Saturday, February 28, 2009
70 Orang Pun Belum Tentu, Razali !
Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu. Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.
Razali Ibrahim yang akan bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Mac ini berkata, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.
Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.(www.agendadaily.com)
Baru-baru ini, berikutan kenyataan Karpal hendak menyaman Sultan Perak pun baru 100 laporan polis dibuat di seluruh negara. Mungkin kah ada 700 000 laporan polis akan dibuat oleh pemuda-pemuda UMNO berikutan kenyataan Karpal mengatakan Pemuda UMNO Celaka?
Jikalau adapun sebanyak 700 000 laporan polis dibuat, timbul lagi persoalan lain. Pemuda UMNO lebih pentingkan caci maki Karpal terhadap mereka daripada mempertahankan Sultan Azlan apabila diacah saman oleh Karpal. Pemuda UMNO berjuang untuk tembolok sendiri kah atau berjuang di barisan hadapan mempertahan bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu?
Saya tertarik dengan blogger sritribuana,daripada Tanah Merah yang memberi komen artikel saya bertajuk 'Pemuda UMNO Celaka, Siapa Pulak Babi?' Beliau berkata, Dalam Parlimen Karpal ada imuniti.Kenapa tak bertekak dalam dewan kerana sama-sama 'level' ada imuniti.
Benar! Ketua Pemuda UMNO, Ahli Parlimen, Naib Ketua UMNO, Ahli Parlimen, Calon Ketua Pemuda, Ahli Parlimen dan akhir sekali Calon Naib Ketua Pemuda juga adalah Ahli Parlimen.
Adakah mereka berempat ini ada di dalam Parlimen ketika Karpal membuat kenyataan tersebut? Kalau ada, mengapa tidak ada bantahan dan perdebatan di dalam Parlimen jika benar mereka tidak terlibat. Jika mereka tiada di dalam Parlimen, ke manakah mereka pergi sedangkan hanya seorang sahaja menjawat jawatan menteri yang sibuk di kalangan mereka . Paling tidak 3 daripada mereka wajib bangun, bantah dan berhujah dengan Karpal yang sekarang ini keseorangan dan kurang upaya.
Pendek kata, cadangan Razali itu adalah cadangan 'separuh masak'. Ketua Pemuda UMNO tidak seperti datuknya. Tidak pernah pun beliau yang berlatar belakangkan seorang peguam dilihat berhujah di Parlimen kecuali menjawab soalan-soalan. Berbeza dengan Nazri Aziz yang kelihatan lebih menonjol. Ketua Pemuda UMNO agaknya sedang berkempen atau mengambil jalan selamat supaya tidak terlibat dengan sebarang kontroversi sebelum bertanding jawatan Naib Presiden Mac nanti.
Kalau semasa memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO pun tidak menonjol, apakah yang boleh kita harapkan kalau beliau ini menjadi Naib Presiden? Memilih pemimpin biarlah orang yang boleh membela UMNO, berani dan lantang seperti Tun Mahathir, Mempunyai cukup pengalaman jatuh bangun sebagai pemimpin bukannya pemimpin yang menang percuma dan meminta maaf jika dikritik mencium keris.
Pemuda semakin layu kerana pemimpinnya yang layu. Bandingkan pemuda di zaman Datuk Jaafar Albar, Datuk Harun, Anwar dan Najib nampak cergas, bertenaga dan pintar bergerak di pentas politik yang tidak sama rata. Seruan Razali itu tidak kena pada masa dan tempatnya. Pemuda bukan berada pada tahap semangat membara dan membakar tetapi sedang berteduh di bawah pohon kemboja yang redup.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam tuan,
"Orang lain dah buat, biarlah", itu kata seorang Ketua Pemuda bahagian yang menang selesa pada pemilihan tempohari.
Mengisi "tembolok" sendiri memang sedang berlaku di kalangan bukan sahaja di perngkat pemuda bahkan di peringkat bahagian sekali. Semuanya sejuk. Nak panas, tunggulah bila tiba musim pemilihan 2 tahun 8 bulan lagi. Masa tu, tak tidur 48 jam pun ok lagi.
salam cekodokmasin,
Semasa buat lapuran polis di Balai Polis Parit Sulong tempoh hari berkaitan isu saman Sultan Perak, adakah itu idea daripada Ketua Pemuda Bahagian berkenaan ke?
Ini lah bakal-bakal pemimpin yang akan menerujui bahagian pada masa akan datang. Pendek kata bukan sahaja tidak ada idea tetapi PEMALAS.
Di peringkat bahagian pun begitu juga. Ramai yang bertanding berebut jawatan tetapi tidak ramai yang sanggup bekerja selepas menang.
Kebanyakkan daripadanya mengintai peluang terutama kontraktor-kontraktor muda dalam UMNO. Mereka inilah yang akan menghancurkan UMNO jika lebih mementingkan periuk nasi sendiri daripada periuk nasi rakyat.
