Sunday, October 4, 2009

PAS Mahu Undi Tentera Tetapi Sokong Chin Peng


Bila sebut sahaja Port Dickson ramai akan terbayang tentang pusat-pusat peranginan menarik yang terdapat di sana. Selain daripada pantai yang bersih memutih, PD terkenal juga dengan kem-kem tentera yang sudah diketahui ramai sejak dulu. Pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang pada 11 Okhtober ini telah menarik perhatian ahli-ahli politik untuk berkempen bersama-sama rakyat Bagan Pinang dan tidak ketinggalan kepada tentera-tentera yang berada di kem-kem tentera di situ. Jangan lupa, daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang, 4,604 adalah pemilih pos yang hampir semuanya dari kem tentera.

4604 undi pos dari kem-kem tentera ini menarik minat parti PAS kerana mereka telah berjaya meraih lebih seribu undi daripada kem-kem tentera dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Dengan majoriti yang semakin mengecil yang diperolehi oleh BN telah memberi keyakinan kepada mereka dengan mengatakan anggota tentera telah bersedia untuk membuat perubahan iaitu mengundi PAS walaupun mereka tahu tidak ada satu jasa pun yang diberikan oleh PAS kepada tentera khususnya di kem-kem yang ada di Bagan Pinang.

Saya yakin anggota tentera tidak akan lupa dengan jasa-jasa Najib ketika menjadi menteri pertahanan yang telah membawa banyak kebaikan khususnya dengan perubahan tangga gaji yang semakin baik. Disamping itu dengan pembelian senjata-senjata yang canggih yang telah meningkatkan kualiti ketenteraan negara.Tidak kurang juga dengan jasa-jasa Isa selama 22 tahun menjadi MB Negeri Sembilan tentunya tidak sedikit sumbangan yang ditaburkan. Saya kira terlalu banyak jasa-jasa kerajaan kepada tentera dan bekas tentera termasuklah pemberian tanah-tanah kurnia.

Bagaimana pula dengan sumbangan tentera yang diterima daripada PAS? Bukan sahaja tiada apa-apa yang diberi untuk membela nasib tentera malah telah mengecilkan hati para pejuang dan perwira negara itu. Semasa Nizar menjadi Menteri Besar Perak berapa ekar tanah yang dikurniakan kepada para pejuang negara ini? Walaupun 11 bulan menjadi MB Perak, beliau telah memberi hak milik tanah 999 tahun kepada penduduk-penduduk Kampung Baru yang rata-rata diantara mereka itu adalah penyokong komunis semasa darurat dahulu. Mengapa tentera tidak didahulukan? ketika mereka berkuasa, tentera dan perwira negara ini dilupakan tetapi di Bagan Pinang ini undi tentera mahu diraih pula.

Selain itu, PAS turut mengiktiraf Chin Peng sebagai nasionalis dan menyokong agar Chin Peng di bawa balik ke Malaysia. Bukankah PAS telah mengecewakan ramai hati-hati dan perasaan tentera dan bekas tentera yang berjuang di hutan satu waktu dahulu? Bagaimana perasaan ahli-ahli keluarga tentera yang terbunuh, tercedera dan hidup merana hingga ke hari ini?

Sebelum ini heboh satu negara apabila Tok Guru PAS sendiri menyatakan Chin Peng seorang nasionalis,Kesemua pemimpin pakatan haram mengangkat perjuangan komunis sebagai nasionalis,hanya semata mata mahu menutup sejarah yang UMNO sebagai antara pejuang dan merintis kemerdekaan. Sokongan tidak berbelah bahagi kepada penganas komunis seperti Chin Peng telah menghalalkan perjuangan puak komunis ini sehingga melupakan pengorbanan pejuang pejuang Melayu,anggota keselamatan dan rakyat yang terkorban akibat keganasan komunis.

Malah 'Pakatan Haram' telah membuat satu usaha agar Chin Peng di benarkan kembali ke tanah air,usaha mereka juga ingin mengubah kotak pemikiran rakyat agar menerima Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan. Hal ini harus dibangkitkan oleh kesemua jentera BN kenapa sekarang PAS mahu menagih undi perajurit?

PAS mana maruah kamu? perajurit kamu perlekehkan, perngorbanan mereka kamu tong sampahkan sekarang mahukah undi perajurit? sekarang mahukan mereka menangkan kamu? PAS harus jawab kenapa Tok Guru menyokong Chin Peng? Kenapa Pakatan Haram menyokong perjuangan Chin Peng?
PAS! Kahak yang kamu ludah ,mahu lagi kamu jilat? hanya semata mata mahukan undi dan kuasa politik? (Malaysia-instinct.com)

Saya berpendapat anggota tentera di Bagan Pinang dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin anggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang. Ini adalah satu kenyataan bahlul yang dibuat oleh seorang ahli politik. Dalam masa lain menghina tentera dan masa yang lain menagih undi. Jangan bodoh-bodoh tentera dengan ucapan-ucapan yang kosong dan berbelit-belit.

Bandar Tentera Darat Lembaran Baru PD

Bekas anggota keselamatan diberi tanah

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

Ekeng A/L Etong said...

