Saturday, February 14, 2009

Di mana Tuanku-Tuanku Yang Lain?



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan Istana Alam Shah, hari Jumaat.

Dalam kenyataan tiga muka surat itu seperti dilaporkan Bernama, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-Raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa," titah baginda.

Sehingga kini hanya Sultan Selangor yang mengeluarkan kenyataan menyokong Sultan Azlan. Bagaimana dengan sokongan Tuanku- Tuanku yang lain di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Sehingga kini sudah ada 97 laporan polis yang dibuat di seluruh negara. Melihat tentangan Orang Melayu secara melata, Karpal semakin teragak-agak untuk menyeret Sultan Azlan ke Mahkamah Khas.

Sehingga kini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu secara tergempar khusus membincangkan isu ini pun tidak kedengaran. Tuanku-tuanku perlu mengeluarkan kenyataan menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Azlan. Malah Majlis Raja-Raja Melayu perlu menyatakan pendirian umum dan sokongan kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh rakyat yang masih mahu kepada sistem Raja Berpelembagaan.

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Majlis Raja-Raja perlu mengadakan mesyuarat khas dengan segera!

Ampun Tuanku !

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

2 comments:

anas afrohead said...

ya saya amat setuju!

amirhamzah64 said...

Terima kasih kerana sudi membaca dan menyokong.