Saturday, October 31, 2009

1 Sekolah Sudah Boleh 'Tutup Buku'.




Idea 1 Sekolah seperti yang dicadangkan oleh banyak pihak termasuk daripada Prof. Emeritus Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, akhirnya hanya tinggal cadangan sahaja. Saya merasakan cadangan 1 sekolah ini sudah boleh 'tutup buku' apabila PM membuat kenyataan bahawa kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan.

Walaupun sebelum ini wakil PAS dan DAP telah memberikan sokongan di Parlimen menunjukkan ianya akan melalui proses yang mudah namun sebenarnya wakil PAS dan DAP sudah dapat menjangkakan bahawa MCA dan MIC pasti akan menjadi penghalang. PAS dan DAP sudah boleh mendakwa, idea 1 sekolah ini sebenarnya ditentang oleh parti komponan BN sendiri sedangkan di pihak pembangkang ianya tidak menjadi masalah. Satu permainan yang 'cantik' oleh PAS dan DAP.

Saya sendiri pun memang tidak berkeyakinan bahawa 1 sekolah ini dapat direalisasikan dalam waktu terdekat ini tetapi kerana hendak menyedapkan hati, 'layan'kan saja sokongan PAS dan DAP tersebut. Tentangan daripada MCA dan MIC bukanlah sesuatu yang memeranjatkan malah ianya sudah dijangkakan. Sepanjang umur saya, belum pernah saya terdengar ,terbaca dan terlihat kedua-dua parti ini mengorbankan kepentingan mereka demi kepentingan negara. Belum pernah.....

Sedangkan 1 sekolah ini jika dilaksanakan akan menjadi sekolah 1 aliran yang menggunakan 1 bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu sejak daripada sekolah rendah lagi. Ini bermakna, SRJK(C) dan SRJK(T) akan dilupuskan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah yang diwarisi sejak zaman penjajah ini sememangnya adalah agenda British supaya tidak wujud perpaduan antara kaum di Tanah Melayu ketika itu. British telah memberi tempoh 10 tahun selepas 1957 untuk melihat keamanan yang berpanjangan selama tempoh itu. Jika dalam tempoh itu, berlaku pergaduhan kaum, British akan mengambil semula hak kemerdekaan yang telah diberikan.

MIC dan MCA menentang cadangan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran, dengan mengatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang tidak akan menghalang usaha ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

Presiden MIC S.Samy Vellu , berkata sekiranya cadangan itu dikemukakan dalam usaha menjalin perpaduan kaum, ada banyak cara lain lagi untuk melakukannya dan bukan melalui sistem pendidikan satu aliran. Teringin juga hendak mendengar cadangan daripada Presiden tua ini tentang satu idea yang berkesan untuk perpaduan tulen di negara ini.

Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berpendapat sistem persekolahan pelbagai aliran patut diteruskan kerana ia tidak akan menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini."Ia bukan penghalang kepada perpaduan nasional, sebaliknya bantu menerapkan semangat bersatu padu di kalangan masyarakat majmuk,"

Saya tidak berminat untuk membincangkan lebih lanjut tentang alasan-alasan basi dan lapuk kedua-dua pemimpin ini tetapi saya teringat sebuah buku yang ditulis oleh H.M.Tuah yang bertajuk 'Nak atau Tak Nak'. Saya juga teringat dengan peribahasa Melayu,'Hendak seribu daya, Tak Nak seribu dalih'. Bagi kedua-dua pemimpin basi ini sesuai benar kata-kata ini untuk anda berdua.' Orang cerdik mencari jalan, orang dungu mencari alasan'

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

17 comments:

JEBAT MENGKUDA said...

Saya memang TAK setuju sekolah macam ni...cukuplah pelajaran agama ISLAM menjadi korban dalam sekolah kebangsaan yang ada sekarang...BETAPA RAMAI ORANG MELAYU ISLAM tidak mahir membaca Quran dan Tulisan JAWI...sedangkan Cina dan India TETAP dapat KEKALKAN tulisan, bahasa dan agama mereka...

