Wednesday, February 25, 2009

Pemuda UMNO Celaka, Siapa Pulak Babi ?






Tan Sri Syed Jaafar Albar (1914–1977) merupakan tokoh politik Malaysia berasal dari negeri Johor. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO dan pernah menjadi ketua pemuda UMNO.

Syed Jaafar Albar digelar 'ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew dari Singapura kerana kelantangan beliau memperjuangkan nasib orang Melayu khususnya di Singapura. Beliau dikritik hebat kerana tidak menerima konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan oleh parti PAP dan kemudian DAP.

Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO.

Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.

Kenyataan ini telah dibuktikan semalam apabila 13 ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor sudah bersedia menunggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di pintu masuk lobi menara bangunan Parlimen kira-kira jam 2.30 petang gara-gara kenyataan Karpal mengatakan 'Pemuda UMNO Celaka'.

Mereka juga meminta Karpal meminta maaf tetapi Karpal tidak bercakap apa-apa menyebabkan kumpulan itu terus mendesaknya. Adalah tidak wajar perkataan celaka disebut dalam Parlimen, tempat yang darjatnya begitu tinggi bagi mendengar masalah rakyat dan negara. Kalau beliau ada masalah dengan Pemuda UMNO, beliau boleh buat kenyataan di luar bukannya berselindung di Dewan Rakyat.

Karpal menuduh pemuda UMNO lah yang empunya kerja menghantar 2 butir peluru hidup ke rumahnya di Pulau Pinang. Mengapakah Karpal berani menuduh satu tuduhan berat tanpa bukti yang sahih?. Memang benarkah ianya kerja pemuda UMNO kalau Karpal dengan yakin menuduh pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya setelah Karpal mendapat pengakuan daripada salah seorang pemuda UMNO yang terlibat? Paling menghairankan mengapa Pemuda UMNO tidak membuat laporan polis berikutan kenyataan Karpal itu?

Kemungkinan peluru itu dihantar oleh pemuda PAS atau Angkatan Muda Keadilan tetap ada. Dalam keadaan sebegini, macam-macam boleh berlaku. Mana tahu peluru itu dihantar oleh Cina DAP Pulau Pinang yang marah kepadanya kerana mengkritik Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tempoh hari.

Hishamuddin, Khairi, Mukriz dan Razali adalah ahli-ahli Parlimen di kalangan pemuda UMNO. Saya tidak pasti adakah mereka itu berada di dalam Parlimen ketika Karpal mengeluarkan kenyataan tersebut. 'Sindrom Bisu' ini menyebabkan ramai percaya kemungkinan Pemuda UMNO benar-benar terlibat menghantar peluru tersebut. Kalau benar pun, hendak buat macam mana. Telah terlalu banyak kenyataan Karpal yang melukakan hati UMNO dan orang Melayu. Karpal kata Pemuda UMNO celaka bermakna dia juga mengatakan orang Melayu juga celaka.

13 orang ketua pemuda bahagian UMNO di Selangor itu telah menutup keaiban sindrom bisu pemimpin pemuda UMNO. Kemunculan kumpulan 13 ini mengingatkan kita pemuda di zaman Datuk Harun dan era Syed Jaafar Albar yang keras, tegas dan berani.

Bila disebut celaka ianya merupakan satu bentuk makian. Babi juga merupakan satu jenis cacian juga di kalangan orang Melayu. Siapa yang terkena cacian 'babi' ianya juga satu penghinaan kerana babi itu adalah jenis najis berat. Babi juga adalah jenis binatang perosak seperti babi hutan yang merosakkan tanam-tanaman. Ia juga jenis haiwan menyodok dan sebab itu hidung babi dempak kerana selalu berlaku kemalangan di hidungnya.

SOALNYA JIKA PEMUDA UMNO ITU DIMAKI CELAKA, SIAPA PULAK YANG MENJADI BABI?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com.

