Saturday, October 24, 2009

Samseng Kampung Dusun Dalam Pakatan Rakyat



Samseng Kampung Dusun dalam Pakatan Rakyat semakin hari semakin ramai. Samseng tua dan nak pencen adalah Anwar Ibrahim, sekarang ni menjadi ketua pembangkang atau ketua samseng dalam Dewan Rakyat. Budaya samseng dalam UMNO telah dipelopori oleh Anwar sehingga selepas beliau dipecat sebagai TPM beliau telah menggunakan orang-orang muda untuk berdemontrasi setiap Sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman. Bukan sahaja berdemontrasi tetapi merosakkan harta benda awam, menganggu perniagaan khususnya perniaga-peniaga kecil, menyesakkan lalu lintas di tengah ibu kota serta menganggu ketenteraman awam.

Namun begitu, ketua samseng ini bukanlah berani sangat seperti yang ramai orang sedia maklum. Beliau akan berani apabila beliau merasakan dirinya memang betul. Dalam kes terbaharunya dengan Saiful, Anwar nampaknya terpaksa tarik 'hand brake'. Kali ini dia betul-betul jadi samseng kampung malah lebih teruk daripada ketua samseng Kampung Dusun. Sekurang-kurang Syarif Dol bertarung juga dengan Ramlee walaupun kalah. Anwar langsung tidak masuk gelanggang. klik di sini.


Seorang lagi samseng duduknya di Perak. Sudah acap kali ADUN Pasir Panjang ini membuat onar dalam sidang DUN Perak. Tidak cukup di DUN Perak buat hal pulak di Parlimen. Ahli Parlimen Bukit Gantang ni benar-benar nampak macam samseng. Kalau dia pakai tocang nampak macam Ghee Hin atau setidak-tidaknya Hai San. Menyedari ADUN Pasir Panjang dan kuncu-kuncunya akan membuat hal kononnya UMNO akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN Perak. Tahu pulak samseng ni takut. Elok la tu samseng bertemu samseng. Klik di sini

Samseng terbaru pulak duduknya di Pantai Timur. Exco Kerajaan Negeri daripada sebuah parti Islam. Nampaknya pemimpin-pemimpin pun dah jadi ganas seperti pengikut-pengikutnya mengganas di Bagan Pinang. Kejadian yang berlaku di majlis hari raya Pas baru baru ini di mana seorang EXCO kerajaan Negeri Kelantan , telah menumbuk tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. Dengar cerita tetamu yang juga jurulatih silat itu tidak melawan, kalau melawan mungkin juga patah tulang hidung exco tersebut. Klik di sini

Berapa lagi agaknya samseng-samseng Kampung Dusun dalam Pakatan Rakyat? Ini baru dua tiga kerat dalam parti PKR dan PAS. Kalau dicampur dengan samseng DAP, menimbun agaknya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

16 comments:

Jeffry said...

HEHEHE TEGELAK KWN BACE POSTING KALI NI BROO!. ADOIYAI NUAR2..PE NAK JADI DAAA..TERNAK SAMSENG DAH MCM TAMBAH SAHAM NAK PEGI NERAKE CEPAT2 PLAK. DOSE YG LEPAS PUN X ABIS LG, DH STAT DOSE BARU..ALAHAI NASIB2

amieieda said...

samseng tua kutuk...tak sedar diri.. pencacai samseng exco kelantan....yang dah nyanyuk tak masuk list ke sedara?

cekodokmasin said...

salam tuan,
dia ni belajar dari amerika aka yahudi. jika ada masalah atau isu, ciptalah isu lain agar rakyat terlupa isu terdahulu. sebelum orang lain lupa dia tu masih hidup. baik cipta isu untuk bagitahu orang yang dia tu masih hidup...

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Lama saya tak menziarahi blog rakan-rakan, rindu serindu-rindunya.

Bukan setakat samseng taik kucing, dia orang ni tunjuk samseng tak bertempat. Kepada polis dan orang awam yang polos macam kita.

