Sunday, September 6, 2009

Perpaduan Kaum Hanya Retorik......


Hubungan antara kaum di Malaysia hanya retorik - hanya nampak baik di luar tetapi di dalam tidak baik, kata Felow Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof Teo Kok Seong. “Di negara ini, sifat curiga mencurigai antara kaum yang menjadi masalah,” katanya dalam wawancara dalam Mingguan Malaysia hari ini. Bacaan lanjut baca di sini.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Prof Teo yang begitu ikhlas memperkatakan perpaduan antara kaum di Malaysia. Jikalau kita melihat sekeliling kita, dasar pecah dan perintah British sewaktu menjajah negara ini masih tidak dapat di rungkaikan walaupun negara sudah merdeka 52 tahun yang lalu. Saya selalu memperkatakan jika kita mahu melakukan sesuatu perkara sewajarnya kita meneliti latar belakang perkara yang hendak kita ubah. Apakah kekangan-kekangan dan halangan, cara dan kaedah perlaksanaan serta melaksanakannya dengan cara yang tersusun dan tertip . Barulah pelan tindakan kita akan dilaksanakan dengan jayanya.

Jika kita melihat kepada masalah perpaduan rakyat negara ini yang begitu rencam sifatnya kita perlu mencari puncanya. Apakah yang menghalang perpaduan itu. Perkara yang utama adalah bagaimana kita hendak menyusun semula kesan daripada dasar 'pecah dan perintah' itu baik dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Dari segi ekonomi contohnya, kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. DEB telah diberikan tempoh selama 20 tahun untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia. Jurang ekonomi yang ketara di antara orang Melayu dan bukan Melayu begitu tinggi pada masa itu. Orang Melayu sangat ketinggalan dalam segenap bidang ekonomi. Orang Melayu hanya bermula diberi peluang yang lebih luas hanya pada tahun 1970 setelah 13 tahun negara merdeka. Antara sumbangan Tun Abdul Razak yang tidak ternilai ialah pembukaan tanah-tanah rancangan FELDA yang dibuka untuk orang-orang Melayu memiliki tanah yang pada asalnya mereka dari golongan miskin di kampung-kampung tradisional. Matlamat akhir kepada DEB adalah PERPADUAN NASIONAL iaitu apabila sudah dapat dikurangkan jurang ekonomi antara kaum maka tidak lagi timbul rasa syak wasangka, dengki mendengki, ketidakpuasan hati dan sebagainya.

Setelah 20 tahun, DEB diteruskan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)setelah didapati jurang ekonomi dan pemilikan harta di Malaysia di kalangan orang-orang Melayu secara individu belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu pemilikan 30% daripada kekayaan negara. Tetapi dalam tempoh tersebut bilangan orang Melayu golongan pertengahan telah bertambah dengan mendadak sehingga timbul pula jurang perbezaan di kalangan golongan orang Melayu itu sendiri. Sehingga kini dan mungkin sampai bila-bila keadaan ini akan berlangsung kerana orang Melayu yang kaya tidak dapat membantu orang Melayu yang susah. Lebih-lebih lagi di atas tidak wujudnya perpaduan yang asli untuk melihat negara ini aman dan harmoni golongan kaya dari kalangan orang Cina yang telah kaya raya sejak zaman British masih kurang membantu golongan miskin dari kalangan orang Melayu dan India.

Ini bermakna walaupun orang Melayu menguasai politik dan orang Cina menguasai ekonomi , ianya tidak memberi untung yang banyak kepada orang Melayu tetapi melalui penguasaan ekonomi ,orang-orang Cina tetap jauh kehadapan. Orang Cina lebih mudah untuk berpersatuan melalui persatuan-persatuan kaum mereka dan juga persatuan keluarga mereka. Budaya kerja dan sikap menjadi penghalang untuk mereka bekerjasama.

Bagi saya, konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Najib Tun Razak dan juga Harapan baru Rakyat Malaysia oleh Anwar Ibrahim juga satu retorik belaka selagi ianya tidak mencari punca kepada masalah perpaduan itu sendiri. Konsep ini hanya mengambil dari tengah bukannya daripada pangkal yang menjadi akar umbi kepada perpaduan itu.

Suka saya mengambil contoh berkenaan dengan sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan kita boleh mendasarinya hingga ke akar umbi melalui pendidikan satu aliran sekolah yang mempunyai sukatan pelajaran yang sama serta satu bahasa pengantar yang sama di semua peringkat sekolah. Bermula dari sekolah tadika hinggalah ke peringkatan Institut Pengajian Tinggi.

