Tuesday, September 29, 2009

Tahniah Isa ! Sokongan Padu Di belakang Tan Sri


Walaupun saya ada menulis artikel bertajuk 'Isa Samad Bukan Pilihan Terbaik' tetapi apabila diumumkan bahawa Isa Samad adalah calon Barisan Nasional N31 Bagan Pinang oleh Muhyiddin Yassin di Port Dickson petang tadi serta merta saya menyokong pemilihan itu. Sorakan dan teriakan nama Isa semasa pengumuman tersebut membuktikan sokongan padu rakyat Bagan Pinang.

Walaupun keputusan sudah ada, Muhyiddin masih sempat membuat gimik dengan bertanyakan kepada hadirin sebanyak 3 kali tentang siapakah calon yang dikehendaki. Teriakan dan laungan nama Isa tetap 3 kali yang memberi kesimpulan oleh Muhyiddin bahawa Isa adalah kehendak akar umbi, kehendak rakyat dan kehendak pemimpin-pemimpin UMNO juga.

Pemilihan Isa sewajarnya disambut dengan tangan terbuka oleh ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Semangat yang berkobar-kobar ini bukan sahaja dirasai di Bagan Pinang tetapi oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya. Keyakinan untuk menang sedang membakar semangat penyokong dan pendokong kerajaan untuk mempastikan kemenangan Isa dan tidak sabar-sabar untuk berkampung di Bagan Pinang . Mereka yang akan datang dari seluruh negara akan memberi sumbangan terbaik bagi mempastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Paling menarik, kebolehan, ketrampilan dan pengalaman Isa sebagai pemimpin popular di Bagan Pinang. Isa mungkin mudah berkempen dan menepis serangan pembangkang berdasarkan pengalamannya sebagai Menteri Besar NS selama 22 tahun. Hujah pembangkang nampak mudah dibidas khususnya daripada serangan Anwar ibrahim dan PAS sendiri. Sewaktu Anwar dipecat Isa adalah penyokong Tun Mahathir yang paling setia mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Tun. Isa memang tidak mempercayai Anwar dan Isa bukan regu Anwar semasa Anwar masih di dalam UMNO.

Bekas guru ini bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang Melayu tetapi sokongan daripada orang Cina dan India tidak boleh dinafikan. Keramahan dan kesederhanaan Isa disenangi oleh semua orang. Bekas guru dan bekas MB ini mempunyai ramai kawan-kawan persekolahan, rakan-rakan sepermainan dan saudara mara yang ramai di kawasan ini. Ramai penduduk Melayu, India dan Cina bukan sahaja mengenali Isa tetapi bapanya dan saudara maranya yang lain. Ini membuktikan betapa akrapnya Isa dengan rakyat di kawasan ini.

Berdasarkan beberapa temuramah dengan penduduk, Isa bukan sahaja mengenali malah boleh memanggil nama mereka yang menunjukkan keakrapan Isa di sana. Memanggil setiap orang dengan nama adalah satu bonus untuk Isa. Ada diantara mereka tidak boleh melupakan jasa-jasa Isa kepada semua rakyat tanpa mengira kaum ketika menjadi Menteri Besar.

Pendek kata, pemilihan Isa adalah kehendak rakyat dan kehendak ahli UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, September 28, 2009

PAS Tipu Cina Dan India


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata. Seruan ini memang baik dan berguna untuk sebuah parti yang menggunakan 'perkataan Islam' di dalam partinya. Kalau asas perjuangan sudah tidak betul bagaimana perjuangan menegakkan agama Islam hendak berjaya.

Sebelum itu adakah PAS akan bertanding secara bersendirian atau atas nama gabungan Pakatan Rakyat? Kalau PAS bertanding secara bersendirian, mungkin berjuang menegakkan agama Islam adalah sesuai. Tetapi PAS tidak lagi menggunakan perjuangan menegakkan hukum hudud dan menegakkan sebauh NEGARA Islam. Mengapa Nik Aziz tidak menyebut berjuang menegakkan sebuah NEGARA Islam? Ini bermakna PAS akan bertanding atas nama Pakatan Rakyat.

Pertandingan di Bagan Pinang akan mempertemukan UMNO daripada BN dan juga PAS daripada Pakatan rakyat. Disebabkan DAP ada di dalam Pakatan Rakyat, PAS perlu berhati-hati apabila menggunakan istilah 'Islam' seperti membangun bersama Islam dan penubuhan negara Islam. DAP tidak boleh dengar perkataan 'Negara Islam'. DAP sangat sensitif dengan Islam kerana bagi DAP Islam adalah musuh kepada bukan Islam. Kalau tidak bagaimana Karpal Singh boleh mengeluarkan ayat ' langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan negara Islam di Malaysia'

Anwar sedar Islam menjadi penghalang kepada pakatan politik antara PAS dan DAP. Dalam masa yang sama Anwar sangat memerlukan kedua-dua parti ini di dalam Pakatan. Apa Anwar buat? Gugurkan semua perkataan Islam dalam mana-mana slogan PAS di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada pengundi bukan Islam bahawa PAS tidak lagi sebuah parti Islam. Sebab itu, ramai undi-undi Cina dan India telah memangkah PAS jika parti itu berhadapan dengan UMNO. Selama ini mereka takut untuk mengundi PAS kerana dasar parti itu memperjuangkan sebuah negara Islam.

Benarkah PAS sudah membuang matlamat utama perjuangan parti itu? Jika sudah tiada perjuangan Islam apa beza PAS dan UMNO? Sebenarnya, Anwar Ibrahim telah menipu pengundi Cina dan India bahawa PAS telah mengubah dasar partinya. Hakikatnya PAS tidak pernah pun berubah, di hadapan penyokong Islam mereka akan berkata PAS akan meneruskan dasar-dasar Islam dan hudud akan dilaksanakan jika PAS mempunyai kerusi majoriti di Parlimen.

Orang Cina dan India tidak perlu undi PAS lagi kerana bukan kerana Islamnya, Islam itu benar dan suci. Tolak PAS kerana ianya parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS dan DAP macam anjing dengan kucing. PAS dan DAP sebenarnya tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS dengan UMNO yang seagama pun tidak boleh pun hendak berbincang apatah lagi DAP yang berlainan agama, bangsa, bahasa, budaya dan dari lain benua?

Kalau orang Cina dan India marah kepada UMNO lebih baik pada hari mengundi pergi Genting Highland ramai-ramai lagi bagus. Tidak payah mengundi. Undi PAS bermakna Cina dan India sokong parti yang menipu orang mereka. Sesiapa memang tidak suka ditipu tetapi hari ini terang-terang Cina dan India sudah ditipu.

Kalau orang Cina dan India menyokong PAS kerana boleh menambah kerusi Pakatan Rakyat di dalam DUN Negeri Sembilan juga tidak membawa apa-apa makna. Kalau Pakatan Rakyat menguasai Negeri Sembilan, Menteri Besarnya tetap orang Melayu walaupun DAP mempunyai kerusi terbanyak. Ianya sudah berlaku di Perak. Kedudukan DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kedah dan Kelantan adalah mantap, tetapi kedudukan di Selangor dan Perak sangat rapuh. Negeri Sembilan lebih mirip kepada Selangor dan Perak. Apabila negeri kucar kacir, kehidupan tidak tenteram dan boleh menganggu bisness orang Cina sendiri.

Orang Cina dan India sudah hidup selesa sekian lama di Negeri Sembilan. Mengapa mahu bertukar kepada parti yang hanya pandai buat bising dan cakap tidak serupa bikin. mampukah pemimpin PAS menyelesaikan masalah orang Cina dan India di Bagan Pinang? Selama ini siapakah yang menyelesaikan masalah mereka? Kalau sudah dapat tempat yang baik jangan gadaikan kebaikan itu sekelip mata. jadilah orang yang sentiasa bersyukur kerana Pakatan Rakyat tidak menjanjikan apa-apa. Sekadar mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, September 27, 2009

Duit Haram, Sembahyang Tak Sah: Kesian Berahim


Nik Aziz terus mendesak Ibrahim Ali meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, kerana tindak-tanduknya didakwa menaikkan kemarahan penyokong parti itu selepas menang kerusi berkenaan atas lambang Pas pada pilihan raya umum lalu. “Dia (bertanding di Pasir Mas) dengan bendera Pas, bila (penyokong Pas) Pasir Mas minta undur, dia kena berundur, DUIT YANG DIA MAKAN ITU TAK BETUL, SEMBAHYANG TUHAN TAK TERIMA. Maksudnya sama dengan Berahim MAKAN DUIT HARAM, SEMBAHYANG PUN TAK SAH.

Bukan main sedap lagi pakar hukum ini menjatuhkan hukum. Menghukum memang senang. Tapi betul kah selama ini Berahim makan duit haram dan sembahyangnya tidak diterima semata-mata kerana Berahim tidak lagi selari dengan Nik Aziz? Berahim bukan bertanding atas calon PAS tetapi menumpang lambang/bendera PAS. Berahim bukan ahli PAS pun. Nik Aziz bukan tidak kenal dan tidak masak dengan perangai Berahim. Berahim juga ahli politik tentu dia pun selincah dan selicik Nik Aziz jugak.

Orang politik ini ibarat pokok-pokok kayu di dalam hutan juga. Siapa yang hendak menjadi batang kayu yang lurus dan tegak dan siapa pulak yang hendak menjadi batang kayu yang bengkok sedikit atau batang kayu yang bengkang bengkok. Kalau orang politik termasuk Nik Aziz yang menjadi batang kayu yang lurus dan tegak, sudah lama Nik Aziz kena cantas dan ditebang untuk dijadikan kayu balak. Yang bengkok sedikit tu akan ditebang juga tetapi lebih lambat sedikit setelah kayu-kayu yang lurus itu habis ditebang.

Bukankah politik itu satu seni dan berkemahiran tinggi. Bagaimana Berahim bukan ahli PAS dan bertanding atas lambang PAS boleh menang? Bukankah PAS waktu itu menerima, kasihan dan simpati dengan Berahim sehingga memberi peluang Berahim bertanding di Pasir Mas? Nik Aziz pun faham orang politik ini wajib bijak, cerdik dan berani, jikalau tidak jangan buat rumah di tepi pantai. Nik Aziz marah kepada Berahim kerana Berahim lebih cerdik sedikit daripadanya. Nik Aziz rasa tertipu dengan kelicikan Berahim.

