Saturday, October 31, 2009

1 Sekolah Sudah Boleh 'Tutup Buku'.




Idea 1 Sekolah seperti yang dicadangkan oleh banyak pihak termasuk daripada Prof. Emeritus Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, akhirnya hanya tinggal cadangan sahaja. Saya merasakan cadangan 1 sekolah ini sudah boleh 'tutup buku' apabila PM membuat kenyataan bahawa kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan.

Walaupun sebelum ini wakil PAS dan DAP telah memberikan sokongan di Parlimen menunjukkan ianya akan melalui proses yang mudah namun sebenarnya wakil PAS dan DAP sudah dapat menjangkakan bahawa MCA dan MIC pasti akan menjadi penghalang. PAS dan DAP sudah boleh mendakwa, idea 1 sekolah ini sebenarnya ditentang oleh parti komponan BN sendiri sedangkan di pihak pembangkang ianya tidak menjadi masalah. Satu permainan yang 'cantik' oleh PAS dan DAP.

Saya sendiri pun memang tidak berkeyakinan bahawa 1 sekolah ini dapat direalisasikan dalam waktu terdekat ini tetapi kerana hendak menyedapkan hati, 'layan'kan saja sokongan PAS dan DAP tersebut. Tentangan daripada MCA dan MIC bukanlah sesuatu yang memeranjatkan malah ianya sudah dijangkakan. Sepanjang umur saya, belum pernah saya terdengar ,terbaca dan terlihat kedua-dua parti ini mengorbankan kepentingan mereka demi kepentingan negara. Belum pernah.....

Sedangkan 1 sekolah ini jika dilaksanakan akan menjadi sekolah 1 aliran yang menggunakan 1 bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu sejak daripada sekolah rendah lagi. Ini bermakna, SRJK(C) dan SRJK(T) akan dilupuskan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah yang diwarisi sejak zaman penjajah ini sememangnya adalah agenda British supaya tidak wujud perpaduan antara kaum di Tanah Melayu ketika itu. British telah memberi tempoh 10 tahun selepas 1957 untuk melihat keamanan yang berpanjangan selama tempoh itu. Jika dalam tempoh itu, berlaku pergaduhan kaum, British akan mengambil semula hak kemerdekaan yang telah diberikan.

MIC dan MCA menentang cadangan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran, dengan mengatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang tidak akan menghalang usaha ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

Presiden MIC S.Samy Vellu , berkata sekiranya cadangan itu dikemukakan dalam usaha menjalin perpaduan kaum, ada banyak cara lain lagi untuk melakukannya dan bukan melalui sistem pendidikan satu aliran. Teringin juga hendak mendengar cadangan daripada Presiden tua ini tentang satu idea yang berkesan untuk perpaduan tulen di negara ini.

Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berpendapat sistem persekolahan pelbagai aliran patut diteruskan kerana ia tidak akan menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini."Ia bukan penghalang kepada perpaduan nasional, sebaliknya bantu menerapkan semangat bersatu padu di kalangan masyarakat majmuk,"

Saya tidak berminat untuk membincangkan lebih lanjut tentang alasan-alasan basi dan lapuk kedua-dua pemimpin ini tetapi saya teringat sebuah buku yang ditulis oleh H.M.Tuah yang bertajuk 'Nak atau Tak Nak'. Saya juga teringat dengan peribahasa Melayu,'Hendak seribu daya, Tak Nak seribu dalih'. Bagi kedua-dua pemimpin basi ini sesuai benar kata-kata ini untuk anda berdua.' Orang cerdik mencari jalan, orang dungu mencari alasan'

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Wednesday, October 28, 2009

1 Sekolah Untuk Semua : PAS Dan DAP Sokong !


Parliament: Single stream schools can help achieve unity

The Star Online, Wednesday October 28, 2009

KUALA LUMPUR: The Government has been urged to restructure the education system including introducing single stream schools to achieve racial unity.

Hamim Samuri (BN-Ledang) said the current multi-stream schooling system did not help people understand the meaning of unity or the 1Malaysia concept promoted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said the present system should be restructured where all secondary schools would be in a single stream, thus placing all races under one roof.

“The multi-stream schools can be retained at the primary level. The Government can take over and upgrade the secondary schools,” he said when debating the Supply Bill 2010 here Wednesday.

Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) agreed, saying that a study showed that the present education system had no objectives for the well-being of the people.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) also agreed that all multi-stream schools be united into a single stream at secondary level so that racial unity could be achieved.

He said the single stream schooling system had been mooted by historian and academician Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. -- Bernama

Berdasarkan perkembangan terbaru ini saya menyifatkan ianya satu perkembangan yang sihat. Ianya melambangkan kesungguhan semua pihak untuk menuju ke arah matlamat 1 Malaysia berasaskan perpaduan yang tulen. Walaupun Ab Halim Ab Rahman (PAS) dan Tony Pua (DAP) bukan mewakili pandangan rasmi parti masing-masing tetapi idea, pemikiran, hasrat,iltizam ke arah 1 sekolah ini sudah ada di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Walaupun ianya baru setakat sokongan tetapi 1 Sekolah sudah boleh dibincangkan bagi memenuhi citarasa 1 Malaysia. Muhyiddin Yassin sebagai TPM dan Menteri Pelajaran sudah boleh berkira-kira untuk membuka pintu perbincangan dan musyawarah bukan sahaja dengan parti-parti pembangkang tetapi dengan rakan-rakan komponen terutama MCA dan MIC. Soalannya ialah bersediakan MCA dan MIC keluar daripada kepompong tradisional mereka iaitu mahu mengekalkan tradisi pendidikan, bahasa dan budaya mereka dengan mengorbankan perpaduan dan permuafakatan rakyat dan generasi akan datang?

YB Hamim Samuri (BN-Ledang) telah mencadangkan kepada kerajaan disatukan aliran-aliran sekolah yang berbagai menjadi satu di Parlimen semalam. Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) bersetuju dengan cadangan itu. YB Tony Puah (DAP-Petaling Jaya Utara) turut serta bersetuju dengan cadangan dimulakan di peringkat sekolah menengah. Sekarang kita menanti komen daripada Muhyiddin,Karpal Singh, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan komen yang paling glamour daripada Nik Aziz. Kita nak tengok siapa lagi yang nak main kong kali kong dalam cadangan 1 sekolah ini.

Saya juga tertunggu-tunggu komen daripada Nik Aziz yang selalunya kontradiksi dan kontroversi. Nik Aziz menentang keras 'kerajaan perpaduan'dan merendah-rendahkan 1Malaysia, mampukah dia menyokong '1 sekolah untuk semua' seperti mana dia menyokong slogan 'PAS untuk semua'.

