Thursday, October 1, 2009

Isa : Pilihan Rakyat Bagan Pinang.



"Siapa lagi yang hendak kita dengar selain daripada suara rakyat. PKR pun memilih perkataan rakyat dalam nama partinya- Parti Keadilan Rakyat. Pakatan pembangkang juga menggunakan perkataan rakyat untuk nama parti gabungan mereka iaitu Pakatan Rakyat. Najib juga menggunakan perkataan rakyat untuk slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan.

Atas pilihan dan sokongan rakyatlah juga Isa dipilih. Mungkin ramai orang berkata, prinsipnya 'pemimpin itu mesti bersih dan kelihatan bersih'. Bagi saya, antara prinsip dan sokongan rakyat saya akan memilih sokongan rakyat. Setelah mengambil kira pertimbangan ini saya akur dengan keputusan kepimpinan parti.

Kita telah memberi mandat kepada pucuk pimpinan maka pemilihan Isa sepatutnya diterima oleh semua orang. Kekuatan parti bergantung kepada kekuatan sokongan rakyat. Parti Keadilan Rakyat mana ada prinsip malah semata-mata berjuang untuk menjatuhkan kerajaan. Disebabkan Anwar itu berjaya menyusun gerakan mendapat sokongan rakyat maka semakin hari PKR bertambah kuat.

Dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat

Isa: Komen Dr Mahathir

Semua orang nak dengar komen Tun Dr. Mahathir Mohamad bila Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang setelah beliau berulangkali sebelum ini kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu tidak wajar bertanding.Namun ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Rabu untuk mengulasnya,bekas Perdana Menteri itu menerimanya dan menggangap ia adalah keputusan dan pilihan parti. Katanya pandangan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira dalam soal ini. Beliau menyarahkan kepada rakyat kawasan Bagan Pinang sendiri menentukan samaada Isa adalah pilihan tepat."Ia bagus, kita akan menang," katanya.Dr Mahathir bagaimanapun kata beliau tidak akan turun berkempen semasa pilihanraya kecil itu.-agendadaily

Bagan Pinang: Orang ramai rapat dengan Isa

PORT DICKSON: Orang ramai di Bagan Pinang melihat pemilihan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan memenangkan BN kerana beliau adalah tokoh yang sudah lama dikenali rakyat tempatan.

Tinjauan mendapati mereka rata-rata senang dengan Isa kerana sifatnya yang ramah mesra dengan semua orang, mudah dihubungi, sedia membantu mereka yang memerlukan bantuan serta sedia turun padang pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.

Kata mereka, Isa mempunyai “sentuhan peribadi” dengan penduduk Bagan Pinang sejak sekian lama kerana keluarga beliau berasal dari Kampung Bagan Pinang.


"Susah senang Isa sentiasa bersama kami. Kepimpinan Isa sejak dulu hingga kini disenangi semua rakyat," kata mereka.

Buruh ladang, K Sagesaran, 46, yakin Isa mampu meraih sokongan kerana keramahan tokoh itu sudah pun diketahui oleh penduduk Port Dickson.

Katanya, Isa mudah mengingati nama penduduk yang pernah berurusan dengan beliau serta tidak lokek dengan senyuman.

Peniaga, Salleh Misran, 40, tidak terkejut apabila Isa dipilih kerana tokoh ini sudah lama berada di pentas kepimpinan negeri.

"Saya masih bersekolah ketika beliau menjadi Menteri Besar. Saya dapati beliau senang bergaul dengan orang kampung, malah saya sendiri pernah dinasihatkan untuk belajar bersungguh-sungguh oleh Isa satu ketika dulu," katanya.

Peniaga Pasar Tani, Saudah Soib, 60, berkata Isa rajin menghadirkan diri dalam aktiviti orang kampung termasuk majlis-majlis keramaian mahupun kematian.

"Baik ketika dia menjadi menteri sehinggalah hilang jawatan, Isa sentiasa turun di atas jemputan orang kampung. Jadi, kalau dia menjadi wakil rakyat kami, Isa mendapat doa dan restu orang kampung macam mak cik," katanya.