Kalau ye pun marah kepada Berahim, janganlah sampai menghukum Berahim makan dari hasil yang tidak betul dan sembahyangnya tidak diterima tuhan. Mana Nik Aziz tahu, sembahyang Berahim tidak diterima tuhan?

Macamana pulak dengan kes yang dicerita oleh sahabat saya Penghuni Gua.

1. Yang haramnya bila buat tuntutan bil hotel yang tidak pernah diduduki. Sehingga mencecah beribu ringgit tiap bulan. Lihat sahaja kes bekas ADUN Jeli Apandi Ali dan seorang lagi ADUN PAS yang membuat tuntutan palsu menginap di hotel Perdana beberapa tahun dulu, dan telah dituduh di mahkamah .

2. Dalam sidang DUN Kelantan pada 1989 dahulu : di mana di dalam satu sesi soal jawab seorang ADUN PAS menuduh ADUN UMNO rasuah dan makan duit haram. Senang sahaja Allahyarhan Mohamed Yaakob MB Kelantan pada masa itu menjawabnya. Jawab Mohamed ialah PAS perlu lihat diri sendiri. PAS lebih makan duit haram terutama ADUN-ADUNnya semasa tiap-tiap kali datang sidang DUN Kelantan. Datangnya sebuah kereta 4 orang tetapi bila menuntut , tuntut elaun kenderaan seorang-seorang. Seolah datang dengan kereta sendiri. klik di sini

Kata seorang sahabat lagi bernama Juragan Malawati berkata :

Kenyataan Pok Nik ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Adalah lebih baik Pok Nik menasihatkan ahli-ahli PAS yang masih lagi mencari rezeki dengan kerajaan supaya berhenti sahaja berkhidmat. Langkah itu perlu jika mahu amal soleh mereka diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil pekerjaan tersebut adalah ‘tidak betul.’ ( berniat tidak baik kepada majikan ).

Kalau orang Melayu kata mereka kena berhenti, maka berhentilah. Duit yang mereka makan tu tak betul, mereka sembahyang Tuhan tak terima, mereka buat apa pun Tuhan tidak terima. Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau niat dihati tidak baik kepada majikan buat apa? Adalah lebih baik kepada ahli-ahli PAS yang masih lagi bekerja dengan kerajaan supaya meletakkan jawatan kerana ada rakyat lain yang tiada pekerjaan memerlukan jawatan tersebut bila ada kekosongan?

Kesimpulannya, Tak usahlah Nik Aziz nak sibuk-sibuk menyuruh Berahim letak jawatan. Nanti pilihanraya kecil lagi. Rakyat dah jelak dan muak dengan pilihanraya kecuali jika ada kematian wakil rakyat. Tunggulah pilihanraya ke 13, bukannya lama. Hari baik bulan baik ni, janganlah kata Berahim makan duit haram, sembahyang tak sah dan tak diterima tuhan. Awak tu ulamak besor.
Klik di sini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, September 25, 2009

Umar Bin Abd Aziz Berbanding Pemimpin Masa Kini



Selepas Pilihanraya ke 12 lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang ada menyebut tentang pemerintahan Khalifah Umar b Abd.Aziz. Kononnya selepas menjadi ketua Menteri yang baru, beliau akan melaksanakan pemerintahannya seperti mana pemerintahan Umar b Abd.Aziz di zaman Bani Umaiyyah. Setakat menyebut nama Umar bin Abd.Aziz, ramai yang boleh menyebutnya dan menceritakan kisah pentadbiran serta kesederhanaannya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya tahu nama Khalifah Umar b Abd. Aziz melalui pembacaannya atau mungkin ketika belajar Sejarah Islam di Tingkatan 6 atau semasa di Universiti.

Apabila Ketua Menteri itu menyebut tentang pemerintahan Umar b Abdul Aziz, maka bersorak dan bertakbirlah segala juak-juak politik yang bersengkokol dengan partinya itu tanpa menyedari bahawa Lim Guan Eng hanya cakap-cakap politik semata-mata. Hanya nak menyedapkan hati orang-orang Islam bahawa beliau akan memerintah secara adil dan saksama tanpa mengira asal-usul keturunan, bangsa dan agama. Benarkah Lim Guan Eng betul-betul menjalankan pemerintahan seperti mana pemerintahan zaman Khalifah Umar b Abdul Aziz? Katak bawah tempurung pun boleh ketawa terbahak-bahak dan berdekah-dekah.

Jangan mimpilah pemerintahan seumpama Khalifah Umar b Abdul Aziz itu akan berulang di akhir zaman ini. Kemungkinan kita tidak akan berjumpa lagi dengan pemerintahan seperti itu. Kita hanya akan mengharap dan merindui keadilan dan kesederhanaan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Pemimpin-pemimpin hari ini baik yang sekular atau dari kalangan ulamak, sosialis dan komunis terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pemerintahan Umar.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Semasa menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun, beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Adakah pemimpin-pemimpin kita baik yang sekular, sosialis dan Islamik hari ini tidak leka dengan kekayaan dan kemewahan? Adakah ada pemimpin-pemimpin kita yang mampu menjadi imam solat bagi rakyatnya? Kalau adapun yang boleh menjadi imam tetapi dalam masa yang lain, dialah pengadu domba, pemecah masyarakat, penabur fitnah, pembohong malah hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Adakah lagi pemimpin-pemimpin yang menggunakan kenderaan yang sederhana kalau bukan semuanya menggunakan kereta yang ratusan ribu harganya?

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan
yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pemimpin hari ini bukan sahaja tidak bersih tetapi takut untuk mengambil tindakan kepada pemimpin-pemimpin dan anggota kerajaan yang rasuah. Walaupun ada yang telah diambil tindakan tetapi masih mengamalkan sikap 'double standard'. Ada pemimpin yang kena dan ada pemimpin yang bebas walaupun sudah didapati bersalah. Adakah pemimpin-pemimpin kita sanggup menyerahkan hadiah dan barang kemasnya kepada Baitul Mal. Jangan harap dan jangan dimimpikan. Duit Baitul Mal, Wang Zakat dan Simpanan Tabung Haji pun diseleweng dan disonglap sesuka hati.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal.

Bagaimana pula anak-anak pemimpin-pemimpin kita baik yang mengamalkan dasar sekular, sosialis dan Islamik ? Bukankah anak-anak pemimpin-pemimpin kita juga hidup bermewah-mewah sepertimana ibubapanya? Malah anak-anak menantu pemimpin yang berstatus ulamak pun hidup kaya raya dan berebut-rebut projek untuk menghimpun kekayaan? Kalau anak-anak pemimpin yang sekular itu sudah biasa di dengar tetapi kalau anak-anak, saudara mara dan suku sakat pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam dan keadilan pun mempunyai sikap yang sama malah lebih buruk lagi, apakah harapan kita untuk melihat penjelmaan semula pemerintahan Umar bin Abdul Aziz itu?

Selain itu, Umar adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Cerita-cerita yang biasa kita dengar adalah jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Pemimpin-pemimpin kita baik yang sekular, sosialis dan Islamik pernahkah tidak menggunakan harta rakyat dan negara untuk kepentingan diri dan suku sakat? Tanyalah secara jujur kepada pemimpin-pemimpin kita terutama yang berserban seperti bakul yang hari-hari bercakap tentang Islam dan keadilan. Kalau jawapannya tidak ada walau sesen pun mereka menggunakan wang rakyat dan negara, besar kemungkinan mereka berbohong.

Umar Abdul Aziz juga selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam. Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sungguh jauh bezanya kalau hendak dibandingkan peribadi, akhlak dan corak pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan pemimpin-pemimpin kita yang ada di depan mata pada hari ini. Janganlah Lim Guan Eng hendak menyebut lagi cakap-cakap politiknya itu kerana sebesar hama pun tidak ada yang menyamai sifat-sifat dan perlakuan Khalifah agung itu. Pemimpin-pemimpin kita kebanyakannya hanya mementingkan duniawi, suka kepada perpecahan, mempunyai akhlak yang tidak baik, pembohong dan paling bahaya ada di kalangannya peliwat.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, September 22, 2009

Kemarahan Rakyat Perak ?





Pakatan Rakyat mengambil kesimpulan mudah dengan mengatakan sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati sebagai tanda kemarahan rakyat Perak keseluruhannya. Benarkah begitu?. Ianya memang benar sebagai tanda kemarahan tetapi rasanya bukanlah kemarahan bagi rakyat Perak keseluruhannya. Jawapan yang paling tepat adalah kemarahan dan cemburu para penyokong pakatan rakyat terhadap kerajaan yang cerdik mengambil alih kuasa daripada kerajaan yang terdahulu.

Sejumlah besar rakyat negeri ini digambarkan seolah-olah sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN. Kedatangan Ramadhan dan kemudiannya disusuli dengan kedatangan Syawal masih belum boleh mengubati 'penyakit hati' penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat yang berasa mereka benar-benar tertipu dengan sepak terajang politik masa kini.

Mereka sebenarnya terlupa bahawa pada masa itu, mereka sangat ghairah dengan tarikh 16 September apabila mereka dihidang dan dihamparkan dengan janji 'rampasan kuasa' Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya. Ketika mereka lalai dan seronok untuk membodoh-bodohkan sebahagian rakyat yang diwakili oleh 30 kawasan Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan sudah siap siaga untuk melompat, mereka pula terlupa menjaga ahli sendiri. Bukan sahaja mereka 'ditipu' oleh Anwar dengan cerita dongengnya tetapi terlepas pula sebuah negeri. Darah siapa yang tidak mendidih dan hati siapa yang tidak kecewa jika sudah jatuh ditimpa tangga, batang hidung terkena taik ayam pula.