Bahasa Pengantar untuk 1sekolah ini sudah semestinya Bahasa Kebangsaan. Namun begitu bagi memuaskan hati orang-orang Cina dan India yang bimbang dengan kaedah pendidikan, bahasa dan budaya bangsa mereka, maka pintu perundingan dan perbincangan perlu dibuka seluas-luasnya.

Menurut pandangan sahabat, En.Nordin daripada KCD, apa yang menarik ialah saranan sekolah satu aliran ini datangnya dari seorang bukan Melayu yang melihatnya bukan dari segi kepentingan bangsa sendiri tetapi kepentingan nasional. Sepatutnya lebih ramai bukan Melayu bersikap seperti beliau kerana jika pemimpin Melayu yang bersuara tentang sekolah satu aliran ini, sudah tentu orang bukan Melayu akan merasa bahawa hak keistimewaan mereka untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka mahu ditarik balik. Begitu juga tentang hak keistimewaan orang Melayu, hanya pemimpin Melayu yang boleh cadang untuk tarik balik, jika pemimpin bukan Melayu yang cadang ia pastinya akan ditentang kerana menganggap hak mereka sudah dicabar. Beliau merujuk kepada saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Bagi saya 1sekolah untuk semua bukan hanya tergalas di bahu orang-orang Melayu sahaja tetapi ini adalah kepentingan semua rakyat. Keamanan dan kesejahteraan adalah dinikmati oleh semua.Jadi tidak ada pertukaran kepentingan. Jikalah orang Cina terpaksa mengorbankan Bahasa Cina jangan pula dituntut ganti rugi atau menggantikan dengan yang lain.



Untuk generasi masa depan......terutama yang belum dilahirkan hehehe

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, October 27, 2009

Selamat Datang Umi Nurain......


Umi Nurain dilahirkan di Hospital Besar Batu Pahat, jam 12.50 malam Ahad 25hb Oktober 2009 yang lalu. Ketika dilahirkan berat Umi Nurain adalah 2.91kg. Alhamdulillah sihat dan comel. Anak ketiga ini adalah seorang perempuan setelah dua orang putera yang terdahulu. Mohamad Aizuddin dan Aminurrasyid kedua-duanya sedang melanjutkan pelajaran di Uitm, Sri Iskandar Perak. Kehadiran Umi Nurain mengisi kesunyian kami berdua........

Monday, October 26, 2009

Mangsa 1Malaysia !





Saya rasa terkejut dengan peristiwa yang meragut nyawa seorang murid dan 2 orang lagi masih hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat Kampar runtuh kira-kira 10.30 malam tadi. Bayangkan jika anak-anak kita yang terlibat, betapa syahdunya kita.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Aktiviti yang sepatutnya berakhir dalam suasana gembira telah bertukar menjadi duka. Perkhemahan yang bermula Selasa lalu dan sepatutnya berakhir pada Khamis ini telah dibatalkan serta merta. Kemungkinan pelajar-pelajar ini adalah pelajar tahun 6 yang baru melepasi peperiksaan UPSR beberapa minggu yang lalu. Ini ada satu aktiviti berkelompok yang dianjurkan oleh PPD Kinta Selatan dalam memberi input berguna kepada murid-murid yang akan menaiki tingkatan satu tahun depan. Dari segi dokumentasi program, saya rasa PPD Kinta Selatan tidak mempunyai masalah tetapi mungkin pengurusan tapak perkhemahan kemungkinan terlepas pandang beberapa perkara penting.

Bagi menuding jari mencari kesalahan orang lain mungkin mudah tetapi itulah hakikatnya apabila sesuatu malapetaka yang berlaku ianya mudah dikaitkan dengan kecuaian, tidak bertanggung jawab dan tidak mengikut prosuder dan peraturan. Saya tidak pasti secara terperinci tentang program berkenaan tetapi berdasarkan temubual dengan mangsa, saksi dan ibubapa serta pembacaan dalam akhbar kita boleh membuat beberapa andaian atau rumusan walaupun ianya tidak tepat sepenuhnya.

Program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum PPD Daerah Kinta Selatan ini adalah program biasa yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi lain. Cuma PPD ini mempunyai nasib yang malang disebabkan beberapa perkara yang tidak dijangka dan perkara-perkara yang melibatkan kecuaian. Misalnya, Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini adalah perkara di luar jangka. Namun kita selalu terlupa peralatan baru tidak semestinya selamat. Stadium di Gong Badak Terengganu mengalami nasib yang sama.

Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu."Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Adakah jambatan gantung ini telah diserahkan kepada JPN Perak atau telah diluluskan oleh mana-mana jabatan untuk mempastikan struktur pembinaan selamat digunakan oleh murid-murid sekolah khususnya? JPN Perak bertanggung jawab sepenuhnya di atas kejadian ini disamping kerajaan negeri yang perlu disiasat oleh SPRM berkaitan dengan pembinaan jambatan gantung tersebut.

Bilangan pelajar seramai 298 orang itu sudah mencukupi untuk dikawal oleh seramai 23 orang guru yang bertugas. Namun, difahamkan ketika kejadian berlaku hanya seorang guru dan pengawal keselamatan sekolah yang menyedari dan hampir dengan tempat kejadian. Di mana guru-guru yang lain?. Berdasarkan laporan media, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan. Sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya. Di mana pula guru-guru yang dilantik sebagai jawatankuasa kawalan murid sehingga tidak ada guru yang mengawal pergerakan murid. Jika ada guru yang memerhati, mengawasi dan menegur tentu tidak ada murid-murid yang melompat-lompat di atas jambatan tersebut. Pada pandangan umum, keselamatan pelajar yang menyertai perkhemahan ini adalah terabai.

Kemungkinan ada guru-guru yang mensabotaj aktiviti ini kerana aktiviti kokurikulum ini diberi nama Perkhemahan 1 Malaysia. Di Perak memang ramai kakitangan perkhidmatan awam yang menikam kerajaan daripada belakang termasuklah guru-guru. Disebabkan kerana nama program 1Malaysia mereka kurang komited, sambil lewa,tidak berada di tapak perkhemahan atau lain-lain perbuatan sabotaj yang boleh dilakukan. Selain JPN, PPD yang perlu disiasat, guru-guru yang terlibat perlu juga disiasat latar belakang mereka.

Bagi saya, tragedi yang berlaku kebanyakannya disebabkan kecuaian manusia walaupun saya menerima hakikat semua yang berlaku adalah ketentuan Allah jua.

TERBARU!...SIAPALAH YANG PANAS PUNGGUNG....????

Terbaru : klik di sini

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, October 24, 2009

Samseng Kampung Dusun Dalam Pakatan Rakyat



Samseng Kampung Dusun dalam Pakatan Rakyat semakin hari semakin ramai. Samseng tua dan nak pencen adalah Anwar Ibrahim, sekarang ni menjadi ketua pembangkang atau ketua samseng dalam Dewan Rakyat. Budaya samseng dalam UMNO telah dipelopori oleh Anwar sehingga selepas beliau dipecat sebagai TPM beliau telah menggunakan orang-orang muda untuk berdemontrasi setiap Sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman. Bukan sahaja berdemontrasi tetapi merosakkan harta benda awam, menganggu perniagaan khususnya perniaga-peniaga kecil, menyesakkan lalu lintas di tengah ibu kota serta menganggu ketenteraman awam.

Namun begitu, ketua samseng ini bukanlah berani sangat seperti yang ramai orang sedia maklum. Beliau akan berani apabila beliau merasakan dirinya memang betul. Dalam kes terbaharunya dengan Saiful, Anwar nampaknya terpaksa tarik 'hand brake'. Kali ini dia betul-betul jadi samseng kampung malah lebih teruk daripada ketua samseng Kampung Dusun. Sekurang-kurang Syarif Dol bertarung juga dengan Ramlee walaupun kalah. Anwar langsung tidak masuk gelanggang. klik di sini.


Seorang lagi samseng duduknya di Perak. Sudah acap kali ADUN Pasir Panjang ini membuat onar dalam sidang DUN Perak. Tidak cukup di DUN Perak buat hal pulak di Parlimen. Ahli Parlimen Bukit Gantang ni benar-benar nampak macam samseng. Kalau dia pakai tocang nampak macam Ghee Hin atau setidak-tidaknya Hai San. Menyedari ADUN Pasir Panjang dan kuncu-kuncunya akan membuat hal kononnya UMNO akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN Perak. Tahu pulak samseng ni takut. Elok la tu samseng bertemu samseng. Klik di sini

Samseng terbaru pulak duduknya di Pantai Timur. Exco Kerajaan Negeri daripada sebuah parti Islam. Nampaknya pemimpin-pemimpin pun dah jadi ganas seperti pengikut-pengikutnya mengganas di Bagan Pinang. Kejadian yang berlaku di majlis hari raya Pas baru baru ini di mana seorang EXCO kerajaan Negeri Kelantan , telah menumbuk tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. Dengar cerita tetamu yang juga jurulatih silat itu tidak melawan, kalau melawan mungkin juga patah tulang hidung exco tersebut. Klik di sini

Berapa lagi agaknya samseng-samseng Kampung Dusun dalam Pakatan Rakyat? Ini baru dua tiga kerat dalam parti PKR dan PAS. Kalau dicampur dengan samseng DAP, menimbun agaknya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, October 23, 2009

EGM PAS : Agenda Tersurat Tersirat Nik Aziz



Ketika semua mata tertumpu kepada krisis di dalam MCA, masalah dalaman MIC dan pindaan perlembagaan UMNO rupa-rupanya PAS juga menghadapi masalah yang serupa. Walaupun krisis di dalam parti itu 'disembunyikan' daripada pandangan umum umpama 'api dalam sekam' tetapi akhirnya terbongkar apabila Nik Aziz mencadangkan agar parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah".

Walaupun rata-rata kepimpinan tertinggi PAS adalah terdiri daripada golongan ulamak dan profesional yang berlatar belakangkan pendidikan Islam tetapi selagi ianya digolongkan di dalam golongan ahli politik ianya tidak lari daripada berlaku pertelingkahan, permusuhan, perseteruan, krisis dan ketidakpuasan hati. Ahli-ahli politik selalunya mengejar kepada kuasa dan pengaruh. Oleh itu adakah cadangan Nik Aziz ini benar-benar untuk menegur pucuk kepimpinan parti atau mendisiplinkan ahli parti? atau untuk mengejar kuasa dan melebarkan pengaruh dirinya dan kumpulannya?

Seperti yang ditulis di dalam blognya Tok Guru.com, Nik Aziz berkata, “Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.” Katanya lagi “Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

Kenyataan ini dengan jelas wujudnya krisis yang berat antara Mursyidul Am dan Presiden Parti. Meletakkan Hadi seperti Abdullah menunjukkan Nik Aziz mahukan perwakilan PAS melakukan seperti mana pemimpin dan perwakilan UMNO lakukan terhadap Pak Lah. Nik Aziz juga mengharapkan sesuatu daripada ahli, perwakilan dan pemimpin PAS agar mendesak Hadi meletakkan jawatan atau mahukan perwakilan membuat undi tidak percaya kepada Presiden itu. Dahulu mereka mentertawakan UMNO kononnya pemimpin-pemimpin 'bergocoh' sesama sendiri namun perkembangan mutakhir yang berlaku di dalam PAS umpama menepuk air di dulang ,merecik ke muka sendiri.

Krisis yang tidak boleh disorok lagi antara Mursyidur Am dan Presiden itu terserlah dengan komen Nik Aziz berkenaan perbandingan antara Azizan Razak di Kedah dan kepimpinan Hadi di Terengganu. Nik Aziz berkata, “Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

Maka tidak hairan jika ada yang berpendapat cadangan mengadakan Muktamar Khas ini adalah satu usaha untuk memecat atau menggulingkan Hadi daripada jawatan Presiden. Kemarahan Nik Aziz ini mungkin ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan. Nik Aziz dengan nada marah menulis," Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?"

Nik Aziz mungkin juga merasakan Muktamar Khas ini boleh digunakan untuk menyingkirkan beberapa pemimpin yang difikirkannya bermasalah supaya PAS akan bertenaga kembali menjelang PRU ke 13. Kekalahan di Bagan Pinang baru-baru ini 'menakutkan' Nik Aziz kerana kelemahan kepimpinan PAS yang ketara dan kemerosotan pengundi di Bagan Pinang dan Manek Urai perlu di'post mortem' supaya tidak mendatangkan 'kecelakaan' kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya dalam PRU ke 13 nanti. Kebimbangan ini terpancar daripada kata-katanya,"Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat.Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah"

Ada juga pemerhati politik melihat cadangan ini sebagai satu platform untuk melunas 'dendam'nya di atas kekalahan kumpulan Erdogan yang diketuai oleh Husam Musa dalam pemilihan parti itu Jun lalu. Husam Musa, antara yang tewas kepada Nasaruddin dikaitkan dengan kumpulan itu yang pro kepada Anwar Ibrahim. Semua pemimpin PAS tahu, Husam adalah bintang kesayangan Nik Aziz dan Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat menerima kekalahan Exco kerajaan negeri itu.

Kali ini kita dapat membandingkan antara pemimpin-pemimpin UMNO yang benar-benar mahukan UMNO berubah sehingga terpaksa membuat beberapa pindaaan di dalam perlembagaannya semata-mata mahu melihat kepada kekuatan parti dan kepentingan rakyat keseluruhannya. Manakala cadangan Nik Aziz ini benar-benarkah mahu mengembalikan perjuangan PAS kelandasannya yang asal atau kerana hendak menjatuhkan seorang Presiden atau kerana dendamnya yang tidak berkesudahan apabila orang-orangnya ramai yang kecundang dalam pemilihan partinya pada Jun lalu.

Baca di sini. Satu ulasan yang menarik.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, October 19, 2009

Terima Kasih Banyak-banyak......


Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada jiran tetangga, saudara mara jauh dan dekat, sahabat dan taulan, pemimpin-pemimpin masyarakat yang sempat melapangkan masa untuk memberi penghormatan terakhir dan menguruskan urusan pengkebumian ayahanda saya pada petang Jumaat 16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H jam 7.00 malam yang lalu.

Tidak ketinggalan untuk saya mengucapkan penghargaan kepada semua yang sudi hadir ke majlis kenduri arwah, bacaan yassin dan tahlil di rumah Allahyarham di Kampung.Pt.Lubok Tengah , Semerah, Batu Pahat, Johor selama 3 malam berturut-turut. Budi baik semuanya akan saya kenang dan hanya Allah saja yang membalasnya.

Sekian terima kasih.....

Amir Hamzah
Batu Pahat

Friday, October 16, 2009

Kembali Kerahmatullah......


Pada hari ini Jumaat 16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H, ayahanda saya Hj Mohamad bin Salleh telah kembali kerahmatullah jam 3.45 petang di Hospital Besar Batu Pahat akibat serangan jantung. Ayahanda berumur 75 tahun meninggalkan bonda Hjh Zainap binti Ismail, 10 orang anak dan 16 orang cucu. Jenazahnya telah selamat disemadikan bersebelahan dengan pusara nenda Maznah bt Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Lubok Laut, Semerah, Batu Pahat jam 7.00 malam tadi.

Sebagai anak sulong, saya adalah pengganti kepada ayahanda untuk menjaga ibu dan 9 orang adik-adik yang lain. Mudah-mudahan Allah akan memberi kekuatan kepada saya untuk menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah ke atas roh ayahanda , semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.......

Amir Hamzah
Batu Pahat.

Monday, October 12, 2009

Monang Bosar : Sokong Isa Atau Sokong BN?






Calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar dengan majoriti di luar jangkaan. BN memperolehi majoriti 5,435. Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala calon PAS Zulkefly mendapat 2,578 undi. Undi yang ditolak pula 223. Tahniah untuk Isa dan BN yang menang bergaya dan sesungguhnya kemenangan ini sudah dijangkakan lebih awal.

Kemenangan Isa ini adakah kerana sokongan terhadap Isa atau sokongan kepada parti BN? Mohd Isa ketika mengulas kejayaan, beliau menghargai kepercayaan para pengundi terhadap beliau dan BN.
Beliau menyifatkan keputusan pengundi tersebut membuktikan rakyat pelbagi kaum kini sudah kembali menyokong BN dan ia adalah kesan daripada gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tuan Abdul Razak.

Ketika saya menulis 'Bagan Pinang : Cerminan PRU ke 13' ramai sahabat-sahabat kurang bersetuju kerana terlalu awal untuk membuat penilaian. Ada yang mengatakan bahawa jika bukan Isa yang menjadi calon, keputusan mungkin berbeza. Ini menunjukkan bahawa sokongan ini bukan untuk BN tetapi kerana Isa sebagai anak tempatan dan disukai oleh sebahagian besar pengundi di Bagan Pinang.

Ada juga yang berpendapat, dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat tidak memberi apa-apa faedah kepada pembangunan setempat. Tambahan lagi kerajaan Negeri Sembilan dikuasai oleh BN maka wajarlah DUN Bagan Pinang diberikan kepada BN supaya proses penyaluran pembangunan tidak menghadapi banyak masalah. Maka sebab itu, rakyat menyatakan sokongan kepada BN tanpa mengira sama ada calon itu Isa atau sebaliknya.

Pendapat ke tiga menyatakan, sokongan masyarakat India dan Cina sudah kembali kepada BN pada ketika ini berdasarkan beberapa krisis dalam Pakatan Rakyat yang melibatkan kaum itu seperti Isu arak di Selangor dan Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Ianya satu mesej jelas bahawa 'perkahwinan' PKR,PAS dan DAP seharusnya lebih baik daripada Gabungan BN bukan semata-mata gabungan politik tetapi perlu lebih ikhlas dalam perjuangan. Jika 'perkahwinan' ini bersifat sementara mungkin masyarakat Cina dan India akan terus bersama BN. Ini juga menjadi faktor yang menyebabkan BN 'monang bosar' di Bagan Pinang.

Pendapat yang lebih kritis adalah bahawa sokongan kepada Isa dan BN hanyalah bersifat sementara. Undi kemenangan yang diberikan oleh India dan Cina adalah untuk PRK kali ini sahaja. Kemenangan sebenar adalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 apabila Pakatan Rakyat akan menyapu sebahagian besar kerusi parlimen dan DUN di seluruh negara. Sebab itu PRK di Bagan Pinang hanya dipandang sebelah mata oleh Anwar. Selaku 'penyelaras' Pakatan Rakyat Anwar hanya turun berkempen sekali sahaja dan tidak ada sokongan sunguh-sungguh daripada DAP kerana mereka tahu tidak nampak cahaya di hujung jalan.

Walau bagaimana pun ada yang mendakwa bahawa Anwar sering mempermainkan PAS jika kawasan itu tidak ditandingi oleh partinya. Dikhabarkan bahawa Anwar Ibrahim hanya turun sekali sahaja di Bagan Pinang untuk membantu calon Pas.Anwar turun pada malam terakhir dan kempen selama kurang dua jam.Dan topik yang dibawa tidak menyentuh banyak mengenai kelebihan atau kejayaan Pas atau membantu calonnya...Anwar hanya bercakap mempertahankan dirinya dan memburukkan UMNO.Nampak sangat Anwar tetap Anwar...diri sendiri yang lebih difikirkan berbanding orang lain.

Sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ingin menunjukkan kononnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat sangat erat dan akrab hubungan mereka ketika ini.Kononnya mereka bersatu untuk rakyat bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Kononnya semua tindakan mereka adalah untuk rakyat dan bukan hendak mengejar kuasa. Kononnya juga untuk perpaduan antara kaum dan mengejar visi harapan baru rakyat Malaysia adalah RETORIK dan PALSU belaka.

Walauapa pun yang diperkatakan orang, BN telah pun mencapai kejayaan luar biasa. Majoriti lebih besar daripada PRU ke 10, 2004 dan kegembiraan ini tidak dapat disembunyikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kemenangan cukup manis yang menunjukkan kebangkitan BN. Beliau berkata, kemenangan ini menunjukkan titik perubahan rakyat yang yakin dan percaya terhadap dasar-dasar yang dibawa BN. "Pastinya ia (kemenangan) cukup manis selepas kita menghadapi kekalahan di hampir semua pilihan raya kecil sebelum ini kecuali di (DUN) Batang Ai" Ketepikan persoalan sama ada ianya kemenangan Isa atau kemenangan BN kerana adalah lebih baik kita menafsirkan bahawa ianya adalah kemenangan mutlak kepada kerajaan yang memerintah.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang : Cerminan PRU ke 13


Keputusan di Bagan Pinang malam nanti dilihat sebagai cerminan kepada PRU ke 13 bagi BN dan Pakatan Rakyat. Komposisi pengundi bercampur seperti Bagan Pinang adalah mewakili kebanyakan kawasan pengundian di seluruh negara. Sebab itu, BN dan PR meletakkan Bagan Pinang sebagai 'titik' sebagai penanda aras untuk tegak berdiri atau rebah menyembah bumi. Bagi BN, Bagan Pinang bukan sahaja dapat menjadikan 2 kerusi yang dimenangi selain di Batang Ai tetapi sebagai 'semangat baru' menandakan sokongan rakyat tidak berubah sejak PRK ke 12 walaupun banyak persepsi, fitnah dan provokasi melampau yang melanda negara. Kemenangan di Bagan Pinang memberi harapan baru kepada BN dalam PRU ke 13 dan PRK-PRK mendatang jika ada.

Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan ke dua malam ini sesungguhnya membuktikan bahawa mereka telah gagal untuk 'kelentong' rakyat Bagan Pinang. Mereka tidak ada isu besar untuk ditimbulkan kecuali isu calon dan undi pos. Kedua-dua isu ini tidak menjadi perasa yang sedap untuk dijamah selain menayangkan semula isu-isu basi yang sudah muak rakyat mendengarnya.

Bagi rakyat Bagan Pinang baik Melayu, India atau Cina jika mereka mengundi PAS, mereka nampaknya redho dan menerima Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia. Seperti yang saya katakan bahawa PRK Bagan Pinang adalah cerminan PRU ke 13. Kemenangan PR akan membantu mereka mengekalkan MOMENTUM kemenangan dan jika berlaku keadaan ini ianya sudah pasti menjadi kelebihan kepada Pakatan Rakyat setelah mereka memenangi 7 kerusi sebelum ini. Kemenangan secara berturut-turut ini 'sangat bahaya' kepada BN, PRK Bagan Pinang bukan lagi untuk tempat 'mencuba-cuba'.

Kekalahan 5 negeri dalam PRU ke 12, sudah cukup 'mengajar' kepimpinan BN dan sekarang melalui kepimpinan baru, BN sedang berusaha untuk memperbaikinya. Kalau kita suka seperti mana yang berlaku di Thailand, Indonesia dan Filipina di mana kerajaan akan sentiasa berpindah tangan, silakan......Jika kita mahu menjadi kerajaan yang stabil seperti Singapura, pilihlah BN. Tidak ada jaminan kehidupan, keselamatan dan keharmonian yang ada hari ini akan terus berkekalan jika kuasa beralih kepada Pakatan Rakyat. Mengapa saya kata begitu? Pakatan Rakyat tidak boleh meniru apa yang dibuat oleh BN sepanjang 52 tahun kerajaan mencapai kemerdekaan. Pakatan Rakyat adalah Pakatan rapuh, bila-bila masa boleh berpecah dan mudah berlaku perebutan kuasa.

Apa yang boleh kita harapkan daripada PAS? Tidak ada harapan langsung? Harapan untuk menjadi pemimpin membawa kita ke jalan yang lurus atau harapan untuk memimpin anak-anak kita dan generasi muda pun hanya tinggal harapan. klik di sini. PAS telah banyak melakukan pemecahan hidup dalam masyarakat. PAS telah mengeluarkan produk-produk yang ganas dan militan. PAS gagal mendakwahkan rakyat secara keseluruhannya dengan akhlak terpuji. PAS gagal menjadi seperti parti Islam yang kita harapkan. Paling haprak PAS hanya dikudakan dan ditunggang oleh Anwar Ibrahim dan DAP untuk meraih undi-undi Melayu di dalam PAS.

Ramai penyokong PAS yang keliru bahawa PAS sekarang berada di dalam Pakatan Rakyat yang bosnya adalah Anwar Ibrahim. Saya tahu ramai orang PAS tidak suka kepada Anwar. Sebahagian daripada mereka juga percaya dengan kes liwat Anwar. Mengapa mereka hipokrit dalam hal ini. Mereka benci Anwar tetapi dalam masa yang sama merestui Anwar menjadi PM. Sepatutnya orang-orang PAS menyokong Hadi Awang sebagai PM jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi lebih baik daripada Anwar. Mereka jawab tidak boleh. Mengapa tidak boleh? Sanggup mereka meletakkan pimpinan ulamak mereka hanya sekadar TPM sahaja. Lebih baik mereka mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat supaya PAS balik ke landasannya semula. Jika tidak PAS akan rosak dan dikuburkan oleh Anwar Ibrahim.

Hari ini rakyat Bagan Pinang tiada pilihan lain. Pilihlah parti yang layak memimpin kita. Sudah terang Lagi Bersuluh mengapakah kita lebih suka berjalan di tempat yang gelap gelita. Kepada pengundi di Bagan Pinang, lihatlah politik keseluruhannya jangan ambil suku-suku sahaja. Kalau PAS membawa kita ke satu era yang tidak pasti, kemungkinan kita berdosa besar memangkah mereka jika akan datang negara kita akan terjajah semula. Ingat! Bagan Pinang adalah cerminan PRU ke 13.

Selamat mengundi saudara-saudara ku!
moh kito samo-samo poie ngondi .


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, October 8, 2009

Pembongak Bosar Dan Moriam Buloh


Bila tiba kempen PRK Bagan Pinang maka berbondong-bondong lah ahli-ahli parti yang datang daripada luar Negeri Sembilan membantu rakan-rakan mereka di Bagan Pinang, baik dari pihak parti kerajaan atau parti pembangkang. Kelebihan orang yang hendak memberi ceramah, bersyarah atau berkempen dari rumah ke rumah tentulah orang yang boleh bercakap sedikit-sedikit loghat Negeri Sembilan dan tahu sedikit sebanyak adat istiadat orang Minang. Kelebihan ini akan menjadi rencah-rencah atau perisa tambahan kepada gerak kerja jentera kempen ke dua-dua belah pihak.

'Susah nak dapek oghang macam ni!,dah jatuh dipijak rapek, tapi domi bangso dan negharo dio totap bangket! Pado den Iso Samad ni memang anak noghori sojati!, Ini adalah sebahagian kata-kata penyokong Isa yang menyokong pencalonan Isa dalam pilihanraya kecil kali ini. Loghat noghori boleh dipelajari dan digunakan oleh perayu-perayu undi disaat-saat akhir kempen di Bagan Pinang.

Dalam kempennya, Isa mengingatkan pengundi-pengundi di Bagan Pinang supaya jangan percaya lagi dengan kata-kata 'pembongak bosar' yang akan turun berkempen di Bagan Pinang bagi membantu calon PAS. 'Pembongak bosar' yang dimaksudkan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai pemimpin yang suka membohong (pembongak). Mungkin Isa merujuk kepada penipuan Anwar terhadap peristiwa 16 September apabila Anwar telah membohongi rakyat Malaysia bahawa pada tarikh itu, kerajaan baru akan terbentuk apabila lebih kurang 30 orang wakil rakyat BN akan menyeberang kepada Pakatan Rakyat. 16 September telah setahun berlalu tetapi Anwar seperti itu juga dan Pak Lah telah pun menyerahkan jawatan PM kepada Najib bukannya Anwar.

Walau bagaimana pun penipuan Anwar ini tidak dipandang berat oleh sebahagian rakyat atas kegagalannya mengotakan apa yang dikata. Sifat pembohong, penipu dan pembelit ini telah sedikit sebanyak mengurangkan reputasinya malah menjadi bahan sindiran rakyat. bagi sebahagian yang buta mata dan buta minda, bukan sahaja masih menyokong Anwar malah telah menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan Anwar itu.

'Pembongak bosar' juga boleh dikaitkan dengan penafian Anwar terlibat dengan salah laku songsang dan tabiat luar tabiinya yang semakin diketahui rakyat. Tembelang busuknya semakin terserlah apabila beliau sentiasa mencari helah untuk hadir dan memulakan perbicaraan kes liwatnya dengan bekas pembantunya Saiful Bokhari. Rakyat yang celik tentu berfikir jika Anwar tidak bersalah mengapa takut untuk ke mahkamah? Mengapa kes liwatnya mahu dibicarakan di pentas politik?


Anwar Ibrahim juga memang layak dipanggil 'pembongak bosar' apabila beliau sering mengaku sebagai orang yang paling bersih dan paling amanah di dunia. Dalam waktu yang sama, beliau tidak putus-putus menuduh kerajaan , sebagai kerajaan rasuah, kronisme, nepotisme dan macam-macam tuduhan dan fitnah. Dirinya digambarkan sebagai seorang yang perihatin dengan nasib rakyat miskin, pembela rakyat yang susah, hidup bersederhana dan tidak bermewah-mewah, pengurus kewangan negara yang cekap dan macam-macam lagi pujian yang masuk bakul angkat sendiri. Hakikatnya dalam kempen di Bagan Pinang ini muncul semula cerita kes dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad, Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang ada simpanan RM 3 billion di luar negara. Bekas Ketua Pemuda MIC, S. Vigneswaran telah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Putrajaya minta polis buka semula kes ini. Jelas , Anwar telah 'membongak' rakyat yang selama ini menganggapnya sebagai pemimpin yang suci dan bersih.

Anwar dikhabarkan akan turun berkempen membantu calon PAS pada Khamis ini sehingga Sabtu dalam usahanya membantu calon Pakatan Rakyat melebarkan jurang kekalahan BN. Namun kehadiran Anwar yang diibaratkan seperti 'Moriam Buloh' oleh penduduk tempatan kerana cakap sahaja bising tetapi menceceh 'bendo samo ajo' setiap kali pilihanraya kecil. 'Moriam Buloh' ni harapkan bunyi yo kuat tapi bukan ada peluru pun. Cakap yo berdogar-dogar tapi macam tin kosong ajo.

Kalau Anwar hendak kaitkan Isa sebagai seorang yang tidak bersih tentunya akan berbalik ke muka sendiri. Kalau Isa hanya dikenakan tindakan parti tetapi Anwar menyalahi undang-undang negara dan bekas banduan pula. Sampai sekarang bekas banduan ini masih didakwa atas tuduhan meliwat. Jikalau Anwar hendak mendakwa Isa Samad sebagai pengamal politik wang siapa pula mahagurunya? Namun Anwar juga kena ingat dan jangan lupa, bercakap soal politik wang, namanya diketahui sebagai pelopor budaya politik wang ketika beliau mahu menewaskan Allahyarham Tun Ghaffar Baba dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Mari kita tengok 'sapo yang kono'?

Anwar pembongak! PAS pun pembongak bosar jugak!


Baju koyak tapi tak luka...Tak habis-habis nak menipu. Yang ni baru membongak Salehuddin.....

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Wednesday, October 7, 2009

BP : Antara Bagan Pinang Dan Batu Pahat




Sokongan kepada Isa Samad


Provokasi yang tidak menjadi, orang makin menyampah..

Pakatan Rakyat Yang Beriya-Iya Nak Menang

BN Pun Tak Boleh Tidak Mesti Menang Kali Ini. Dah 8-1 Bro...Nak Kalah lagi ke?

Di Bagan Pinang penyokong kedua-dua parti yang bertanding bagai nak rak berkempen.Di Batu Pahat apa cerita? Ada Pilihanraya jugak ke?

Calon PAS baru nak berehat selepas penat berkempen. Dah tua dah. Carilah orang muda....Dah tak ada orang lain lagi ke? huhuhu

Yang ni calon UMNO. Calon PAS dah berehat kat rumah, dia sibuk lagi berkempen. Tanda-tanda nak menang la ni.

Kempen dari rumah ke rumah. Rayu undi kaum ibu tu.....

Siap ada makanan lagi. kempen apa ni? Hello....ini bukan politik wang ye. Bagi makan pun rasuah juga ke? Hehehe

Abang misai tu nak masuk bertanding jugak, tapi tak ada siapa nak mencadang dan menyokong dia. Main dengan budak-budak aje le...

Habis berkempen jangan lupa ambik gambo...buat kenang-kenangan. Tengok calon UMNO dan calon PAS pun bergambor sekali walaupun duduk jauh-jauh.hehehe

Sebenornya kawan-kawan...kami di Batu Pahat malam tadi 6.10.2009 mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri di rumah pakcik Kuntong (Calon PAS) di Kampung Mampan, Batu Pahat. Ramai juga blogger-blogger muda, tua dan tua bangka yang hadir bersama keluarga masing-masing. Suspen aje....terima kasih kepada Pakcik Kuntong yang bermurah hati menjamu kami anak beranak dengan berbagai masakan Makcik Arah yang enak-enak. Hingga berjumpa lagi tahun depan.

Asyik cerita serius je..sesekali nak juga tulis yang bersantai-santai...

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, October 5, 2009

Rasa Nak Kalah, Salahkan Undi Pos.


Ditakdirkan BN kalah di Bagan Pinang, rasa-rasanya isu undi pos akan berbangkit atau tidak? Rasa-rasanya habis sahaja pilihanraya kecil Bagan Pinang, isu ini akan malap dan layu sehingga jika ada pilihanraya kecil di mana undi pos yang mempunyai ramai pengundi. Jika tidak akan senyap begitu sahaja. Ini kita namakan sebagai 'perjuangan bermusim'. Perjuangan bermusim PAS juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Apabila PAS merasakan undi Pos daripada kem-kem tentera yang berjumlah 4000 lebih di Bagan Pinang sebagai penentu maka isu ini dibesar-besarkan sedangkan proses pengundian angkatan tentera berjalan mengikut proses biasa undi pos oleh SPR. Kalau ada pun kes-kes yang dilaporkan di Harakahdaily, adalah kes-kes yang berlaku di zaman darurat dan sebelum komunis meletakkan senjata pada tahun 1989. Pada masa itu ada juga anggota tentera yang bertugas di hutan dan di luar kem memandang tenaga tentera diperlukan pada masa itu. Setelah komunis meletakkan senjata pada 1989, proses undi pos berjalan mengikut proses yang ditetapkan oleh SPR.

Undi pos hanya gimik dan provokasi kerana kali ini PAS kekurangan isu selain isu calon dan undi pos. Pendirian PAS dapat dilihat daripada pendirian pemimpin-pemimpinnya. Dapat dilihat kenyataan-kenyataan pemimpinnya tidak konsistan seperti kenyataan-kenyataan Nik Aziz di bawah:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Dipetik daripada Maruah_Melayu Kelab chedet.com

Kenyataan-kenyataan Nik Aziz selalunya mengundang kontroversi. Lazimnya begitulah adanya orang-orang politik. Nampak gayanya kenyataan-kenyataan ini bermotifkan untuk mempromosi diri sendiri dan sekaligus Nik Aziz semakin popular bukan sahaja di kalangan ahli-ahli PAS tetapi di kalangan pihak lawan juga. Nik Aziz terlalu banyak cakap-cakap politik. Inilah antara taktik murahan yang diamalkan lebih-lebih lagi jika mereka tahu kedudukan mereka semakin tenat di Bagan Pinang.

TERBARU : 7/10/2009
Ada-ada saja...

PAS mungkin fail mohon arahan mahkamah agar tangguh pilihanraya kecil Bagan Pinang jika Suruhanjaya Pilihanraya tidak bersihkan apa yang didakwanya ‘ hal-hal yang tak betul’ dalam undi pos.Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub Selasa dakwa mereka ada bukti kukuh mengenai hal berkenaan.Katanya mereka akan berbincang dengan SPR mengenai hal berkenaan.Sementara itu calon BN Bagan Pinag Tan Sri Isa Samad dalam reaksi segera ketika ditemui Agendadaily mendakwa PAS sudah gelabah dan tahu ia tidak boleh menang dalam pilihanraya berkenaan makanya nak jadikan SPR dan undi pos sebagai kambing hitam bagi tutup malu.- Agendadaily.com


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, October 4, 2009

PAS Mahu Undi Tentera Tetapi Sokong Chin Peng


Bila sebut sahaja Port Dickson ramai akan terbayang tentang pusat-pusat peranginan menarik yang terdapat di sana. Selain daripada pantai yang bersih memutih, PD terkenal juga dengan kem-kem tentera yang sudah diketahui ramai sejak dulu. Pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang pada 11 Okhtober ini telah menarik perhatian ahli-ahli politik untuk berkempen bersama-sama rakyat Bagan Pinang dan tidak ketinggalan kepada tentera-tentera yang berada di kem-kem tentera di situ. Jangan lupa, daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang, 4,604 adalah pemilih pos yang hampir semuanya dari kem tentera.

4604 undi pos dari kem-kem tentera ini menarik minat parti PAS kerana mereka telah berjaya meraih lebih seribu undi daripada kem-kem tentera dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Dengan majoriti yang semakin mengecil yang diperolehi oleh BN telah memberi keyakinan kepada mereka dengan mengatakan anggota tentera telah bersedia untuk membuat perubahan iaitu mengundi PAS walaupun mereka tahu tidak ada satu jasa pun yang diberikan oleh PAS kepada tentera khususnya di kem-kem yang ada di Bagan Pinang.

Saya yakin anggota tentera tidak akan lupa dengan jasa-jasa Najib ketika menjadi menteri pertahanan yang telah membawa banyak kebaikan khususnya dengan perubahan tangga gaji yang semakin baik. Disamping itu dengan pembelian senjata-senjata yang canggih yang telah meningkatkan kualiti ketenteraan negara.Tidak kurang juga dengan jasa-jasa Isa selama 22 tahun menjadi MB Negeri Sembilan tentunya tidak sedikit sumbangan yang ditaburkan. Saya kira terlalu banyak jasa-jasa kerajaan kepada tentera dan bekas tentera termasuklah pemberian tanah-tanah kurnia.

Bagaimana pula dengan sumbangan tentera yang diterima daripada PAS? Bukan sahaja tiada apa-apa yang diberi untuk membela nasib tentera malah telah mengecilkan hati para pejuang dan perwira negara itu. Semasa Nizar menjadi Menteri Besar Perak berapa ekar tanah yang dikurniakan kepada para pejuang negara ini? Walaupun 11 bulan menjadi MB Perak, beliau telah memberi hak milik tanah 999 tahun kepada penduduk-penduduk Kampung Baru yang rata-rata diantara mereka itu adalah penyokong komunis semasa darurat dahulu. Mengapa tentera tidak didahulukan? ketika mereka berkuasa, tentera dan perwira negara ini dilupakan tetapi di Bagan Pinang ini undi tentera mahu diraih pula.

Selain itu, PAS turut mengiktiraf Chin Peng sebagai nasionalis dan menyokong agar Chin Peng di bawa balik ke Malaysia. Bukankah PAS telah mengecewakan ramai hati-hati dan perasaan tentera dan bekas tentera yang berjuang di hutan satu waktu dahulu? Bagaimana perasaan ahli-ahli keluarga tentera yang terbunuh, tercedera dan hidup merana hingga ke hari ini?

Sebelum ini heboh satu negara apabila Tok Guru PAS sendiri menyatakan Chin Peng seorang nasionalis,Kesemua pemimpin pakatan haram mengangkat perjuangan komunis sebagai nasionalis,hanya semata mata mahu menutup sejarah yang UMNO sebagai antara pejuang dan merintis kemerdekaan. Sokongan tidak berbelah bahagi kepada penganas komunis seperti Chin Peng telah menghalalkan perjuangan puak komunis ini sehingga melupakan pengorbanan pejuang pejuang Melayu,anggota keselamatan dan rakyat yang terkorban akibat keganasan komunis.

Malah 'Pakatan Haram' telah membuat satu usaha agar Chin Peng di benarkan kembali ke tanah air,usaha mereka juga ingin mengubah kotak pemikiran rakyat agar menerima Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan. Hal ini harus dibangkitkan oleh kesemua jentera BN kenapa sekarang PAS mahu menagih undi perajurit?

PAS mana maruah kamu? perajurit kamu perlekehkan, perngorbanan mereka kamu tong sampahkan sekarang mahukah undi perajurit? sekarang mahukan mereka menangkan kamu? PAS harus jawab kenapa Tok Guru menyokong Chin Peng? Kenapa Pakatan Haram menyokong perjuangan Chin Peng?
PAS! Kahak yang kamu ludah ,mahu lagi kamu jilat? hanya semata mata mahukan undi dan kuasa politik? (Malaysia-instinct.com)

Saya berpendapat anggota tentera di Bagan Pinang dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin anggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang. Ini adalah satu kenyataan bahlul yang dibuat oleh seorang ahli politik. Dalam masa lain menghina tentera dan masa yang lain menagih undi. Jangan bodoh-bodoh tentera dengan ucapan-ucapan yang kosong dan berbelit-belit.

Bandar Tentera Darat Lembaran Baru PD

Bekas anggota keselamatan diberi tanah

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, October 1, 2009

Isa : Pilihan Rakyat Bagan Pinang.



"Siapa lagi yang hendak kita dengar selain daripada suara rakyat. PKR pun memilih perkataan rakyat dalam nama partinya- Parti Keadilan Rakyat. Pakatan pembangkang juga menggunakan perkataan rakyat untuk nama parti gabungan mereka iaitu Pakatan Rakyat. Najib juga menggunakan perkataan rakyat untuk slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan.

Atas pilihan dan sokongan rakyatlah juga Isa dipilih. Mungkin ramai orang berkata, prinsipnya 'pemimpin itu mesti bersih dan kelihatan bersih'. Bagi saya, antara prinsip dan sokongan rakyat saya akan memilih sokongan rakyat. Setelah mengambil kira pertimbangan ini saya akur dengan keputusan kepimpinan parti.

Kita telah memberi mandat kepada pucuk pimpinan maka pemilihan Isa sepatutnya diterima oleh semua orang. Kekuatan parti bergantung kepada kekuatan sokongan rakyat. Parti Keadilan Rakyat mana ada prinsip malah semata-mata berjuang untuk menjatuhkan kerajaan. Disebabkan Anwar itu berjaya menyusun gerakan mendapat sokongan rakyat maka semakin hari PKR bertambah kuat.

Dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat

Isa: Komen Dr Mahathir

Semua orang nak dengar komen Tun Dr. Mahathir Mohamad bila Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang setelah beliau berulangkali sebelum ini kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu tidak wajar bertanding.Namun ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Rabu untuk mengulasnya,bekas Perdana Menteri itu menerimanya dan menggangap ia adalah keputusan dan pilihan parti. Katanya pandangan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira dalam soal ini. Beliau menyarahkan kepada rakyat kawasan Bagan Pinang sendiri menentukan samaada Isa adalah pilihan tepat."Ia bagus, kita akan menang," katanya.Dr Mahathir bagaimanapun kata beliau tidak akan turun berkempen semasa pilihanraya kecil itu.-agendadaily

Bagan Pinang: Orang ramai rapat dengan Isa

PORT DICKSON: Orang ramai di Bagan Pinang melihat pemilihan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan memenangkan BN kerana beliau adalah tokoh yang sudah lama dikenali rakyat tempatan.

Tinjauan mendapati mereka rata-rata senang dengan Isa kerana sifatnya yang ramah mesra dengan semua orang, mudah dihubungi, sedia membantu mereka yang memerlukan bantuan serta sedia turun padang pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.

Kata mereka, Isa mempunyai “sentuhan peribadi” dengan penduduk Bagan Pinang sejak sekian lama kerana keluarga beliau berasal dari Kampung Bagan Pinang.


"Susah senang Isa sentiasa bersama kami. Kepimpinan Isa sejak dulu hingga kini disenangi semua rakyat," kata mereka.

Buruh ladang, K Sagesaran, 46, yakin Isa mampu meraih sokongan kerana keramahan tokoh itu sudah pun diketahui oleh penduduk Port Dickson.

Katanya, Isa mudah mengingati nama penduduk yang pernah berurusan dengan beliau serta tidak lokek dengan senyuman.

Peniaga, Salleh Misran, 40, tidak terkejut apabila Isa dipilih kerana tokoh ini sudah lama berada di pentas kepimpinan negeri.

"Saya masih bersekolah ketika beliau menjadi Menteri Besar. Saya dapati beliau senang bergaul dengan orang kampung, malah saya sendiri pernah dinasihatkan untuk belajar bersungguh-sungguh oleh Isa satu ketika dulu," katanya.

Peniaga Pasar Tani, Saudah Soib, 60, berkata Isa rajin menghadirkan diri dalam aktiviti orang kampung termasuk majlis-majlis keramaian mahupun kematian.

"Baik ketika dia menjadi menteri sehinggalah hilang jawatan, Isa sentiasa turun di atas jemputan orang kampung. Jadi, kalau dia menjadi wakil rakyat kami, Isa mendapat doa dan restu orang kampung macam mak cik," katanya.

Anthony Wong, 45, pekerja swasta, mengakui mengundi parti lawan semasa pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 lalu, tetapi jika Isa menjadi calon BN beliau akan menyokong tokoh itu.

"Saya akan rasa bersalah jika tidak menyokong Isa kerana beliau sendiri pernah menegur saya, malah kawan-kawan saya yang lain mempunyai pengalaman bertemu dan bermesra dengan Isa," katanya.

Pegawai pemasaran, S Rahul, 29, berkata beliau pernah bertemu Isa ketika kecil dulu dan melihat Isa sebagai faktor penentu kemenangan BN kali ini.

"Saya tidak tahu jika ada orang lain yang boleh menggantikan Isa sebelum pengumuman namanya dibuat orang sudah bercakap kemungkinan Isa akan menjadi calon BN. Ini menunjukkan populariti dan sokongan padu orang ramai terhadap Isa," katanya. - Bernama

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com"