Tuesday, September 8, 2009

Isa Samad Bukan Yang Terbaik.



Ini lah pertama kali dalam mana-mana PRK saya meletakkan 50-50 kepada BN untuk menang kerusi di Bagan Pinang ,itu pun dengan beberapa syarat. Sebelum ini di mana-mana PRK sejak PRK Permatang Pauh hinggalah yang terkini Permatang Pasir, saya siang-siang telah mengumumkan Pakatan Rakyat akan menang walaupun pilihanraya belum berlangsung.

Di Bagan Pinang dalam pilihan raya umum lepas, BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi. Berikut adalah keputusan penuh PRU ke 12 bagi N31 BAGAN PINANG

Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%
1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)
Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384
Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Saya sangat menyanjung sikap Isa Samad yang berkata beliau perlu mendapatkan pandangan semua pihak berhubung cadangan memilihnya sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. "Saya tidak dapat menjawab. Kena bincang dulu, tengok keadaan dan pandangan sayap-sayap, akar umbi dan mungkin ada calon-calon lain."Kemudian rumus untuk dapatkan keputusan,"

Berdasarkan kenyataan beliau ini, nampaknya pemimpin veteran penuh pengalaman ini tidak mudah terpesona dengan sokongan yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Teluk Kemang, Mohd Faizal Ramli dan Ahli Jawatankuasa Bahagian tersebut Kamil Abdul Aziz yang dilaporkan berkata pemimpin Umno di Teluk Kemang menyokong penuh supaya bekas Naib Presiden Umno itu menjadi calon di Bagan Pinang.

Walaupun Bagan Pinang itu adalah kampung halaman Isa tetapi pengundi yang berjumlah 14 192 orang itu bukan lagi pengundi yang pernah dikenali sebelum ini. Kemerosotan majoriti undi dalam PRU ke 12 berbanding dengan keputusan PRU ke 11 sudah cukup untuk menunjukkan penurunan yang ketara. Undi pos sekarang ini pun bukan sesuatu yang pasti berpihak kepada BN lagi. Momentum pilihanraya kecil sejak PRK Permatang Pauh sehingga PRK Permatang Pasir perlu juga diambil kira.

Saya sangat meminati Isa bukan sahaja kerana kejayaannya mentadbir Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar tetapi cukup sedap halwa telinga apabila bekas guru ini memberi ucapan. Malah semasa bertanding Naib Presiden tahun lepas saya menyokong Isa supaya satu kerusi diberikan kepadanya. Namun dalam PRK Bagan Pinang yang agak getir ini, masa dan keadaan bukan lagi berpihak kepada Isa. Walaupun beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, saya berpendapat calon BN kali ini biarlah dari kalangan muka baru yang berpotensi diterima rakyat, berpendidikan, bersih dan belum ada rekod buruk di kalangan masyarakat setempat. Ianya tidak semestinya orang-orang yang memegang jawatan di dalam Bahagian tetapi cukup berbakat untuk di ketengahkan sebagai pemimpin baru dan pelapis.

Keadaan ini bagi mengelakkan agar ianya tidak memberi peluru berpandu kepada Pakatan rakyat. Dakwaan sebegini pasti akan berkumandang 'Tengok UMNO dah tak ada orang lain dah, terpaksa ambil orang lama dan orang kalah sebagai calonnya, bukankah ini bukti UMNO semakin nazak? Orang muda dah tak ada ke lagi dalam UMNO ni?. Itu belum lagi diungkit kisah-kisah silam Isa dalam UMNO khususnya politik wang. Silap-silap hari bulan, isteri muda Isa pun akan menjadi isu.



Bukan saya berkata melantik orang lain sebagai tak ada isu. Isu tetap ada dan pasti akan digunakan oleh Pakatan Rakyat. Saya cuma hendak dan berhajat untuk mengurangkan isu-isu itu supaya kita boleh menumpukan masa berkempen kepada penerangan misi dan visi bukannya mempertahankan isu yang sengaja kita berikan peluru kepada Pakatan Rakyat.

