

Bagaimana dan siapakah yang akan memartabatkan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi kalau bukan bangsa Melayu itu sendiri. Saya tidak rasa tertekan dengan penggunaan tulisan Bahasa Melayu atau tulisan jawi di premis-premis perniagaan kerana kebanyakan premis-premis ini adalah kepunyaan bukan Melayu. Namun di atas peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, peraturan-peraturan penulisan di papan iklan 'terpaksa' diikuti bukannya atas kesedaran pentingnya bahasa kebangsaan itu yang telah termaktub di dalam perlembagaan tetapi kerana 'peraturan' yang telah ditetapkan.
Sebab itu, kalau mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan penggunaan Tulisan Jawi secara meluas maka peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha, pengilang-pengilang dan korporat-korporat Melayu/Islam yang berupaya memartabatkannya semula bukannya mengharapkan kepada bangsa lain kerana mereka mempunyai tulisan mereka sendiri dan sifat mereka yang perkauman. Jangan mimpilah mereka akan melakukan secara 'sukarela' dengan menjadikan tulisan rumi Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi itu 'lebih besar' daripada tulisan bahasa ibunda mereka.
Ketika kerajaan yang dikuasai oleh orang-orang Melayu dengan kakitangan kerajaannya adalah Melayu mereka masih lagi dengan angkuh mempertikaikan penggunaan papan tanda menggunakan tulisan jawi, bagaimanakah agaknya jika bangsa Cina ini sama ada daripada DAP, Gerakan atau MCA menguasai politik negara ini? Saya yakin, perkara-perkara yang dapat kita lakukan pada hari ini sudah tidak semudah itu berlaku pada masa akan datang.
Contohnya dapat saya paparkan dalam blog MINDA INTELEK MELAYU yang mempertikaikan sesetengah pihak tentang penggunaan tulisan Jawi di pintu luar sekolah Penang Free Pulau Pinang. Sekolah adalah antara premis kerajaan dan ianya tidak wajar dipolitikkan. Adakah kerana Pulau Pinang itu majoriti penduduknya adalah orang Cina maka Tulisan Jawi tidak sepatutnya berada di situ? Bagaimana agaknya dengan tulisan-tulisan jawi di bangunan-bangunan kerajaan yang lain di Pulau Pinang? Papan tanda jalan, nama jalan dan lain-lain yang dahulunya menggunakan tulisan jawi sudah ditukar ke tulisan Cina? Lupakah mereka bahawa Pulau Pinang itu masih berada di dalam Malaysia?
Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu. Cina ada tulisannya, India pun ada tulisannya. Tulisan Melayu ialah Jawi.Di negara Brunei, tulisan jawi dimartabatkan. Begitu juga di India dan Iran ada sistem tulisan jawi mereka sendiri.Di negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tulisan Jawi hidup subur. Di Johor sebahagian besar masyarakat Melayu/ Islam boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik kerana anak-anak mereka didedahkan dengan tulisan jawi di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri. Tulisan Jawi sangat akrab dengan perkembangan Islam. Orang yang membaca al-Quran menjadi asas untuk membaca tulisan jawi. Maka orang yang tidak pandai membaca al-Quran agak susah membaca tulisan jawi.Al Quran berbahasa Arab tetapi mempunyai baris. Jawi kita berbahasa Melayu tetapi tidak berbaris. Menghina tulisan jawi menghina orang Melayu dan Agama Islam.
Maka tidak hairan nanti di Pulau Pinang, bangunan-bangunan kerajaan akan mempunyai 4 tulisan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina ,Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Mungkin atas semangat 1Malaysia. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan kerana di bangunan kerajaan sewajrnya Bahasa Melayu sama ada tulisan rumi atau tulisan jawi sahaja yang boleh digunakan.
Saya tidak mahu mengulas berkenaan dengan pendedahan daripada blog MINDA INTELEK MELAYU (http://novandri.blogspot.com/2009/11/nizar-perhatian-pemimpin-melayu-tulisan.html)tetapi saudara-saudara boleh fikirkan sendiri tentang kelicikan mereka untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura ke 2 dalam Malaysia. Perlu diingat kembali bagaimana Singapura telah membuat berbagai-bagai hal sehingga memeningkan kepala PM pada masa itu sehingga akhirnya Tunku dengan rela hati melepaskan Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Apakah taktik yang sama dilakukan ke atas bekas negeri selat ini untuk keluar daripada Malaysia satu hari nanti?
Ini baru didedahkan dengan pertikaian mereka terhadap Tulisan Jawi. Bagaimana agaknya jika mereka memerintah negara ini dan apakah nasibnya kepada ekonomi orang Melayu, Pendidikan orang Melayu, Agama Islam, Hak-hak keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga segala keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu pada hari ini. Saya yakin mereka tidak akan berlaku adil sebagaimana orang Melayu berlaku adil kepada mereka pada hari ini sesuai dengan prinsip yang telah terkandung di dalam perlembagaan negara.
Tujuan saya hanyalah memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu yang begitu ghairah dengan slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' dalam pakatan rakyat dan slogan '1Malaysia' dalam Barisan Nasional. Kedua-dua slogan ini datang daripada 2 pemimpin Melayu yang berebut-rebut untuk meraih sokongan daripada undi Cina dan India. Dalam masa yang sama, slogan 'perpaduan' ini hanya disambut oleh orang Melayu sahaja sedangkan dipihak bukan Melayu mereka terus menerus menuntut hak sama rata dan 'adil' sehingga lari daripada semangat yang telah tertulis dalam perlembagaan tentang kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan kedudukan Agama Islam tanpa menafikan hak-hak kaum lain.
Bagi pemimpin-pemimpin Melayu yang bersengketa kerana berebut kuasa, ketepikan kepentingan peribadi masing-masing khususnya Anwar Ibrahim. Rakyat selalu diseru supaya bersatu tetapi perpecahan pemimpin-pemimpin Melayu ini lebih merbahaya kerana kealpaan dan kelalaian mereka akan menyebabkan kerugian besar kepada bangsa dan agama.
Baca juga di sini : Tulisan Jawi Mahu Di Buang
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com



.jpg)