Kembara Politik said...

Salam Jebat Mengkuda,

Pelajaran agama Islam menjadi korban dalam SK? Fakta mana tu?

Faktanya: Di SK pelajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Asas Fardu Ain semakin mantap. Statistik Kementerian Pelajaran jelas menunjukkan program j-QAF suatu kejayaan besar!

Tenaga pengajar j-QAF ini pula adalah lulusan ijazah yang diiktiraf universiti tempatan dan malahan dari universiti luar seperti Jordan dan Mesir.

Berbicara biarlah berdasarkan fakta. Satu aliran bermaksud sekolah-sekolah vernakular mesti diserap dalam sistem tunggal iaitu sistem Sekolah Kebangsaan yang menggunapakai bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Bahasa (tulisan) lain tetap dibenarkan sebagai mata pelajaran elektif (malahan bahasa Tamil dan Mandarin sudah pun ditawarkan di SK atas permintaan PIBG). Dan Satu Sekolah tidak menyentuh pun tentang penghapusan sebarang agama. Dan tak ada pun cakap nak roboh bangunan mana-mana sekolah.

Rujuk laman berikut untuk maklumat lanjut yang saya kira sungguh bermaklumat:

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/

Terima kasih.

Kembara Politik said...

Salam Tuan Amir,

Pada pendapat saya, kenyataan DS Najib itu saya tafsir sebagai: Rakyat kena tunjuk sokongan kepada sekolah satu aliran. Jika ramai yang mahu maka Kerajaan mesti akan timbangkan. Bukankah DSN cakap: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan? Jika sekiranya orang politik dah tak mampu sangat nak buat keputusan, apa salahnya diberikan kuasa membuat keputusan kepada rakyat. Buat satu pungutan suara peringkat nasional. Referandum nasional lah. Rakyat tentukan. Habis cerita. Sebarang keputusan referandum adalah mutlak dan muktamad. Setuju?

Persoalannya: Beranikah ahli politik kita? (Atau ada telurkah ahli politik kita?). Kalau tak ada elok kalau kita jumpa mereka nanti kita sedekahkah telur ayam.

surrogate said...

52 thn merdeka masih lagi bertelagah pasal sekolah satu aliran,Bahasa Melayu?

Disebabkan takut hilang undi,maruah negara digadaikan

Contohi lah Indonesia,jangankan sekolah;nama,tulisan semua tak boleh

Kaduk dah naik junjung

Selempang Merah said...

Salam bro..

Saya sokong bro tolak pandangan Kembara Politik..

Kerajaan kita tidak memusnahkan pelajaran agama di sekolah rendah dan menengah dan ia semakin dimartabatkan dan diperkukuhkan lagi.

Cuma kadang2 kurang dpt sokongan dr kalangan ibu bapa sbb mereka pun lemah dlm penulisan dan bacaan JAWI. Oleh itu, hanya mengharapkan pembelajaran dr guru di sekolah sahaja. Bila di rumah tutup buku, buka televisyen.. hehe..

Bagi saya, lebih baik setiap negeri di Malaysia mencontohi negeri JOHOR yang telah mendaulatkan pengajaran agama Islam dan memartabatkan JAWI sejak Zaman Sultan Abu Bakar lagi.

Malah ada beberapa negeri tlh mencontohi Johor spt Selangor, Sabah dll. Sebelah pagi di sekolah kebangsaan dan petang pergi ke sekolah agama.. ATAU Sebelah pagi sek. agama dan ptg pergi sekolah kebangsaan. Barulah tiada masalah keciciran..

Saya sebagai saksi bahawa di Sek. Ren./Men. Keb. semuanya cukup lengkap.. semua mata pelajaran bahasa diwujudkan..manderin, tamil, b. arab dsb. Tapi malang seribu kali malang, pelajar cina n india, bila masuk sek. men. keb. semua kene masuk kelas peralihan.. mcm warga asing baru nk jd warga negara Malaysia.. Sedih seribu kali sedih.. Mengaku rakyat Malaysia, tp tk menguasai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu FAIL.. Bila berkomunikasi hancur lebur..

Berbanding dgn pelajar Cina dan India yg ibubapanya ada kesedaran dan menghantar anak2 mereka ke sek. kebangsaan, hubungan mereka lebih mesra, kadang2 penguasaan bahasa Melayu lebih hebat dr pelajar Melayu sendiri.. Malah tiada perasaan kekitaan antara kaum berbanding pelajar di kelas peralihan.

Manakala DAP dan PAS menyokong penuh hasrat kerajaan memang patut. Mereka pn memang dh tahu MCA & MIC memang tk sokong. Oleh itu, PAS & DAP sengaja sokong bagi melaga-lagakan Komponen BN agar bertelagah dan berpecah. Sebab setahu saya, DAP dari dulu memperjuangkannya kekalkan sekolah yg sedia ada dan PAS memang tdk setuju 100% sbb tkt Sekolah Pondok ditutup dsb.

Jika Kerajaan Berusaha bersungguh2 utk menjayakan hasrat satu sekolah.. saya cadangkan agar PIBG di seluruh negara bermesyuarat dan menghantarkan memorandom setuju atau tidak. Kemudian baru buat keputusan. Bila ahli politik dr kalangan org lama spt samy vallu dll, mungkin memang perjuangannya tetap kekal dan rasanya dh basi bg warga muda generasi skrg.

Wallahu a'lam..

Kembara Politik said...

Salam Tuan Selempang Merah,

Saya tetap menyokong sekolah agama di waktu petang. Malahan saya pun produk yang sedemikian. Pagi di sekolah kebangsaan dan petang pula ke sekolah agama.

Saya cuma menyanggah pandangan Sdr Jebat Mengkuda berkenaan sekolah kebangsaan yang menulis seperti berikut:

"Saya memang TAK setuju sekolah macam ni...cukuplah pelajaran agama ISLAM menjadi korban dalam sekolah kebangsaan yang ada sekarang...BETAPA RAMAI ORANG MELAYU ISLAM tidak mahir membaca Quran dan Tulisan JAWI...sedangkan Cina dan India TETAP dapat KEKALKAN tulisan, bahasa dan agama mereka..."

Bagi saya, sekolah agama masih menggunakan konsep 1 aliran iaitu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Masalahnya cuma Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang gunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar utama sedangkan pendidikan adalah sesuatu urusan rasmi.

Rujuk:

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/05/satu-sekolah-untuk-semua-pelan-induk.html

dan

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/06/satu-sekolah-untuk-semua-pungutan-suara.html

Terima kasih.

ahaa said...

Kita tengok sama ada Najib betul-betul nak serahkan kepada rakyat membuat keputusan, atau dia ambik pendekatan untuk popularkan politiknya dengan hanya mendengar MCA/MIC/Gerakan/PPP yang bersifat perkauman itu bersuara membantah, maka dia kata orang ramai tak setuju.

Sepatutnya Najib lebih bersifat terbuka, jgn buat statement yg nampak memihak kpd tak setuju, kalau betul dia nak serah kpd rakyat. Najib mana ada teloq.... dah di picit hancoq oleh Rosmah.