Bagaimana rakyat hendak bersatu sedangkan mereka masih lagi di bawah dasar 'pecah dan perintah' walaupun British sudah keluar daripada negara ini sejak 52 tahun yang lalu. Mereka masih terasing-asing dari sejak kecil oleh sekolah-sekolah pelbagai aliran. Mereka mempunyai peluang yang terhad untuk bercampur gaul dan berkomunikasi antara satu sama lain. Sistem yang ada tidak memberi jaminan kepada generasi akan datang untuk hidup dengan baik yang boleh berkongsi rasa, berkongsi harta dan berkongsi negara.

Sudahlah kita mempunyai sistem politik mengikut kaum, ditambahkan lagi dengan sistem pendidikan yang berbeza mengikut aliran, ditokok lagi dengan penguasaan ekonomi oleh satu kaum tertentu. Belum ditambah dengan penghuni-penghuni bagi kawasan pertempatan juga mengikut monopoli kaum-kaum tertentu adalah tidak nampak kemungkinan perpaduan yang asli itu muncul menjelang 2020 sekurang-kurangnya. Antara matlamat wawasan 2020 juga adalah perpaduan nasional. Atas sebab itulah Tun Mahathir mencadangkan sekolah wawasan tetapi ditolak oleh persatuan-persatuan Cina yang perkauman. Kita mungkin akan mencapai negara maju menjelang 2020 tetapi matlamat perpaduan nasional yang asli jauh panggang dari api jika kita tidak memulakan sesuatu yang drastik bagi mencapai matlamat itu.

Perpaduan antara kaum di Malaysia buat masa ini sangat rapuh dan mudah dipermainkan sentimen itu oleh golongan-golongan yang berkepentingan khususnya ahli-ahli politik yang ingin mencari pengaruh. Isu mutakhir ini yang melibatkan tempat-tempat ibadat juga telah digunakan sebagai isu perkauman dan isu agama, pada hal isu-isu ini sangat sensitif bagi sebuah negara seperti Malaysia. Undang-undang berkenaan rumah ibadat sememangnya telah wujud sekian lama di mana-mana Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya maupun di Pejabat-Pejabat Daerah, tetapi kerana membelakangkan undang-undang dan peraturan serta janji-janji pilihanraya untuk menarik undi akhirnya ia menjadi isu panas yang boleh mencetuskan huru-hara pada bila-bila masa.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

17 comments:

Che Leh Jangok said...

Setuju. Retorik semata. Sebab mereka memang tidak mahu. Intergrasi itu merugikan mereka. Mereka mahu semua.

Waktu British nak bawa org Cina dulu mereka sengaja bawa budha dan confusie walau pun di negara cina itu ramai orang Islam.

Orang orang India pun begitu. Mereka bawa yg Hindu walau pun di India itu ramai orang Islam. Yg Islam itu adalah yang datang sendiri.

Pokok masaalah ialah perbezaan ugama itu memang telah di tugal tanam diladang sosial kita.

Boleh selesai kalau semua yang terlibat mahu sahaja.
Kalau tidak .... ..... .....

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Perpaduan Antara Kaum di Negara ini hanya satu retoric. Saya setuju selagi kita sayangkan agama, anak-anak kita, keturunan bangsa dan hak-hak keistimewaan kita.

Tapi terdapat sesetengah Melayu yang boleh mengadaikan segalanya kerana nafsunya gila kuasa yang tak terbendung.

Mereka ni sangup buat apa sahaja asal mereka dapat kuasa. Tapi bangsa lain seperti Cina dan India tak buat macam ni.

Tapi Melayu yang tolol mereka tak peduli apa pun. Tetapi usaha mengukuhkan perpaduan sangatlah perlu diterapkan dari masa ke semasa demi kesejahteran warganya.

Media Cyber said...

3 adun sudah confirm keluar pakatan rakyat selangor.. dan mb baru akan diumumkan sebelum raya.. sebarkan..

Cik Skaf said...

Saya setuju, ia retorik semata-mata. Atau cuma mungkin kita sahaja yg inginkan perpaduan kaum itu, utk menjaga hati dan untuk kepentingan politik kita semata2. (Walaupun kita sendiri, sesama satu kaum pun saling berbalah). Bagi mereka penguasaan ekonomi yg terpenting - dan bg mereka, kita bkn lah faktor utama utk mrka mncapai matlamat mnguasai ekonomi ngara.

