Thursday, February 19, 2009

Raja Mengeluarkan Melayu Daripada Hindu!



Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.

Gangga Negara (abad ke-2-11) dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.

Kejatuhan Sultan Mahmud Shah dan Melaka pada 1511 di tangan Portugis telah menyebabkan baginda berkubu di Bentan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Oleh itu kesultanan Perak hari ini mempunyai jurai keturunan dengan kesultanan Melaka.

Hari ini, negeri yang mempunyai sejarah tertua di Malaysia sedang dilanda gelombang dan badai. Sultan yang mempunyai jurai keturunan daripada kesultanan Melaka itu sedang dihina dan diinjak oleh segelintir orang Melayu dan penduduk yang asalnya bukannya penduduk asal negara ini.

Saya ingin mengingatkan kepada Orang Melayu, Walaupun DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong itu adalah pelindung kepada semua rakyat Malaysia dan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri itu adalah pelindung kepada seluruh rakyatnya tetapi bukan Melayu memang tidak akan faham tentang sejarah bangsa kita.

Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.

Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)

Bagi orang Melayu, Sultan-sultan Melayu adalah pelindung kepada orang Melayu.TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak.

Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat.

Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik.

Akhir sekali, sewaktu saya masih bersekolah, cikgu sejarah saya pernah berkata, apakah sumbangan terbesar Raja-Raja Melayu kepada orang Melayu. Katanya' Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah", Melayu pada hari ini masih lagi berugama Hindu. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu.

Ini kerana pada masa itu orang Melayu menganggap Raja itu Bayangan Tuhan, dipercayai memiliki kesaktian, bertujuan memperkuatkan status / kedudukan raja, mitos dan lagenda memperkuatkan kedudukan raja, bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah, konsep orde kosmos/ menjadi raja terulung dan berkuasa terhadap seluruh alam semesta.Sebab itulah jika seorang Raja itu memeluk Islam maka sudah diwajibkan seluruh rakyat jelata mengikutnya.

Apa pun jua tujuannya, Raja-Raja Melayu telah memberikan jasa terbesar kepada Melayu iaitu dengan memilih ISLAM itu sebagai agama baginda.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Diambil daripada blog www.hambali1.blogspot.com

Kingdom of Purplaya


By: Cecil Rajendra

The Kingdom of Purplaya
is located somewhere in Asia
slightly north of the Equator.

Its people are of mixed origins:
some Indonesians, some Chinese
some Indians, some Portuguese ...

Most Purplayans were immigrants
from the neighbouring countries;
only a handful are pure indigenes

who live up in the mountains
and are hunters & fruit gatherers
but not land-owners - just tenants.

These natives - true sons of the soil -
have been made marginal
by usurpers who stole their mantle

claiming that they are the original
god-chosen people of Purplaya and all
others, including indigenes, are mere aliens.

To ensure their privileges in perpetuity
this 'purple' bunch of pretenders
(With aid of their colonial masters)

drew up a farcical Constitution
which ensured that King & President
would always be of their persuasion.

They implemented a quota system
to reserve places for their children
in school, college & university;

stuffed ranks of Police & Army
with officers of their nomination
to protect their pockets & property;

and legislated that any question
of their special powers & position
would invite a charge of treason.

These self-anointed 'purple people'
now enjoy licences unlimited
for they are the only ones free

to libel enemies in their papers
burn effigies on street-corners
while other citizens of the country

face torture & imprisonment
if they criticise the government
or organise any kind of rally

Still, this apartheid autocracy
- the world's last bastion
of institutionalised racism -

harbours pretensions extraordinary
and lays claim to be
the only true surviving democracy!

16 comments:

Panglima Perang Cyber said...

DAULAT TUANKU !!!

amirhamzah64 said...

Terima kasih Panglima Perang Cyber

Terima kasih juga kepaada sdr Hambali Abd Latiff (http://hambali1.blogspot.com) kerana menyiarkan sepenuhnya tulisan saya dalam blog saudara. Beliau juga telah memuatkan puisi bertajuk Kingdom of Purplaya oleh Cecil Rajendra.

Kingdom of Purplaya


By: Cecil Rajendra

The Kingdom of Purplaya
is located somewhere in Asia
slightly north of the Equator.

Its people are of mixed origins:
some Indonesians, some Chinese
some Indians, some Portuguese ...

Most Purplayans were immigrants
from the neighbouring countries;
only a handful are pure indigenes

who live up in the mountains
and are hunters & fruit gatherers
but not land-owners - just tenants.

These natives - true sons of the soil -
have been made marginal
by usurpers who stole their mantle

claiming that they are the original
god-chosen people of Purplaya and all
others, including indigenes, are mere aliens.

To ensure their privileges in perpetuity
this 'purple' bunch of pretenders
(With aid of their colonial masters)

drew up a farcical Constitution
which ensured that King & President
would always be of their persuasion.

They implemented a quota system
to reserve places for their children
in school, college & university;

stuffed ranks of Police & Army
with officers of their nomination
to protect their pockets & property;

and legislated that any question
of their special powers & position
would invite a charge of treason.

These self-anointed 'purple people'
now enjoy licences unlimited
for they are the only ones free

to libel enemies in their papers
burn effigies on street-corners
while other citizens of the country

face torture & imprisonment
if they criticise the government
or organise any kind of rally

Still, this apartheid autocracy
- the world's last bastion
of institutionalised racism -

harbours pretensions extraordinary
and lays claim to be
the only true surviving democracy!