Jangan salahkan Zamri ataupun Najib, Mengapakah tidak salahkan Anwar kerana semua 'sandiwara' dan 'drama' yang berlaku itu berpunca daripada Anwar sendiri. Siapakah yang memulakan 'taktik melompat' itu ? Silapnya Anwar ialah beliau terlebih sudu daripada kuah. Perkara yang belum pasti sudah diheboh-hebohkan seantero dunia. Kalau dibuat secara senyap-senyap dan sulit berkemungkinan Perak tidak jatuh kepada BN dan Pakatan Rakyat terus meneraju Perak hingga ke hari ini. Kemungkinan juga jikalau gagal pun 'projek 16 September' itu tidak lah malu sangat kepada rakyat sehingga menjadi bahan sindiran dan lawak jenaka pula.

Jelas sekali, Anwar seorang yang gopoh dan terburu-buru. Tidak sabar seperti mana tidak sabarnya dia yang cuba 'merampas kuasa' daripada Tun Mahathir sebelum beliau dipecat pada tahun 1998. Kes yang sama juga telah dilaluinya semasa menyusun gerakan untuk menjatuhkan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 1999. Kegopohan dan kekecohannya menyusun rangkaian politiknya mudah dihidu oleh Tun Mahathir. Ketidaksabarannya dalam politik menyebabkan Tun mengambil tindakan terhadapnya kerana bukan saja tidak sabar tetapi beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri atas sebab-sebab yang semua orang sudah sedia maklum.

Kalau begitu, mengapa Zambri yang menjadi mangsa? Diberitakan kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah telah disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan. Nasib yang sama turut dirasa oleh Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya turut diconteng. Kerja conteng-menconteng ini ialah kerja budak-budak yang tidak dapat melepaskan perasaan, sama maksudnya apabila ada budak-budak yang melakukan kesalahan vandalisme dengan menconteng tembok-tembok bangunan.

Kalau benarlah ianya diconteng oleh orang dewasa tambahan lagi berkopiah putih dan berjanggut tentunya agak pelik. Penyakit mereka ini samalah seperti penyakit budak-budak yang menconteng dinding bangunan di mana mereka ini tertekan dan mempunyai masalah untuk melepaskan perasaan dengan saluran yang betul. Tindakan ini bukan tindakan yang bijak dan cerdik. Jikalau mereka cerdik tentulah mereka akan menunggu dengan sabar Pilihanraya ke 13 yang akan menjelang 2 tahun sahaja daripada sekarang. Ini lah tempatnya yang paling betul dan sesuai untuk melepaskan perasaan marah mereka. Macamana pengikut hendak bersabar, sedangkan pemimpin sendiri pun gelojoh dan kemaruk sangat hendak berkuasa?

Setidak-tidaknya penyokong Pakatan Rakyat bolehlah menurut nasihat mantan Menteri Besar Nizar Jamaluddin,yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang meminta rakyat Perak mengambil iktibar daripada kedatangan Syawal ini bagi membuat persediaan untuk seluruh rakyat di Perak melakukan perubahan besar-besaran sekiranya pilihan raya negeri dibuat pada masa yang terdekat. .

Sekali lagi saya menolak kenyataan bahawa menconteng poster MB Perak dan poster pemimpin negeri yang lain sebagai mewakili kemarahan keseluruhan rakyat Perak tetapi ianya dilakukan oleh beberapa kelompok yang diupah atau atas kerelaan sendiri kerana perangai manusia seumpama ini ada di mana-mana. Klik disini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Wednesday, September 16, 2009

Aidil Fitri Hari Kemenangan- Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat dan pengunjung blog 'Segalanya Mungkin'. Terima kasih kerana sentiasa mengunjungi blog yang tidak seberapa ini disamping membaca pendapat dan buah fikiran dari insan kerdil seperti saya.

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w. pergi ke tempat solat pada hari raya Idul Fitri dan hari raya Idul Adha. Mula-mula beliau solat hari raya. Sesudah solat beliau menghadap kepada orang ramai dan mereka masih duduk dalam saf masing-masing. Nabi berkhutbah memberikan pengajaran dan pimpinan, serta memberikan perintah-perintah kepada mereka. Jika Nabi hendak mengirim pasukan tentara, maka dibentuknya lah ketika itu, dan kalau Nabi hendak memberikan perintah, diperintahkannya lah ketika itu. Sesudah itu barulah baginda pergi.”
[HR Bukhari]

Alhamdulillah kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, fasa yang Allah SWT janjikan pelepasan api neraka kepada mereka yang beriman. Selepas itu kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Maka apabila kita menyambut hari yang kemenangan ini kita akan bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Apa yang diamalkan oleh kita pada hari ini, inilah juga yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w kepada kita. Kemeriahan hari raya bukan hanya terletak kepada kemeriahan menziarahi antara satu sama lain. Tetapi Islam mengangkat kemuliaan hari ini dengan kita mendapat suatu santapan rohani sebagai satu peringatan dan kemenangan di hari ini. Inilah konsep hari kemenangan yang ingin diterapkan oleh Rasulullah s.a.w. Aidilfitri yang menjadi lambang kemenangan kepada orang-orang yang berpuasa bukan hanya diisi dengan aneka juadah hari raya, bukan juga dihiasi dengan pelbagai hiasan hari raya tanpa kita mendapat momentum rohani sebagai panduan untuk kita menyambut kemeriahan ini dengan rasa syukur kepada Allah SWT.

Rasulullah juga mengajarkan kita dua perkara yang amat penting pada hari mulia ini, iaitu menghubungkan silaturahim dan bersedekah. Mudah-mudahan Aidilfitri ini tidak akan melupakan kita pada mereka yang kurang upaya dan kurang mampu untuk menyambut hari raya. Jalinkahlah silaturahim dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai mudah-mudahan pertemuan di hari ini akan lebih akrab kerana masing-masing sudah tentu akan menghulurkan kemaafan di atas segala salah dan silap.

Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan dari sahabat-sahabat dan para pengunjung sekelian di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku. Maaf zahir dan batin. Saya bersyukur kerana diberikan ruang ini untuk sama-sama kita bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta memerdekakan minda kita daripada pandangan politik sempit. Kepada otai-otai BP tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada kalian semua. Lepas Marhaban nanti boleh la kita kunjung mengunjungi. Tidak ketinggalan rakan-rakan di Kelab Chedet, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan follower-follower yang dikasihi sekelian. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga di Batu Pahat.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, September 15, 2009

16 September : Anwar Kena Kencing !



Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tarikh ini adalah tarikh penubuhan Malaysia iaitu tanggal 16 September 1963. Pada tarikh ini, Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, kemudian bersama Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 tetapi disiytihar secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Penubuhan Malaysia menerima tentangan hebat daripada Indonesia di bawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Sekarang ini pun, sebahagian kecil rakyat Indonesia masih lagi berkonsfrantasi dengan Malaysia apabila mereka memanggil Malaysia sebagai 'Malingsia'

Tarikh 16 September 1963 jarang disebut rakyat berbanding tarikh 31 Ogos 1957. Namun begitu, tidak menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang hendak menyambut Hari Malaysia ini seperti mana yang dilakukan oleh Parti Gerakan. Majlis yang pertama kali dianjurkan seumpama itu diadakan di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang juga presiden Gerakan. Klik di sini.

Ada yang bependapat bahawa tarikh kemerdekaan sebenar bagi satu Malaysia sepatutnya disambut pada 16 September setiap tahun sedangkan 31 Ogos 1957 itu hanyalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu setakat ini, tarikh 31 Ogos setiap tahun masih kekal sebagai sambutan rasmi bagi kemerdekaan negara. Bagi Anwar Ibrahim, 16 September bukan sahaja untuk memperingati Penubuhan Malaysia tetapi juga sebagai tarikh keramat untuk membawa beliau ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan baru melalui jalan belakang.

Pada asalnya tarikh yang ditetapkan ialah tepat pada 16 September 2008. Hari ini genap setahun Anwar 'dikencing' oleh ahli-ahli Parlimen yang berjanji mahu melompat parti ke Pakatan Rakyat atau setidak-tidaknya kerajaan yang ada akan ditumbangkan melalui undi tidak percaya di Parlimen. Sepandai-pandai dan selicik-licik Anwar pun kena kencing juga oleh sekurang-kurangnya 30 orang ahli parlimen tersebut termasuk daripada Sabah dan Serawak.

Seingat saya, walaupun penyokong-penyokong tegar PKR mati-mati percaya akan berlaku peralihan kuasa pada 16 September tetapi rakan-rakan beliau terutama dari PAS sendiri awal-awal lagi tidak yakin cita-cita Anwar itu akan kesampaian. Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali mungkin tersenyum sendirian sambil terbayang wajah selamba Anwar mengenangkan apa yang pernah dikatanya mengenai gempak 16 September itu tepat sekali. Mustapha Ali antara yang paling tegas menolak auta Anwar.

Apa yang pelik ialah walau apa pun yang dilakukan oleh Anwar ianya tetap dipercayai oleh penyokong-penyokong tegarnya. Bila cerita kes liwat, dia akan kata, ini satu konspirasi menjatuhkannya. Jika cerita kegagalan misi 16 September 2008, dia akan menutup kekecewaannya dengan mendakwa wakil-wakil rakyat yang dikatakan sudah bersedia menyertai pembangkang diugut supaya tidak menyertai pembangkang. Logik atau tidak jawapannya, kukuh atau longgar hujahnya, penyokong-penyokongnya tetap percaya. Dalam hal ini, Anwar berjaya menjadikan penyokongnya begitu totok kepadanya.

Dalam hal ini , Anwar dikencing oleh ahli-ahli Parlimen BN yang berjanji dengannya tetapi dilarikan ke Taiwan. Pusingan kedua, Anwar pula yang mengencing penyokong-penyokongnya yang sampai hari ini masih yakin dan percaya akan berlaku perubahan kuasa di Putrajaya. Dulu benci sangat dengan Putrajaya, sekarang berebut pulak nak ke Putrajaya. Jangan kata Putrajaya dapat di tawan, Perak yang dalam genggaman pula yang terlepas. Kasihan......Ini lah kesan trajis berkaitan 16 September.

Apa pun, kalau ditanya penyokong PKR berkaitan isu 16 September. Dengan secepat kilat mereka akan menjawab, percaya! percaya!percaya!. 16 September akan dinanti tetapi tahunnya belum pasti...

