Tuesday, September 15, 2009
16 September : Anwar Kena Kencing !
Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tarikh ini adalah tarikh penubuhan Malaysia iaitu tanggal 16 September 1963. Pada tarikh ini, Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, kemudian bersama Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 tetapi disiytihar secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
Penubuhan Malaysia menerima tentangan hebat daripada Indonesia di bawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Sekarang ini pun, sebahagian kecil rakyat Indonesia masih lagi berkonsfrantasi dengan Malaysia apabila mereka memanggil Malaysia sebagai 'Malingsia'
Tarikh 16 September 1963 jarang disebut rakyat berbanding tarikh 31 Ogos 1957. Namun begitu, tidak menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang hendak menyambut Hari Malaysia ini seperti mana yang dilakukan oleh Parti Gerakan. Majlis yang pertama kali dianjurkan seumpama itu diadakan di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang juga presiden Gerakan. Klik di sini.
Ada yang bependapat bahawa tarikh kemerdekaan sebenar bagi satu Malaysia sepatutnya disambut pada 16 September setiap tahun sedangkan 31 Ogos 1957 itu hanyalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu setakat ini, tarikh 31 Ogos setiap tahun masih kekal sebagai sambutan rasmi bagi kemerdekaan negara. Bagi Anwar Ibrahim, 16 September bukan sahaja untuk memperingati Penubuhan Malaysia tetapi juga sebagai tarikh keramat untuk membawa beliau ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan baru melalui jalan belakang.
Pada asalnya tarikh yang ditetapkan ialah tepat pada 16 September 2008. Hari ini genap setahun Anwar 'dikencing' oleh ahli-ahli Parlimen yang berjanji mahu melompat parti ke Pakatan Rakyat atau setidak-tidaknya kerajaan yang ada akan ditumbangkan melalui undi tidak percaya di Parlimen. Sepandai-pandai dan selicik-licik Anwar pun kena kencing juga oleh sekurang-kurangnya 30 orang ahli parlimen tersebut termasuk daripada Sabah dan Serawak.
Seingat saya, walaupun penyokong-penyokong tegar PKR mati-mati percaya akan berlaku peralihan kuasa pada 16 September tetapi rakan-rakan beliau terutama dari PAS sendiri awal-awal lagi tidak yakin cita-cita Anwar itu akan kesampaian. Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali mungkin tersenyum sendirian sambil terbayang wajah selamba Anwar mengenangkan apa yang pernah dikatanya mengenai gempak 16 September itu tepat sekali. Mustapha Ali antara yang paling tegas menolak auta Anwar.
Apa yang pelik ialah walau apa pun yang dilakukan oleh Anwar ianya tetap dipercayai oleh penyokong-penyokong tegarnya. Bila cerita kes liwat, dia akan kata, ini satu konspirasi menjatuhkannya. Jika cerita kegagalan misi 16 September 2008, dia akan menutup kekecewaannya dengan mendakwa wakil-wakil rakyat yang dikatakan sudah bersedia menyertai pembangkang diugut supaya tidak menyertai pembangkang. Logik atau tidak jawapannya, kukuh atau longgar hujahnya, penyokong-penyokongnya tetap percaya. Dalam hal ini, Anwar berjaya menjadikan penyokongnya begitu totok kepadanya.
Dalam hal ini , Anwar dikencing oleh ahli-ahli Parlimen BN yang berjanji dengannya tetapi dilarikan ke Taiwan. Pusingan kedua, Anwar pula yang mengencing penyokong-penyokongnya yang sampai hari ini masih yakin dan percaya akan berlaku perubahan kuasa di Putrajaya. Dulu benci sangat dengan Putrajaya, sekarang berebut pulak nak ke Putrajaya. Jangan kata Putrajaya dapat di tawan, Perak yang dalam genggaman pula yang terlepas. Kasihan......Ini lah kesan trajis berkaitan 16 September.
Apa pun, kalau ditanya penyokong PKR berkaitan isu 16 September. Dengan secepat kilat mereka akan menjawab, percaya! percaya!percaya!. 16 September akan dinanti tetapi tahunnya belum pasti...
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
SLM BRO...JGN LUPE MINTAK NIZAR LEMBU TU PASANG LILIN ATAS KEPALE BIOR SAMPAI TERBAKOR!! KEHKEHKEH
dia yang terkencing dalam seluar. itu pun penykongnya melelah air lior bila dengar dsai janji 16 sep akan menjadi. terutama shamsul amk tu. melelah macam air lior lembu yang dia hantar ke bpr dulu. mahfuz pun dulu cakap nak jual putra jaya atau nak pajak. katanya projek gajah puteh. sekarang ini terlior semuanya melihat keindahan putra jaya. dulu lebuh raya gajah puteh, jambatan pulau pinang gajah puteh, proton gajah puteh, klia gajah puteh, klcc gajah puteh. sekarang ini kahak pun mereka telan balik.
Payah sangat nak pi Petera Jaya cari tarikh baru lak .
.
.
.
. .
. .
.
. .
. .
pulang balik ke .
. .
.
.
.
SUNGAI BULUH.
kEH KeH kEh keh KEH.
SALAM BRO AMIR,
16 September, 2008 - SIAPA YANG MENGENCING SIAPA?
Sangat menarik isu yang ditimbulkan.
Bung Anwar ingat nak kencing Pak Lah tetapi dia dikencingi oleh rakan-rakan sekutunya yang pergi ke Taiwan/China kerana nak melancung sakan. Bukan nak dapat 30 orang, malah dah dekat 6 orang wakil rakyat pembangkang yang sudh mengencingi Ketua Parti Pembangkang ini.
Saya takut beliau kena kencing tak toss jek..
Salam bro Jeffry,
Hehehe.....elok la tu. Sorang pasang lilin...sorang kena kencing.Sorang juruletih sorang pemain dungu. huhuhu
Salam bro Arif Omar,
Betul bro. Semua cakap-cakap dulu kena jilat balik sekarang. Semuanya gajah puteh.....huhuhu. Mereka semua tu tak tau malu.
Salam pak cik Che Leh Jangguk,
Saya sokong, situlah satu- satunya tempat yang sesuai untuk brother kita ni. Kalau dia mati, dirikan 'makam pahlawan' di tepi penjara sg.Buluh tu....huhuhu
Salam bro zedmagel,
Hancing bro......tapi hancing2 dia ramai lagi yang mendampinginya. Orang ni pulak akan dikencing oleh bosnya itu. Jadi mereka akan main kencing-kencing sesuai dengan nama parti mereka. PKR(Parti Kencing Rakyat) huhuhuhu
Post a Comment