Friday, October 16, 2009

Kembali Kerahmatullah......


Pada hari ini Jumaat 16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H, ayahanda saya Hj Mohamad bin Salleh telah kembali kerahmatullah jam 3.45 petang di Hospital Besar Batu Pahat akibat serangan jantung. Ayahanda berumur 75 tahun meninggalkan bonda Hjh Zainap binti Ismail, 10 orang anak dan 16 orang cucu. Jenazahnya telah selamat disemadikan bersebelahan dengan pusara nenda Maznah bt Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Lubok Laut, Semerah, Batu Pahat jam 7.00 malam tadi.

Sebagai anak sulong, saya adalah pengganti kepada ayahanda untuk menjaga ibu dan 9 orang adik-adik yang lain. Mudah-mudahan Allah akan memberi kekuatan kepada saya untuk menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah ke atas roh ayahanda , semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.......

Amir Hamzah
Batu Pahat.

32 comments:

Che Leh Jangok said...

Alfatihah.....
Semuga Allah menempatkan rohnya dalam barisan orang orang yang solihin. Inshaallah.

Tahniah kerana mendapat kesempatan diuji dalam usia masih muda dan badan masih gagah sasa untuk mengambil alih sebagai ketua keluarga.

Hamba teruji ketika usia sudah lanjut dan masih memikul t/jawab itu sehingga kini. Tetapi inshaallah. Bersama kita.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Assalamualaikum

Salam Takziah saya ucapkan kepada keluarga Saudara.

Saya doakan agar roh arwah bapa saudara ditempatkan dikalangan para solihin.

Saya juga berdoa agar ALLAH memberikan kekuatan kepada saudara menghadapi ujian Allah ini.

Saudaraku, Setiap benda yang hidup pasti akan mati, dan saya serta saudara juga sedang menuju kearah yang sama.

Sekali lagi saya dan keluarga mengucapkan ucapan Takziah kepada keluarga Saudara.

Wassalam.

KZSO said...

Innalillahiwainnahirojiun...
Semoga roh ayahanda saudara ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, beriman, para syuhada dan syurga yang terbaik.

Salam takziah dan redhalah kerana almarhum kembali kepada yang hak dan empunya.

Bersabar dan selalulah kirimkan amal jariah untuk roh almarhum...

Panglima Perang Cyber said...

salam..saya baru sedar kematian ayahanda saudara.

saya juga sudah mengajak sahabat blogger datang bertakziah di sini.

semoga beliau bersama Anbiya Awliya di alam sana.

Amin !

imanshah said...

Alfatihah, moga rohnya dicucuri Rahmat..

Arif Omar said...

alfatihah dan takziah. semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang beriman . Amin.

The Unspinners said...

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

Takziah dari kami. Muga rohnya dicucuri rahmat tuhan.

IeYzA said...

en amir..
takziah dari kami sekeluarga
semua en amir n family tabah menghadapi segala ujian
semoga arwah ditempatkan di kalangan para2 org yg soleh...amin

Jeffry said...

AL-FATIHAH..KWN UCAPKAN TAKZIAH KPD BRO DAN AHLI KELUARGA YG LAIN. SEMOGA ROH ARWAH DI CUCURI RAHMAT..AMIN YA RABALLALAMINN

J@J@ / Bini The Rock said...

Innalillahiwai'nnai'llaihiroji'un....

kepadanya kita akan kemabli jua...
semoga ayahanda Bro Amir di tempatkan bersama2 golongan Muslimim & muslimat dan semoga dia mendapat syafa'at nabi Muhammad S.A.W di sana nanti...

Al-Fatihah....

T.u.Y.a said...

salam takziah..
setiap kejadian Allah pasti akan pergi mengadapNya tanpa kita duga..

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan sentiasa dibawah lindunganNya di sana..

al-Fatihah..

p/s : eiza kirim salam takziah pada bro amir..

lenz said...

my sincerest and deepest condolences to you and your family, may God grant him the peace of Heaven...
"Surely we belong to God and unto Him shall we return"

kamal said...

ALFATEHAH....SEMOGA ALLAH AKAN MENEMPATKAN ARWAH AYAHANDA SAUDARA DITEMPAT PARA SOLIHIN DAN SEBAGAI SEORANG ANAK KITA HARUS TERUS MENGGIGATI DAN BERHUBUNG DENGAN TERUS MENSEDEKAHKAN ALLAHYARHAM....ALFATEHAH...

