Saturday, February 28, 2009

70 Orang Pun Belum Tentu, Razali !




Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu. Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.

Razali Ibrahim yang akan bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Mac ini berkata, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.

Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.(www.agendadaily.com)

Baru-baru ini, berikutan kenyataan Karpal hendak menyaman Sultan Perak pun baru 100 laporan polis dibuat di seluruh negara. Mungkin kah ada 700 000 laporan polis akan dibuat oleh pemuda-pemuda UMNO berikutan kenyataan Karpal mengatakan Pemuda UMNO Celaka?

Jikalau adapun sebanyak 700 000 laporan polis dibuat, timbul lagi persoalan lain. Pemuda UMNO lebih pentingkan caci maki Karpal terhadap mereka daripada mempertahankan Sultan Azlan apabila diacah saman oleh Karpal. Pemuda UMNO berjuang untuk tembolok sendiri kah atau berjuang di barisan hadapan mempertahan bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu?

Saya tertarik dengan blogger sritribuana,daripada Tanah Merah yang memberi komen artikel saya bertajuk 'Pemuda UMNO Celaka, Siapa Pulak Babi?' Beliau berkata, Dalam Parlimen Karpal ada imuniti.Kenapa tak bertekak dalam dewan kerana sama-sama 'level' ada imuniti.

Benar! Ketua Pemuda UMNO, Ahli Parlimen, Naib Ketua UMNO, Ahli Parlimen, Calon Ketua Pemuda, Ahli Parlimen dan akhir sekali Calon Naib Ketua Pemuda juga adalah Ahli Parlimen.

Adakah mereka berempat ini ada di dalam Parlimen ketika Karpal membuat kenyataan tersebut? Kalau ada, mengapa tidak ada bantahan dan perdebatan di dalam Parlimen jika benar mereka tidak terlibat. Jika mereka tiada di dalam Parlimen, ke manakah mereka pergi sedangkan hanya seorang sahaja menjawat jawatan menteri yang sibuk di kalangan mereka . Paling tidak 3 daripada mereka wajib bangun, bantah dan berhujah dengan Karpal yang sekarang ini keseorangan dan kurang upaya.

Pendek kata, cadangan Razali itu adalah cadangan 'separuh masak'. Ketua Pemuda UMNO tidak seperti datuknya. Tidak pernah pun beliau yang berlatar belakangkan seorang peguam dilihat berhujah di Parlimen kecuali menjawab soalan-soalan. Berbeza dengan Nazri Aziz yang kelihatan lebih menonjol. Ketua Pemuda UMNO agaknya sedang berkempen atau mengambil jalan selamat supaya tidak terlibat dengan sebarang kontroversi sebelum bertanding jawatan Naib Presiden Mac nanti.

Kalau semasa memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO pun tidak menonjol, apakah yang boleh kita harapkan kalau beliau ini menjadi Naib Presiden? Memilih pemimpin biarlah orang yang boleh membela UMNO, berani dan lantang seperti Tun Mahathir, Mempunyai cukup pengalaman jatuh bangun sebagai pemimpin bukannya pemimpin yang menang percuma dan meminta maaf jika dikritik mencium keris.

Pemuda semakin layu kerana pemimpinnya yang layu. Bandingkan pemuda di zaman Datuk Jaafar Albar, Datuk Harun, Anwar dan Najib nampak cergas, bertenaga dan pintar bergerak di pentas politik yang tidak sama rata. Seruan Razali itu tidak kena pada masa dan tempatnya. Pemuda bukan berada pada tahap semangat membara dan membakar tetapi sedang berteduh di bawah pohon kemboja yang redup.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, February 27, 2009

Allah Ada Dua Ajaran Agama ?




Saya tidak terkejut apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian. Jika Melayu dan Islam kuat keadaan ini tidak berlaku. Mudah sahaja, BN perlu sokongan daripada Kristian di Sabah dan Sarawak kerana di situ undi penentu BN dalam pilihanraya akan datang.

Apapun alasan yang diberi oleh umat Islam, suara mereka bukan lagi majoriti. Kehendak orang lain seperti puak kristian dengan sokongan PKR dan PAS sudah cukup membuatkan BN tertekan. Jadi sekarang ini Bible boleh dibaca di dalam Bahasa Melayu dan perkataan 'God' dalam Injil telah diganti dengan perkataan 'Allah'.

Bagi pemahaman orang kampung seperti saya, 'Allah' yang pertama adalah Allah bagi tuhan orang Islam dan membawa ajaran dan segala undang-undang serta peraturan-peraturan Islam seperti mana yang terkandung di dalam Al-Quran. Allah yang 'kedua' adalah yang membawa ajaran Kristian dengan segala peraturan dan undang-undang mengikut versi Kristian seperti yang tertulis dalam kitab Injil.

Allah bukan lagi satu, tetapi Allah sudah menjadi dua iaitu tuhan bagi orang Islam dan tuhan bagi orang Kristian. Allah bagi Islam meletakkan Muhamad s.a.w sebagai nabi terakhir dan Al-Quran itu telah melengkapkan dan menyempurnakan Islam. Bagaimana Allah dan Nabi Isa a.s di dalam kitab Injil? Allah yang mana satu yang betul? Bagaimana pemahaman umat Islam jika membaca versi Injil Bahasa Melayu dengan suruhan dan larangan Allah kristian?

Umat Islam boleh mengiktiraf agama Kristian kerana separuh penduduk dunia beragama Kristian tetapi kita tidak boleh mengiktiraf kitab Injil yang telah 'dirosakkan' itu dengan bersetuju menerima perkataan 'Allah' atas dasar leberalisasi di dalam versi Bahasa Melayu.

Saya pasti, ramai Melayu akan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan Kristian kerana Allah Kristian lebih mudah daripada Allah Islam. Allah Islam ada menyebut hukum hudud yang menjadi polimek yang tidak berkesudahan bagi umat Islam di Malaysia, kemungkinan besar Allah Kristian tidak menyebut langsung hukum hudud di dalam ajarannya. Jadi Kristian adalah lebih mudah ,flexsibel dan selamat.

Bagaimana kita hendak menghalang umat Islam daripada membaca Injil versi Melayu ini. Kekecohan begini pun sudah merupakan suatu iklan dan promosi tentang wujudnya Injil Versi Melayu ini. Selepas ini ramai orang tercari-cari dan cuba membacanya. Lebih-lebih lagi jika telah 'dihalalkan' oleh sebahagian pemimpin-pemimpin Islam.

Saya tidak mahu membincangkan tentang rasional atau tidak perkataan 'Allah' digunakan dalam Kitab Injil Versi Melayu ini. Jauh disudut hati ada perkara yang tersirat menjadi agenda tersembunyi golongan tertentu apatah lagi perkataan 'Allah' ini hanya untuk kitab Injil versi Melayu sahaja dan ianya dituntut oleh Kristian di Malaysia bukannya Kristian di seluruh dunia.

