Wednesday, September 16, 2009

Aidil Fitri Hari Kemenangan- Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat dan pengunjung blog 'Segalanya Mungkin'. Terima kasih kerana sentiasa mengunjungi blog yang tidak seberapa ini disamping membaca pendapat dan buah fikiran dari insan kerdil seperti saya.

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w. pergi ke tempat solat pada hari raya Idul Fitri dan hari raya Idul Adha. Mula-mula beliau solat hari raya. Sesudah solat beliau menghadap kepada orang ramai dan mereka masih duduk dalam saf masing-masing. Nabi berkhutbah memberikan pengajaran dan pimpinan, serta memberikan perintah-perintah kepada mereka. Jika Nabi hendak mengirim pasukan tentara, maka dibentuknya lah ketika itu, dan kalau Nabi hendak memberikan perintah, diperintahkannya lah ketika itu. Sesudah itu barulah baginda pergi.”
[HR Bukhari]

Alhamdulillah kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, fasa yang Allah SWT janjikan pelepasan api neraka kepada mereka yang beriman. Selepas itu kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Maka apabila kita menyambut hari yang kemenangan ini kita akan bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Apa yang diamalkan oleh kita pada hari ini, inilah juga yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w kepada kita. Kemeriahan hari raya bukan hanya terletak kepada kemeriahan menziarahi antara satu sama lain. Tetapi Islam mengangkat kemuliaan hari ini dengan kita mendapat suatu santapan rohani sebagai satu peringatan dan kemenangan di hari ini. Inilah konsep hari kemenangan yang ingin diterapkan oleh Rasulullah s.a.w. Aidilfitri yang menjadi lambang kemenangan kepada orang-orang yang berpuasa bukan hanya diisi dengan aneka juadah hari raya, bukan juga dihiasi dengan pelbagai hiasan hari raya tanpa kita mendapat momentum rohani sebagai panduan untuk kita menyambut kemeriahan ini dengan rasa syukur kepada Allah SWT.

Rasulullah juga mengajarkan kita dua perkara yang amat penting pada hari mulia ini, iaitu menghubungkan silaturahim dan bersedekah. Mudah-mudahan Aidilfitri ini tidak akan melupakan kita pada mereka yang kurang upaya dan kurang mampu untuk menyambut hari raya. Jalinkahlah silaturahim dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai mudah-mudahan pertemuan di hari ini akan lebih akrab kerana masing-masing sudah tentu akan menghulurkan kemaafan di atas segala salah dan silap.

Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan dari sahabat-sahabat dan para pengunjung sekelian di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku. Maaf zahir dan batin. Saya bersyukur kerana diberikan ruang ini untuk sama-sama kita bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta memerdekakan minda kita daripada pandangan politik sempit. Kepada otai-otai BP tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada kalian semua. Lepas Marhaban nanti boleh la kita kunjung mengunjungi. Tidak ketinggalan rakan-rakan di Kelab Chedet, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan follower-follower yang dikasihi sekelian. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga di Batu Pahat.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

14 comments:

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BROO..

HALIM said...

Selamat Hari Raya aidilfitri..maaf zahir dan batin...raikan lah hari kemenangan....buat semua muslim dan muslimah

afrohead said...

selamat hari raya encik amir hamzah.
maaf zahir batin ya!
:)

Arif Omar said...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

cekodokmasin said...

سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين

zedmagel said...

SALAM LEBARAN SAHABATKU AMIRHAMZAH64,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF DZAHIR DAN BATHIN, SEMOGA BRO SEMPENA RAYA NI JANGAN LE KUTA MENGENAKAN KAWAN-KAWAN. DOSA LEPAS PUN TAK BERAMPUN DAH TAMBAH DOSA BARU.

eiza in the house.. said...

Salam bro amir,
selamat hari raya dan maaf dipinta..klu byk lagi belen2 duit lum prebis meh bg eiza tolog abiskan..hehe

zedmagel said...

SALAM LEBARAN BRO AMIR,

MAAF ZAHIR DAN BATHIN, DOSA TUAN PADA SAYA MEMANG LE DAH BANYAK.

SUNGGUH KURANG SOPAN BRO MELETAKAN NAMA GELEMER KAMPUNG SESIAPAPUN DALAM BLOG.

NANTI AKAN ADA KEJADIAN AMUK TOK NADING...HE HE HE..

lenz said...

minal aidzin wal faizin...mohon maaf lahir dan bathin

Lambo said...

Salam Aidilfitri;

Sempena hari mulia, salam dihulur mohon kemaafan semoga bertambah erat silaturahim sesama kita.

Dalam kegembiraan menyambut hari bahagia, tidaklah boleh dilupakan pada yang tiada upaya. Tunaikanlah kewajipan agar kemeriahan dapat dinikmati bersama.

"SELAMAT HARI RAYA ~ MAAF ZAHIR & BATIN"

hilbert said...

Salam Aidil Fitri saudara,

Selamat Menyambut 1 Syawal dan Selamat Hari Raya Puasa... Maaf Zahir & Batin.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Aidil Fitri dan Terima Kasih kepada semua pembaca khususnya :
Jeffry , Halim, anas afrohead, Arif Omar, cekodokmasin, zedmagel, eiza in the house, lenz, G SendUk dan Hilbert.

KUNTONG said...

selamat hariraya maaf zahir dn batin, minta halalkan apa yang termakan dan terminum, termengumpat dn lain. mohon 0-0.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam pakcik KUNTONG

Selamat Hari Raya juga dan maaf zahir dan Bathin.....