Seorang pemimpin UMNO Bahagian dari Sabah secara terbuka berkata pada rakannya apa salahnya Isa jadi calon walaupun beliau orang lama.“Bukankah Saleh Man,calon PAS yang menang di Permatang Pasir itu pernah enam kali kalah pilihanraya.Kalau PAS nanti main isu UMNO ketandusan pemimpin,kita boleh kata PAS sendiri pernah letak calon yang berulangkali recycle,”katanya. Jangan bandingkan Salleh dengan Isa dalam hal ini. Salleh menang kerana momentun rakyat sudah berubah menyokong Pakatan Rakyat. Permatang Pasir kubu PAS ditambah lagi dalam Parlimen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan 50-50 pemimpin UMNO Sabah ini tidak boleh memandang enteng isu rasuah Isa yang telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO walaupun Isa dikatakan dikambing hitam ,itu bukan jawapan kepada isu ini.

Walaupun Isa adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Ketua UMNO Cawangan Bagan Pinang dan anak jati di situ, apakah itu sahaja jaminan yang boleh kita pertaruhkan selain jasa beliau sebagai MB kepada 14 000 pengundi di Bagan Pinang? Tindakan untuk membawa Isa 'come back' di PRK ini agak sudah terlambat. Cari lah calon lain dan beri peluang kepada pemimpin muda dan pelapis untuk di ketengahkan. Negeri Sembilan tidak ketandusan pemimpin dan jangan takut untuk membuat perubahan.

Saya terpaksa berkata yang benar kerana kita sudah tersilap pilih keatas Rohaizat Othman di Permatang Pasir dan Wan Farid di Kuala Terengganu. Setelah gagal pertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil baru-baru ini,kalangan ahli UMNO berpendapat tidak boleh tidak Barisan Nasional mesti mempertahankan kerusi Bagan Pinang. 14000 pengundi bukan semua ahli UMNO, mungkin UMNO Bahagian Teluk Kemang menyokong pemilihan Isa tetapi bagaimana pula dengan kehendak sebahagian besar rakyat?. Pengundi tidak berparti dan pengundi atas pagar perlu juga diambil kira. Peti undi saluran 4 dan 5 lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian.

Kesimpulannya jika Isa Samad terpilih juga ianya bukan yang terbaik. Keputusan itu bukan keputusan yang melambangkan kehendak rakyat dan tuntutan perubahan oleh ahli-ahli UMNO akar umbi.

Amir Hamzah
Kuala Lumpur
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Terbaru : Isa Pemimpin Yang Ada Otak.

11 comments:

Anonymous said...

SLM BRO...KWN SEBELUM NI PUN KURANG BERSETUJU JIKA ISA DI CALONKAN SEMULA SBB TRACK REKOD DIA KURENG SKET..DS NAJIB PUN DH KATA BN DH BELAJAR DARI KESILAPAN PRK TERDAHULU. TP NMPKNYA MASIH ADE YG X BELAJAR LG. JGN SAMPAI PISANG BEBUAH 3, 4 KALI! ADOIYAIII

USD said...

Salam, spt sdra. saya jg sudh m'ulas isu ini d blog saya. Mungkin isa boleh menang dgn rekod cemerlang lalu, tambah lg kwsn kg sendiri.
namun, tetap x berbaloi dgn imej keseluruhan Umno yg pasti terus merudum dgn calon2 yg korup dsb. Tk

Local Fighter said...

Bro,
Rekod TS Isa ni tercalar dek oleh orang UMNO gak.

Sepanjang 20 tahun menjadi MB NS, tak banyak isu yang mencemarkan reputasinya kecuali kes JE kat Kg. Nipah dan Bukit Pelandok. Itu pun sebab kes kesihatan.

Sama le gak masa dlu lembu-lembu (bukan bernama Khalid) kat Kelantan kne HFMD (penyakit tangan,kaki dan mulut). Ada ke kita salahkan kerajaan PAS masa tu?

Saya asal Rembau, dlm DUN Paroi (satu-satunya kerusi PAS dlm NS) berpendapat Isa masih relevan kerana sokongan kuat orang2 PD.

Walaubagaimanapun, kalau TS Isa tidak bertanding pun adalah baik untuk melihat kewibawaannya dan taat setia yang utuh kepada keputusan pimpinan tertinggi..

Kalau pemimpin UMNO kat negeri lain yang dipecat,tarik jawatan menteri, dipulaukan mesti menyondol kat Anwar dan pembangkang. Tapi Isa..tetap setia. Inilah UMNO sejati, Bro.

Kalau orang kata dia rasuah,Anwar bekas banduan pun diterima orang kg dia. Sentimen kampung masih tinggi di N.Sembilan ni, bro.

zedmagel said...

