Friday, February 20, 2009

13 Mei 20?? - Pergaduhan Melayu Dengan Melayu !



Tragedi 13 Mei 1969 sudah 40 tahun berlalu. Peristiwa ini berlaku adalah lanjutan pilihanraya 1969. Keputusan pilihanraya tahun tersebut hampir-hampir menyamai keputusan pilihanraya 8 Mac 2008.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) pula menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.(petikan www.pembelawira.blogspot.com)

Peristiwa hitam yang terpahat dalam sejarah negara ini tercetus apabila Parti Gerakan telah diberi kebenaran oleh polis untuk berarak bagi meraikan kemenangan besar mereka di Selangor. Dalam perarakan ini dikatakan Orang-Orang Cina telah menghina dan mencerca orang Melayu sehingga membangkitkan perasaan teramat marah orang-orang Melayu terutama yang tinggal di Kampung Baru. Akibatnya orang-orang Melayu telah bertindak balas dan tercetuslah peristiwa yang hingga kini sudah tercatat sebagai noda hitam dalam sejarah Malaysia moden.

Perlu diingat penglibatan komunis dalam trajedi 13 Mei 1969 tidak dapat dinafikan. Pemimpin-pemimpin Komunis seperti Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin dan pasukan Komunis sudah pun meletakkan senjata. Namun begitu fahaman Komunis hari ini benar-benarkah sudah berkubur? Kalau dahulu mereka bergerak di dalam hutan.Adakah sekarang fahaman komunis ini hidup subur di dalam bandar pula.

Tidak cukup dengan bahaya pengaruh komunis, kita juga sedang menghadapi pengaruh Yahudi yang meresap dalam fikiran, tindak tanduk, pengucapan serta gerak kerja parti-parti politik. Mungkin cubaan 13 Mei 1969 gagal untuk melemahkan Melayu. Semangat Jihad orang Melayu Islam sukar ditundukkan dan misi mereka pada 1969 untuk membunuh lebih ramai Melayu dan seterusnya merampas politik daripada Melayu menemui kegagalan.

Kekalahan 1969, memberi ikhtibar bahawa agak sukar untuk mengalahkan Melayu kerana pada masa itu Melayu masih lagi utuh berpadu. Bagaimana untuk mengalahkan Melayu? Jawapannya Melayu perlu diracik-racik dan dipecah-pecahkan mengikut fahaman politik mereka. Hanya orang Melayu sahaja yang dapat mengalahkan Melayu.

Senario sekarang mereka akan memprovokasikan Melayu PKR dan Melayu PAS. Penyokong-penyokong parti berkenaan sekarang sangat membenci kaum sebangsa dan seagama dengan mereka. Kelicikan pengaruh Yahudi dan pengaruh Komunis sudah mula meresap ke dalam fikiran dan minda kebanyakan Melayu.

Berikutan keadaan politik yang tidak stabil di Perak, Selangor dan Kedah, kelihatan hanya orang-orang Melayu yang berdemontrasi dan merusuh di jalan-jalan raya. Dari tahun 1998 hingga 2009 hanya kelihatan orang-orang Melayu yang gigih menentang kerajaan dan Raja-Raja Melayu. Peristiwa-peristiwa pergaduhan kaum di Kg.Rawa, Pulau Pinang dan di Kampung Medan hanya melibatkan penganut Hindu dan Islam. HINDRAF juga adalah satu alat kambing hitam yang digunakan oleh pemimpin Melayu untuk memberi tekanan kepada pemimpin Melayu yang lain.

Hanya orang Melayu yang boleh merampas kekuasaan kerajaan sekarang. Pengaruh Komunis dan Gerakan Yahudi yang licik sedang menguasai dan mempengaruhi kebanyakan orang Melayu supaya lebih membenci bangsanya dan Rajanya sendiri. Mutakhir ini, demontrasi dan rusuhan baik pro kerajaan atau pro pembangkang rata-rata pesertanya adalah Melayu.

Saya melihat, selepas ini bukan pertempuran antara kaum yang berkemungkinan berlaku, tetapi pertempuran antara Melayu yang Pro kerajaan dengan Melayu yang pro-pembangkang.

Biarlah Tragedi 13 Mei hanya terpahat di dalam sejarah Malaysia dan dijadikan sebagai iktibar oleh kita semua agar tidak berulang lagi. Kita memerlukan masa 48 tahun untuk membina sebuah negara Malaysia yang ada pada masa kini, tetapi untuk menghancurkannya hanya memerlukan masa satu hari sahaja.

Jika benar telahan saya ini, maka fahaman komunis yang masih kekal banyak di bandar-bandar akan bergabung dengan negara yang berpenasihatkan Yahudi di negara selatan serta Melayu sosialis dan komunis yang sedia ada akan menyebabkan hubungan Melayu - Melayu menjadi tegang.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Melayu tanpa disedari telah memusuhi bangsanya sendiri yang berkemungkinan tercetusnya pergaduhan antara Melayu - Melayu.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64.segalanyamungkin.blogspot.com

4 comments:

anas afrohead said...

assalamualaikum..

encik, apa kata encik baca artikel ini..
terdapat sedikit kaitan usaha yahudi untuk memecahkan melayu di dalam artikel ini..

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/01/temubual-sempena-serangan-israel-ke.html

amirhamzah64 said...

Salam anas afrohead,

Insyallah saya akan baca artikel ini.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Dikhabarkan kepada saya oleh seorang veteran cawangan saya, bahawa perancangan PAP melalui DAP telah lama dijalankan semenjak sebelum keluarnya Singapura dari Malaysia. Ini kerana veteran berkenaan merupakan seoran guru dan telah memberi tiusyen tambahan kepada anak pemimpin DAP sendiri. Secara tak sengaja, anaknya telah memberikan pamplet atau risalah berkenaan perancangan DAP untuk menguasai Malaysia.Kisah ini tak dapat disahkan kerana dikhabarkan kepada saya kira2 25 tahun dahulu... (banyak kecairan maklumat berlaku da...)

amirhamzah64 said...

Salam cekodokmasin,

Memang benar. Hasrat mereka yang tersirat memang sudah diketahui umum.

Generasi muda hari ini jarang didedahkan dengan perkara-perkara sebegini atas nama 'Perpaduan Malaysia'

'Perpaduan Malaysia' adalah perpaduan palsu kerana 'mereka' tetap tidak berpuas hati dengan beberapa perkara yang ditulis di dalam perlembagaan yang dikatakan tidak adil untuk bukan bumiputera.