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, September 14, 2009

MIC Tahu Politik Melayu Lemah!


Kalau sudah sampai tahap hanya taraf seorang perwakilan sahaja boleh menghina seorang bekas Perdana Menteri, bekas Presiden UMNO dan seorang negarawan yang banyak berjasa ianya boleh disimpulkan bahawa sesiapa sahaja sekarang ini boleh menghina orang Melayu. Hari ini hanya seorang macha perwakilan MIC, hari esok siapa tahu seorang pengangkat najis pula sudah berani menghina sultan-sultan Melayu.

Kalau Ahmad Ismail boleh dikenakan hukuman gantung keahlian UMNO hanya berkata bahawa orang Cina sebagai pendatang, maka apakah hukuman setimpal untuk ahli MIC itu?. Sedangkan Ahmad Ismail berkata perkara yang benar. Tetapi Pak lah telah di asak oleh Gerakan supaya mengambil tindakan ke atas Ahmad. Akhirnya Ahmad yang menjadi mangsa. Gerakan pula kehilangan kuasa di Pulau Pinang.

Perwakilan MIC pro Samy Vello ini tidak berkata benar tetapi beliau hanya dilihat untuk melempiaskan kemarahannya atau kemarahan orang lain kepada Mahathir berikutan bekas PM itu yang mengkritik Samy dan menyokong Subra. Salahkah bekas PM itu menegur dan ianya telah dijelaskan oleh Mahathir bukannya masuk campur seperti yang disangkakan oleh ramai penyokong Samy. Ada berapa ribu orang yang bercakap perkara yang sama seperti mana apa yang Mahathir cakapkan. Adakah mereka ini masuk campur urusan MIC?

Selipar dan penyapu melambangkan 'sial' bagi orang Melayu. Khir Toyo tumbang di Selangor kerana dikatakan bahana 'sial' penyapu. Perlu apa nak cadangkan selipar dikalung pada gambar Mahathir sedangkan Samy sebelum ini adalah orang yang paling banyak mengalung bunga ke leher Mahathir. Mengapa sekarang baru hendak dikalungkan dengan selipar?

Saya merasakan perwakilan itu mungkin tidak berani bertindak seorang diri. Saya lebih percaya di belakang perwakilan ini mungkin ada Samy. Samy yang suruh kerana Samy terlalu marah di atas kritikan Mahathir apatah lagi Mahathir memberi sokongan terbuka kepada musuhnya, Subra. Beberapa hari sebelum perhimpunan ,Samy sering membuat kritikan-kritikan keras terhadap Mahathir. Pada fikiran saya ,Samy saja nak lepaskan geram dengan menyuruh seorang perwakilan ,sedangkan dirinya tidak tergamak dan tidak berdaya kerana semasa Mahathir menjadi PM, Samy lah yang paling banyak mencium tangan Mahathir.

Bagi pengetahuan semua, Samy menjadi Presiden MIC sejak 4 Perdana Menteri Malaysia. Nasib baik dia kalah di Sungai Siput dalam pilihanraya Umum ke 12 lalu. Jika tidak dia kemungkinan akan dilantik sebagai menteri semula. Kekalahannya juga menyebabkan kerusi Menteri Kerjaraya telah diberikan kepada menteri Melayu. Ini juga menimbulkan keresahan kepada Samy, mujur juga MIC cuma menang di Tapah, Cameron dan Segamat daripada 9 kerusi Parlimen yang diperuntukan kepada MIC. Malah ketiga-tiga kerusi itu adalah ehsan orang Melayu kepada MIC. Pendek kata selepas Pilihanraya Umum ke 12, Samy memang sasau memikirkan nasib yang menimpa MIC dan bingung dengan sokongan orang India yang sudah beralih arah kepada PKR.

Dalam keadaan sasau dan bingung, Samy seolah-olah tidak boleh ditegur. Beliau cuba mencipta sejarah tersendiri dengan cuba mengembalikan sokongan orang India kepada MIC. Sebab itu beliau tidak mahu meletakkan jawatan ketika namanya di bawah. Beliau mahu meletakkan jawatan ketika namanya di puncak apabila MIC dapat mengembalikan keyakinan orang India kepada parti itu. Apabila dikritik oleh Mahathir, sukar untuk Samy menerimanya kerana beliau masih seorang presiden yang dikritik oleh seorang bekas presiden parti. Dengan bongkaknya, Samy ingin memalukan Mahathir kerana semasa Samy menjadi presiden MIC lah, orang India berani mencadangkan Mahathir dikalungkan dengan selipar di PWTC iaitu sebuah bangunan kepunyaan Melayu yang didirikan di zaman Mahathir.

Samy tahu bukan semua Melayu akan melenting. Melayu PAS dan Melayu PKR tentunya bersorak gembira. Mereka sudah lama menghina Mahathir dengan kata-kata seperti Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya. Sudah tentu apa yang dilakukan oleh perwakilan MIC itu akan mendapat sokongan daripada Melayu PAS dan Melayu PKR kerana Mahathir lah yang menjadi penghalang kepada PAS dan Anwar Ibrahim memerintah Malaysia. Samy tahu, bukan semua Melayu akan bangkit di seluruh negara, kalau ada pun di sana-sini hanyalah sekadar seperti membantah serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 1990an dahulu.

Apakah yang boleh dijadikan renungan untuk kita ialah hanya dengan menjadikan kita kuat semula barulah kita akan dihormati. Apabila kita lemah dan berpecah-pecah, seorang India penjual cendol pun boleh menghina bangsa dan agama kita sesuka hati.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Terbaru : MIC ambil tindakan. MIC hari ini gantung keahlian seorang perwakilan yang cadangkan kalungan selipar pada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masa berucap di perhimpunan MIC Ahad lalu.Tindakan yang berkuatkuasa serta merta itu diumum oleh Presidennya Datuk Seri Samy Vellu.Katanya dalam satu kenyataan diharap tindakan itu akan selesaikan isu berkenaan.

Thursday, September 10, 2009

Samy Berhenti Dan Terus Pencen.




Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 25.581 juta orang tahun ini berbanding 25.048 juta tahun lepas dan 22.082 juta semasa banci 2000. Jumlah penduduk kaum India di Malaysia meningkat daripada 1.696 juta orang semasa banci 2000 kepada 1.807 juta orang tahun ini. Jumlah penduduk India itu kebanyakannya bergantung kepada MIC sebagai parti tunggal yang sekian lama mewakili orang India. Namun selepas PRU ke 12, orang India seolah-olah telah menolak MIC dan beralih arah kepada PKR.

Parti MIC sekarang mempunyai 5 ahli Dewan Negara iaitu seorang lantikan daripada DUN Selangor dan 4 orang lagi lantikan DYMM Yang Dipertuan Agong. Selepas pilihanraya ke 12, Ahli Dewan Rakyat daripada MIC cuma ada 3 orang wakil iaitu P072 Tapah ,P078 Cameron Highlands dan ,P140 Segamat.

Dalam PRU itu satu keputusan yang menarik tetapi tidak memeranjatkan ialah tewasnya Presiden MIC, Mr.Samy di P062 Sungai Siput Perak kepada Micheal Jeyakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).Pada masa yang sama Presiden UMNO dan MCA menang di Parlimen masing-masing. Kekalahan Samy itu telah menguatkan hujah bahawa Samy adalah beban kepada MIC dan MIC adalah beban kepada BN.

Terbaru Tun Mahathir membuat satu kenyataan yang membinggungkan Presiden MIC menjelang pemilihan sengit parti itu Sabtu ini. Kenyataan itu dipetik daripada Agendadaily.com yang bertajuk 'MIC hilang sokongan masyarakat India jika Samy Vellu terus terajui parti - Tun Mahathir' Dalam kenyataan balasnya, Mr.Samy dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya". Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

Tun Mahathir dalam wawancara dengan Utusan telah membuat kenyataan, MIC akan kehilangan sokongan daripada masyarakat India jika S. Samy Vellu terus menerajui parti itu.Tegasnya, MIC kini dilihat semakin lemah dan kekuatan parti itu tidak boleh dipulihkan semula jika Samy Vellu terus kekal sebagai Presiden."Kelemahan MIC disebabkan oleh Samy Vellu, saya dengar ramai orang India cakap, dia orang tak suka nak sokong MIC pasal Samy Vellu."Sebenarnya sebelum pilihan raya 2008 ada stesen televisyen tanya saya apa akan jadi pada MIC, saya kata selagi ada Samy Vellu di situ, MIC akan tewas, memang benarlah dia tewas,"

Mungkin Tun bukan berniat untuk mencampuri urusan parti MIC. Semasa beliau masih memegang jawatan PM, saya rasa tidak ada kritikan terbuka kepada Samy. Malah hubungan antara ke tiga parti amat akrab terutama ketika Tun kehilangan banyak sokongan daripada orang Melayu dalam pilihanraya umum negara ke-10 pada 29 Nov.1999 . Pada masa itu sentimen-sentimen anti- Mahathir amat kuat khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Tetapi penggundi-penggundi Cina dan India berdiri teguh dibelakang UMNO/BN dan sehinggakan kedua-dua ahli parlimen yang sangat hebat dari DAP Lim Kit Siang dan Karpal Singh kecundang di kawasan majoriti Cina di Pulau Pinang. Walau pun Parti Pas berjaya mengumpulkan undi Melayu pada masa itu dengan UMNO cuma memenangi 72 kerusi dan kalah 17 kerusi tetapi UMNO/BN masih dapat kekalkan majoriti 2/3 di parlimen dengan kemenangan besar parti-parti bukan Melayu seperti MCA menang 28 kerusi dan cuma kalah 2 kerusi. MIC menang 7 kerusi tanpa kalah sebarang kerusi. Gerakan menang 10 kerusi dengan tanpa kalah sebarang kerusi.

Walaupun begitu selepas pilihanraya ke 12, 2008 sokongan daripada orang bukan Melayu telah beralih arah. MIC hanya menang di Tapah ,Cameron Highlands dan ,Segamat. Maka salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan MIC ini ialah 'Faktor Samy'. Samy memasuki gelanggang politik bermula dalam Pilihanraya 1974 apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput. Beliau memegang kerusi ini sehingga kekalahannya pada PRU 2008. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979 daripada V. Manikavasagam. Samy akan terus memegang jawatan Presiden itu bagi sessi 2009-2012. Ini bermakna kemungkinan besar PRU ke 13, Samy masih mengetuai MIC.