Tidak mustahil KDN membenarkan penggunaan 'Allah' kalau BN mendapatkan tekanan politik daripada kumpulan yang diiktiraf lebih Islam seperti yang ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam-PAS ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. (www.belantan.blogspot.com)

Lebih lama dari itu, "Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.(www.belantan.blogspot.com)

Ini lah bencana paling besar yang akan dihadapi oleh orang Melayu. Satu usaha secara bersepadu, licik, bijaksana dan mengikut undang-undang untuk mengkristiankan Melayu di Malaysia. Kekuatan Melayu adalah terletak kepada Islam dan Jihadnya. Secara tersiratnya mereka telah berjaya memecahbelahkan Melayu daripada segi politik dengan meracik-racik Melayu itu kepada Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu PAS. Hari ini sekali lagi mereka meracikkan Melayu itu kepada Melayu Islam dan Melayu Kristian.SIAPAKAH MEREKA ITU?

Penjajahan kepada umat Melayu pada 1511 hingga 1957 berjaya mengubah politik Melayu, mengubah lanskap ekonomi Melayu, mengubah prasarana penduduk Tanah Melayu tetapi mereka tidak berjaya mengubah akidah dan tauhid Melayu daripada Allah dan Islam. SIAPAKAH MEREKA DAN KUNCU-KUNCUNYA ITU?

Jika saya khilaf atas pemahaman saya, saya pohon maaf. Jika saya keliru memang benar saya terkeliru dan memang sah penggunaan perkataan 'Allah' dalam Injil mengelirukan.


Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

TERBARU : MENTERI DALAM NEGERI, DS SYED HAMID ALBAR UMUMKAN KDN MENARIK BALIK KEBENARAN MENGGUNAKAN NAMA ALLAH DALAM INJIL. PERATURAN SEBELUM INI KEKAL.

Wednesday, February 25, 2009

Pemuda UMNO Celaka, Siapa Pulak Babi ?






Tan Sri Syed Jaafar Albar (1914–1977) merupakan tokoh politik Malaysia berasal dari negeri Johor. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO dan pernah menjadi ketua pemuda UMNO.

Syed Jaafar Albar digelar 'ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew dari Singapura kerana kelantangan beliau memperjuangkan nasib orang Melayu khususnya di Singapura. Beliau dikritik hebat kerana tidak menerima konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan oleh parti PAP dan kemudian DAP.

Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO.

Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.

Kenyataan ini telah dibuktikan semalam apabila 13 ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor sudah bersedia menunggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di pintu masuk lobi menara bangunan Parlimen kira-kira jam 2.30 petang gara-gara kenyataan Karpal mengatakan 'Pemuda UMNO Celaka'.

Mereka juga meminta Karpal meminta maaf tetapi Karpal tidak bercakap apa-apa menyebabkan kumpulan itu terus mendesaknya. Adalah tidak wajar perkataan celaka disebut dalam Parlimen, tempat yang darjatnya begitu tinggi bagi mendengar masalah rakyat dan negara. Kalau beliau ada masalah dengan Pemuda UMNO, beliau boleh buat kenyataan di luar bukannya berselindung di Dewan Rakyat.

Karpal menuduh pemuda UMNO lah yang empunya kerja menghantar 2 butir peluru hidup ke rumahnya di Pulau Pinang. Mengapakah Karpal berani menuduh satu tuduhan berat tanpa bukti yang sahih?. Memang benarkah ianya kerja pemuda UMNO kalau Karpal dengan yakin menuduh pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya setelah Karpal mendapat pengakuan daripada salah seorang pemuda UMNO yang terlibat? Paling menghairankan mengapa Pemuda UMNO tidak membuat laporan polis berikutan kenyataan Karpal itu?

Kemungkinan peluru itu dihantar oleh pemuda PAS atau Angkatan Muda Keadilan tetap ada. Dalam keadaan sebegini, macam-macam boleh berlaku. Mana tahu peluru itu dihantar oleh Cina DAP Pulau Pinang yang marah kepadanya kerana mengkritik Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tempoh hari.

Hishamuddin, Khairi, Mukriz dan Razali adalah ahli-ahli Parlimen di kalangan pemuda UMNO. Saya tidak pasti adakah mereka itu berada di dalam Parlimen ketika Karpal mengeluarkan kenyataan tersebut. 'Sindrom Bisu' ini menyebabkan ramai percaya kemungkinan Pemuda UMNO benar-benar terlibat menghantar peluru tersebut. Kalau benar pun, hendak buat macam mana. Telah terlalu banyak kenyataan Karpal yang melukakan hati UMNO dan orang Melayu. Karpal kata Pemuda UMNO celaka bermakna dia juga mengatakan orang Melayu juga celaka.

13 orang ketua pemuda bahagian UMNO di Selangor itu telah menutup keaiban sindrom bisu pemimpin pemuda UMNO. Kemunculan kumpulan 13 ini mengingatkan kita pemuda di zaman Datuk Harun dan era Syed Jaafar Albar yang keras, tegas dan berani.

Bila disebut celaka ianya merupakan satu bentuk makian. Babi juga merupakan satu jenis cacian juga di kalangan orang Melayu. Siapa yang terkena cacian 'babi' ianya juga satu penghinaan kerana babi itu adalah jenis najis berat. Babi juga adalah jenis binatang perosak seperti babi hutan yang merosakkan tanam-tanaman. Ia juga jenis haiwan menyodok dan sebab itu hidung babi dempak kerana selalu berlaku kemalangan di hidungnya.

SOALNYA JIKA PEMUDA UMNO ITU DIMAKI CELAKA, SIAPA PULAK YANG MENJADI BABI?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com.

Tuesday, February 24, 2009

Anwar dan Najib di Pentas Hujah TV9 !


Bagi peminat-peminat politik tanah air atau mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa, Malam Selasa Jam 9.30 di TV9 pasti akan dinanti-nantikan. Rancangan Hujah semakin diminati ramai kerana ianya lain dari yang lain jika dibandingkan dengan rancangan yang sama oleh saluran-saluran tv utama di negara ini.

Penghujahan calon-calon ketua pemuda UMNO minggu lepas dan diikuti oleh calon-calon Naib Presiden UMNO minggu ini sudah cukup membuatkan penonton teruja dengan hujah-hujah dan soalan-soalan yang panas. Bagi peminat dan penyokong kerajaan rancangan ini menjadi pentas rakyat membuat penilaian tentang ketokohan, idea, ketrampilan, visi dan misi calon apabila sudah memenangi jawatan masing-masing. Ianya sesuatu yang menyeronokkan.

Bagi penyokong Pakatan Rakyat jika mereka boleh bersikap terbuka minda, hujah-hujah daripada pihak UMNO ini boleh dijadikan bahan atau bilasan apabila mereka keluar berceramah nanti.Dalam keadaan politik yang semakin terbuka ini, sesiapa sahaja boleh menonton kerana soalan-soalan walaupun disediakan lebih awal tetapi tidak bocor. Ada juga soalan-soalan secara spontan dan jawapan-jawapannya juga adalah spontan.

Tahniah kepada NTV9 selaku penerbit program Hujah dan syabas kepada Prof. Madya Agus Yusof selaku moderatornya yang dilihat tidak berpihak. Prof.Madya Agus telah menghidupkan rancangan ini dengan soalan-soalan yang memang sealiran dengan pemikiran rakyat. Beliau berjaya menyelami perasaan rakyat kerana soalan-soalan itulah yang dikehendaki oleh rakyat.

