Tuesday, September 22, 2009

Kemarahan Rakyat Perak ?





Pakatan Rakyat mengambil kesimpulan mudah dengan mengatakan sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati sebagai tanda kemarahan rakyat Perak keseluruhannya. Benarkah begitu?. Ianya memang benar sebagai tanda kemarahan tetapi rasanya bukanlah kemarahan bagi rakyat Perak keseluruhannya. Jawapan yang paling tepat adalah kemarahan dan cemburu para penyokong pakatan rakyat terhadap kerajaan yang cerdik mengambil alih kuasa daripada kerajaan yang terdahulu.

Sejumlah besar rakyat negeri ini digambarkan seolah-olah sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN. Kedatangan Ramadhan dan kemudiannya disusuli dengan kedatangan Syawal masih belum boleh mengubati 'penyakit hati' penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat yang berasa mereka benar-benar tertipu dengan sepak terajang politik masa kini.

Mereka sebenarnya terlupa bahawa pada masa itu, mereka sangat ghairah dengan tarikh 16 September apabila mereka dihidang dan dihamparkan dengan janji 'rampasan kuasa' Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya. Ketika mereka lalai dan seronok untuk membodoh-bodohkan sebahagian rakyat yang diwakili oleh 30 kawasan Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan sudah siap siaga untuk melompat, mereka pula terlupa menjaga ahli sendiri. Bukan sahaja mereka 'ditipu' oleh Anwar dengan cerita dongengnya tetapi terlepas pula sebuah negeri. Darah siapa yang tidak mendidih dan hati siapa yang tidak kecewa jika sudah jatuh ditimpa tangga, batang hidung terkena taik ayam pula.

Jangan salahkan Zamri ataupun Najib, Mengapakah tidak salahkan Anwar kerana semua 'sandiwara' dan 'drama' yang berlaku itu berpunca daripada Anwar sendiri. Siapakah yang memulakan 'taktik melompat' itu ? Silapnya Anwar ialah beliau terlebih sudu daripada kuah. Perkara yang belum pasti sudah diheboh-hebohkan seantero dunia. Kalau dibuat secara senyap-senyap dan sulit berkemungkinan Perak tidak jatuh kepada BN dan Pakatan Rakyat terus meneraju Perak hingga ke hari ini. Kemungkinan juga jikalau gagal pun 'projek 16 September' itu tidak lah malu sangat kepada rakyat sehingga menjadi bahan sindiran dan lawak jenaka pula.

Jelas sekali, Anwar seorang yang gopoh dan terburu-buru. Tidak sabar seperti mana tidak sabarnya dia yang cuba 'merampas kuasa' daripada Tun Mahathir sebelum beliau dipecat pada tahun 1998. Kes yang sama juga telah dilaluinya semasa menyusun gerakan untuk menjatuhkan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 1999. Kegopohan dan kekecohannya menyusun rangkaian politiknya mudah dihidu oleh Tun Mahathir. Ketidaksabarannya dalam politik menyebabkan Tun mengambil tindakan terhadapnya kerana bukan saja tidak sabar tetapi beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri atas sebab-sebab yang semua orang sudah sedia maklum.

Kalau begitu, mengapa Zambri yang menjadi mangsa? Diberitakan kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah telah disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan. Nasib yang sama turut dirasa oleh Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya turut diconteng. Kerja conteng-menconteng ini ialah kerja budak-budak yang tidak dapat melepaskan perasaan, sama maksudnya apabila ada budak-budak yang melakukan kesalahan vandalisme dengan menconteng tembok-tembok bangunan.

Kalau benarlah ianya diconteng oleh orang dewasa tambahan lagi berkopiah putih dan berjanggut tentunya agak pelik. Penyakit mereka ini samalah seperti penyakit budak-budak yang menconteng dinding bangunan di mana mereka ini tertekan dan mempunyai masalah untuk melepaskan perasaan dengan saluran yang betul. Tindakan ini bukan tindakan yang bijak dan cerdik. Jikalau mereka cerdik tentulah mereka akan menunggu dengan sabar Pilihanraya ke 13 yang akan menjelang 2 tahun sahaja daripada sekarang. Ini lah tempatnya yang paling betul dan sesuai untuk melepaskan perasaan marah mereka. Macamana pengikut hendak bersabar, sedangkan pemimpin sendiri pun gelojoh dan kemaruk sangat hendak berkuasa?

