semakin pudar akibat pertentangan dan perbezaan fahaman politik. Malah hubungan sebangsa juga semakin tegang kerana perbezaan pendapat dan ideologi.

amirhamzah64 said...

Salam Syeikh Al-Hafiz

Bukan semua Melayu berfikiran begitu, Melayu kelas menengah semakin ramai tetapi kemajuan dalam kehidupan tidak juga berjaya mengikis sifat-sifat mazmumah yang sudah tertanam di dalam diri Melayu itu berkurun lamanya.

Sifat-sifat buruk seperti dengki mendengki dan fitnah semakin berleluasa. Sikap membantu bangsa sendiri belum benar-benar mantap walaupun Islam menjadi pegangan sedangkan Islam itu adalah persaudaraan.

Mereka bukan sahaja tidak istiqomah malah sering berubah-ubah melambang tidak ada prinsip yang dominan akibat pengaruh dan kepentingan politik. Malah liberalisme agama yang cuba diperkenalkan semakin diterima oleh orang Melayu kerana perasaan benci terhadap sesuatu parti sanggup berkompromi dengan satu parti yang terang dan jelas memusuhi bangsa dan agamanya di suatu ketika dahulu.

Melayu mudah lupa!

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera,

Kita tidak seperti Indonesia, Cina hanya 5% daripada 260Juta penduduk tetapi merekalah yang menguasai ekonomi. Proses asimilasi berlaku dengan nyata di sana. Penyatuan di bawah bangsa Indonesia.

Di Malaysia mereka adalah 35% yang menguasai ekonomi. Di Kelantan, Trengganu, Perlis dan Kedah mereka adalah kumpulan minoriti. Budaya tempatan sudah banyak mempengaruhi kehidupan dan budaya mereka termasuklah loghat pertuturan.

Mereka lebih ramai di negeri-negeri Pantai Barat yang lain. Mereka lebih selesa bergaul dalam kumpulan mereka dan selesa dengan rangkaian perniagaan yang dijalin sekian lama. Kedudukan mereka yang ramai, kadang kala menjadikan mereka sombong, bongkak dan biadap.

Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku di Kuala Lumpur kerana mereka angkuh dan sombong sebab bilangannya ramai. Keganasan Bintang Tiga di Johor dan Perak membunuh orang-orang Melayu kerana di situ banyak kelompok-kelompok mereka yang tinggal dipinggir-pinggir hutan dan di bandar. Kerana ramai dan kaya mereka menjadi keras kepala dan ego.

Hingga sekarang sikap mereka tidak berubah.

Tujuan kita mengingati 13 Mei 1969 itu bukanlah untuk memintanya berlaku sekali lagi tetapi untuk menyedarkan semua pihak supaya saling faham memahami dan menghormati sensitiviti sesuatu kaum. Mengkaji punca dan natijah daripada peristiwa itu.

amirhamzah64 said...

Salam YB Raz.

DAP lah punca kepada 13 Mei 1969. Tapi hari ini parti ini yang didakap oleh sebahagian orang-orang Melayu. Pelik bin hairan, mereka digula-gulakan oleh DAP.

nalapambu said...

13 Mei, 69 tidak mungkin berulang lagi.Melayu di zaman tahun enam puluhan tidak sama dengan melayu hari ini.

Melayu tahun enam puluhan tidak terlibat dadah, rempit dan ragut. Mereka bersih, kuat, gagah dan berani.

Melayu hari ini, cuba anda lihat di kaki2 lima, di lorong2 jalan - melepak, merempit, meragut dan menagih dadah. Hampir 70% anak2 muda melayu sudah jadi 'zomby' kerana menagih dadah.

"INGAT MELAYU INGAT DADAH"Lihat anak2 muda india dan cina mereka hidup lebih ber disiplin dari melayu, mereka lebih gagah dan lebih pintar dari melayu.

Hari ini awak kena sedar bahawa kaum melayu sudah jatuh jadi bangsa kelas tiga. Cina dan india lebih maju terkehadapan jauh meningalkan melayu.

Kami maju dengan daya usaha kami sendiri, bukan macam melayu yang sentiasa mengharaf bantuan kerajaan sahaja.

Sedar lah melayu, kamu sudah jadi bangsa yang mundur.

Geng Samudera said...

Nalapambu,

Terlebih dulu saya mahu tahu apakah definisi maju mengikut perspektif kamu?....
Adakah dengan membina bangunan2 besar,kamu dah maju..?
Adakah berpesta sana sini,kamu dah maju?
Adakah mempunyai ramai kengkawan luar negara,kamu dah maju?...

Adakah melihat seseorang itu lemah dan miskin dan kurang displin,maka dia tidak maju?
Silap2 yang berpakaian selekeh dan berseluar jeans koyak mempunyai pemikiran yg kritis berbanding dgn ahli politik baik politician Cina,Melayu atau India.

Fahamkan dulu definisi maju itu baru kamu dapat lihat baik dari segi luar dan dalam.

Dalam konteks luaran,mmg kamu lihat antara 3 bangsa terbyk di Malaysia ini,bangsa Melayu jatuh nombor 3 (menurut kamu),tetapi perlu ingat,ia bukan disebabkan bangsa melayu malu kerananya tetapi sifat serta semangat Melayu memperbaiki kelemahan itu dari masa ke semasa.