Rancangan ini kelihatan tidak memihak kepada sesiapa, bebas, kawalan yang minima, beradap dan sopan , mengalakkan berlakunya percambahan fikiran dan mengajak semua penonton berfikir dan menilai. Inilah rancangan secara langsung bercorak wawancara yang realistik dan dinanti-nantikan oleh rakyat.

Jika rancangan ini tidak terkongkong seperti lazimnya, pasti akan menarik ramai orang untuk 'berselera' menontonnya. Ini lah platform terbaik kerajaan untuk menangkis persepsi buruk terhadap kerajaan seperti yang didakwa. Syaratnya segala hujah mestilah ikhlas, jujur dan mempunyai fakta bukan retorik yang boleh membuatkan rakyat meluat.

Sekarang ini Hujah memberi peluang kepada calon-calon UMNO yang akan bertanding dengan pelbagai jawatan Mac nanti, dengan melihat calon-calon berhujah dari pelbagai aspek seperti politik dan ekonomi. Saya berpendapat hujah-hujah itu dapat membantu memahamkan rakyat dengan isu-isu terkini dengan cara telus dan jujur. Secara tidak langsung ianya membantu kerajaan membetulkan persepsi buruk rakyat kepada kerajaan.

Sebelum ini, hujah berani menjemput panelnya daripada pihak pembangkang supaya ianya dilihat lebih adil dan memberi peluang kepada pihak pembangkang berhujah dalam beberapa isu terpilih. Ada baiknya juga jika Hujah memperbanyakkan pertemuan beberapa tokoh daripada pihak pembangkang dan kerajaan.

Jika benar ianya akan berlaku, saya pasti ramai orang akan menantikan pertemuah DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Tun Razak dipentas Hujah. Masa terbaik adalah sebelum Mac 2009 ketika Najib di ambang kuasa Perdana menteri dan Presiden UMNO yang baru. Pertemuan dua orang sahabat lama ini di pentas Hujah pasti akan memberi 'rating ' jumlah penonton tertinggi.

Prof. Madya Agus tentu ada banyak soalan-soalan panas yang boleh menghangatkan Dewan Tun Syed Nasir yang dingin di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amir Hamzah
Batu Pahat,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tingginya Akal Budi Melayu - Pak Lah Menteri Kanan


Apabila Datuk Mohamad b Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading mencadangkan Pak Lah sebagai Menteri Kanan maka terdengar di sana sini mengatakan apa hebatnya Pak Lah sehingga diberi keistimewaan itu, Tunku, Tun Hussein dan Tun Mahathir tidak pun dilantik sebagai Menteri Kanan selepas mereka tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Bagi Datuk Mohamad Aziz, alasannya 'Apabila Perdana Menteri kita ini lepaskan jawatan, beliau akan menjadi anggota Parlimen biasa. Jadi kedudukan dia dalam Dewan ini di mana, takkanlah hendak duduk di sebelah Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), tidak patut la kan?

"Agaknya boleh tak kita ikut negara jiran bagi beliau kedudukan Menteri Kanan. Pasal Perdana Menteri yang lepas-lepas tidak berhenti di tengah jalan dan tidak bertanding dalam pilihan raya berikutnya," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. - www.kudakepang.blogspot.com

Rasanya memang tidak menjadi masalah cadangan ini. Pertama ianya lahir daripada mulut Ahli Parlimen BN. Kedua, Pak Lah mendapat sokongan tanpa berbelah bagi daripada Pakatan Rakyat khususnya PAS yang secara terbuka melalui Presiden dan Musyidul Amnya. DS Anwar juga patut menyokong kerana jasa Pak Lah melepaskannya daripada penjara.

Di negara Singapura, apabila seseorang Perdana Menteri bersara daripada kerajaan, maka dia akan dilantik memegang jawatan sebagai Menteri Kanan oleh Perdana Menteri berikutnya. Menteri Kanan yang terkini ialah Goh Chok Tong, bekas Perdana Menteri Singapura yang telah memegang jawatan ini sejak 12 Ogos 2004. Menteri Kanan sebelum Goh ialah Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura pertama. – dipetik daripada Wikipedia Bahasa Melayu.

Oleh itu, rakyat ingin tahu juga apakah bidang-bidang kuasa, keistimewaan, kemudahan-kemudahan dan sebagainya yang diperolehi Menteri Kanan yang pertama di Malaysia ini.

Adakah jawatan ini adalah khusus kepada Perdana Menteri yang meletakkan jawatan sedangkan beliau masih ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama. Seperti kata Mohamad Aziz 'Berhenti di tengah jalan dan tidak bertanding dalam pilihan raya berikutnya'

Adakah ianya akan menjadi kes rujukan pada masa akan datang dan seterusnya menjadi tradisi dan amalan dalam UMNO bagi kes-kes yang sama pada masa depan?

Walaupun saya antara rakyat yang menyokong peralihan kuasa ini, tidak bermakna saya tidak dapat melihat walaupun sedikit jasa dan sumbangan Pak Lah kepada negara. Mohamad Aziz menambah, 'langkah itu sesuai kerana jasa Abdullah yang terlalu besar kepada rakyat, negara dan Parlimen sepanjang menjadi pemimpin negara hingga kini'. Satu perkara yang saya berasa bangga ialah kesungguhan Pak Lah dalam membenteras rasuah dengan menjadikan SPRM sebagai satu badan bebas yang mempunyai kuasa yang lebih luas.

Bagi saya, walaupun mungkin ramai yang kurang bersetuju tetapi cadangan ini memperlihatkan betapa tinggi akal dan budi Melayu dalam hidup bermasyarakat. Penolakan Pak Lah bukan atas batang tubuhnya tetapi pada dasar-dasarnya yang lemah yang merugikan parti dan negara.

Penolakan Pak Lah bukan bersulamkan kebencian tetapi beralaskan kasih sayang, penghormatan dan pengiktirafan. Atas dasar jiwa yang bersih dan fikiran yang waras kemungkinan cadangan ahli Parlimen veteran Sri Gading ini ada kewajarannya.


Amir Hamzah,
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, February 22, 2009

Sokong PPSMI Dengan Beberapa Cadangan.



Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan cepat dan betul berhubung perkara Pengajaran Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar PPSMI ini telah pun dilaksanakan sejak 2003 dan murid-murid tahun 6 yang baru lepas mengambil UPSR 2008 adalah keluaran sulung daripada dasar ini. Murid-murid Tahun 6 ini adalah asas rujukan kepada kejayaan atau kegagalan dasar ini.

Laporan keputusan UPSR 2008 perlu segera dikeluarkan. Tun Mahathir tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjadikan PPSMI ini satu realiti. Malah perlaksanaannya bermula dari Tahun 1, Tingkatan 1, Tingkatan 3 dan Tingkatan 6 Bawah pada tahun 2003 sedikit sebanyak telah memberi lembaran baru kepada pelajar dan mereka telah diberi peluang untuk belajar dan dimudahkan dengan menjawab secara dwibahasa ketika memberi jawapan kepada soalan sama ada dalam peperiksaan berasaskan sekolah atau dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM.

