DAULAT TUANKU!
Apakah yang mampu dilakukan oleh orang Melayu jika didapati Sultan keseorangan menghadapi saman di Mahkamah atas keputusan baginda membentuk kerajaan baru di Perak dan melantik MB yang baru?
Bagi Melayu-Melayu yang berada di luar Perak tentunya akan melihat dan memerhatikan perkembangan ini melalui media-media eletronik atau media cetak dan ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memberi sokongan moral kepada Sultan yang akan diheret ke Mahkamah.
Berhimpun beramai-ramai di tempat masing-masing akan mengawatkan suasana pada masa kini. Sedangkan di pihak yang satu lagi, perhimpunan yang tidak mempunyai permit polis sedang rancak di atur. Jika berlaku pertembungan dua golongan yang sedang marah tentulah akan menggugat ketentaraman dan keselamatan awam dan negara.
Jika kita sebagai Melayu berasa tercabar dengan tindakan untuk menyaman Sultan Perak yang merupakan seorang daripada 9 Raja-Raja Melayu, Ada rasa terguris dan terhina dengan perkembangan terbaru di Perak ini, maka dengan kudrat dan upaya yang paling lemah, pergilah ke balai-balai polis seluruh negara untuk membuat laporan polis berhubung dengan rasa ketidakpuasan dan keterbukuan hati kita sebagai umat Melayu.
Dengan laporan polis dari serata tempat seluruh negara akan membuktikan penglibatan bantahan yang melata daripada orang Melayu. Penentangan Malayan Union oleh Dato' Onn pada 1946 bukan sahaja menghimpun dan menggerakkan Melayu Johor semata-mata tetapi seluruh umat Melayu dari Johor hingga ke Perlis. Inilah perpaduan Melayu pertama yang melepasi sempadan negeri dan dailek bahasa.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Saturday, February 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Daulat Tuanku
Seri Paduka Baginda bertindak sebagai payung negara. Mempertahan institusi beraja bermakna kita mempertahan kedaulatan bangsa melayu sendiri.
Pernah satu ketika saya berpendirian sengat. Tahun itu adalah tahun musibah kebawah duli tuanku. Tahun itu media dimomokkan dengan tamparan Baginda Sultan Johor ke atas Gomez. Sultan kelantan pula dikatakan menyeludup Ferrari masuk. Pelbagai lagi adu domba dibuat untuk memomokkan baginda tuanku raja-raja melayu. Termakan dengan permainan media pada tika dan waktu itu saya berpendirian bahawa kita tidak perlu mempunyai sistem beraja dan lebih baik mengguna pakai sistem presiden. Sehinggalah saya ditarbiahkan semula bahawa Raja Melayu adalah benteng terakhir orang melayu. Sebagai pelindung dan penjaga ketuanan melayu.
Akhirnya saya sedar bahawa semua itu mainan media mencari untung. Ianya juga propaganda pihak tertentu untuk membolehkan kehendak dia menjadi nyata. Akhirnya raja-raja melayu setelah dihina dan dihentam di segenap rusuk mengaku kalah dan menandatangi persetujuan terhadap beberapa perkara yang merugikan orang melayu sendiri. Seperti yang pernah saya katakan pada komen terdahulu, inilah akibatnya krisis tahun 1992 sehingga Raja melayu pula boleh disaman di Mahkamah.
Oleh itu kita perlu bersama menjaga institusi ini. Jangan sehingga anak-anak saya pula menggap institusi ini tidak berguna kerana tiada kuasa. Kuasa Raja berpelembagaan harus dipertahankan demi Islam, melayu dan keharmornian negara.
Salam Azmi,
Terima kasih atas respon yang bernas.
Krisis Perlembagaan pada tahun 1983dilakukan kerana pada masa itu giliran 2 orang Sultan yang akan tiba gilirannya untuk menjadi Yang Dipertuan Agung yang ke 9 dan ke 10
Dikatakan kedua-dua orang Tuanku Sultan ini apabila menjadi DYMM YDP Agong akan menimbulkan kesukaran kepada pentadbiran negara berdasarkan latarbelakang Tuanku berdua itu.
Tuanku Sultan yang saya maksudkan adalah DYMM Sultan Iskandar Johor dan DYMM Almarhum Sultan Idris Perak. DYMM Sultan Azlan Shah pada masa itu adalah Ketua Hakim Negara.
Walaubagai mana pun Sultan Idris tidak sempat menjadi YDP Agong ke 10 apabila baginda mangkat sebelum sempat menjadi YDP Agong
Krisis perlembagaan pada tahun 1993, seperti kata saudara telah membuang kekebalan raja-raja Melayu sehingga meninggalkan kesan pada hari ini apabila Sultan boleh disaman dan di dakwa di Mahkamah Khas. Perkara yang lepas usah dikenang, kalau dikenang meranalah diri.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
terima kasih
Bro Amir,
Ampun Tuanku,
Aku melihat Melayu ini sudah layu. Apabila rajanya dicabar Melayu hanya membisu. Baru hampir 90 ngo yang pro kebawah duli tuanku yang bangkit menentang. Aku kirakan lebih dari itu. Tak tahu le. Termasuk le anda yang bangun di Batu Pahat tempohari (08.02.09).
Tidak seperti di zaman Hang Tuah, Melayu itu setia pada rajanya. Hang Jebat mohon derhaka kerana membela sahabat. Bukannya membabi buta seperti hari ini.
Daulat Tuanku, Hidup Melayu...!
salam bro ZamZam,
Melayu memang telah layu terutama Melayu UMNO. Melayu PAS dan Melayu PKR sibuk pulak nak membuang raja.
wasallam
Post a Comment