Menyokong UMNO mengejar projek, Tak dapat projek merajuk, derhaka pada parti, tikam parti daripada belakang. Semuanya dibuat selepas diri sendiri dah kaya raya, harta dah bertimbun masa tu lah dikatakan UMNO rasuah, kronisme, dan macam=macam tuduhan lagi.
Walau apa pun kumpulan 342 sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk berkhidmat dan berbakti kerana kami bukan tokan atau kontraktor2 pelahap dan gelojoh.
terima kasih.
Bro...Amir,
Membelasah pemuda dan menghentam bahagian jangan keterlaluan. Kita ini Melayu yang budiman, tatakromo kita didahulukan.Saya akui laporan bantahan isu saman DYMM Sultan Perak, itu idea saudara. Saya slaute dengan saudara dan rakan-rakan semua, saya menyokong sepenuhnya. Tapi ilham saudara apasalahnya dikongsi dengan pemuda bahagian bersama?.Nampaklah UMNO bahagian kita sekata. Mereka juga ada membuat bantahan. Jangan kerana kita belayar tak sehaluan, angin yang bertiup kita persalahkan. Tak sehaluan pada hari ini, dalam 2 tahun segalanya mungkin. Pemuda itu sahabat baik tuan juga kan?
Jangan kata orang bahagian tamahak pada projek. Dia tu ramai yang saya lihat habuk pun tak ada. Kais pagi makan sebulan. Makan gaji juga kat mana-mana. Yang kaya raya memang ada, tapi bukan semua. Yang berkepentingan tetap berkepentingan mereka di bahagian atau di cawangan atau ahli biasa feel mereka tetap sama. Jika melihat list AJK Bahagian saudara berapa ramai yang jadi kontraktor?. Boleh dibilang dengan jari. Kebanyakan mereka makan gaji, hidup pun tak seberapa. Ada diantara mereka yang pakai motor buruk saja. Tetapi mereka bersemangat nak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan parti. 2 tahun 10 bulan lagi, saya persilakan tuan dan cekodokmasin menawarkan diri di bahagian. saya dan rakan-rakan 342 sokong. Bukan 342, - 450 sokong.
Saudara, terkadang kata-kata tak seindah bagai yang kita ucapkan. Nak gerak program ada kos dan tenaganya. Nak dapatkan duit untuk jalankan program di katanya kita ni nak mengisi tembolok sendiri.Jadi mana satu yang boleh dipihih? Nak pemimpin yang bangsat dan melarat ke yang kaya raya? Bangsat di cerca, kaya di kata. Orang Melayu ni nak jadi apa? Orang Melayu macam cekodokmasin ni lah yang mampu membuat Melayu layu. Melayu kondem Melayu. Melayu kaya di kata, Cina kaya tak apa....bagus. Apa salahnya jika pemimpin pemuda dan bahagian kaya. Jika mereka tak ambik bukan kita yang dapat.
Jika diamati, mereka kaya bukan kerana menyertai UMNO. Pemuda Bahagian kita kaya sebelum dia menjadi Ketua Pemuda lagi, tetapi yang saya lihat dia berusaha dan rajin bekerja. 12 tahun dulu depan mata saya dia masuk hutan ukur pagar untuk buat projek pertamanya dengan jumlah lebih kurang RM3000je, pakai kereta wagon buruk.Tapi usaha dan pengalaman dia terus ke depan.Itu dulu kerana dia tak pernah kata begitu dan begini.
dan cekodokmasin...
Saudara penggal depan pergi tanding Ketua Bahagian saya sokong. Jangan dok mengata orang UMNO isi tembolok sendiri. Dia orang bekerja sampai nak mampus mana kita nampak.cekodokmasin tahu ke? Apa tak cerita benda2 tu semua?. AJK bahagian saudara kontraktor dan mereka kaya raya ke?. Wah senang nak kaya yek? masuk AJK bahagian kaya. Bongok le saudara tak masuk AJK bahagian tu hari. Boleh kaya wooooh.
Penggal depan tak payah sokong AJK bahagian yang ada, gugurkan semua. Saudara dan konco-konco ambilalih. Nanti jadi kaya. Saya sokong saudara.Cakap pakai otak sikit lah.
Hai...Melayu....Melayu. ada satu gurindam Melayu dulu menyebut,...Orang Melayu selalu ragu, pada kaumnya yang dia tak tentu, sebab itu selalu termangu, terus gelita di dalam beku.
Salam mesra dari saya.
Salam bro zedmagel,
Panjang komen saudara kali ini.
Kawan bukan apa, cekodokmasin yang jolok kawan.
Kawan tak kisah semua tu. Bukan kah kita dalam satu parti. Namun begitu kenyataan itu hanya penyedap mulut saja. Hakikatnya kita di dalam parti ni lebih teruk bertelagah sesama-sendiri.
Bukankah dalam parti pun kita ada kem-kem sendiri. Siapa yang memulakannya dan siapa pula yang menyuburkannya. Itu perkara biasa kerana politik itu adalah seni mencari kuasa. Tak begitu bro...
Post a Comment