Tempoh percubaan selama 6 tahun ini mendapat gambaran pro dan kontra mengenai isu ini sehingga Kementerian Pelajaran agak sukar membuat keputusan dengan melihat dari pelbagai aspek. Disebabkan Menteri Pelajaran itu adalah orang politik maka pertimbangan politik juga perlu diambil kira. Dalam keadaan politik yang tidak menentu, PPSMI kemungkinan akan menjadi isu yang dipolitikkan dalam pilihanraya ke 13dan kemungkinan isu PPSMI akan menjadi seperti isu 'barang naik' dan isu 'harga minyak' dalam pilihanraya 12 yang lalu yang menyebabkan BN hilang 2/3 kerusi Parlimen dan 5 Negeri kepada Pakatan Rakyat.

Peliknya semasa Tun Mahathir hendak melaksanakan Dasar PPSMI 2003 yang lalu tidak ada pula pula suara-suara bantahan secara aggerasif, demontrasi atau penghantaran memorandom. Kalau ada pun bantahan 'ala kadar' daripada individu-individu atau beberapa pertubuhan. Mengapa selepas 6 tahun berlalu dengan wang telah dibelanjakan berbillion ringgit, kita hendak berpatah balik ke belakang. Kita perlu teruskan dasar ini tetapi saya ingin memberi beberapa cadangan bagi memurnikan lagi Dasar PPSMI ini.

1. Elaun 5% kepada guru-guru Sains Dan Matematik ditarik balik. Tujuannya adalah untuk digunakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memberi kursus-kursus intensif Bahasa Inggeris kepada guru-guru sehingga guru-guru ini mahir berbahasa Inggeris. Kursus yang diberikan adalah menyamai seperti kursus-kursus Bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar yang hendak pergi belajar ke Seberang Laut. Kursus E-tem dan 'Buddy Support System' kurang berkesan dan tidak praktikal.Guru-guru yang telah mahir berbahasa Inggeris diteruskan dengan pemberian elaun 5% daripada gaji mereka.

2. Perbanyakkan bahan-bahan pengajaran sama ada berbentuk software atau hardware bagi membantu guru-guru mengajar. LCD dan Komputer riba yang dibekalkan ke sekolah-sekolah perlu digunakan sepenuhnya oleh guru-guru Sains dan Matematik sebagai alat bantuan mengajar yang berkesan.

3. Pelajar-pelajar yang lemah mengikut penilaian 'school based' perlu diberi pemulihan atau tiusyen percuma agar mereka tidak terus ketinggalan menguasai kemahiran-kemahiran dalam Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

4. Kajian dari semasa ke semasa atau kajian setiap tahun perlu dilakukan bagi menambah baik dasar ini yang melibatkan guru, pelajar , kaedah-kaedah pengajaran dan alat-alat bantuan mengajar.

5. Kaedah Pengajaran Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan. Guru-guru Bahasa Inggeris perlu meningkatkan prestasi pelajar supaya penguasaan Bahasa Inggeris
dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka dalam Bahasa Inggeris. Makmal-makmal Bahasa perlu digunakan sepenuhnya di sekolah. Makmal-makmal komputer jangan dijadikan 'gajah putih' tersergam indah tetapi tidak digunakan secara maksima.

6. Kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan tambahan bagi membantu pelajar-pelajar luar bandar khususnya orang Melayu. Peruntukan kelas-kelas 'tiusyen kampung' percuma untuk matapelajaran Bahasa Inggeris supaya pelajar dapat menguasai dan bertutur Bahasa Inggeris dengan baik.

7. Walauapa pun ianya bergantung juga kepada badan-badan pelaksana seperti para pendidik, sokongan daripada ibu bapa dan komitmen para pelajar sendiri. Sekarang ini bukan lagi masa percubaan, 6 tahun sudah memadai, 10 tahun akan datang kita akan menuai hasilnya. Maksudnya 10 tahun lagi kita akan cukup tenaga mahir daripada pelbagai bidang untuk mengisi kepakaran di Cyberjaya dan koridor-koridor ekonomi seluruh negara.

Pelajar-pelajar yang lemah, diajar dalam bahasa apa pun ianya akan lemah. Pelajar yang tidak mahu belajar, diajar dalam bahasa apa pun dia akan 'burn out' untuk belajar. Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Orang Berjaya mencari Jalan, Orang Gagal mencari Alasan.

Amir Hamzah
Batu Pahat,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, February 20, 2009

Tulisan Jawi Sedang Nazak !





Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Di alam Melayu ini terdapat dua bangsa yang besar iaitu Jawa dan Jawi. Jawi yang dimaksudkan di sini adalah Melayu. Sebab itu jika dikatakan Tulisan Jawi, ianya merujuk kepada Tulisan Melayu. Begitu juga jika disebut 'Tanah Jawi' maka ianya merujuk kepada 'Tanah Melayu'.Istilah lain seperti 'masuk jawi' atau berkhatan itu bermaksud' masuk Melayu' atau 'masuk Islam'. Jelas menunjukkan bahawa Islam dan Melayu itu tidak boleh dipisahkan.

Hari ini terutama generasi muda sangat kurang mengetahui tulisan jawi.Tulisan Jawi tidak lagi digunakan dalam tulisan harian kerana ramai sudah tidak tahu menulis Jawi hatta untuk menulis catatan peribadi atau tulisan-tulisan tidak rasmi. Orang Melayu sendiri yang meminggirkan Jawi yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan Jati diri orang Melayu.

Buku Teks Pendidikan Islam juga telah ditukar kepada rumi. Amat malang sekali, jika matapelajaran yang menpunyai kaitan langsung dengan tulisan jawi ini sudah ditukar kepada tulisan rumi. Ini menunjukkan betapa tenatnya tulisan ini dan tidak mustahil sedikit hari lagi tulisan ini mungkin hanya akan dilihat di muzium-muzium.

Orang yang bertanggung jawab memusnahkan tulisan Jawi ini adalah Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006) merupakan pemimpin veteran UMNO yang juga anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Allahyarham menjadi Menteri Muda di Kementerian Pertanian dan Perikanan pada 1955 sebelum memegang jawatan menteri di beberapa kementerian termasuk Menteri Pelajaran
(1957-1959/1965-1968).

Dalam banyak-banyak kementerian yang diterajui oleh beliau, Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

Tidak adakah rakyat dan pemimpin-pemimpin Melayu yang menentang pada masa itu? Tidak adakah pemimpin-pemimpin Melayu yang mencadangkan agar ada subjek-subjek yang patut mengekalkan tulisan Jawi supaya Jawi tidak berkubur pada masa akan datang? Kemungkinan juga pemimpin-pemimpin Melayu pada masa itu buat 'pekak badak' sahaja kerana latarbelakang pendidikan kebanyakan pemimpin-pemimpin Melayu pada masa itu adalah pendidikan Inggeris. Disebabkan itu, mereka memandang Tulisan Jawi tidak ada nilai ekonomi yang tinggi sehingga diganti semuanya dengan tulisan rumi.

Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi. Serentak dengan itu juga akhbar utama orang Melayu ketika itu, Utusan Melayu menjadi semakin malap dan tidak popular.

