Sunday, September 27, 2009

Duit Haram, Sembahyang Tak Sah: Kesian Berahim


Nik Aziz terus mendesak Ibrahim Ali meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, kerana tindak-tanduknya didakwa menaikkan kemarahan penyokong parti itu selepas menang kerusi berkenaan atas lambang Pas pada pilihan raya umum lalu. “Dia (bertanding di Pasir Mas) dengan bendera Pas, bila (penyokong Pas) Pasir Mas minta undur, dia kena berundur, DUIT YANG DIA MAKAN ITU TAK BETUL, SEMBAHYANG TUHAN TAK TERIMA. Maksudnya sama dengan Berahim MAKAN DUIT HARAM, SEMBAHYANG PUN TAK SAH.

Bukan main sedap lagi pakar hukum ini menjatuhkan hukum. Menghukum memang senang. Tapi betul kah selama ini Berahim makan duit haram dan sembahyangnya tidak diterima semata-mata kerana Berahim tidak lagi selari dengan Nik Aziz? Berahim bukan bertanding atas calon PAS tetapi menumpang lambang/bendera PAS. Berahim bukan ahli PAS pun. Nik Aziz bukan tidak kenal dan tidak masak dengan perangai Berahim. Berahim juga ahli politik tentu dia pun selincah dan selicik Nik Aziz jugak.

Orang politik ini ibarat pokok-pokok kayu di dalam hutan juga. Siapa yang hendak menjadi batang kayu yang lurus dan tegak dan siapa pulak yang hendak menjadi batang kayu yang bengkok sedikit atau batang kayu yang bengkang bengkok. Kalau orang politik termasuk Nik Aziz yang menjadi batang kayu yang lurus dan tegak, sudah lama Nik Aziz kena cantas dan ditebang untuk dijadikan kayu balak. Yang bengkok sedikit tu akan ditebang juga tetapi lebih lambat sedikit setelah kayu-kayu yang lurus itu habis ditebang.

Bukankah politik itu satu seni dan berkemahiran tinggi. Bagaimana Berahim bukan ahli PAS dan bertanding atas lambang PAS boleh menang? Bukankah PAS waktu itu menerima, kasihan dan simpati dengan Berahim sehingga memberi peluang Berahim bertanding di Pasir Mas? Nik Aziz pun faham orang politik ini wajib bijak, cerdik dan berani, jikalau tidak jangan buat rumah di tepi pantai. Nik Aziz marah kepada Berahim kerana Berahim lebih cerdik sedikit daripadanya. Nik Aziz rasa tertipu dengan kelicikan Berahim.

Kalau ye pun marah kepada Berahim, janganlah sampai menghukum Berahim makan dari hasil yang tidak betul dan sembahyangnya tidak diterima tuhan. Mana Nik Aziz tahu, sembahyang Berahim tidak diterima tuhan?

Macamana pulak dengan kes yang dicerita oleh sahabat saya Penghuni Gua.

1. Yang haramnya bila buat tuntutan bil hotel yang tidak pernah diduduki. Sehingga mencecah beribu ringgit tiap bulan. Lihat sahaja kes bekas ADUN Jeli Apandi Ali dan seorang lagi ADUN PAS yang membuat tuntutan palsu menginap di hotel Perdana beberapa tahun dulu, dan telah dituduh di mahkamah .

2. Dalam sidang DUN Kelantan pada 1989 dahulu : di mana di dalam satu sesi soal jawab seorang ADUN PAS menuduh ADUN UMNO rasuah dan makan duit haram. Senang sahaja Allahyarhan Mohamed Yaakob MB Kelantan pada masa itu menjawabnya. Jawab Mohamed ialah PAS perlu lihat diri sendiri. PAS lebih makan duit haram terutama ADUN-ADUNnya semasa tiap-tiap kali datang sidang DUN Kelantan. Datangnya sebuah kereta 4 orang tetapi bila menuntut , tuntut elaun kenderaan seorang-seorang. Seolah datang dengan kereta sendiri. klik di sini

Kata seorang sahabat lagi bernama Juragan Malawati berkata :

Kenyataan Pok Nik ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Adalah lebih baik Pok Nik menasihatkan ahli-ahli PAS yang masih lagi mencari rezeki dengan kerajaan supaya berhenti sahaja berkhidmat. Langkah itu perlu jika mahu amal soleh mereka diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil pekerjaan tersebut adalah ‘tidak betul.’ ( berniat tidak baik kepada majikan ).