Samy telah membidas Mahathir yang mempunyai 4 timbalan perdana menteri tetapi beliau lupa bahawa beliau menjadi presiden MIC sejak daripada Perdana Menteri Malaysia ke 3 sedangkan Mahathir sendiri belum menjadi PM dan Presiden UMNO. Ini bermakna Samy telah menjadi Presiden MIC di bawah 4 orang perdana menteri dan 4 orang Presiden UMNO. Bukankah ini satu tempoh yang lama dan menjemukan?. Isu Tun Mahathir bukannya isu timbalan tetapi isu sayang hendak lepaskan jawatan. Isu Samy nak jadi Presiden MIC seumur hidup. Sebab itu orang tidak suka.

Bagi saya, Mr.Samy sudah terlalu lama memimpin MIC. Banyak jasanya pada MIC tidak kurang juga taik yang ditinggalkan. MIC menjadi beku dan tepu kerana Samy terlalu mengongkong ahli-ahli parti. Ramai pemimpin-pemimpin parti tidak berpeluang untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin. Sebab itu MIC tidak putus-putus bergolak perihal masalah dalaman parti.

Walaupun MIC tidak mempunyai satu pun kerusi majoriti dalam mana-mana kerusi parlimen tetapi BN sentiasa memberi peluang kepada MIC walaupun kawasan itu adalah kerusi kawasan majoriti Melayu. Ini bermakna calon-calon MIC yang menang di Parlimen dan DUN beberapa negeri lazimnya mendapat sokongan daripada pengundi Melayu. Misalnya kerusi Tenggaroh, Kahang dan Gambir di Johor adalah kawasan majoriti Melayu. Tidak cukup dengan itu MIC diberi satu jawatan exco bagi mewakili masyarakat India. Melihat kepada kecelaruan yang berlaku di dalam MIC, salahkah bekas pemimpin UMNO seperti Mahathir memberikan pendapat. Tujuannya bukan untuk memburukkan MIC dan Samy tetapi untuk menguatkan BN dalam pilihanraya ke 13 nanti. Mahathir mempunyai niat murni agar undi-undi India sebelum ini akan berpatah balik kepada BN dan orang India sedia maklum bahawa janji-janji Pakatan Rakyat hanya palsu belaka. Buktinya isu Kampung Buah Pala, di Pulau Pinang adalah antara bukti Pakatan Rakyat hanya mahu undi mereka dan bukan untuk membela kaum India.

Dalam keadaan momentum sokongan orang India untuk beralih arah, mereka mengharapkan satu perubahan dalam pucuk pimpinan MIC. Tetapi Samy masih terus kekal sebagai Presiden sehingga 2012. Mungkin orang India kecewa seolah-olah jawatan itu hendak di bawa hingga ke mati. Najib mungkin 'segan' untuk menegur kerana mungkin teguran seorang PM dan Presiden UMNO dikatakan mencampuri urusan parti komponen yang lain. Jadi teguran bekas pemimpin UMNO sepatutnya diterima oleh Samy.

Saya masih ingat, apabila rakyat Terengganu sudah muak dengan Wan Mokhtar dalam Pilihanraya Umum ke 10 tahun 1999, mereka telah menukar kerajaan kepada kerajaan PAS. Tetapi apabila Gelombang Biru melanda tanpa Wan Mokhtar, Terengganu kembali menyokong kepada BN. Sama juga dengan kes MIC ini, kemungkinan jika Samy melepaskan jawatan Presiden MIC sebelum PRU ke 13, kemungkinan sokongan masyarakat India kembali kepada BN bukan sesuatu yang mustahil.

Oleh itu, cadangan ini perlu datang daripada orang luar MIC kerana ahli-ahli MIC yang pro-Samy takut untuk bersuara pada hal itulah hasrat mereka terutama ahli-ahli MIC akar umbi yang tidak mempunyai kepentingan. Sebagai rakyat Malaysia, suka juga saya mencadangkan kepada Samy supaya berhenti dan terus pencen demi kepentingan MIC dan BN yang semakin goyah menjelang PRU ke 13 nanti.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Terbaru : Palanivel kekal No. 2, orang Samy menang besar. klik di sini

Tuesday, September 8, 2009

Isa Samad Bukan Yang Terbaik.



Ini lah pertama kali dalam mana-mana PRK saya meletakkan 50-50 kepada BN untuk menang kerusi di Bagan Pinang ,itu pun dengan beberapa syarat. Sebelum ini di mana-mana PRK sejak PRK Permatang Pauh hinggalah yang terkini Permatang Pasir, saya siang-siang telah mengumumkan Pakatan Rakyat akan menang walaupun pilihanraya belum berlangsung.

Di Bagan Pinang dalam pilihan raya umum lepas, BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi. Berikut adalah keputusan penuh PRU ke 12 bagi N31 BAGAN PINANG

Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%
1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)
Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384
Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Saya sangat menyanjung sikap Isa Samad yang berkata beliau perlu mendapatkan pandangan semua pihak berhubung cadangan memilihnya sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. "Saya tidak dapat menjawab. Kena bincang dulu, tengok keadaan dan pandangan sayap-sayap, akar umbi dan mungkin ada calon-calon lain."Kemudian rumus untuk dapatkan keputusan,"

Berdasarkan kenyataan beliau ini, nampaknya pemimpin veteran penuh pengalaman ini tidak mudah terpesona dengan sokongan yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Teluk Kemang, Mohd Faizal Ramli dan Ahli Jawatankuasa Bahagian tersebut Kamil Abdul Aziz yang dilaporkan berkata pemimpin Umno di Teluk Kemang menyokong penuh supaya bekas Naib Presiden Umno itu menjadi calon di Bagan Pinang.

Walaupun Bagan Pinang itu adalah kampung halaman Isa tetapi pengundi yang berjumlah 14 192 orang itu bukan lagi pengundi yang pernah dikenali sebelum ini. Kemerosotan majoriti undi dalam PRU ke 12 berbanding dengan keputusan PRU ke 11 sudah cukup untuk menunjukkan penurunan yang ketara. Undi pos sekarang ini pun bukan sesuatu yang pasti berpihak kepada BN lagi. Momentum pilihanraya kecil sejak PRK Permatang Pauh sehingga PRK Permatang Pasir perlu juga diambil kira.

Saya sangat meminati Isa bukan sahaja kerana kejayaannya mentadbir Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar tetapi cukup sedap halwa telinga apabila bekas guru ini memberi ucapan. Malah semasa bertanding Naib Presiden tahun lepas saya menyokong Isa supaya satu kerusi diberikan kepadanya. Namun dalam PRK Bagan Pinang yang agak getir ini, masa dan keadaan bukan lagi berpihak kepada Isa. Walaupun beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, saya berpendapat calon BN kali ini biarlah dari kalangan muka baru yang berpotensi diterima rakyat, berpendidikan, bersih dan belum ada rekod buruk di kalangan masyarakat setempat. Ianya tidak semestinya orang-orang yang memegang jawatan di dalam Bahagian tetapi cukup berbakat untuk di ketengahkan sebagai pemimpin baru dan pelapis.

Keadaan ini bagi mengelakkan agar ianya tidak memberi peluru berpandu kepada Pakatan rakyat. Dakwaan sebegini pasti akan berkumandang 'Tengok UMNO dah tak ada orang lain dah, terpaksa ambil orang lama dan orang kalah sebagai calonnya, bukankah ini bukti UMNO semakin nazak? Orang muda dah tak ada ke lagi dalam UMNO ni?. Itu belum lagi diungkit kisah-kisah silam Isa dalam UMNO khususnya politik wang. Silap-silap hari bulan, isteri muda Isa pun akan menjadi isu.



Bukan saya berkata melantik orang lain sebagai tak ada isu. Isu tetap ada dan pasti akan digunakan oleh Pakatan Rakyat. Saya cuma hendak dan berhajat untuk mengurangkan isu-isu itu supaya kita boleh menumpukan masa berkempen kepada penerangan misi dan visi bukannya mempertahankan isu yang sengaja kita berikan peluru kepada Pakatan Rakyat.

Seorang pemimpin UMNO Bahagian dari Sabah secara terbuka berkata pada rakannya apa salahnya Isa jadi calon walaupun beliau orang lama.“Bukankah Saleh Man,calon PAS yang menang di Permatang Pasir itu pernah enam kali kalah pilihanraya.Kalau PAS nanti main isu UMNO ketandusan pemimpin,kita boleh kata PAS sendiri pernah letak calon yang berulangkali recycle,”katanya. Jangan bandingkan Salleh dengan Isa dalam hal ini. Salleh menang kerana momentun rakyat sudah berubah menyokong Pakatan Rakyat. Permatang Pasir kubu PAS ditambah lagi dalam Parlimen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan 50-50 pemimpin UMNO Sabah ini tidak boleh memandang enteng isu rasuah Isa yang telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO walaupun Isa dikatakan dikambing hitam ,itu bukan jawapan kepada isu ini.

Walaupun Isa adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Ketua UMNO Cawangan Bagan Pinang dan anak jati di situ, apakah itu sahaja jaminan yang boleh kita pertaruhkan selain jasa beliau sebagai MB kepada 14 000 pengundi di Bagan Pinang? Tindakan untuk membawa Isa 'come back' di PRK ini agak sudah terlambat. Cari lah calon lain dan beri peluang kepada pemimpin muda dan pelapis untuk di ketengahkan. Negeri Sembilan tidak ketandusan pemimpin dan jangan takut untuk membuat perubahan.

Saya terpaksa berkata yang benar kerana kita sudah tersilap pilih keatas Rohaizat Othman di Permatang Pasir dan Wan Farid di Kuala Terengganu. Setelah gagal pertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil baru-baru ini,kalangan ahli UMNO berpendapat tidak boleh tidak Barisan Nasional mesti mempertahankan kerusi Bagan Pinang. 14000 pengundi bukan semua ahli UMNO, mungkin UMNO Bahagian Teluk Kemang menyokong pemilihan Isa tetapi bagaimana pula dengan kehendak sebahagian besar rakyat?. Pengundi tidak berparti dan pengundi atas pagar perlu juga diambil kira. Peti undi saluran 4 dan 5 lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian.