Pada tahun 2005, Utusan Melayu telah terkubur dan pihak kerajaan terpaksa menghidupkannya kembali. Hari ini Utusan Melayu hanya menjadi akhbar sisipan dalam Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Di Johor, jika tidak kerana adanya sekolah-sekolah agama kerajaan negeri yang menggunakan tulisan Jawi 100%, generasi mudanya mungkin juga akan menjadi buta Jawi. Masih ramai yang boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik. Mungkin dari segi amalannya masih kurang kerana telah selesa dengan tulisan rumi.

Buta Jawi boleh mengakibatkan seseorang itu lebih mudah menjadi buta Al-Quran. Jarang ditemui orang-orang yang boleh membaca Al-Quran itu buta Jawi. Lazimnya celik Jawi akan lebih mudah belajar hal-hal agama dan lebih mudah belajar mengaji Al-Quran. Begitu juga orang yang tahu membaca Al-Quran dengan baik akan lebih mudah untuk belajar membaca rawi dalam kitab berzanji.

Apa yang boleh kita pelajari daripada nasib tulisan jawi ini ialah sama ada keputusan kita pada hari ini akan memberi natijah baik atau buruk 30 atau 40 tahun akan datang. Jikalau baik maka baiklah jadinya. Tetapi jika tersalah langkah buruk benar kesannya seperti mana Tulisan Jawi.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 Mei 20?? - Pergaduhan Melayu Dengan Melayu !



Tragedi 13 Mei 1969 sudah 40 tahun berlalu. Peristiwa ini berlaku adalah lanjutan pilihanraya 1969. Keputusan pilihanraya tahun tersebut hampir-hampir menyamai keputusan pilihanraya 8 Mac 2008.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) pula menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.(petikan www.pembelawira.blogspot.com)

Peristiwa hitam yang terpahat dalam sejarah negara ini tercetus apabila Parti Gerakan telah diberi kebenaran oleh polis untuk berarak bagi meraikan kemenangan besar mereka di Selangor. Dalam perarakan ini dikatakan Orang-Orang Cina telah menghina dan mencerca orang Melayu sehingga membangkitkan perasaan teramat marah orang-orang Melayu terutama yang tinggal di Kampung Baru. Akibatnya orang-orang Melayu telah bertindak balas dan tercetuslah peristiwa yang hingga kini sudah tercatat sebagai noda hitam dalam sejarah Malaysia moden.

Perlu diingat penglibatan komunis dalam trajedi 13 Mei 1969 tidak dapat dinafikan. Pemimpin-pemimpin Komunis seperti Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin dan pasukan Komunis sudah pun meletakkan senjata. Namun begitu fahaman Komunis hari ini benar-benarkah sudah berkubur? Kalau dahulu mereka bergerak di dalam hutan.Adakah sekarang fahaman komunis ini hidup subur di dalam bandar pula.

Tidak cukup dengan bahaya pengaruh komunis, kita juga sedang menghadapi pengaruh Yahudi yang meresap dalam fikiran, tindak tanduk, pengucapan serta gerak kerja parti-parti politik. Mungkin cubaan 13 Mei 1969 gagal untuk melemahkan Melayu. Semangat Jihad orang Melayu Islam sukar ditundukkan dan misi mereka pada 1969 untuk membunuh lebih ramai Melayu dan seterusnya merampas politik daripada Melayu menemui kegagalan.

Kekalahan 1969, memberi ikhtibar bahawa agak sukar untuk mengalahkan Melayu kerana pada masa itu Melayu masih lagi utuh berpadu. Bagaimana untuk mengalahkan Melayu? Jawapannya Melayu perlu diracik-racik dan dipecah-pecahkan mengikut fahaman politik mereka. Hanya orang Melayu sahaja yang dapat mengalahkan Melayu.

Senario sekarang mereka akan memprovokasikan Melayu PKR dan Melayu PAS. Penyokong-penyokong parti berkenaan sekarang sangat membenci kaum sebangsa dan seagama dengan mereka. Kelicikan pengaruh Yahudi dan pengaruh Komunis sudah mula meresap ke dalam fikiran dan minda kebanyakan Melayu.

Berikutan keadaan politik yang tidak stabil di Perak, Selangor dan Kedah, kelihatan hanya orang-orang Melayu yang berdemontrasi dan merusuh di jalan-jalan raya. Dari tahun 1998 hingga 2009 hanya kelihatan orang-orang Melayu yang gigih menentang kerajaan dan Raja-Raja Melayu. Peristiwa-peristiwa pergaduhan kaum di Kg.Rawa, Pulau Pinang dan di Kampung Medan hanya melibatkan penganut Hindu dan Islam. HINDRAF juga adalah satu alat kambing hitam yang digunakan oleh pemimpin Melayu untuk memberi tekanan kepada pemimpin Melayu yang lain.

Hanya orang Melayu yang boleh merampas kekuasaan kerajaan sekarang. Pengaruh Komunis dan Gerakan Yahudi yang licik sedang menguasai dan mempengaruhi kebanyakan orang Melayu supaya lebih membenci bangsanya dan Rajanya sendiri. Mutakhir ini, demontrasi dan rusuhan baik pro kerajaan atau pro pembangkang rata-rata pesertanya adalah Melayu.

Saya melihat, selepas ini bukan pertempuran antara kaum yang berkemungkinan berlaku, tetapi pertempuran antara Melayu yang Pro kerajaan dengan Melayu yang pro-pembangkang.

Biarlah Tragedi 13 Mei hanya terpahat di dalam sejarah Malaysia dan dijadikan sebagai iktibar oleh kita semua agar tidak berulang lagi. Kita memerlukan masa 48 tahun untuk membina sebuah negara Malaysia yang ada pada masa kini, tetapi untuk menghancurkannya hanya memerlukan masa satu hari sahaja.

Jika benar telahan saya ini, maka fahaman komunis yang masih kekal banyak di bandar-bandar akan bergabung dengan negara yang berpenasihatkan Yahudi di negara selatan serta Melayu sosialis dan komunis yang sedia ada akan menyebabkan hubungan Melayu - Melayu menjadi tegang.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Melayu tanpa disedari telah memusuhi bangsanya sendiri yang berkemungkinan tercetusnya pergaduhan antara Melayu - Melayu.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64.segalanyamungkin.blogspot.com

Nasib Baik Ada Berahim!



Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Kelantan kerana kelantangan, ketegasan, dan tidak berganjak serta berterusan mempertahankan orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu di Dewan Rakyat.Sebagai Ahli Parlimen Bebas, beliau agak lantang mengkritik perkara-perkara yang mengugat secara langsung hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Jangan dilihat sejarah silamnya bersama UMNO atau Semangat 46. Kita perlu melihat kepada situasi sekarang. Istilah 'here and now' adalah sangat bertepatan apabila memperkatakan Ibrahim Ali yang antara satu-satunya pemimpin Melayu yang lantang.

Beliau kadang kala dibantu dan disokong oleh MP Barisan Nasional seperti Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan YB Fuad Zarkhasyi dari Parlimen Batu Pahat. Cukup lah mereka ini saja yang bercakap dan yang lain-lainnya boleh digunakan untuk mengundi jika perlu.

Terbaru dikatakan Ibrahim Ali tidak boleh menahan sabar sehingga menghempas songkok ketika perbahasan mempertahan Raja-Raja Melayu.

Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat pada petang Khamis 19/02/2009 yang lalu.

Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.

Ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong , Ibrahim menyindir dan 'membelasah' anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.

Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.

Kelantangan Pak Berahim kurang disenangi PAS yang memberi laluan kepadanya bertanding dalam pilihanraya Mac 2008 atas tiket PAS bagi Parlimen Pasir Mas.Mengikut perkembangan terbaru, PAS Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Ibrahim Ali meletakkan jawatannya kerana sering mengkritik parti itu.

Ini bukan soal tidak mengenang budi atau soal mengkritik ahli-ahli parlimen Melayu dari PKR dan PAS tetapi ini soal mempertahankan maruah bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu. Sepatutnya apabila menyebut soal maruah bangsa, agama dan raja-raja Melayu tanpa mengira parti ahli-ahli Parlimen Melayu ini akan menjadi senada dan seirama.

Tidak seperti Gerakan, MCA dan DAP, jika kepentingan orang Cina disentuh mereka akan bersatu bersama-sama dengan NGO-NGO dan Pelampau-pelampau Cina terutama apabila berkaitan isu pendidikan.

Soal-soal politik dan ekonomi mereka boleh berbeza. Lantaklah hendak berbahas macam kapal karam pun tidak mengapa. Tetapi rakyat semakin kecewa jika isu-isu besar yang menginjak-injak maruah dan harga diri Melayu dan Islam, pemimpin-pemimpin besar Melayu ini masih enggan bersama sama.Ulamak -ulamak yang menjadi ahli politik dari kalangan orang Melayu gagal menjadi 'warisatul ambia' setidak-tidaknya sama-sama mempertahan maruah Melayu dan Islam yang diperlekeh ke peringkat paling hina sekarang ini.

Saya tidak nampak sekarang ini perpaduan Melayu dan Islam ini boleh tercapai dalam waktu terdekat. Melayu akan bersatu semula setelah kuasa politik Melayu ini terlepas ke tangan orang lain. Walau bagaimana sekali lagi tahniah kepada YB Berahim Ali yang membawa ledakan kemarahan rakyat berkumandang di Parlimen.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, February 19, 2009

Raja Mengeluarkan Melayu Daripada Hindu!



Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.

Gangga Negara (abad ke-2-11) dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.

Kejatuhan Sultan Mahmud Shah dan Melaka pada 1511 di tangan Portugis telah menyebabkan baginda berkubu di Bentan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Oleh itu kesultanan Perak hari ini mempunyai jurai keturunan dengan kesultanan Melaka.

Hari ini, negeri yang mempunyai sejarah tertua di Malaysia sedang dilanda gelombang dan badai. Sultan yang mempunyai jurai keturunan daripada kesultanan Melaka itu sedang dihina dan diinjak oleh segelintir orang Melayu dan penduduk yang asalnya bukannya penduduk asal negara ini.

Saya ingin mengingatkan kepada Orang Melayu, Walaupun DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong itu adalah pelindung kepada semua rakyat Malaysia dan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri itu adalah pelindung kepada seluruh rakyatnya tetapi bukan Melayu memang tidak akan faham tentang sejarah bangsa kita.

Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.

Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)

Bagi orang Melayu, Sultan-sultan Melayu adalah pelindung kepada orang Melayu.TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak.

Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat.

Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik.

Akhir sekali, sewaktu saya masih bersekolah, cikgu sejarah saya pernah berkata, apakah sumbangan terbesar Raja-Raja Melayu kepada orang Melayu. Katanya' Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah", Melayu pada hari ini masih lagi berugama Hindu. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu.

Ini kerana pada masa itu orang Melayu menganggap Raja itu Bayangan Tuhan, dipercayai memiliki kesaktian, bertujuan memperkuatkan status / kedudukan raja, mitos dan lagenda memperkuatkan kedudukan raja, bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah, konsep orde kosmos/ menjadi raja terulung dan berkuasa terhadap seluruh alam semesta.Sebab itulah jika seorang Raja itu memeluk Islam maka sudah diwajibkan seluruh rakyat jelata mengikutnya.

Apa pun jua tujuannya, Raja-Raja Melayu telah memberikan jasa terbesar kepada Melayu iaitu dengan memilih ISLAM itu sebagai agama baginda.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Diambil daripada blog www.hambali1.blogspot.com

Kingdom of Purplaya


By: Cecil Rajendra

The Kingdom of Purplaya
is located somewhere in Asia
slightly north of the Equator.

Its people are of mixed origins:
some Indonesians, some Chinese
some Indians, some Portuguese ...

Most Purplayans were immigrants
from the neighbouring countries;
only a handful are pure indigenes

who live up in the mountains
and are hunters & fruit gatherers
but not land-owners - just tenants.

These natives - true sons of the soil -
have been made marginal
by usurpers who stole their mantle

claiming that they are the original
god-chosen people of Purplaya and all
others, including indigenes, are mere aliens.

To ensure their privileges in perpetuity
this 'purple' bunch of pretenders
(With aid of their colonial masters)

drew up a farcical Constitution
which ensured that King & President
would always be of their persuasion.

They implemented a quota system
to reserve places for their children
in school, college & university;

stuffed ranks of Police & Army
with officers of their nomination
to protect their pockets & property;

and legislated that any question
of their special powers & position
would invite a charge of treason.

These self-anointed 'purple people'
now enjoy licences unlimited
for they are the only ones free

to libel enemies in their papers
burn effigies on street-corners
while other citizens of the country

face torture & imprisonment
if they criticise the government
or organise any kind of rally

Still, this apartheid autocracy
- the world's last bastion
of institutionalised racism -

harbours pretensions extraordinary
and lays claim to be
the only true surviving democracy!

Tuesday, February 17, 2009

' Tiga Abdul ' Calon Ketua Pemuda UMNO.




Program Hujah yang dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Mohammad Agus Yusof, yang disiarkan di TV9 malam tadi mengingatkan saya kepada cerita P.Ramlee ,Tiga Abdul.

Tiga Abdul mengisahkan pergolakan keluarga Ismet Ulam Raja, seorang hartawan di Isketambola. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Apabila bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya. Manakala, Abdul Wahub yang benci dengan sikap tamak abangnya, memutuskan persaudaraan dengan mereka. Ramai orang tahu kisah dalam cerita ini.

Filem terakhir arahan dan lakonan P. Ramlee yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. sebelum beliau berpindah ke Merdeka Studio di Kuala Lumpur seolah-olah menyamai bilangan calon dalam pemilihan KP UMNO kali ini di mana ada tiga calon yang menawarkan diri iaitu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga Naib Ketua Pemuda UMNO sekarang,Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo.

Secara jujur saya tidak dapat membuat keputusan lagi jika saya seorang perwakilan Pemuda UMNO pada Mac nanti. Ketiga-tiga calon dalam Hujah malam tadi semuanya layak menjadi ketua. Kelayakan sudah ada, mungkin mereka bertiga berbeza dari segi idea dan wawasan, perwatakan, keberanian, kepetahan berpidato, atau menyampaikan maksud hujahnya kepada penonton.

