Wednesday, February 4, 2009

Nasharuddin : Raja Segala KATAK!



Tulisan saya yang bertajuk 'ADUN Bota : Pengkhianat atau Penyelamat' yang ditulis pada 26/01/2009 benar-benar menepati senario politik Perak hari ini. Ketika keluar dari UMNO 10 hari yang lalu ramai ahli UMNO menganggap beliau sebagai 'pengkhianat'. Hari ini bersama 4 ADUN yang lain, mungkin sesuai dikatakan beliau sebagai 'penyelamat' kepada kerajaan BN yang baru.

"Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai UMNO dan Barisan Nasional mulai hari ini," katanya

Menurut Nasarudin " keputusan untuk kembali semula ke pangkuan UMNO didorong oleh keadaan politik di Perak yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan negeri yang tidak stabil,"

Tiga wakil Pakatan Rakyat yang lain terdiri ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR, dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, daripada DAP mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas.

Pada umumnya sebagai ahli UMNO saya kurang berminat dengan perkembangan terkini politik di Perak kerana beberapa sebab:

1. Lompatan yang di lakukan oleh 4 ADUN iaitu ADUN Bota kembali kepada UMNO , ADUN Behrang,Changkat Jering dan Jelapang keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN bebas dan menyebelahi BN telah memberikan BN majoriti mudah.Terkini hasil lompatan tersebut BN 31 kerusi dan Pakatan Rakyat 28 kerusi. Kerajaan ini adalah sangat rapuh apatah lagi jika ianya ditentukan oleh ADUN KATAK.

2. ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu,akan didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah pada 10 Februari ini. Besar kemungkinan kedua-duanya akan didapati bersalah kerana seluruh rakyat Malaysia telah menghakimkannya berdasarkan pengakuan oleh mereka. Apakah akan terjadi jika kedua-duanya bersalah?

3. ADUN Jelapang daripada DAP yang juga Timbalan Speker Negeri Perak,Hee Yit Foong sangat meragukan dan tidak boleh dipercayai.

4. Kemasukan Datuk Nasharuddin Hashim yang menjilat semula ludahnya dengan muka tempenya masuk semula menyertai UMNO. Saya sudah hilang kepercayaan 100% kepada Nasharuddin. Begitu rendah maruah dirinya yang elok saya gelarkan sebagai 'Raja Segala Katak'. Kerana hilang kepercayaan saya kepada Nasharuddin ini saya lebih gembira, tenang, bersyukur dan redho agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.

5. Pilihanraya Negeri Perak hendaklah diadakan semula bagi mendapat mandat mutlak rakyat Perak daripada kita bergantung harap dengan manusia katak yang boleh menggigit, mengancam, dan menggugat kerajaan yang lemah ini.

Berikan sekali lagi peluang kepada rakyat Perak untuk membuat pilihan! Jika pilihanraya Negeri Perak diadakan mengikut peruntukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),sekali-kali jangan dicalonkan si Raja Katak untuk mewakili UMNO bagi DUN Bota.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

No comments: