Wednesday, March 28, 2012

Kedatangan PM dinanti......

Batu Pahat adalah daerah ke 2 teramai penduduknya selepas Johor Bahru berjumlah 417458 orang.Daerah yang mempunyai 14 mukim dengan 525 buah kampung akan dilawati oleh DS Najib Tun Razak pada 7hb April 2012. Perhimpunan akan diadakan di Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat.

Seingat saya, inilah kali pertama DS Najib membuat lawatan kerja ke daerah ini sejak menjadi PM tiga tahun yang lalu. Rakyat Johor amnya dan rakyat Batu Pahat khasnya mengalu-alukan kedatangan DS Najib ke daerah yang mempunyai 4 kerusi Parlimen dan 9 kerusi DUN.

Daerah yang melakarkan sejarah moden negara ini sangat mengalu-alukan kehadiran PM untuk meninjau sendiri kemajuan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat jelata. Difahamkan, Pasar Besar Batu Pahat yang telah usang dan uzur akan digantikan dengan pasar awam yang baru bernilai RM6 juta. PM mungkin akan mengumumkan kepada rakyat pada hari berkenaan.

Selain daripada itu, daerah ini memerlukan sebuah dewan besar sebagai tempat perhimpunan rakyat yang boleh menampung sekurang-kurangnya 1500 orang. Dewan Jubli Intan, Batu Pahat yang boleh menampung 900 orang dalam sesuatu masa sudah tidak mampu menganjurkan majlis-majlis peringkat daerah dan negeri. DS Najib mungkin bermurah hati untuk memberi peruntukan bagi pembinaan Dewan baru yang lebih besar dan moden.

Terlanjur DS sudah sampai di Batu Pahat, jenguk-jenguk lah projek SPNB di Jalan Kluang yang telah terbengkalai sekian lama. Rakyat tertunggu-tunggu bilakan projek SPNB yang dipengerusikan oleh Datuk Idris Harun ini dapat disambungkan semula kerja dan dapat disiapkan bagi rakyat berpendapatan rendah. Projek terbengkalai yang bersebelahan dengan Institut Perguruan Tun Hussein Onn ini sudah menyemakkan mata dan sekarang ini sudah ditumbuhi lalang dan semak samun.

Batu Pahat sudah mempunyai sebuah Universiti terkemuka iaitu UTHM, sebuah Institut Perguruan, sebuah MRSM, Sebuah Sekolah Teknik/Vokasional, sebuah Sekolah Sains Berasrama penuh, Sebuah Institut Kemahiran Tinggi MARA disamping 24 Sekolah Menengah Harian dan beratus-ratus sekolah rendah. Kalau DS nak menambah, boleh lah difikirkan sebuah politeknik dan menambah beberapa buah sekolah menengah di kawasan penduduk kepadatan tinggi.



Disamping itu, Stadium Batu Pahat itu sendiri sudah sepatutnya dinaik taraf sesuai dengan kedudukan dan tarafnya sebagai Stadium Utama Daerah. Selain itu, sebuah masjid lagi patut dibina di pinggir bandar iaitu di Jalan Tg Labuh kerana penduduk-penduduk pada masa ini bersembahyang Jumaat dengan menumpang masjid Adtec Batu Pahat.Tempat yang paling strategik adalah bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains yang baru siap dibina.

Bandar Batu Pahat atau Bandar Penggaram serta penduduk-penduduknya mengalu-alukan kedatangan YAB Perdana Menteri.


Amir Hamzah Hj Mohamad
Batu Pahat.

4 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zedmagel said...

Salam Tuan Tulis,

Diberitakan antara 30 - 70 ribu yg datang berhimpun semasa lawatan YAB PM ke Batu Pahat. Tahniah warga BP dan tahniah kpd semua yg menjayakannya..

Apahal lak mamt gay ni? Dengan budaya songsangnya. Dia pengikut tegar LGBT....

Pemilihan PM melalui mandat komponen parti lah ngok bukan, kehendak individu macam kau yg tolol tu....

zedmagel said...
This comment has been removed by the author.
zedmagel said...

Salam Bro,

Kenapa lama tak up date blog?