Kamu ingin menegurkah kalau bangsa kamu sendiri kaki kuat minum todi?...
Malu tak tegur kalau bangsa kamu sendiri banyak kaki ceti dan along yang akhirnya kamu sendiri akan binasa?
Malu tak dgn bangsa kamu yang dah jadi tahik judi,hari2 tgk Magnum?
Malu tak kamu tegur kalau bangsa kamu pengotor.?...

Pasal bantuan,
Pernah ke India dan lihat sendiri bangsa kamu melarat sana sini tanpa bantuan pihak kerajaan?

Pernah ke China lihat sendiri bangsa kamu tak cukup makan sampai sanggup jadikan isi perut ikan sebagai makanan?

Pernah ke Amerika latin lihat sendiri manusia sana sini siang malam asyik minum beer dan berparti?

Pernah ke Eropah lihat sendiri kebingungan mereka dalam mencari tujuan dan matlamat hidup mereka?

Pernah ke Timur Tengah melihat bangsa Arab yg asyik berpuak-puak kerana lain mazhab?

Jika x pernah,saya bagitau skrg,masyarakat Malaysia sepatutnya bersyukur dgn segala agihan rezeki di tanah Melayu ini dan bukannya merasakan diri sendiri dah terlalu hebat untuk menjadi hero dan mengatakan yg lain adalah mundur...

Jadi itukah maju dari perspektif kamu?...

My two cent Xperince..

Sang Pangeran

amirhamzah64 said...

Salam nalapambu dan Geng Samudera,

Bukan semua yang maju itu tak ada yang mundur. Bukan semua yang mundur itu tak ada yang maju. Cuma bilangannya mana yang lebih banyak.

Mungkin Geng Samudera dah tolong jawabkan serba sedikit. Geng Samudera sebenarnya sedang berada di Peru kerana kerjanya memang mengelilingi dunia. Jauh perjalanan luas pandangan. Bukan macam kita-kita ni yang banyak menghabiskan masa di bawah tempurung. Hehehe

awang kata said...

Peristiwa 13 Mei 1969 tetap relevan selamanya sebagai 'sempadan' bangsa di Tanah Melayu. Itupun kalau tidak mahu 13 Mei siri 2 terjadi...

amirhamzah64 said...

Salam awang kata,

Peristiwa 13 Mei 1969 tetap relevan selamanya. Begitu juga dengan peristiwa-peristiwa sejarah yang lain khususnya kekejaman Bintang 3. Mudah-mudahan mala petaka seperti itu tidak berlaku lagi......

laneita said...

salam wahai tuan-tuan sekalian,

Jgn nak perkatakan melayu di bawah,perkatakan lah melayu di atas.iaitu pemimpin kita yang kebanyakannya dari keluarga yang senang.hidup mewarisi kekayaan.xpernah hidup susah.yang senang mana mungkin ingin susah.kalau dah kaya,lagi mahu kaya.ingatlah,undang-undang Allah adalah segalanya.Jangan disangkal Hudud.Kerana ia Firman Yang Maha Esa.Tiada istilah kuno didalam Al-Quran.Ianya datang dari Maha Pencipta.Kita mahu keamanan dan keberkatan dalam negara.Hanya Islam sahaja yang boleh memandunya.Jadi segala yang disarankan dalam Islam adalah sempurna.Kita pernah berjaya ketika Melaka di bawah pemerintahan Islam yang mengamalkan Hudud.
Ingatlah wahai teman,hanya Allah tahu segalanya.Jadi,Hudud yang dicipta oleh Allah relavan sampai bila-bila.Ingat,sangkal undang-undang Islam,umpama sangkal Al-Quran,sangkal Al-quran bermakna sangkal Rasullullah,apabila sangkal Rasullullah bererti menyangkal Allah dan agama-Nya iaitu Islam.Jangan nak memberi alasan negara ini tidak sesuai melaksanakan Hudud,kerana majmuk dan berbilang agama,ingat lah Rasullullah pernah memerintah di Madinah yang berbilang bangsa,kaum dan agama termasuklah Yahudi laknatullah.

MonyetBesi.com said...

untuk nalapambu (ular besar),
sedar atau tidak bahawa kaum india paling banyak mohon bantuan dari kerajaan?..sedar atau tidak kaum india selalu nak ikut perhimpunan haram? sedar atau tidak kaum india selalu timbulkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat setempat?..memang tidak semua diantara kamu yang suka buat hal..tapi mungkin kamu juga tergolong dalam hal tu...cakap siang pandang2..cakap malam dengar2...cakap mesti guna akal fikiran..jangan nak lepas tanpa renung diri dalam cermin...sempurnakah kamu?..tidak pernah berhutangkah kamu?..sudahlah...jangan nak mencurah petrol ke atas api yang marak...sedangkan kamu bercakap pon sembunyi2...ingatlah..kamu lahir dari kaum yang berkasta..tidak seperti orang2 melayu...tidak seperti kaum cina...kalau nak ikut kasta...dimana kasta kamu?...renungkan..patut bersyukur kerana di negara ini tidak mengamalkan perkara yg paling menyedihkan dalam hidup kamu...jadi nasihat janganlah mendabik dada kalau diri sendiri pon tidak begitu sempurna...