Satu slot yang saya kurang berminat ialah apabila Khairi sering mencebek dan membuat memek muka seolah-olah memandang rendah idea dan pendapat orang lain khususnya apabila Datuk Mukhriz sedang berhujah.

Kalau adapun saya ingin memilih calon yang mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan Abdul Wahub. Walaupun dia pernah memutuskan hubungan dengan kedua-dua abangnya tetapi akhirnya beliau menebus semula maruah keluarganya dengan menghimpunkan semula kedua-dua abangnya termasuklah bapa mertuanya.

Pendek kata, kalau kita melihat watak Abd.Wahub kita mahukan seorang yang sabar, bijaksana, cerdik dan berani membawa pembaharuan. Siapakah tiga calon pemuda UMNO yang berhujah malam tadi hampir-hampir sama atau lebih baik daripada Abd.Wahub?


Amir Hamzah,
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, February 16, 2009

PAS Sokong Pak Lah : Ajaib tetapi Benar!


UMNO telah mengambil keputusan agar peralihan kuasa secara teratur akan berlaku antara Pak Lah dan Najib pada Mac 2009. Peralihan kuasa dari seseorang pemimpin ke seorang pemimpin bukan lah perkara asing dalam UMNO. Almarhum Tunku telah menyerahkan kuasanya kepada Allahyarham Tun Razak. Allahyarham Tun Hussein kepada Tun Mahathir dan akhir sekali Tun Mahathir kepada Pak Lah 6 tahun yang lalu.

Tradisi ini memperlihatkan ahli-ahli UMNO begitu rasional terhadap seseorang pemimpin kerana UMNO lebih mementingkan kepentingan parti dan rakyat daripada kepentingan individu. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi berkuburnya UMNO akan menyebabkan hilang tempat bergantung orang Melayu yang tidak boleh disangkal lagi jasa-jasa dan pengorbanannya kepada orang Melayu, negara dan Raja-raja Melayu.

Pengorbanan Tunku, Tun Hussein, Tun Mahathir dan akhirnya Pak Lah jarang-jarang berlaku di mana-mana kalangan pemimpin baik di Malaysia maupun seluruh dunia. Lazimnya, pemimpin akan melepaskan kuasanya kerana terpaksa ,kalah dalam pilihanraya, revolusi rakyat atau sebagainya. Pemimpin juga akan jatuh jika adanya perebutan terhadap kuasa, harta dan wanita.

Ketika seluruh ahli UMNO merestui peralihan kuasa mengikut tradisi UMNO, timbul pula kenyataan sokongan daripada PAS melalui pemimpinnya seperti Hadi Awang dan Nik Aziz. Mengapakah kedua-duanya lebih selesa berada sebagai pembangkang ketika Pak lah sebagai PM?. Sejak bila pulak mereka berdua ini serasi, sebulu dan seirama dengan pemimpin no.1 UMNO ini.

Mengapa sokongan seperti ini tidak pernah kedengaran di zaman Tun Mahathir menjadi PM?. Bukankah kedua-duanya daripada parti yang sama dan tidak ada dasar yang ketara berbeza di zaman Tun M dan zaman Pak Lah. Di zaman Tun M dan Pak Lah hukum hudud masih lagi belum terlaksana. Apakah kelebihan Pak Lah sehingga menjadi 'buah hati pengarang jantung' kepada Hadi dan Nik Aziz.

Adakah Pak Lah jarang menggunakan ISA di zaman pemerintahannya? Tetapi Nik Adli masih lagi merengkok di Kamunting. Mungkin juga Nik Aziz hendak 'membodek' Pak Lah buat kali terakhir agar Nik Adli dibebaskan sebelum peralihan kuasa nanti.

Ramai berkata, Pak Lah lebih terbuka dan liberal sehingga semua orang boleh bersuara. Demokrasi di zaman Pak Lah hampir-hampir menyerupai demokrasi tulen. Dasar keterbukaan Pak Lah banyak membantu Pakatan Rakyat dalam pilihanraya sehingga menguasai 5 negeri dan menafikan kemenangan 2/3 BN dalam parlimen buat kali pertama.

Jika Pak Lah terus menjadi PM sehingga pilihanraya ke 13 nanti, mereka berdua sudah boleh memasang angan-angan Pakatan Rakyat untuk merealisasi perjalanan ke Putrajaya. Percubaan pertama mereka PAS,DAP dan Semangat 46 gagal dalam Pilihanraya Umum tahun 1990. Barisan Alternatif juga kalah teruk dalam pilihanraya Umum 2004. Pakatan Rakyat gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya dengan cemerlang dalam PAU 2008 sehingga menguasai 5 negeri dan ramai pemimpin-pemimpin utama mereka berada di Parlimen.

Dalam senario politik yang tidak menentu, BN kelihatan semakin jauh di hati rakyat. UMNO sedang bergelut untuk membetulkan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu. MCA, Gerakan dan MIC masih tidak kebah-kebah daripada demam dan masih kecewa di atas kekalahan besar ketiga-tiga parti itu.

Maka, UMNO dan BN mestilah dihapuskan segera sebelum pilihanraya ke 13 atau selepas Pilihanraya umum. Adalah lebih mudah menjatuhkan BN dan UMNO ketika ahlinya bercakaran sesama sendiri, perebutan kuasa, rasuah dsbnya. Jika Pak Lah terus menjadi PM, ini adalah peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat.

Namun hasrat murni PAS itu mungkin tidak tercapai apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan dalam titahnya semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat hari Isnin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Perdana Menteri bulan hadapan. Sehubungan itu, baginda berharap, peralihan kepimpinan itu akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

PKR : Mengata Orang Dia Yang Lebih!




Bermula dengan kes Mohd Osman Mohd Jailu ADUN Changkat Jering dituduh bersubahat dengan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi. Mereka berdua dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Kedua-dua ADUN tersebut telah keluar daripada PKR dan menyokong BN sehingga BN dapat merampas semula Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat. Kes beliau berdua masih dalam perbicaraan mahkamah.

Kes berikutnya Perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau,Kedah V. Arumugam. Pemimpin-pemimpin PAS Kedah menyifatkan langkah Arumugam meletakkan jawatan ADUN dan Exco Kedah adalah usaha beliau untuk menyelamatkan kerajaan barisan pembangkang di Kedah daripada terus digugat oleh BN.

Lojik akal bunyinya memang pelik.Ini kerana disebalik dakwaan pembangkang adanya ugutan itu semua orang tahu kisah ada orang dari kawasannya sendiri yang menghantar memorandum kepada Sultan Kedah mendakwa Arumugam terlibat dalam satu skandal. Difahamkan ia ada kaitan dengan wanita.

Ramai juga yang hairan bila mendengar Menteri Besar Kedah Datuk Azizan Razak semasa dalam sidang akhbar di Alor Star berkata orang India sendiri yang tak mahu lagi Arumugam makanya beliau tak boleh buat apa-apa.

Sudah menjadi rahsia umum di Selangor bahawa seorang ADUN dari PKR telah ditangkap basah oleh isterinya sendiri beberapa minggu lalu. Peristiwa berlaku di sebuah hotel ternama di Pelabuhan Klang.