Kesimpulannya jika Isa Samad terpilih juga ianya bukan yang terbaik. Keputusan itu bukan keputusan yang melambangkan kehendak rakyat dan tuntutan perubahan oleh ahli-ahli UMNO akar umbi.

Amir Hamzah
Kuala Lumpur
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Terbaru : Isa Pemimpin Yang Ada Otak.

Sunday, September 6, 2009

Perpaduan Kaum Hanya Retorik......


Hubungan antara kaum di Malaysia hanya retorik - hanya nampak baik di luar tetapi di dalam tidak baik, kata Felow Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof Teo Kok Seong. “Di negara ini, sifat curiga mencurigai antara kaum yang menjadi masalah,” katanya dalam wawancara dalam Mingguan Malaysia hari ini. Bacaan lanjut baca di sini.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Prof Teo yang begitu ikhlas memperkatakan perpaduan antara kaum di Malaysia. Jikalau kita melihat sekeliling kita, dasar pecah dan perintah British sewaktu menjajah negara ini masih tidak dapat di rungkaikan walaupun negara sudah merdeka 52 tahun yang lalu. Saya selalu memperkatakan jika kita mahu melakukan sesuatu perkara sewajarnya kita meneliti latar belakang perkara yang hendak kita ubah. Apakah kekangan-kekangan dan halangan, cara dan kaedah perlaksanaan serta melaksanakannya dengan cara yang tersusun dan tertip . Barulah pelan tindakan kita akan dilaksanakan dengan jayanya.

Jika kita melihat kepada masalah perpaduan rakyat negara ini yang begitu rencam sifatnya kita perlu mencari puncanya. Apakah yang menghalang perpaduan itu. Perkara yang utama adalah bagaimana kita hendak menyusun semula kesan daripada dasar 'pecah dan perintah' itu baik dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Dari segi ekonomi contohnya, kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. DEB telah diberikan tempoh selama 20 tahun untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia. Jurang ekonomi yang ketara di antara orang Melayu dan bukan Melayu begitu tinggi pada masa itu. Orang Melayu sangat ketinggalan dalam segenap bidang ekonomi. Orang Melayu hanya bermula diberi peluang yang lebih luas hanya pada tahun 1970 setelah 13 tahun negara merdeka. Antara sumbangan Tun Abdul Razak yang tidak ternilai ialah pembukaan tanah-tanah rancangan FELDA yang dibuka untuk orang-orang Melayu memiliki tanah yang pada asalnya mereka dari golongan miskin di kampung-kampung tradisional. Matlamat akhir kepada DEB adalah PERPADUAN NASIONAL iaitu apabila sudah dapat dikurangkan jurang ekonomi antara kaum maka tidak lagi timbul rasa syak wasangka, dengki mendengki, ketidakpuasan hati dan sebagainya.

Setelah 20 tahun, DEB diteruskan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)setelah didapati jurang ekonomi dan pemilikan harta di Malaysia di kalangan orang-orang Melayu secara individu belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu pemilikan 30% daripada kekayaan negara. Tetapi dalam tempoh tersebut bilangan orang Melayu golongan pertengahan telah bertambah dengan mendadak sehingga timbul pula jurang perbezaan di kalangan golongan orang Melayu itu sendiri. Sehingga kini dan mungkin sampai bila-bila keadaan ini akan berlangsung kerana orang Melayu yang kaya tidak dapat membantu orang Melayu yang susah. Lebih-lebih lagi di atas tidak wujudnya perpaduan yang asli untuk melihat negara ini aman dan harmoni golongan kaya dari kalangan orang Cina yang telah kaya raya sejak zaman British masih kurang membantu golongan miskin dari kalangan orang Melayu dan India.

Ini bermakna walaupun orang Melayu menguasai politik dan orang Cina menguasai ekonomi , ianya tidak memberi untung yang banyak kepada orang Melayu tetapi melalui penguasaan ekonomi ,orang-orang Cina tetap jauh kehadapan. Orang Cina lebih mudah untuk berpersatuan melalui persatuan-persatuan kaum mereka dan juga persatuan keluarga mereka. Budaya kerja dan sikap menjadi penghalang untuk mereka bekerjasama.

Bagi saya, konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Najib Tun Razak dan juga Harapan baru Rakyat Malaysia oleh Anwar Ibrahim juga satu retorik belaka selagi ianya tidak mencari punca kepada masalah perpaduan itu sendiri. Konsep ini hanya mengambil dari tengah bukannya daripada pangkal yang menjadi akar umbi kepada perpaduan itu.

Suka saya mengambil contoh berkenaan dengan sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan kita boleh mendasarinya hingga ke akar umbi melalui pendidikan satu aliran sekolah yang mempunyai sukatan pelajaran yang sama serta satu bahasa pengantar yang sama di semua peringkat sekolah. Bermula dari sekolah tadika hinggalah ke peringkatan Institut Pengajian Tinggi.

Bagaimana rakyat hendak bersatu sedangkan mereka masih lagi di bawah dasar 'pecah dan perintah' walaupun British sudah keluar daripada negara ini sejak 52 tahun yang lalu. Mereka masih terasing-asing dari sejak kecil oleh sekolah-sekolah pelbagai aliran. Mereka mempunyai peluang yang terhad untuk bercampur gaul dan berkomunikasi antara satu sama lain. Sistem yang ada tidak memberi jaminan kepada generasi akan datang untuk hidup dengan baik yang boleh berkongsi rasa, berkongsi harta dan berkongsi negara.

Sudahlah kita mempunyai sistem politik mengikut kaum, ditambahkan lagi dengan sistem pendidikan yang berbeza mengikut aliran, ditokok lagi dengan penguasaan ekonomi oleh satu kaum tertentu. Belum ditambah dengan penghuni-penghuni bagi kawasan pertempatan juga mengikut monopoli kaum-kaum tertentu adalah tidak nampak kemungkinan perpaduan yang asli itu muncul menjelang 2020 sekurang-kurangnya. Antara matlamat wawasan 2020 juga adalah perpaduan nasional. Atas sebab itulah Tun Mahathir mencadangkan sekolah wawasan tetapi ditolak oleh persatuan-persatuan Cina yang perkauman. Kita mungkin akan mencapai negara maju menjelang 2020 tetapi matlamat perpaduan nasional yang asli jauh panggang dari api jika kita tidak memulakan sesuatu yang drastik bagi mencapai matlamat itu.

Perpaduan antara kaum di Malaysia buat masa ini sangat rapuh dan mudah dipermainkan sentimen itu oleh golongan-golongan yang berkepentingan khususnya ahli-ahli politik yang ingin mencari pengaruh. Isu mutakhir ini yang melibatkan tempat-tempat ibadat juga telah digunakan sebagai isu perkauman dan isu agama, pada hal isu-isu ini sangat sensitif bagi sebuah negara seperti Malaysia. Undang-undang berkenaan rumah ibadat sememangnya telah wujud sekian lama di mana-mana Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya maupun di Pejabat-Pejabat Daerah, tetapi kerana membelakangkan undang-undang dan peraturan serta janji-janji pilihanraya untuk menarik undi akhirnya ia menjadi isu panas yang boleh mencetuskan huru-hara pada bila-bila masa.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, September 4, 2009

Rujuklah Kepada Sultan Terengganu.




Keadaan politik negeri pengeluar minyak dan negeri penyu menangis semakin kusut apabila kedua-dua belah pihak nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berdamai. Campur tangan Muhyiddin juga nampaknya tidak disambut baik oleh kumpulan Pak Yeh apabila beliau sendiri memulaukan perjumpaan dengan Timbalan Presiden UMNO itu. Program bersahur bersama rakyat yang dianjurkan oleh Hishmuddin juga tidak banyak membantu menyelesaikan krisis kedua-dua kumpulan UMNO tersebut.

Ini bukan masalah rakyat Terengganu tetapi masalah pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu. Mengapa buat program yang melibatkan rakyat Terengganu kerana tindakan ini tidak menjurus kepada masalah sebenar. Semua orang tahu dan faham bahawa krisis politik Terengganu bermula sejak selepas pilihanraya ke 12 lalu di mana Terengganu dan Perlis agak lambat melantik Menteri Besar setelah negeri-negeri lain sudah berbuat demikian. Perlantikan Ahmad Said adalah atas kehendak dan perkenan Sultan setelah baginda kurang senang dengan Pok Yeh. Perlantikan Ahmad Said mendapat restu Sultan dan rakyat tetapi tidak direstui pula oleh beberapa rakan-rakannya dalam UMNO.

Tiga pihak yang perlu selesaikan kemelut ini iaitu pihak Istana, Kumpulan Ahmad Said dan Kumpulan Derih Jusoh. Perlu diingat bahawa Sultan Terengganu mempunyai kuasa untuk memilih Menteri Besar seperti mana Sultan Perak dan Sultan Perlis. Jika sudah tahu Sultan Terengganu yang memegang 'suis' perdamaian ini mengapa tidak ada rombongan daripada UMNO untuk mengadap Sultan Terengganu?

Sultan sememangnya tidak boleh mencampuri urusan politik kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu tetapi adalah lebih molek jika Sultan di ajak berunding bersama. Pilihan yang ada adalah melantik orang lain selain Deris Jusoh dan Ahmad Said tetapi boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak. Adakah dikalangan mereka itu yang boleh menjadi penenang kepada politik Terengganu?

Tindakan memboikot dan ugutan untuk keluar parti bukan jalan penyelesaiannya tetapi boleh memporak perandakan lagi politik Terengganu. Walaupun Anwar Ibrahim sudah masuk jarum ketika UMNO Terengganu bergolak tetapi Harun Taib sudah menutup pintu untuk mereka yang akan melompat parti. Suara Harun Taib mungkin mewakili suara Hadi Awang juga kerana hanya Harun Taib saja yang berani menyanggah Anwar Ibrahim. Jika begitu 'lompat parti' bukan cara terbaik untuk membentuk kerajaan baru negeri Terengganu. Masalah lebih besar bakal menanti kerana kerajaan campuran PAS-Bekas UMNO tidak menjanjikan kestabilan politik di Terengganu.

