Friday, May 22, 2009

Kedaulatan Sultan Perak di Kembalikan !



Tahniah Dr Zambry dan Kedaulatan Sultan Perak telah dikembalikan semula selepas tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusannya petang tadi. Walaupun saya bukan rakyat Perak tetapi Perak tetap dekat di hati saya kerana 16 tahun saya menjadi rakyat DYMM Sultan Perak ketika bertugas di sana dahulu.

Disebabkan hampir separuh umur saya di Perak, saya juga berasa terhina apabila ada ura-ura Sultan Perak ingin disaman oleh seorang rakyat biasa bukan Melayu dan berasa amat jengkel dengan perderhakaan berulangkali seorang MB Melayu terhadap sultan yang tidak bersalah. Tindakannya yang biadap itu telah menarik beribu-ribu rakyat Perak terpengaruh untuk turut sama menderhaka terutama ketika berlaku rusuhan di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Saya didewasakan dalam persekitaran Negeri Perak, Saya sudah berada di Perak ketika Pilihan raya umum 1986 (ke-7) lagi. 16 tahun di Perak menyaksikan 3 pilihanraya berikutnya iaitu Pilihan raya umum 1990 (ke-8) ,Pilihan raya umum 1995 (ke-9), dan
Pilihan raya umum 1999 (ke-10). Keputusan yang ada pada hari ini sangat mengembirakan hati saya kerana kemelut jawatan Menteri Besar akhirnya diselesaikan secara undang-undang di mahkamah walaupun saya merasa lebih puas jika kuasa Kerajaan Negeri Perak ditentukan oleh kuasa rakyat seperti mana 11 Pilihanraya Umum yang lalu.

Kedua, saya berasa bersyukur kerana kedaulatan Sultan Perak telah dikembalikan semula sesuai dengan amalan negara kita iaitu demokrasi Raja Berperlembagaan. Apatah lagi jika Sultan Perak adalah antara sultan yang dihormati kerana ilmunya dan kedaulatannya sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Perak. Saya dari awal lagi menaruh keyakinan atas keputusan Tuanku Sultan atas segala tindakannya yang berlandas undang-undang dan bersandarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Berdasarkan tindakan baginda yang tidak bercanggah dengan amalan demokrasi dan undang-undang maka pada hari ini, tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara memihak kepada rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang mengesahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Dengan keputusan itu, Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah dilantik oleh Sultan Perak ekoran Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop yang dipetik daripada Agenda daily.

Dalam penghakiman disampaikan oleh Md Raus, ketiga-tiga hakim itu antara lainnya memutuskan:

1. Kuasa untuk membubarkan DUN adalah hak mutlak Sultan Perak;

2. Permohonan untuk membubarkan DUN di bawah Perkara 16.6 Undang-Undang jelas menyatakan sekiranya Sultan Perak tidak memberikan perkenan untuk membubarkan DUN, Nizar mesti meletakan jawatan. Permohonan Nizar bubarkan DUN di bawah Perkara 36.2 tidak terpakai kerana peruntukan itu hanya untuk membubarkan DUN sekiranya tempoh penggal DUN telah tamat (iaitu lima tahun);

3. Semasa Nizar mengadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009, jelas beliau telah hilang kepercayaan dan tidak menguasai majoriti dalam DUN Perak;

4. Tindakan Sultan Perak menemui 31 ADUN sebelum melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar bagi sahkan sokongan kepada Barisan Nasional adalan tidakan yang tepat dan betul;

5. Tiada peruntukan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memerlukan undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi menggugurkan Nizar sebagai Menteri Besar; dan

6. Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar kerana Hakim Mahkamah Tinggi pada masa membuat keputusan itu telah khilaf dalam membuat tafsirannya.

Saya yakin sebahagian besar rakyat Perak cintakan keamanan dan kedamaian. Masih ramai yang mendiamkan diri dan senyap memerhati kemelut politik Perak yang tidak berkesudahan. BN khususnya UMNO masih kuat 27 kerusi DUN adalah milik UMNO, 1 MCA dan 3 BEBAS daripada 59 jumlah kerusi DUN yang membentuk 31 kerusi. Percayalah kerajaan ini adalah kerajaan Melayu bukannya kerajaan Boneka yang didalangi DAP.

Menjunjung Kasih Tuanku!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

GSenduk said...

Salam;

ALLAH masih menyayangi beliau agar tidak terus didalangi serta merugikan agama, bangsa dan tanah air.

Semoga beliau telus dan tulus perjuangkan kebenaran.

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan,
ALHAMDULILAH..Mudah2an terus berjaya dalam mentadbir negeri dan rakyat disamping terus mendaulatkan kedaulatan raja-raja melayu..

anas afrohead said...

akhirnya maruah dan kedaulatan Sultan saya dikembalikan..
baginda bekas ketua hakin negara, sudah pasti baginda amat faham dan teliti dengan keputusan baginda.
DAULAT TUANKU!!!!

ikan emas said...

DAULAT TUANKU!!

Dilanjutkan Allah Usianya Sultan
Adil dan Murah Memerintah Watan
Ditaati Rakyat KIRI DAN kANAN
Iman yang Saleh Allah kurniakan
Allat Berkati Perak Darul Ridzuan
Allah Selamatkan Negeri dan Sultan

amirhamzah64 said...

salam GSenduk, PUTRA MERDEKA, anas afrohead dan ikan emas.

Daulat Tuanku, Beruntungnya Perak mempunyai sultan yang berilmu dan cerdik. Semoga Allah Selamatkan Perak dan Selamatkan Malaysia.

ikan emas , terima kasih atas senikata lagu terang bulan yang udah lama teman tak nyanyikan.

ddinbunga said...

salam, RUKUN NEGARA perlu diutamakan dalam diri setiap insan tak kira bangsa, jika Rukun negara di pinggirkan MAKA Undang - undang Rimba akan mengambil tempat maka keluar lah MONKEY memerintah negeri.

DAULAT TUANKU!!!! TAHNIAH DR ZAMBRY

AMALKAN SATU PERAK!!!!

amirhamzah64 said...

Salam ddinbunga.

Teman setuju bebenor yoep. Tapi rukun iman pun org tak hafal apatah lagi rukun negara.

DAULAT TUANKU!

Perak dah jadi emas yoep

zedmagel said...

Bro Amir,

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak dan juga kebawah DYMM Baginda Sultan Perak,BN terus berkuasa di Perak.

Satu Amanah, jangan pula diabaikan hak keistimewaan Orang Melayu sendiri. Jika kampung baru dapat pemilikan tanah 999 tahun, tanah milik Melayu berikan 1000 tahun.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Betul bro. Tanah Melayu adalah selama-lamanya untuk Melayu. Tak ada tanah lain bro......jadi ada tanah jangan jual kat mereka nanti Melayu lari dalam hutan.