Menurut sumber, ADUN ini memang dah lama buat kerja. Kali ini perangkap isterinya mengena. Namun untuk menutup malu, isterinya telah tidak melapurkan perkara ini kepada pihak berwajib JAIS atau Polis. Menurut sumber lagi, maklumat ini disampaikan oleh pekerja hotel tersebut. Riuh rendah hotel pada malam peristiwa terjadi.(Dipetik daripada Analisis Ringan Politik dan Isu Semasa Malaysia)

Terbaru kini tersebar luas gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong. Walaupun pada awalnya, timbul tanda tanya mengenai kesahihan gambar tersebut, namun Eleizabeth hari Isnin lalu tampil mengaku gambar bogel yang tersebar itu adalah gambarnya. Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telahpun membuat laporan polis ekoran penyebaran gambar berkenaan.

Antara banyak-banyak kes paling hangat dan dinanti-nantikan ialah kes pada 28 Jun lalu, apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa DS Anwar yang juga bekas majikannya meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat.

Satu ketika dulu, PKR menyerang UMNO dengan isu-isu skandal wanita, salahlaku moral, rasuah dan sebagainya sehingga BN dan UMNO hampir-hampir kehilangan kerajaan. Mereka berkempen bagai nak rak ingin menjadikan pentadbiran Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

Sekarang ini apa sudah jadi? Baru menang 31 daripada 82 kerusi Pakatan Rakyat sudah hiruk pikuk dengan cerita-cerita gempar yang jarang-jarang parti politik lakukan dalam tempoh masa yang singkat. Baru 11 bulan menjadi pembangkang sudah macam-macam cerita yang berlaku.

Orang tua-tua selalu berkata, jangan lebih-lebih mengata orang nanti jadi paku dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, February 15, 2009

Tun Mahathirkah Penyebab Sultan Boleh Di Saman?


Krisis politik di Perak yang haru biru dan juga Isu Karpal Singh berhasrat menyaman DYMM Sultan Perak telah menjadikan perbahasan hangat di hotel-hotel besar hinggalah ke warung-warung kopi di kampung-kampung.

Kalau seseorang itu penyokong Pakatan Rakyat pastinya berhujah tidak lari daripada tajuk 'Umno pun ada rekod buruk terhadap Raja-raja Melayu'. Hujah ini mudah dijangkakan akan keluar daripada mulut penyokong -penyokong Pakatan Rakyat.

Tetapi apabila tajuk 'Umno pun ada rekod buruk terhadap Raja-raja Melayu' ini keluar daripada penyokong UMNO sendiri adalah agak pelik bercampur hairan. Ianya merujuk kepada isu pindaan Perlembagaan 1983 (berkenaan kuasa meluluskan undang-undang), pindaan Perlembagaan 1993 (berkenaan imuniti raja-raja).

Tahun 1983 ketika itu saya berumur 19 tahun dan masih bersekolah di High School Batu Pahat. Saya masih ingat hampir 100 ribu umat Melayu berhimpun di Stadium Batu Pahat, Jalan Ampuan untuk mendengar ucapan PM Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad (Tun)dan Timbalannya Datuk Musa Hitam(Tun) berkenaan dengan pindaan tersebut. Ketika itu gabungan pentadbiran 2M sedang meniti disetiap bibir rakyat.

Pada masa itu saya belajar sejarah dan pengajian am di sekolah dan ada sedikit sebanyak mengetahui latarbelakang cerita yang sibuk diperkatakan orang. Mendengar cerita orang tua-tua di Batu Pahat waktu itu menyatakan pindaan ini penting kerana ada 2 orang Sultan yang akan tiba gilirannya untuk menjadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sultan yang dimaksudkan itu adalah Sultan Iskandar Johor dan Sultan Idris Syah Perak.

Kedua-dua Sultan ini dikatakan mungkin akan menyusahkan pentadbiran Tun Mahathir khususnya berkaitan dengan rang undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen. Sebagai seorang yang berfikiran jauh, Tun telah nampak situasi yang akan berlaku jika tidak ada pindaan terhadap perkara yang berkaitan. Sebab itulah pindaan ini penting walaupun ianya menjadi satu krisis perlembagaan.

Pindaan Perlembagaan itu telah dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kemudian diluluskan pada Ogos 1983. Di antara pindaan dibuat ialah berkaitan Fasal 66 (5). Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya.”

Peruntukan tersebut dipinda kepada, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu berkuatkuasa sebagai Undang-undang.”

Pada tahun 1993, saya berumur 29 tahun dan telah pun bekerja di Ipoh. Ketika DS Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat penerangan tentang Pindaan Perlembagaan berkaitan dengan imuniti Raja-Raja saya berada bersama ribuan rakyat di Dewan Bandaran Ipoh di depan Stesyen Keretapi.

Saya yang sangat meminati DS Anwar ketika itu cepat menangkap apa yang diperkatakannya. Ceramah beliau selama 3 jam setengah terasa begitu singkat. Antara lain sebab-sebab mengapa pindaan ini dibuat adalah disebabkan desakan rakyat juga. Ianya dikatakan dengan peristiwa 'Gomez di tampar','Amukan Prebet Adam di Chow kit' dan 'Anak Raja memukul Penjaga Gol dengan Kayu Hoki'. Begitulah seingat saya berkenaan isu yang hangat di waktu itu.

DS Anwar menjelaskan pindaan ini adalah atas kehendak rakyat dan kerajaan yang bertanggung jawab untuk melindungi rakyat disamping memartabatkan institusi raja itu kekal sebagai institusi yang dihormati.

Oleh itu pada 1993, Umno sekali lagi mencadangkan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal kekebalan atau imuniti raja-raja. Benar, di dalam Islam pun tidak ada pihak yang sepatutnya dianggap kebal di sisi undang-undang.

Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.(Mentiga: Kelabchedet.com:Forums)

Menurut penulis itu lagi melalui Pindaan Perlembagaan tahun 1993, raja-raja adalah:
1. Boleh didakwa dimahkamah bila melakukan kesalahan jenayah atau sivil.
2. Raja tidak boleh didakwa atas apa-apa yang bersabit daripada menjalankan tugas rasminya.

Kadang-kadang kita merasa sedih juga dengan sesetengah ahli UMNO yang tidak mahu mengingati, merujuk semula atau bertanya mengapa pindaan perlembagaan 1983 dan 1993 itu dilakukan. DS Anwar Ibrahim sendiri amat arif dengan isu ini khususnya Pindaan Perlembagaan 1993 kerana beliaulah yang membuat 'road show' menerangkan pindaan terhadap imuniti raja-raja ke seluruh negara.

Pada ketika itu, ahli-ahli UMNO menyokong penuh kedua-dua pindaan perlembagaan atas kepentingan kerajaan dan rakyat. Maka jangan pula kita terpengaruh menyalahkan antara satu sama lain apabila isu pindaan perlembagaan 1983 dan 1993 dimainkan oleh Pakatan Rakyat.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tambahan:
hangpa baca la sendiri.ternyata putaq belit pembangkang yang tun M la orang yang menjahanamkan institusi raja2 melayu ternyata fitnah dan bohong

Penyampai : DATO’ SERI DR. Tun Dr. Mahathir BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993


Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja.Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan
tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda – (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini – (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem
Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari
takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat
Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.