Jika Muhyiddin yang sudah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah maka beliau boleh menjadi pendamai antara Sultan Terengganu dan Kumpulan Idris Jusoh. Jika masalah antara Sultan dan Kumpulan Idris Jusoh dapat mencari titik pertemuan, saya yakin Ahmad Said akan akur titah perintah Tuanku Sultan kerana kedudukannya sekarang pun atas budi bicara Sultan.

Ketika krisis politik Perak sedang memuncak kita telah beramai-ramai menyokong dan mempertahankan Sultan Perak daripada diserang dari pelbagai sudut. Hari ini kita menggelarkan Nizar dan kunco-kunconya sebagai penderhaka, adakah tuduhan itu akan berbalik ke atas batang hidung UMNO di Terengganu?

Muhyiddin yang mempunyai pengalaman mendamaikan dan menyatukan Melayu Johor dalam krisis politik di Johor pada tahun 1988 ketika beliau menjadi MB Johor, tentu berkeupayaan untuk melakukan sekali lagi di Terengganu, apatah lagi beliau sekarang adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Negeri Terengganu yang kaya dengan minyak tentunya menjadi rebutan untuk berkuasa. Sanggupkah UMNO kehilangan kuasa setelah rakyat memulangkannya semula selepas tewas dalam pilihanraya umum 1999. Oleh itu krisis kepimpinan di Terengganu perlu ditangani segera sebelum ianya menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi.

Sekali lagi saya menyeru pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan memohon perkenan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu supaya mengutamakan kepentingan rakyat jelata dan negeri. Ketepikan dahulu perebutan kuasa, kekayaan, kesenangan dan kemewahan kerana rakyat Terengganu masih memerlukan pemimpin-pemimpin yang terbilang untuk terus memacu pembangunan negeri Terengganu untuk rakyat Terengganu.

Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kapal dua nakhoda selain hanya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit daripada Tuanku Sultan dan pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, September 3, 2009

Kalau..........

1. Kalau anda menunggu arah, SEMUA KERJA PERLU DIKERAH.

2. Kalau anda kurang bersedia, DI TEMPAT KERJA BANYAK CERITA

3. Kalau anda kenal tetamu, LAYANLAH IA JANGAN JEMU

4. Kalau anda kurang kerja, DAPAT LAPORAN BERJELA-JELA.

5. Kalau anda kurang merancang, DI DALAM PEJABAT BANYAK TEMBERANG

6, Kalau anda suka berdamping, SEMUA PELANGGAN DAPAT DIBIMBING

7. Kalau anda asyik naik marah, AKHIRNYA SEMUA RAKAN BUAT TAK ENDAH.

8. Kalau anda rajin mendidik, AKAN LAHIRLAH PEKERJA YANG CERDIK

9. Kalau anda senyum selalu, PELANGGAN SENTIASA INGAT PADA MU

10.Kalau anda pilih kasih, PELANGGAN TERLUKA HATINYA SEDIH.

11.Kalau anda seorang penyayang, KE AKHIR HAYAT TETAP DIKENANG

12.Kalau anda umpama Ibu, PEKERJA AKAN SAYANG SETIAP WAKTU

13.Kalau anda buat tak kisah, PELANGGAN AKAN BERMASALAH

14.Kalau anda rajin menasihat, SETIAP TEGURAN AKAN DIINGGAT

15.Kalau Khairy jadi ketua, RAMAI MAKHLUK YANG RASA KECEWA.

16.Kalau kalah lagi di Bagan Pinang,..................................


Ada sesiapa yang nak sambung cerita seloka di atas, silakan....

Terima kasih.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Pejuang Yang Menang Dan Yang Kalah (Siri 2)



Imperialisme British terhadap Malaya, bukan sahaja telah merantai kebebasan dan memunggah kekayaan kita keluar demi melampias kuasa empayar yang berpusat di England, malah ia juga telah meragut banyak nyawa pejuang-pejuang kemerdekaan. Propaganda British bahawa pejuang-pejuang yang tidak sehaluan dengannya dikatakan penganas dan pengkhianat telah berjaya meracuni pemikiran rakyat. Nasib buruk ini diterima oleh Datuk Maharaja lela, Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau sebagai penganas dan pemberontak.

Sebelum perjuangan mendapat kemerdekaan ini dipelopori oleh UMNO dan rakan-rakan parti Perikatan kita juga tidak boleh menafikan sumbangan Kesatuan Melayu Muda(KMM)seawal tahun 1930an. Pengikut-pengikut KMM banyak terpengaruh dengan buku-buku daripada Indonesia serta pemimpin-pemimpin revolusioner Indonesia antaranya Pak Jenain (Sutan Jenain), Alimin, Musso dan Suparto.KMM juga yang mempelopori semboyan “Merdeka”. Tokoh-tokoh pemimpin KMM adalah seperti antaranya Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Yaacob, Mustapha , Ishak Hj Mohamad(Pak Sako) , Ahmad Boestamam dan lain-lain.

Menurut Abdullah C.D bekas Pengerusi PKM, Keadaan masa itu sangat kemelut. Pokoknya ada dua perkembangan penting dari segi perjuangan rakyat. Pertama, PKM, yang ditubuhkan pada tahun 1930, telah menyusun sebahagian rakyat melancarkan perjuangan. PKM mempunyai pengaruh yang luas di kalangan orang Cina. Di kalangan orang Melayu dan India, tak ada kader, hanya pada penghujung perang, pengaruhnya mula meluas. Untuk melawan Jepun, PKM tubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM /MPAJA) dan melancarkan perang gerila. PKM juga bekerjasama dengan British dan mendapatkan sedikit senjata.

Kedua, semasa awal pendudukan Jepun, KMM dibenarkan bergerak secara terbuka. KMM mengambil sikap bekerjasama dengan Jepun untuk melawan British demi kemerdekaan Malaya. Ini sama seperti yang dilakukan Sukarno di Indonesia. Setelah KMM diharamkan pada tahun 1942, Ibrahim Yaacob dan beberapa tokoh lagi menubuhkan Malai Gyu Gun, atau PETA, iaitu sebuah pasukan tentera Melayu yang mengambil kesempatan daripada kemudahan yang diberikan Jepun dengan tujuan mencapai kemerdekaan. Sebelum Ibrahim berundur ke Indonesia, beliau cuba mengatur beberapa orang membawa PETA bergabung dengan pasukan TAJRM untuk sama-sama melawan British. Sayangnya, kerana keadaan berubah, rancangan itu gagal.

Bagaimana pun KMM diharamkan pada tahun 1942 kerana pada tahun 1942, Mustapha Hussein bagi pihak KMM mengajukan tuntutan untuk merdeka kepada pihak Jepun. Selepas diharamkan ramai pemimpin KMM menyertai gerilya MPAJA dengan melakukan kerja propaganda untuk melawan Jepun.

Gerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu selepas perang lebih bergelora. Cita-cita kemerdekaan KMM diteruskan oleh PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya). Kebanyakan penaja PKMM ialah bekas pemimpin dan anggota KMM dulu. Dalam PKMM, terdapat anggota daripada pelbagai aliran – nasionalis, agama, sosialis, komunis. Tapi, tak kira apa alirannya, mereka telah mengenepikan perbezaan dan dapat bersatu dan bekerjasama. Ini kerana satu tujuan dan matlamat yang anti-imperialis, anti-kolonialis dan cintakan kemerdekaan serta kebebasan. PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 dalam kongres di Ipoh. Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako, Abdullah C.D ramai lagi bertanggungjawab mendirikan parti politik orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan. PKMM berkembang pesat dengan anggota kira-kira 100,000 orang.

Selepas itu, UMNO ditubuhkan bulan Mei 1946 oleh Dato'Onn Jaafar di Istana Besar Johor Bahru. Semboyannya waktu itu bukan “Merdeka”, tapi “Hidup Melayu”. Dalam kongres perpaduan bangsa Melayu pada awal 1946, PKMM turut serta bersama UMNO. Tetapi pada masa itu, sudah timbul perdebatan besar atas isu “Non” dan “Ko”. PKMM ambil sikap “Non”, yakni tidak bekerjasama dengan penjajah British, mesti terus berjuang untuk kemerdekaan.

Sebaliknya pemimpin UMNO mengambil sikap “Ko”, iaitu bekerjasama dengan British. PKMM mengambil keputusan keluar daripada UMNO, dan terus membentuk gabungan pertubuhan-pertubuhan Melayu, lebih 60 buah semuanya, dalam Pusat Tenaga Rakyat atau PUTERA. PUTERA kemudian bergabung dengan AMCJA. Gabungan PUTERA-AMCJA ini merupakan barisan bersatu anti-British berbilang kaum yang paling luas memperjuangkan kemerdekaan. Gabungan ini telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat untuk menggantikan perlembagaan Melayu Union, tetapi di tolak mentah-mentah oleh British.

Peristiwa penting kepada penyatuan Melayu adalah gagasan menentang Malayan Union oleh keseluruhan orang Melayu. Di dalam catatan sejarah Malaysia, Satu kongres Melayu yang menyatukan semua pertubuhan Melayu di Tanah Melayu diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 atas cadangan Dato' Onn bin Jaafar. Dalam mesyuarat ketiga Kongres Melayu Se-Malaya itu, keputusan dicapai untuk menubuhkan sebuah parti politik iaitu UMNO. UMNO secara rasminya ditubuh pada 11 Mei 1946 dan melantik Dato' Onn bin Jaafar sebagai presiden pertama. Penentangan Malayan Union telah mencapai kejayaan dan Malayan Union ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Semboyan kata UMNO "Hidup Melayu" ditukar menjadi "Merdeka" selepas berjaya menentang Malayan Union.