Selempang Merah said...

Salam takziah, bro sekeluarga..

Al-Fatihah..
Semoga Allahyarham bapa bro dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan anbiya' was solihin.. Amin..

Smoga bro sekeluarga tabah menghadapi ketentuan ilahi..

KUNTONG said...

Takziah. Maaf x dpt dtg kerana berada di KL. Tahu berita pun Lenz anta sms.

merah_s said...

Salam takziah dari saya untuk saudara, semoga tabah menghadapinya. Selalulah berdoa agar roh beliau sentiasa dirahmati Allah SWT.. Tiap yang hidup pastikan menemui Mati. Saya dan engkau akan menyusul arwah tidak lama lagi..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam kepada semua.....

Terima kasih banyak-banyak. Mudah-mudahan rohnya di tempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh.....

Terima kasih sekali lagi sahabat-sahabat semua.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Takziah diucapkan kepada tuan dan seluruh ahli keluarga. Mohon maaf kerana mendapat khabar yang terlalu lewat. Itupun selepas bertanya kepada YB Datuk Ariss dan YB (bakal) En. Ismail. Saya kenal walaupun tak rapat dengan arwah ayahnda tuan. Jasanya sebagai guru dan ahli masyarakat, pastinya mendapat balasan yang amat mulia di sisi Allah,
Maaf juga kerana tak berkesempatan menziarahi serta bersama2 dalam majlis tahlil. Terima kasih atas undangan tuan itu.

AloQStaQ said...

Kembali Sudah KeRahmatullah seorang lagi pejuang sejati demi bangsanya, agamanya dan tanahairnya... AlFatihah.

Bersyukur kerana Arwah meninggalkan anak-anak yang mampu mewarisi semangat dan kehebatannya demi meneruskan perjuangan Alif, Ba dan Taa ....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman disisi Allah SWT.

Salam Takziah.

AloQStaQ

keris panjang said...

Alfatihah.....
Salam Takziah saya ucapkan kepada keluarga Saudara.

Semoga roh arwah bapa saudara ditempatkan dikalangan para solihin.

ainul said...

Salam takziah buat saudara.semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman.Amin..

Miss 01 said...

Innalillahi wa inna ila hirajiunn.

Al-Fatihah.

Semoga tabah buat ahli keluarga arwah.

HALIM said...

al fatihah buat roh almarhum...Hj Mohammad bin Salleh....semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang diredahi allah...amin
Takziah saudaraku...amir...dari kami sekeluarga....tempohi dugaan ini dengan tabah dan sabar...

kudakepang said...

Saudara Amir Hamzah sekeluarga

Saya baru kesempatan menjengok blog anda dan terbaca kisah Allahyarham. Harap sampaikan salam takziah saya kepada ibunda anda dan anda sendiri dari saya sekeluarga. Sesungguhnya Allahyarham adalah seorang pejuang bangsa disepanjang hayatnya. Moga-moga roh Allahyarham akan sentiasa menerima cucuran Rahmat Allah SWT juga. Alfatehah!!! Ruhanie Ahmad dan keluarga, Kajang, Selangor

Muhammad Syukri Sa'adon said...

Salam Takziah kepada saudara sekeluarga..semoga Allah S.W.T mencucuri rakmat ke atas rohnya..

Al-Fatehah..

silent MP said...

AlFattihah.

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Tabah dengan ujian ini.

Local Fighter said...

Salam Takziah..

Semoga Allahyarham ayahanda saudara ditempatkan bersama orang yang diredhai Allah. Amin.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam,

Terima kasih sekali lagi. Komen-komen saudara semua membuat saya tidak terasa keseorangan.

Terima kasih banyak-banyak.

neezareef said...

takziah

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam neezareef,
terima kasih

zedmagel said...

SALAM SAUDARAKU,

TAKZIAH DARI SAYA SEKELUARGA, RASA SIMPATI DAN KEDUKAAN SAYA BERSAMA SAUDARA JUA.

MUDAH-MUDAHAN ROH ARUAH DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH SWT JUA.

DARINYA KITA DATANG, KEPADANYA KITA BERPULANG.AL FATEHA.....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,
Terima kasih kerana berkongsi rasa dengan saya.