Geng Samudera said...

Salam,

Jadi apa penyelesaian nya?...


Ulas banyak-banyak pun pening dah pakcikkk...hehehee....

amirhamzah64 said...

Salam Pakcik Che Leh Jangok,
Macam mana nak bawa Cina muslim atau India muslim kerana mereka pun anti Islam.

Saya setuju, kalau perpaduan yang tulin mereka akan rugi. Kalau kita cadangkan sekolah satu aliran dan menggunakan bahasa pengantar yang sama maka mereka akan merasakan sistem pendidikan dan bahasa mereka akan turut berkubur.

Kalau begitu, kita tidak mungkin kesampaian perpaduan yang tulen hanya yang kita dapat perpaduan yang plastik.

Artikel pakcik sangat menarik tentang Anwar tetapi saya tak dapat nak komen kerana tak ada ruangan komen. wassalam.

Salam bro zedmagel,
seperti maksud bro, Melayu dan Melayu pun susah nak bersatu apatah lagi dengan orang yang berbeza serba-serbi dengan kita.

Salam Media Cyber,
Setahu kawan 3 DUN tu baru sahaja hilang dan tak dapat dihubungi....sama peternt dengan Perak...hehehe

Salam Cik Skaf,
Mereka bila-bila masa boleh melupakan kepentingan parti. DAP, MCA dan Gerakan itu hanya parti politik. Kalau BN mereka ada MCA dan Gerakan dan kalau BN kalah mereka ada DAP untuk memperjuangkan kepentingan mereka. Nampak macam berseteru tetapi mereka bersatu bukan sahaja parti-parti politik tetapi persatuan-persatuan mereka. Setuju dengan Cik Skaf, perjuangan mereka adalah ekonomi, pendidikan dan bahasa. Malah sekarang ini mereka sedangkan mengintai-intai peluang untuk menguasai politik pula.

Salam Geng Samudera,
Penyelesaiannya tidak ada. Kosong. Saya cuma respon pandangan prof tersebut. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kita sahaja yang selalu bercakap tentang perpaduan nasional. Tapi bagi mereka masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tumpang lalu aje. Tak melekat di hati.

bakmaipungkoq said...

Salam tuan,
Untuk perpaduan kaum skg, kerajaan akan bagi apa saja kpd kaum lain. Malangnya Melayu hanya jadi kambing hitam dan sentiasa dimomokkan agar sentiasa bersabar,bersabar,bersabar dan bertolak ansur! Mungkin selama ini Melayu ni ganas dan tidak sabar. Itulah sebabnya cacing sudah naik kemata, kaduk dh naik junjung.

Sedikit kesilapan Melayu, dakwaan akan menunggu, contoh perarakan kepala lembu. Pertubuhan haram hindraf (tarafnya sama dgn PKM)yg baling batu dan hampir2 pecahkan kepala anggota polis dilepaskan begitu sahaja dari dakwaan.

Inilah yg dilaung2kan sebagai "rakyat diutamakan" - rakyat mana yg diutamakan?

Apa isunya dgn kepala lembu sedangkan aku masih ingat lg ketika aku masih kecil, kereta lembu digunakan sebagai "lori kecil". Ia ditarik 2 ekor lembu yg begitu terseksa dgn membawa beban yg begitu berat, diasak agar bergerak pantas, jika perlahan, tubuh lembu tiu akan di belasah dengan kayu/rotan agar dia bergerak pantas. Nk tahu siapa yg membelasahnya? Yg membelasahnya adalah pengendalinya org India tp aku tak tahulah apa agamanya. tp yg pasti dia bukan muslim.

dino said...

saya menmpunyai cadangan untuk orang melayu lebih baik berniaga apa kata kalau orang Melayu di malaysia menggunakan surname. Ahmad Kutil Jati. surname Jati..dan di teruskan ke generasi hadapan.MUngkin semangat ini lah yang membolehkan maju macam kaum cina dan europah? Pasal perpaduan kita memang bersikap perkauman..jangankan melayu india cina..jawa, bugis, melayu..kelantan terengganu dan kedah dan sebagainya..Susah nak di selesaikan asalkan pemintaan tidak keterlaluan dan dasar politik popular di hapuskaan sama sekali.

zedmagel said...

السلام عليكم


Bro Amir,

Memupuk perpaduan sangat perlu. Retoric satu cerita lain.
Kalau negara dah berposah bak kata orang Lubok, nak memberot pun tak sempat dan tak bertempat.