Anthony Wong, 45, pekerja swasta, mengakui mengundi parti lawan semasa pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 lalu, tetapi jika Isa menjadi calon BN beliau akan menyokong tokoh itu.

"Saya akan rasa bersalah jika tidak menyokong Isa kerana beliau sendiri pernah menegur saya, malah kawan-kawan saya yang lain mempunyai pengalaman bertemu dan bermesra dengan Isa," katanya.

Pegawai pemasaran, S Rahul, 29, berkata beliau pernah bertemu Isa ketika kecil dulu dan melihat Isa sebagai faktor penentu kemenangan BN kali ini.

"Saya tidak tahu jika ada orang lain yang boleh menggantikan Isa sebelum pengumuman namanya dibuat orang sudah bercakap kemungkinan Isa akan menjadi calon BN. Ini menunjukkan populariti dan sokongan padu orang ramai terhadap Isa," katanya. - Bernama

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com"

8 comments:

Jeffry said...

SLM BRO...PAS LANCARKAN SLOGAN BARU "BERSAMA KEHENDAK RAKYAT"..KEHENDAK SAPE?..BUKAN KEHENDAK DAP KER?

PAS SENGAJE CARI SLOGAN BARU UTK NAIK KAN SMANGAT PENCACAI DIA DI BAGAN PINANG YG DH LUNTUR SEBLUM BERTARUNG..BEGITU LAH KUATNYA SOKONGAN 'PEOPLE POWER' KAT TS ISA! HUHUHU

Che Leh Jangok said...

Salam Tuan .. Pohon semak gunaan istilah "Parti Pakatan Rakyat" yang merujuk kepada pakatan pembangkang. Pendaftaran sah baginya tidak ada kan ? Jadi parti pakatan rakyat itu tidak adalah. Betul tak ?

Jeff, Pas tu memang bijak cari slogan. Slogan tu untuk mereka ialah istilah lain bagi RETORIK. Sebenarnya mereka memang AHLI RETORIK.

Arif Omar said...

CENCARU ISA INI SELALU MAKAN PETANG. CENCARU INI AKAN MENANG BESAR.

al-Jauhari said...

salam bro..
Kita kene sokong pilihan rakyat..
Yg paling penting Isa Samad adalah calon disukai ramai.. Memang tepat dia bertanding.. Saya yakin PAS kalah.. sbb belum menang penyokongnya dh kurang ajar sane sini.. buat malu Melayu n Islam je.. Kalau menang....?

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Bro pun tahu Isa ni jaga kawan2, pengundi2, orang2 kampung macam mana. Tak pilih bulu. Tu yang mereka kekal dengan Isa walaupun tak ada apa2 jawatan lagi...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry,

Slogan 'Bersama Kehendak Rakyat' itu sebenarnya adalah slogan yang sesuai untuk Isa kerana Melayu, Cina dan India mahukan Isa menjadi calon dan menang di Bagan Pinang. huhuhu

Salam pakcik Che Leh Jangok

Maaf, kesilapan yang tak disengajakan. Pakatan yang tidak didaftarkan ....Pakatan Haram.....

Salam bro Alif Omar,

Berdasarkan sokongan rakyat kepada Isa, mungkin tradisi BN akan kekal di sini.....

Salam al-Jauhari,

PAS bukan sahaja suka memfitnah dengan menyakitkan hati tetapi sudah lebih-lebih sehingga menyakitkan fizikal orang lain pulak..... Nak jadi parti gangster kah?

Salam cekodokmasin,

Betul bro.....Isa 'jaga' pusing keliling, mesra, turun bawah, dan ambil pusing masalah rakyat. Patut dicontohi oleh pemimpin2 yang lain...

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Ayam katik sabung BN dah turun gelanggang, Moga menang sabung dan kampung tak tergadai.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Zedmagel,

Isa bukan ayam katek bro, cakap baik sikit. Sekarang kempen dah mula mengganas.....hehehe....ada juga yang kena penumbuk pulak. Sekarang dah tak kira berjanggut dan berserban tapi perangai macam keling mabuk todi. hehehe

Ayam yang sesuai untuk Isa ialah ayam serama la bro......