Arif Omar said...

sadaqalallah hul azim. mukhlisin. 2 pemimpin MIC dan mca ini termasuk seekor lagi Koh Tsu koon ini sepatutnya hanya layak diletak di muzium orang asli air keroh melaka sahaja. atau letakkan di taman ular juga diair keroh. boleh juga manusia-manusia dan koloni2 tertentu menonton bagaimana bodoh dan perkaumannya mereka ini.

amieieda said...

salam,

saya rujuk posting abang ariff..
apa kurangnya nazri aziz abang arif.....

usah mimpilah malaysia nih nak ada sekolah satu aliran,walaupun ternyata ia satu usaha yang baik.

kalau pun kerajaan wujudkan juga dengan mengambil kira suara majoriti saya pasti puak minoriti akan heret ke mahkamah, zaman la nih semua nak ke mahkamah!!...

kalau rakyat menyokong, ibu bapa pelajar cina dan india pasti akan memulakan persekolahan anak mereka di SK...

macam2 nanti di katakan kurang jatidiri lah, nanti tak faham budaya sendirilah.

teman udah nyampah ngan nazri aziz. takut guris hati kaum cina dan india lah...woi biasiswa melayu tuh miker rasa tak guris hati orang melayu?

puak2 PAS DAP n PKR pun tunjukla yang diaorang nih terbuka...pooorah

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam JEBAT MENGKUDA,
Saudara boleh merujuk komen saudara kembara politik dan website yang diberi....

Salam Kembara Politik,
Dalam keadaan politik sekarang cadangan saudara itu agak sukar dilaksanakan. Bukan kerana mereka takut tapi 'telor' ahli politik Melayu sudah diikat dengan ugutan dan permainan politik Cina
perkauman.Inilah akibatnya jika politik Melayu lemah....kaduk sudah naik junjung.

Salam surrogate,
Orang Cina dan India lebih mementingkan tembolok sendiri daripada kepentingan nasional. Perpaduan hanya bermain di bibir sahaja tidak di hati. Kalau hak Melayu habis nak dihapuskannya , kalau hak mereka jangan mimpilah....Bangsa lupa sejarah...tamak haloba.

Salam Selempang Merah,
Sesetengah Cina dan Keling ni memang sengaja tak nak kepada perpaduan. kalau ada hanyalah perpaduan plastik. Nak belajar cakap Bahasa melayu pun tak mau sedangkan itu bahasa kebangsaan. Macam mana nak bersatu melalui 1 bahasa. Kalau nak dah lama mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Tengok perkerja bangla, nepal dan vietnam tak sampai setahun kerja di sini dah fasih cakap melayu.

Salam ahaa,
Najib kata dia bukan saja presiden UMNO tetapi juga pengerusi Barisan Nasional. Dia kata lagi, Dia bukan Perdana Menteri untuk orang Melayu tetapi PM untuk semua rakyat Malaysia. huhuhu

Salam bro Arif Omar,
Dahulu juga....tahun-tahun 60an, 70an dan awal 80an...perpaduan rakyat Malaysia begitu terserlah melalui sukan. Kita masih lagi ingat nama-nama ahli-ahli sukan tanpa mengira kaum. Sokongan sama ada di stadium bola atau dalam gelanggang ada semata-mata kerana Malaysia.

Semua kaum peminat bola mengenali Ghani Minhat, Nikmat Abdullah, Syed Ahmad, Lim Chong Wah, Soh Chin Aun, Santokh Singh, V.Arumugam, James Wong, Hassan Sani, Mokhtar Dahari dll. Begitu juga dengan nama-nama besar dalam badminton seperti dominic song, James sevaraj atau pemain-pemain hoki yang mendapat tempat keempat dalam Piala Dunia Kuala Lumpur tahun 1975 sentiasa mendapat sokongan padu dan tepukan gemuruh daripada penonton tanpa mengira kaum.

Ternyata sukan berjaya menyatukan semangat 1 Malaysia walaupun tidak ada slogan canggih pada waktu itu. Pesta bola merdeka maupun Piala Thomas menjadi saksi sokongan padu rakyat Malaysia sehingga Malaysia menjadi jaguh bagi ke dua-dua sukan itu. Malaysia berjaya melayakkan diri ke sukan olimpik di Munich tahun 1972 dan Moscow 1980. Bagi kedua-dua team ini kita dapati, pasukan itu mempunyai pemain pelbagai kaum. Nyata 1Malaysia sudah wujud sekian lama dan dipraktikkan, namun selepas itu.........