Arif Omar said...

SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

Apache said...

SETUJU DENGAN ARIF OMAR...SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA....

amirhamzah64 said...

Salam bakmaipungkoq,

Kawan memang susah nak percaya dengan istilah 'perpaduan nasional' yang asal. Jikalau dasar kerajaan khususnya dalam pendidikan masih seperti ini, tidak bergaduh dan ada rusuhan kaum itu sudah dikira bagus. Untuk mengharapkan lebih daripada itu masih sebagai hayalan.

Isu kepala lembu tu hanya isu yang dipolitikkan. Bagi orang Melayu, lembu itu melambangkan kebodohan seperti orang selalu berkata 'bodoh macam lembu'. Bagi orang India lembu adalah binatang suci. Saya seronok spin saudara tentang kereta lembu. Kalau lembu binatang suci kenapa pulak di siksa dan dipukul binatang tu hehehehe......double standard terhadap tuhan. Ni lah agama ciptaan manusia bukan agama dari langit.

Salam dino,

Perpaduan ini sesuatu yang ideal dan sempurna buat waktu akhir zaman ini yang banyak dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan tertentu dan tidak mempunyai keikhlasan kepada satu matlamat

Mengapa di zaman kegemilangan Islam, umat boleh bersatu dan boleh mencipta kecemerlangan? Mereka mempunyai matlamat yang jelas dan ikhlas untuk menegakkan Islam. Malah usaha mereka itu adalah jihad untuk agama Allah.

Sekarang, keikhlasan tidak cukup kuat. Yang kuat adalah kepentingan-kepentingan tertentu yang menyekat kepada keikhlasan itu. Perjuangan tanpa keikhlasan adalah perjuangan separuh masak.

Salam brozedmagel,

Betul le bro......bersatu kita teguh bercerai kawin lain.....

Salam bro Arif Omar.

Terima kasih bro.......

amirhamzah64 said...

Salam Apache,

Terima kasih bro.....

Geng Samudera said...

Salam,

Sambung ckit - Kita cerita2 camni yang majoriti orang melayu.Bagaimana pendapat orang Cina dan India?..
Adakah sehaluan dengan apa yang kita komen.?

Perlu jugak tau isi hati mereka dan kalau kita jerr yang lelebih menyahut 1Malaysia dan mereka buat dekk,ape ceritaaaaaaa!!

Bro,takde komen dari bangsa lain ker?...nak jugak tahu respond mereka.
At least yang mempunyai thinking yang bagus.

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera,

Orang Cina dan India mungkin tak baca blog ni kot. Kalau ada pun tak nak komen. Cuma baca saja.

Saya pernah bincang secara terbuka dengan kawan-kawan Cina tetapi pada dasarnya mereka tak ambik 'pot' pun tentang isu perpaduan atau negara. Mereka lebih galak menyalahkan ahli-ahli politik berkenaan suasana politik sekarang.

Mereka tak berminat nak bincang hal-hal sekolah wawasan ke, sekolah satu aliran ke....pada dia sistem yang ada sudah bagus. Mereka lebih suka cara belajar sekolah Cina dan pendidikan bahasa Cina supaya tidak hilang ditelan zaman. Jadi umumnya mereka jaga kepentingan Cina dalam ekonomi, pendidikan dan bahasa. jadi, perpaduan yang kita harap hanya datang dari satu pihak sahaja.

AMNOBODO said...

hahaha..ako pon settuju oit...1Malaysia - zaman Najib tun Razak hanyalah retorik....ISLAM HADHARI dan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang - zaman Dolah Bedawi hanya retorik oit....memang lah retorikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...ako amat bersetuju ngan korang semua....

bakmaipungkoq said >> Inilah yg dilaung2kan sebagai "rakyat diutamakan" - rakyat mana yg diutamakan?<<<<

hahaha lah kan bakmaipungkoq....rakyat mana yang diutamakan?....rasa2 pemimpin UMNIO jer diutamakan....mana ada rakyat diutamakan pon..hahahahahah

apa-apa pon..memang retorik jer ler mender2 tuh semua..nak nak yang terlatest tuh >> 1Malaysia kunun....hahahahaha

amirhamzah64 said...

AMNOBODO,

Kalau pemimpin silap kita boleh tegur. Dengar atau tidak lain cerita. Tapi yang susah apabila pengikut menganggap semua pemimpin buat semua betul walaupun terang -terang salah. Jangan jadi pak turut bro.....huhuhu