السلام عليكم

Bro Amir Hamzah,

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada TS Isa Samad sebgai pengantin baru. Sungguh cantik isteri TS Isa dan sama padan dengan beliau. Tak elok jika TS membujang begitu lama.

Rasanya Tan Sri Isa bukan calonnya, kerana Datuk Kamariah Naib Ketua Wanita dilihat seperti calon yang sesuai. Apa salahnya muka baru, walaupun orang lama.

Tak rasa UMNO ketandusan calon berwibawa, jangan yang dah kalah 6 kali pun nak letak, jika menang orang kata, kalah lagiilah dicela.

Sebaiknya orang suka, dan boleh menang. Tu aje...

kelambuharimau said...

betullah tu bro..kitakan ramai lagi calon...cari yang bersih..tak payah nak pakai orang lama tu..

Cheguman said...

Salam,
Seorang sahabat beri cadangan, jika nak orang yg macam Isa Samad, ambil sahaja anak beliau sebagai calon. Denagn paduan kedua beranak tersebut, harapan untuk menang lebih mudah. Cuma kita risaukan yg 30% tu... cha ya nun alif...

Arif Omar said...

calun aje dari puteri. gulongan muda yang ramai jadi pengundi. juga dapat juga menarik mat-mat askar tu. bukan kecil anak pengundi pos di teluk kemang.

Unknown said...

salam, UMNO tak perlu ikut sistem hairaki parti....cari calon walau pun dikalangan oorang tempatan..kata mudah orang kampung pun ak apa janji dihormati, janji baik, janji dikenali.

UMNO cuba kali ini ketepikan calon yang pegang jawatan tinggi dalam UMNO..kita tengok apa kesannya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry,

Memang sukar untuk membuat pilihan dan keputusan. Mudah-mudahan pengalaman lepas dapat membantu membuat pilihan dan keputusan terbaik.

Salam ustazSAID,

Ustaz bercakap tentang imej. Adakah masih ada lagi nilai imej untuk dijadikan perbandingan dan membuat penilaian?

Salam Local Fighter,

Maafkan saya, mungkin tulisan ini membuatkan ramai yang tersinggung. Tulisan ini hanya pendapat peribadi. Saya akur dengan prestasi Isa jika dirujuk kepada kewibawaannya dan kesetiaannya kepada parti. Bekas guru ini memang banyak meninggalkan bekas kepada pembangunan N9. Saya cuma ingin melihat muka-muka baru ditonjolkan sebagai pelapis kepimpinan di N9. Jika Isa terpilih juga, sokong lah dia kerana UMNO tidak ada pilihan lain selain menang di Bagan Pinang.

Salam bro zedmagel,

Kawan tak kata gambar itu gambar Isa dengan isteri baru. Mana tau gambar itu gambar Isa dengan anak gadisnya? Hehehe.......Kawan cuma tau isterinya telah pulang ke rahmatullah tetapi tidak pulak kawan tau dia dah kawin lain.....yang kawan tulis tu saja 'tembak-tembak' je.... terkena lagi bro........
Tapi kalau 'tembak-tembak' kawan tu betul...apa salahnya. huhuhu
Kita hanya boleh beri pandangan tetapi keputusan daripada kepimpinan tertinggi negara yang muktamad.

Salam kelambuharimau,

Kalau ada calon-calon baru apa salahnya......tak gitu?

Salam Demang Lebar Daun,

Molek juga cadangan itu. Gandingan anak-beranak ini mungkin boleh menggegarkan Bagan Pinang......10% Cina dan 19% India macam tak boleh diharap buat masa ini. Harap penyokong2 kerajaan turun membuang undi dengan lebih ramai daripada biasa.

Salam bro Arif Omar,

Satu lagi cadangan yang mengancam.....Macam tempat kawan bro, apabila Datuk Noraini Ahmad jadi calon dan bertanding dalam pilihanraya. Poster dia ada orang tampal dalam bilik tidur......hehehe

Salam ddinbunga,

Satu lagi cadangan yang menarik.
Tidak mustahil kalau ada yang terpilih nanti di kalangan orang biasa tetapi mempunyai 'sesuatu' yang luarbiasa........

AMNOBODO said...

apa kata UMNO tak yah letak calon..hahahahaah..kan senang

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Bagus cadangan ko. jawapannya sama macam nama ko AMNOBODO. huhuhu