Salam amieieda
Kita hasratkan pelajar-pelajar ini bergaul sejak kecil di satu bumbung pendidikan, satu tempat yang mulia untuk menuntut ilmu disamping melakukan pelbagai aktiviti bersama menggunakan satu bahasa pengantar iaitu bahasa kebangsaan yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Jika selama 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah, saya yakin anak-anak kita saling memahami bahasa , budaya, cara hidup dan sejarah asal usul pembentukan negara ini. Dengan menggunakan 1 bahasa pengantar utama adalah diharapkan rakyat Malaysia boleh disatukan dengan satu bahasa.

Saya rasa sekolah 1 aliran tidak menyekat mana-mana pelajar untuk menuntut ilmu. Semua pelajar di Malaysia wajib diberikan pendidikan asas sejak umur 7 tahun hingga 17 tahun. Kegagalan untuk menghantar anak-anak ke sekolah boleh menyebabkan ibubapa pelajar di denda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali. Tidak demokrasikah ini?
Jika ada anak-anak kita dihalang untuk mendapat hak belajar atau mendapat pendidikan baru lah kita tidak demokrasi dalam pendidikan negara.
Itulah komen saya atas kenyataan Nazri Botak.

amieieda said...

secara keseluruhan saya setuju dengan setiap lontaran pendapat saudara.

tetapi mengambil kira yang terhasilnya sekolah berkonsep vernakular yang dijeniskan T dan C yang juga merupakan perlembagaan negara maka dnegan sebab itu saya berpendapat akan ada adegan saman menyaman yang bakal berterusan.

saya dan majoriti rakyat sudah jemu dengan mainan politik ini sekalipun saya amat menyokong mewujudkan sekolah tanpa sempadan kaum!!! kerana terbukti yang sekolah dizaman ibu bapa saya (pencen kerajaan), konsep 1 malaysia telahpun tersemai dan masih subur dengan permuafakatan kaum, saya merujuk perjumpaan batch mereka SYS Batu Gajah.

jauh disudut hati mahu melihat putra saya yang seusia ummi putri saudara tidak lagi disempitkan survival politik "jahat"...

cadangan saya mudah, Sekolah Kebangsaan dah ada, dengan segala hormatnya ibubapa C n T dapat menghantar anak2 mereka ke SK2 seluruh negara. sekaligus memartabatkan bahasa kebangsaan!!!

KUNTONG said...

kita Melayu dn Islam sudah terlalu banyak berkorban untuk kaum Cina dan India, tetapi inilah balasannya . Tapi yang terkilan ialah kita Melayu sendiri yang menghalang ke arah perpaduan sesama bangsa dan Agama.Niat kerajaan sentiasa murni demi untuk keamanan negara, tetapi bagi sesetengah warganegra teringin sangat hendak melihat huruhara di negara ini.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam amieieda,
Apa yang menarik ialah saranan sekolah satu aliran ini datangnya dari seorang bukan Melayu (tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim )yang melihatnya bukan dari segi kepentingan bangsa sendiri tetapi kepentingan nasional. Sepatutnya lebih ramai bukan Melayu bersikap seperti beliau kerana jika pemimpin Melayu yang bersuara tentang sekolah satu aliran ini, sudah tentu orang bukan Melayu akan merasa bahawa hak keistimewaan mereka untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka mahu ditarik balik. Begitu juga tentang hak keistimewaan orang Melayu, hanya pemimpin Melayu yang boleh cadang untuk tarik balik, jika pemimpin bukan Melayu yang cadang ia pastinya akan ditentang kerana menganggap hak mereka sudah dicabar.

Jika hak keistimewaan bukan Melayu untuk belajar dalam bahasa ibunda sedia dikorbankan, orang Melayu juga harus bertolak ansur tentang pembahagian kaya negara dengan setiap warganegara di Malaysia demi semangat 1Malaysia.