Rumah dan jiran kena ragut dan kena rompak depa buat tak tau sahaja. Pi lah gochoh kepada perompak dan peragut tu.

Taik ayam punya samseng...

Selempang Merah said...

Salam bro..

Biasalah samseng jalanan.. Dapat tauliyah dr Tok Gulu Bang NoWar.. Apa yg dibuat, pastinya telah dijanjikan syurga oleh Ketua Mufti PAS.
Wallahu a'lam...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry,
Kalau betul-betul samseng tak pe jugak. Kalau P.Ramlee masih hidup dia pun tergelak bosar tgok perangai samseng-samseng kampung dusun ni

Salam amieieda,
Yang dah nyanyuk tu kawan tak nak listkan. Tak sampai hati.....hehehe

Salam cekodokmasin,
Betul la bro, taktik orang dah boleh kesan. Tuko la taktik lain. Idea mrk macam dah tepu...

Salam bro zedmagel,
Samseng taik kucing, samseng taik ayam tu sama tak dengan samseng kg dusun atau lebih teruk lagi.

Salam selempang merah,
Kalau abang nuar betul-betul samseng jemput lah datang ke mahkamah.....takkan nak jumpa Saiful pun takut

Arif Omar said...

ada lagi samsengnya. si ronnie liu yang menendang di pejabat sprm, gobala samseng di ermatang pasir dan tain chua si pengigit tu serta ketua segala samseng di malaysia iaitu si nasaruddin tantawi yang ajak penyokong pas berjihad atas perkara fitnah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro arif omar,
Hehehe.....kalau ada tambah le lagi. Kalu nak ikut semua pemimpin pembangkang adalah samseng yang minum air yoeh hiap seng huhuhu

Selempang Merah said...

salam bro..

mungkin dia dh tahu, dia akan kalah dan bakal dijatuhkan hukuman..sbb tu dia takut..

Seperti kata pepatah Melayu :
"berani kerana benar, takut kerana salah" & "nak seribu daya, tk nk seribu daleh"..

Wallahu a'lam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam selempang merah,
Saya nak tunggu check mate Wan Azizah. Wan Azizah sedang berfikir-fikir tentang kepentingan politik suaminya atau kepentingan agamanya, bangsanya dan negaranya. Kalau Wan Azizah sanggup meletakkan jawatannya sebagai Presiden PKR dan keluar daripada PKR kerana tak tahan dengan minat luar biasa Anwar serta madunya Azmin......ini baru lah check mate politik Anwar. Bersediakah Wan Azizah menjadi janda? huhuhu

Selempang Merah said...

salam bro..

Susah sikit nak tunggu check mate Wan Azizah sbb dia masih setia pd suaminya tu.. kecuali suaminya sendiri yg ceraikannya atau ada hubungan sulit dgn perempuan lain atau dh kahwin lg satu.. Sebab tu la, kes liwat suaminya tidak memberi kesan pd dia dan tdk menggugat kedudukannya sebagai isteri DSAI.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam selempang merah
hehe wan azizah akan terus menyokong abe aljubur tersayang bukan kerana dia rasa aljubur itu bersih..tetapi kerana harga diri dan moral keluarga nya!!

hehe jika wan azizah rebah dalam isu ini..maka seluruh keluarga nya akan rebah sama!!!

hehe kena ingat..anak2 aljubur masih dok yakin yang aljubur ini manusia yang maha bersih...dan benteng yang membuat mereka percaya adalah wan azizah....hehe wan azizah sedar hakikat ini..dan kerana ini dia terpaksa menjadi kuat utk hadapi ini semua!!!!

Sh Aida Husna syed Hood said...

baguslah tu

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sh Aida Husna syed Hood,
Tima kasihlah mampir blog pakcik ni. Ni blog orang tua tau...hehehe
A'ha..pi tolong baba awk tu....kesian dia. huhuhu

Sh Aida Husna syed Hood said...

dia nak buat tapi macam tak naklah

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

mmm.....Dia mahu tapi malu.