Kalau orang Melayu kata mereka kena berhenti, maka berhentilah. Duit yang mereka makan tu tak betul, mereka sembahyang Tuhan tak terima, mereka buat apa pun Tuhan tidak terima. Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau niat dihati tidak baik kepada majikan buat apa? Adalah lebih baik kepada ahli-ahli PAS yang masih lagi bekerja dengan kerajaan supaya meletakkan jawatan kerana ada rakyat lain yang tiada pekerjaan memerlukan jawatan tersebut bila ada kekosongan?

Kesimpulannya, Tak usahlah Nik Aziz nak sibuk-sibuk menyuruh Berahim letak jawatan. Nanti pilihanraya kecil lagi. Rakyat dah jelak dan muak dengan pilihanraya kecuali jika ada kematian wakil rakyat. Tunggulah pilihanraya ke 13, bukannya lama. Hari baik bulan baik ni, janganlah kata Berahim makan duit haram, sembahyang tak sah dan tak diterima tuhan. Awak tu ulamak besor.
Klik di sini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

5 comments:

Orang tua said...

Salam Aidil Fitri Bro,

Caya la...... memang betul apa yg tuan kata. Banyak kakitangan kerajaan Barisan Nasional yang menyokong Pembangkang, tapi masih berkerja dengan kerajaan BN. Halal ke duit tu????? Sah ke Solat mereka??? Tok Ajis kena JAWAB ni. Fatwakan la..... Pesara pun banyak juga yang cam tu. Celik mata dapat duit pencen sampai padam. Kalau padam bini yang dapat duit pencen tu. Kira sampai mati makan duit HARAM agaknya, kerana tak sokong BN. Samalah kes dengan Tok Berahim.......

Jadi kepada Tok Ajis ....... LU FIKIR LA SENDIRI....

Jeffry said...

SLM BRO...PAK AJIS DH NYANYUK DAH. X BLH BUAT KEJE BERAT2 LG. X BLH CKP BYK2 LG. X BLH NAK MARAH2 LG. TAKUT NANTI MATI X SEMPAT NGUCAP..OPSS LUPE DIA YG CIPTA SYURGA DAAA HEHEHEH

zedmagel said...

Salam Aidilfitri Bro Amir,

Hari baik bulan baik, sama-sama kita bermaafan saudaraku.

Salam maaf buat semua yang telah saya kutuk dan kata, pada semua lah rakan-rakan blogger dan tokoh-tokoh politik kerajaan dan pembangkang semua.

Apa nak buat, kita semua manusaia yang punya banyak kelemahan. Bro macamana?

Neutral Daily said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Orang tua

Yang ni Nik Aziz kena jawab. Jangan double standard.
Kakitangan kerajaan yang menyokong PAS kena akur dengan nasihat Tok Guru tu. Haram duit gaji tu, sembahyang tak sah beb.
Yang pencen pun tak sedor diri juga. Kalau tak de duit pencen tak dapat nak menyimpan g umrah tiap2 tahun. Macamana umrah kita jika pergi dengan duit haram. Sembahyang kat masjidilharam dan masjid Nabawi tu macam mana pulak? Diterima Allah tak kerana pergi dengan duit haram. huhuhu

Salam Jeffry,
Kalau dah nyanyuk tu berhenti je la. Pergi menembak tupai kat kebun belakang rumah dia di Pulau Melaka tu lagi baik. Kita pun tak banyak dosa mengata si tua bangka ni. Dulu kutuk Mahathir......

Salam bro zedmagel,
Hehehe.....kalau tak mengutuk dan mengata dalam blog politik begini mana datang meriahnya bro. Bukan nak mengata ulamak tetapi bila dah masuk gelanggang politik terima aje la segala macam peluru.....huhuhu

Salam Neutral Daily,

Terima kasih.