Saya juga mengharapkan putri dan putra kita yang masih kecil dan tak tahu apa-apa akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik daripada kita.

p/s SYS Batu Gajah tu adalah laluan saya satu waktu dahulu sama ada ke Tanjung Tualang/Kg Gajah atau ke Tronoh dan Siputeh/Kg.Piandang. huhuhu...10 tahun dah tak ke sana. Kalau ada ke Perak tak lalu Batu Gajah. Sekolah itu adalah sekolah DYMM Sultan Azlan. English medium masa itu. Ada banyak kenangan di Kg Pisang. Batu Gajah.


Salam pak cik Kuntong,
Ye benar pakcik. Melayu berpecah dengan melayu dan satu lagi Melayu dengan bukan melayu. Ada orang berkata, kalau melayu sendiri tak boleh bersatu dengan bangsanya sendiri bagaimana nak berpadu dengan orang yang berlainan bahasa, budaya, agama dan cara hidup. Bagi mereka keadaan sekarang tanpa pergaduhan dan rusuhan kaum sudah dikira baik. Mereka berkata, jangan terlalu memberi harapan kepada satu perpaduan yang ideal.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

SIBIJAK MENCARI JALAN,
SIDUNGU MECARI ALASAN.

SIPEKAK TERTANYA-TANYA,
SIBUTA SONGSANG BERJALAN.

SITEPUK DATANG MENGINSUT,
SIKURAP MENYONGSONG ANGIN.

SIKECIL BERLARI ANAK,
SITUA HADIR BERTONGKAT.

SIJULING PANDANG BERKALIH,
SIJELITA TERSIPU MALU.

SIRENDANG PANDANG BERTINJIT,
SIPANJANG RENDAH MEMANDANG.

YANG TAK FAHAM CUBALAH BERTANYA,
YANG BIJAKSANA SILA TERANGKAN,
YANG TAK TAHU TERMANGU-MANGU,
YANG FAHAM DAN TAHU JANGAN BUAT KELIRU.

DIATAS INI SEMUA SIFAT ORANG MELAYU YANG MELATAH APABILA DIJOLOK DENGAN SATU ISU, YANG SEPATUTNYA DAH LAMA SELESAI.

Jeffry said...

PERGHH SEKALI2 BRO ZED BERMADAH, TEBELIAK GAK MATE KU INI HEHEH..APA PUN BRO TERUSKAN PERJUANGAN!..

YANG PIPIH TAK AKAN DTG BERGOLEK..

EWAHH..tah btul ke tak tidak?..heheh

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Apa yang tinggal pada Melayu kalau semua telurnya sudah dilambung-lambung oleh sepet dan botol kicap.
Belum dibincang sudah ada Melayu yang membangkang.
Belum disiap, sudah ada darah yang menyirap.
Belum diterang, sudah ada kaum menentang,
Belum diajar, sudah ada yang terlebih ajar,
Belum terlaksana, sudah ada yang mengaku merana.
Kalau tak dipecah ruyung, manakan dapat akan sagunya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Zedmagel,
Bro perli siapa tu? Kalau nak perli Nazri Botak tu kawan setuju.....
Apa-apa pun 'madah berhelah' bro tu memang tepat mengena batang hidung pada mereka yang faham.....hehehe

Salam Jeffry,
Yang pipih tak datang melayang
Yang bulat tak datang bergolek

Rasa-rasanya tu 'madah berhelah' dia yang terakhir sebelum berangkat menunaikan rukun Islam ke 5 pada 10/11/2009 akan datang. Semoga bro zedmagel dan ayahandanya Pak Mail akan memperolehi haji yang mabrur.....

Salam cekodokmasin,
Betul....kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kalau tak buat mana nak dapat hasilnya. Siang-siang dah ditolak mentah-mentah oleh kaum pendatang tak sedar diri. Lebih mengecewakan ada juga orang macam Nazri botak yang membuat kenyataan macam orang tak pegi sekolah. hehehe