Perlu juga ditulis bahawa "Malayan Union" ciptaan British, bertujuan merampas kuasa raja-raja dan langsung tidak menyentuh soal kemerdekaan Malaya. Oleh itu, PKMM menentangnya bersama-sama dengan UMNO dan lain-lain pertubuhan waktu itu. Disebabkan tentangan menyeluruh daripada seluruh umat Melayu inilah, rancangan Malayan Union British gagal.

Di Gunung Semanggol, terdapat tokoh-tokoh agama yang penting dan berpengaruh, seperti Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Mudir Maahad El-Ehya Assyarif. Tokoh-tokoh agama ini menubuhkan Parti Hizbul Muslimin yang bekerjasama dengan PKMM dan bergabung dalam PUTERA.
Gerakan PUTERA (pertubuhan orang Melayu)-AMCJA(persatuan bukan Melayu) mendapat sambutan begitu luas daripada sebahagian rakyat. Mogok dan hartal yang dilancarkan cukup berkesan. Semangat “Merdeka” berkobar-kobar. Keadaan ini menyebabkan British berasa gentar dengan gerakan golongan kiri ini.

Akibat tekanan pihak British sebahagian pemimpin dan pendokong PKMM telah menyertai gerakan gerila komunis. Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya(PKM). Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis.

Lawan kepada komunis adalah kapitalis yang memang menjadi anutan semua penjajah termasuk British. Sebab itu British sangat memusuh PKM dan mengistiharkan darurat daripada 1948-1960 bagi membenteras komunis sepenuhnya. Salah satu Rejimen PKM yang dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin PKMM ialah Rejimen ke-10 yang ditubuhkan pada 21 Mei 1949. Antara pemimpinnya yang terkenal ada Abdullah CD, Rashid Maidin, Abu Samah Kassim, Syamsiah Fakeh, Musa Ahmad dan lain-lain. Mereka memilih kaedah untuk membebaskan negara ini melalui pertumpahan darah dan peperangan.

Di pihak UMNO pula, pemimpin-pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan yang berpendidikan barat atau dikenali sebagai golongan sekular berpendidikan Inggeris atau golongan kanan yang pro British. Pendekatan yang digunakan adalah perundingan dengan pihak British. Kaedah ini disenangi oleh pihak British tambahan lagi Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman sendiri sememangnya masak dan faham dengan perangai, budaya dan pemikiran British. Golongan ini boleh dikatakan sebagai golongan yang menang kerana melalui perundingan juga UMNO telah merealisasikan kemerdekaan kepada negara ini.

Bagi pihak golongan kiri yang mengambil pendekatan antiBritish dan menolak sebarang bentuk perundingan kecuali dengan mengangkat senjata seperti yang dilakukan oleh PKM tidak mendapat sokongan majoriti rakyat pada masa itu. Tambahan lagi,mereka berpendapat falsafah Marxis itu adalah satu senjata yang terbaik dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air dan untuk kemajuan masyarakat umat manusia. Mereka juga berpendirian bahawa Marxisme itu bukan sebagai “dogma”, atau pegangan ketat dan kaku dan tidak boleh berubah, tetapi memadukannya sesuai dengan syarat dan keadaan di Malaya.

Mereka berpendapat dengan kurang sambutan dari kalangan orang Melayu kepada PKM adalah disebabkan anggapan bahawa Marxisme, tidak beragama atau menentang agama. Dan mereka juga mengatakan bahawa pandangan seumpama ini adalah racun dan hasutan penjajah supaya membenci kepada perjuangan PKM. Golongan kiri ini boleh dikategorikan sebagai golongan yang kalah. Kalah kerana tidak mendapat sokongan majoriti rakyat atas pendekatan dan ideologi yang mereka bawa. Mereka juga tidak boleh menafikan bahawa mereka walaupun 'berjuang' ke arah pembebasan negara ini pada hakikatnya mereka wajar akur bahawa akhirnya pendekatan yang dibawa oleh UMNO itu telah berjaya membawa satu angan-angan, cita-cita dan harapan itu menjadi kenyataan.

Soal tulen atau tidak perjuangan UMNO itu bukan sesuatu yang perlu dibahaskan. Namun UMNO tetap menerima hakikat bahawa perjuangan semua rakyat daripada pelbagai aliran dan fahaman sama ada nasionalis atau agama ke arah menyumbang kepada sentimen pembebasan dan kemerdekaan negara yang memuncak-muncak sehingga negara akhirnya merdeka pada tahun 1957. Suka atau tidak pihak yang menang itu mendapat kuasa yang turut diidam-idamkan oleh pihak yang kalah. Lebih zalim lagi jika mengatakan kerajaan yang telah terbentuk selama 52 tahun ini adalah warisan daripada penjajah kerana negara ini telah dibangunkan atas acuan kita sendiri.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, September 1, 2009

Pejuang Yang Menang Dan Yang Kalah (Siri 1)



Setelah negara mencapai kemerdekaan selama 52 tahun masih ada lagi pertikaian, siapakah pejuang sebenar yang membawa negara ini mencapai kemerdekaan. Bagi generasi muda yang lahir selepas merdeka tentunya akan timbul kekeliruan tentang sejarah kemerdekaan negara apabila masih ada yang mengatakan bahawa Umno Bukan Pejuang Kemerdekaan Sebenarnya . Setahu saya UMNO tidak pernah pun mengaku yang parti UMNO sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Malah Tunku Abdul Rahman pernah mengucapkan terima kasih kepada PKM semasa Rundingan Baling 1955 yang menyatakan penentangan bersenjata PKM boleh membantu mempercepatkan kemerdekaan di mana kesungguhan rakyat daripada pelbagai haluan dan ideologi telah memberi tekanan kepada pihak British.

Malah sehingga kini buku teks matapelajaran sejarah daripada tingkatan 2 hingga 6 bagi tajuk sejarah Malaysia sememangnya tidak menggenepikan, meminggirkan atau memadam fakta sejarah yang melibatkan perjuangan dan pencetus semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Cuma sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang dan tidak dapat dinafikan memang terdapat peristiwa-peristiwa penting yang dicerita lebih memihak kepada kerajaan yang merealisasikan kemerdekaan itu. Tentulah sukar untuk mencari penulisan yang ideal dan adil untuk semua pejuang tetapi ianya jauh lebih baik jika ia ditulis oleh bekas penjajah yang langsung tidak mengiktiraf mereka sebagai pejuang malah dilabelkan sebagai penderhaka, pengkhianat dan pengganas.

Pihak kerajaan yang ada masih lagi membuka ruang dan peluang untuk rakyat mencungkil dan menyelongkar peristiwa-peristiwa atau tokoh-tokoh yang terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Buku-buku masih banyak ditulis tentang sejarah negara malah bekas-bekas ahli PKM masih boleh membina blog masing-masing yang masih jelas penulisnya teguh dengan prinsip perjuangan mereka. Baca di sini dan di sini. Walaupun PKM sudah meletakkan senjata dalam Perjanjian Damai di Hadyaai pada tahun 1989 tetapi ideologi komunisme dan sosialisme masih hidup subur di kalangan pendokong-pendokongnya. Masih banyak ruang bacaan untuk rakyat membuat penilaian dan hipotisis sendiri tentang latar belakang sejarah perjuangan kemerdekaan dan kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.

Sejak saya di alam persekolahan lagi, semangat saya tidak pernah padam untuk mengiktiraf pejuang-pejuang dan pencetus semangat nasionalisme khususnya kebangkitan penentangan berdarah oleh Datuk Maharaja Lela dan Tok Sagor di Perak, Tok Janggut di Pasir Puteh, Mat Kilau dan Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Naning, Abd.Rahman Limbong di Telemong, Rosli Dhobi di Sarawak dan lain-lain. Kesemua mereka adalah pencetus kepada kebangkitan semangat kebangsaan untuk membebaskan negara ini daripada penjajah. Hampir kesemuanya berjuang hingga ketitisan darah terakhir. Kesemua tokoh-tokoh ini dicap sebagai pengganas dan penderhaka oleh British tetapi apabila sejarah negara di tulis semula kesemua mereka adalah pejuang-pejuang.

Walaupun penentangan yang dilakukan tidak memperoleh apa-apa kemenangan tetapi perjuangan inilah yang telah menyubur dan memercikkan api nasionalisme. Gerakan nasionalisme seperti ini bertunjangkan misi pembentukan negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir sistem pemerintahan negara sendiri dengan acuan kepimpinan sendiri.

Langkah paling berkesan dalam menyemarakkan idea nasionalisme kemerdekaan diperhebatkan melalui sebaran media massa. Pada masa itu, mata pena amat tajam daripada muncung senapang. Justeru itu, kita tidak boleh mengkesampingkan peranan Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Abdul Kadir Adabi, dan Abdul Rahim Kajai serta ramai tokoh lagi. Terdapat tiga golongan yang menjadikan mata pena sebagai senjata menyemarakkan nasionalisme.

Pertama, golongan agama lepasa Al Azhar, Mesir dan Timur Tengah yang lebih dikenali sebagai Gerakan Islah.

Kedua, golongan sekular berpendidikan Inggeris.

Ketiga, golongan sekular berpendidikan Melayu.

Mereka mengeksploitasi keilmuan melalui penerbitan akhbar menentang British secara kreatif tanpa dihidu oleh British pada peringkat awalnya. Akhbar seperti al-Imam, Utusan Melayu (satu-satunya akhbar yang masih kekal sehingga kini), Seruan al-Azhar, Lembaga Melayu, Neracha, al-Ikhwan dan Lidah Benar (sekadar menyebut beberapa nama) adalah tempat para penulis berkarya menanamkan idea nasionalisme.Baca di sini untuk bacaan selanjutnya.

Saya tidak berasa tertipu dengan sejarah negara ini kerana saya mengenali semua nama-nama pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh yang memberi sumbangan kepada kemerdekaan negara. Tidak ada yang tersorok dan tersembunyi kecuali jika saya ingat mendapat maklumat tambahan maka saya akan mencari buku-buku yang berkaitan dan melayari internet untuk menambah pengetahuan peribadi. Sebagai seorang pembaca, maka sewajarnya kita meletakkan diri kita di zaman tersebut sekurang-kurangnya kita berlaku adil untuk kita memahamkan sesuatu peristiwa serta kesan-kesannya.

bersambung...........

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.segalanyamungkin.blogspot.com