Panglima Perang Cyber said...

tuan - saya sudah linkkan blog tuan di blog saya.

Lagi hebat jika tuan dapat bersama team BPN

Harap jemputan ini tidak mengganggu tuan.

BPN memerlukan mentor dalam penulisan dan harapnya kehadiran tuan bersama team BPN akan membantu blogger baru kita.

Ibarat kata : bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Moga tuan dapat mempertimbangkannya demi membela yang haq dan melawan yang batil.

salam perjuangan demi alif ba ta.

tokwan said...

salam cu..

tok berkenaan nak siar artikel tentang raja.

minta maaf sebab pinjma artikel orang muda macam amir.

tapi tokwan juga sudah pandai la sikit2 bahasa budak mudamuda ni.

cuma tak laju menaip sebab spek dah tebal.

mujur ada cucu tolongtolong tok.dia tolong tokwan siarkan artikel untuk menasihat cucu jangan terpengaruh dengan dakyah depa pro komunis tu.

undur diri dulu.belum makan ubat lagi.

assalamu alaikum wrt wbt.

Pembela Wira said...

pak amir minta kebenaran untuk copy n paste atikel ini dalam blog saya tq

http://pembelawira.blogspot.com

amirhamzah64 said...

Salam Panglima Perang Cyber,

Terima kasih kerana linkkan blog saya ke blog saudara. Secara tidak langsung mungkin akan lebih ramai mengunjungi blog saya yang tidak sebarapa ini.

Berkenaan jemputan tuan bersama team BPN , saya berasa berbesar hati. Walaubagaimana pun saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menyertai team ini.

terima kasih banyak-banyak

amirhamzah64 said...

Salam tokwan

Tok tak payah la nak pinjam-pinjam, ambil sajalah artikel ini. Memang artikel ini untuk dibaca oleh orang ramai.

Patutnya saya yang berterima kasih kepada tok kerana tolong sebar-sebarkan artikel ini.

Terima kasih sekali lagi kepada tokwan. Makan ubat ikut aturan tok

Salam Pembela Wira,

Terima kasih kerana sebar-sebarkan artikel saya ini.

Insyallah saya akan lawati,
http://pembelawira.blogspot.com

JS Cookbook said...

Kelakarnya! Geli betul! Tolonglah baca sejarah anthropology dan pakar-pakar, Orang Melayu memang kaum pendatang dari kawasan Yunnan dari China dan dari kawasan sekitar Thailand dan Laos 30,000 tahun dahulu. Sememangnya, kalau nak kata siapa bumiputera tulen adalah Orang Asli di Semenanjung, dan di Sabah dan Sarawak, bukannya Orang Melayu. Perkataan “Melayu” pun berasalnya dari kawasan Sumetara.

Melayu Kingdom
http://en.wikipedia.org/wiki/Melayu_Kingdom

Tolonglah terima fakta sejarah. Orang Melayu memang kaum pendatang lama ke Semenanjung, apatah lagi kat Sabah dan Sarawak.

kerispusakamelayu said...

saya tertarik dengan penulisan tuan blog.

ia sangat jelas terpancar dari hati yang ikhlas..

salam dari saya kerispusakamelayu.

terima kasih.

amirhamzah64 said...

Salam JS Cookbook,

Terima kasih. Melayu itu dalam bahasa Jawa ialah 'Lari'

Di Nusantara atau alam Melayu ada dua bangsa yang besar iaitu bangsa Jawa dan Jawi. Jawi yang dimaksudkan adalah Melayu.

Melayu berasal dari Nusantara atau alam Melayu. British dan Penjajah-penjajah barat yang memisahkan-misah tanah Nusantara ini kepada negara mengikut kepentingan politik atau ekonomi penjajah barat.

Perpindahan Melayu adalah dalam Nusantara atau Alam Melayu. Ibarat hanya berpindah dari bahagian dapur ke ruang tamu tetapi masih dalam satu rumah. Maksudnya bukan dari benua atau alam lain.

Walauapa pun terima kasih banyak-banyak dan saya tidak meminta saudara bersetuju dengan saya.

Terima kasih.

Panglima Perang Cyber said...

Caranya mudah saja tuan :

Siar logo BPN / letakkan blog blogger bpn dlm list blog tuan / siar resolusi terkini BPN..

Itu saja so simple.

Jika tuan free kita boleh bertukar fikiran dalam conference yang dikendalikan oleh saya.

salam perjuangan..


satu suara satu arah satu akidah..

amirhamzah64 said...

Salam kerispusakamelayu,

Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Setakat itu yang mampu ditulis, kalau silap adalah kerana kekurangan pada diri saya.

anas afrohead said...

tak dapat dibayangkan jika saya lahir bukan sebagai seorang muslim..
syukur pada-Mu Ya Allah..

amirhamzah64 said...

Salam anas afrohead,

Bersyukur kepada Allah s.w.t
Berterima kasih kepada Parameswara.

arifomar said...

saya nak petik tulisan ini ke blog saya di http://arifomar.blogspot.com.
tq dato

amirhamzah64 said...

Salam arifomar,

silakan