Setidak-tidaknya penyokong Pakatan Rakyat bolehlah menurut nasihat mantan Menteri Besar Nizar Jamaluddin,yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang meminta rakyat Perak mengambil iktibar daripada kedatangan Syawal ini bagi membuat persediaan untuk seluruh rakyat di Perak melakukan perubahan besar-besaran sekiranya pilihan raya negeri dibuat pada masa yang terdekat. .

Sekali lagi saya menolak kenyataan bahawa menconteng poster MB Perak dan poster pemimpin negeri yang lain sebagai mewakili kemarahan keseluruhan rakyat Perak tetapi ianya dilakukan oleh beberapa kelompok yang diupah atau atas kerelaan sendiri kerana perangai manusia seumpama ini ada di mana-mana. Klik disini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

mack said...

PERAK PUNYA HAL SAMPAI KEJOHOR YA. SAYA HARAP AWAK JAGA SAHAJALAH JOHOR TAKUT2 RAKYAT JOHOR MARAH KAT UMNO NANTI KENA BUANG KAT LONGKANG. HAMPEH BETUL KAMU

Orang perak said...

betul kate kamu tu, saya sebagai salah seorang rakyat perak tak pernah pun memarahkan Ds Zambry atau kerajaan BN malah sy bersyukur kerana kerajaan BN dapat mengambil alih semula negeri perak ini dari tangan pakatan rakyat. org luar takkan faham ape yg org perak lalui semasa perak didalam tangan pakatan rakyat dan selepas BN ambil alih. mereka hanya tahu berita2 tentang perak melalui media2 saje. jadi saya menolak sekeras2nya bahawa semua rakyat perak masih marahkan kerajaan BN skrg ni dan itu cume dakwaan dari pakatan rakyat yang 'syok sendiri' dan tak habis2 nak menyusahkan kami rakyat perak ini. bak kate org2 perak, "udoh2 le tu yeop oii".

Kak Midah said...

Majlis Rumah Terbuka


Assalamualaikum WTB dan Salam Sejahtera,


kesempatan ini Kak Midah dengan penuh rendah hatinya ingin menjemput


ke Majlis Rumah Terbuka yang akan di adakan seperti berikut :



Tarikh : 27 Sept 2009 (Ahad)


Masa : 11.00 pagi -4.00 petang


Tempat : Kediaman Saya


Lot 70431 Kg tersusun,


Jln Gopeng,


31000 Batu Gajah


dipersilakan semua untuk hadir


kekediaman Kak Midah bersama keluarga.


Kak Midah


Ipoh




p/s: Kak Midah menjemput semua 'followers' Kak Midah diruangan ini agar kita dapat bertemu dan beramah mesra pada hari tersebut. sampai jumpa nanti ya.

anas afrohead said...

kemarahan rakyat perak?
hehehe tak tepat langsung tu..

saya rakyat perak.. negeri kami ini aman damai sebenarnya..
kami keluar bekerja, bersosial, semua seperti biasa..
yang menampakkan huru hara ini semua rasanya encik amir sendiri pun tahu angkara pihak mana.. kan? hehe
kononnya nak menunjukkan yang rakyat perak bersama mereka. yang mereka ini pilihan rakyat. hehehe

macam budak2..

kes poster dan kain rentang ini pun, semua orang tahu angkara siapa.. masing2 boleh fikir.. hehe

sekali lagi saya kata, kami rakyat perak aman damai seperti biasa.. tak tahulah si 'mack' ni duduk ceruk mana kalau dia rasa tak aman.. hahahaha

p/s: selamat hari raya encik amir hamzah. maaf zahir batin :)

Jeffry said...