7 comments:

afrohead said...

saya berharap suatu hari nanti karpal singh celaka ini akan menerima lagi dua butir peluru. tapi bukan secara pos. sebaliknya dihantar terus menembusi kepalanya.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Apabila seorang pelakon merasakan dirinya sudah tidak popular lagi, maka dibuat beberapa insiden @ drama yang boleh menaikkan kembali popularitinya, sama ada drama itu mengikut skrip yang "molek" atau "haram". Samalah seperti karpal. Apabila dirasanya seolah-olah ketinggalan dari segi penguasaan politik dalam DAP setelah dipintas oleh Lim anak beranak serta menantu, perlulah berlakon sedikit untuk menunjukkan bahawa dia adalah mangsa. Membuat dakwaan dalam parlimen kerana mempunyai imuniti dari didakwa memang amat menyenangkan untuk MP yang mahu mencari populariti. Kenapa agaknya tidak membuat lapuran polis terhadap pemuda UMNO.
Dengan menuduh UMNO melakukan pelbagai keburukan maka terlupalah orang ramai akan pelbagai angkara jahat DAP serta PKR terhadap umat Melayu dan raja2 Melayu. Benarlah kata Dato Amirudin bahawa kelumpuhan Karpal adalah kerana musibah dari Allah.Kalau Karpal tidak menjawab cabaran Pemuda UMNO untuk membuktikan benar2 peluru itu dihantar oleh pemuda UMNO, maka celakalah Karpal dan seluruh generasinya hingga beberapa generasi akan datang. Itu sumpahku sebagai bekas AJK Pemuda UMNO Bahagian.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Maka berkatalah Haji Hadi bahawa mereka yang menyokong PPSMI adalah celaka. Pastinya gur2 yang mengajar subjek PPSMI adalah celaka juga. Maka celakalah anak-anak Haji Hadi yang bergurukan guru celaka dan lahirnya geberasi Haji Hadi yang celaka seperti katanya.

Cheguman said...

Tuan,
Saya menemui artikal tuan di blog Tokwan http://tokwan.wordpress.com/ yang bertajuk 'Raja Mengeluarkan Melayu Daripada Hindu!'

Harap tuan dapat menjenguk ke ruang komen di situ dan mempertahankannya.

Terima kasih.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam anas afrohead,

Tidak mustahil akan berlaku.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin,

Semua ini berlaku disebabkan perpaduan Melayu sendiri berada ditahap yang lemah.

Keadaan ini jarang berlaku sebelum ini. Gabungan PAS dan PKR memang mengancam kekuatan UMNO. Bencana lebih parah kepada MCA dan MIC. Dengan janji-janji yang lebih baik dan terjamin Cina dan India lebih selesa bersama PKR dan DAP.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang baru selepas Mac 2009, janganlah mengamalkan keterbukaan yang melampau begini. Berpada-pada lah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Cheguman @ Demang Lebar Daun,

1. Saya tidak perlu mempertahankannya kerana tidak ada kesudahannya.
2. Ianya bergantung kepada sumber mana yang dibaca dan difahamkan.
3. Sejarah adalah sesuatu yang sainstifik dan imperikal, ada sumber rujukan dan bukannya andaian atau pandangan semata-mata.
4. Kepercayaan seseorang juga bergantung kepada latarbelakang ikutan politik masing-masing.
5. Saya menghormati ulasan mereka kerana itu yang mereka faham. Saya akan percaya apa yang saya tulis berdasarkan kefahaman saya.
6. Sejarah juga boleh diubah mengikut kepentingan. Misalnya sejarah Singapura sekarang diambil kira sejak kedatangan stamfold Raffel ke sana bukan daripada sejarah temasik. Ini bertujuan untuk menafikan penglibatan orang melayu dalam pembukaan Singapura.
7. Buku teks sejarah Malaysia telah ditulis semula berdasarkan pandangan rakyat tempatan. Misalnya jika penulis barat menulis tentang Mat Kilau atau Datuk Bahaman, maka mereka berdua dianggap sebagai penderhaka. Tetapi jika ianya ditulis oleh penulis Melayu, maka tentulah mereka berdua adalah pejuang.
8. Apabila Ibrahim Libya terbunuh dalam peristiwa Memali ada setengah pihak menganggap kematiannya sebagai mati syahid dan ada setengahnya beranggapan tidak begitu.
9. Jika seseorang itu menganggap orang Melayu sudah tidak memerlukan Sultan sebagai pelindung mereka, ianya adalah satu bonus kepada mereka yang membenci Raja-Raja Melayu ini yang sentiasa menjadi penghalang kepada mereka untuk berkuasa melebih raja.

terima kasih