SLM BRO..MMG ORG YG BUAT PERANGAI MCM TU JENIS ORG YG TERDESAK SGT TU BROO. NAK2 BILE DS ZAMBRY BUAT KEJE BERSUNGGUH2. PASTI RAMAI PENGIKUT2 SONGSANG YG JELES KAT DS ZAMBRY HEHEHE..

DS ZAMBRY DH MEMBUKTIKAN BAHWA BN BKN SEKADAR OMONG2 KOSONG. BILA RAKYAT DH MULA CELIK MATA DAN SEDAR, PAKATAN DAH MULE KELAM KELIBUT. TU YG STAT MAIN LEMPOR2 CAT TU KEHKEHKEH

SLMT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR & BATIN BROO!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam mack,

Jangan lupa Perak dalam Malaysia. Apa hak ko untuk menghalang aku menulis tentang Perak. Kepala hotak ko tu yang hampeh........Budak berhingus....huhuhu

Salam Orang perak,

Terima kasih. Teman yang jauh ni pun udah terasa. Bukan semua rakyat Perak biol macam mamat di ateh tu. Teman pun sama nak cakap, "udoh2 le tu yeop oii"

Salam YB kak Midah,

Terima kasih aje le. jauh bebenor......

Salam anas afrohead,

Tau dah siapa empunya angkara. Harakah daily saja nak gembar gemburkan cerita bior jadi sensasi. Udah memang perange dema......Selamat hari Raya juga buat anas sekeluarga.

Salam bro Jeffry

Itulah perangai bebudak tak cukup akal. Tak dapat orang, poster pun jadilah.....huhuhu...Selamat hari Raya untuk bro sekeluarga.

Arif Omar said...

askum bos. saya berada di kl. baru pagi tadi berlepas ke kl kerana 30 sep ini ada exam akhir pengajian masters saya di ukm. rumah saya di no 17 jalan 7 taman jati bt berendam melaka. betul-betul belakang balai polis batu berendam. jumaat depan atau 1 hb okt baru ada rumah sehingga ahad. begitulah tiap minggu cuma balik rumah hanya hari jumaat petang dan balik semula hari ahad petang. email pun tak dapat. line internet tak ada hari ini dari kl ke johor. ini baru terima. tapi nak email tak boleh. mungkin alamat email tu salah kot. kita jumpa lain kali.

Arif Omar said...

mereka ahli surga , tak salah. semua yang dibuat tak salah. ahli syurga katakan. sebenarnya mereka menconteng wajah mereka sendiri

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,

Kerja conteng menconteng ni adalah tabiat budak-budak nakal yang dah tak ada keja nak buat. hehehe

Insyallah bro, lain kali boleh jumpa. Batu Pahat-Melaka bukannya jauh sangat.

Tok Jerai said...

Sungguh tak disangka rupa2nya diPerak ada lagi manusia yang tak Bertamadun, jenih ni agak jenih makan ikan mantah nih!!!

Cubalah buat kerja yang berfaedah sikit, cubalah hidup sebagai seorang manusia yang berakal, Apa!!ingat megah sangat ke bila hempa buat kerja macam tu? dasar kutu berhagk, tak sekolah.

Malaih nak cakap banyak2 dengan jenis orang tak reti, payah2 sangat suruh depa buat, buatlah, lantakle nak heran kesapa, awak orang menang pulaktu dah dijamin masuk shurga..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Tok Jerai,

Di mana-mana ada orang yang bertabiat macam ni. Bodoh tak boleh ditegur, bangang tak boleh diajor. hehehe

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Eleh bro mack tu mengacah je. Perak tu semakin baik dan sejahtera di bawah kepimpinan Dr Zambery.

Depa tu lebih duit, sebab tu selepas mengecat rumah masing-masing gambar depa mengecat gambar-gambar pemimpin pulak.

Nampak sangat orang perak ni kurang kerja. Orang Johor cat rumah sendiri pun tak abis, tak nak menconteng cat kat muka pemimpin pulak?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Banyak-banyak kerja, kerja membaling cat yang dipilih. Kerja tanpa gaji pun masih ramai yang nak buat.