PAS boleh diibaratkan seperti mengkarung, yang boleh berubah warna ikut suasana demi survival. Dulu pun PAS pernah mengkafirkan orang UMNO kerana berkawan dengan Cina dan India dalam BN. Tapi sekarang PAS bersekongkol dengan Cina dan India dalam DAP dan PKR. Tak timbul langsung isu kafir.

Sekarang pula PAS menyokong komunis tapi macam saudara tulis, dalam masa sama mereka hendakkan sokongan tentera dalam PR Badan Pinang. Usah dihairankan sikap PAS yang tak pernah ada pendirian. Itulah politik PAS!

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Sangat menarik permainan politik PAS, harapkan undi Tentera tepai nak bawa balik musuh utama tentera.

Seperti memuntahkan, lepas tu telah balik. Jika istilah ini boleh digunakan.

Anonymous said...

haha! yang pasti BN akan menang undi POSt.. jasa najib mmg tidak akan dilupakan... PAS pernah mengutuk mencaci maki tentera.. pasti tidak akan dapat menawan undi Pos tentera..

Arif Omar said...

MEMG MUKA SESUMPAH DAN PELACUR POLITK INI MUKA TAK MALU DAN TAK ADA MUKA. MUKA DISOROKKAN DISEBALIK TANDA PUUTHU DNA SERBAN. ITU YANG TAK MALU DAN TAK TAHU MALU. PELACUR DI CHOW KIT ADA JUGA MALUNYA . SOROK-SOROK TAWARKAN PERKHIDMATAN. NAK TAWARKAN PERKHIDMATAN HARAM PUN DIA LIHAT-LIHAT ORANG DAN PILIH ORANG JUGA. PAS INI TIDAK. ASAL MENANG , REMBAT AJE

Anonymous said...

SLM BRO...DLM SATU CERAMAH HADI DI BAGAN PINANG ADA LA BAPER KERAT JEK YG DTG DGR. TU PUN HARAPKAN PENCACAI2 PAS SEKOR DUA, TUKANG JAGE KETA, TUKNG BANCUH AIR, TUKANG PASANG WAYER MIKROPON, APEK2, ANEY2 DAN X LUPE JUGAK SI PENGUTIP "CUKAI" DGN TIN BISKOTNYE KEHKEHKEH

Anonymous said...

SALAM.
PAS hari ini diantara golongan yang sudah munafik...ciri-ciri munafik sudah berada bersama lingkaran serban mereka berselimut bersama jubah hijau.

Bukankah bila sudah munafik...bermuka-muka itu sudah menjadi sebahagian rupa paras mereka.

Jadi segala tindak tanduk PAS kita tidak perlu pertikaikan lagi...lebih-lebih lagi mereka sudah satu selimut bersama kapiaq harbi...Islam apa lagi yang mereka ada hanya sekadar Islam kulit melindungi islam baka mereka.

Hari terbukti PAS[puak kapiah Harbi] ini bukan islam lagi...apakah kita lupa Hukum Ulama mereka...bila berkerjasama dengan kapiaq harbi mereka sudah bertaraf serupa.

Hari ini jgn kita pertikaikan lagi Islam mereka hanya kulit di luar saja...dalamannya sudah sah "KAPIAQ"

Kita bukan mampu mengkapiaqkan mereka...tapi Hukum dari Ulama mereka serta ayat dari Allah swt telah memberi panduan pada kita.

Hari ini jangan kita ragui ayat-ayat allah swt..berhubung taraf Islam lagikah mereka.

Ayat dari Surah al-Baqarah telah jelas memberi bukti kepada kita...PAS hanya satu bangsa dengan kita tapi bukan lagi seagama dengan dengan bangsanya.

Kerana yang menyatukan kita bukan Bangsa tapi Agama.

Selempang Merah said...

Salam Bro Amir..
Biasalah bro.. PAS ni "ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Apatah lagi pemimpin-pemimpin PAKATAN HARAM semuanya talam dua muka.. Sesama sendiri pun bertelagah.. Hanya satu sahaja matlamat mereka yang sama iaitu MATLAMAT MENJATUHKAN KERAJAAN BN (UMNO).. Lepas tu berlaku perebutan kuasa sesama mereka.. Cuma yang sedih, masih ramai lagi orang kita yang tak sedar diri sebab tetap sokong PAKATAN HARAM tu.. Yang pelik, ulamak mereka bukan main mesra dengan KAFIR HARBI dan KUNCU-KUNCU saki baki KOMUNIS MALAYA.. Apa cadangan bro..?

afrohead said...

ehehehehe lawak pun ada pakcik2 PAS ni..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam sejatera Ekeng A/L Etong
PAS macam Anwar juga macam sesumpah....

Salam bro zedmagel,
Dah ludah berkahak jilat balik....tak malu.....

Salam Media Cyber,
Dapat lah 20-30 undi tentera. Yang lepas tu sampai terlebih 1000 undi sebab satu Malaysia marah Pak Lah.huhuhu

Salam bro Arif Omar,
Sesumpah....sekejap macam ulamak, sekejap macam pelacur. sekejap macam kaki pukul...hehehe

Salam Jeffry,
Sapa lagi nak dengor umpat keji mereka tu. Buat kering tekak aje bro. Orang dah tau dia tu kaki klentong.

Salam Aku,Pasbuih Dan Siamang,
Apa lagi yang boleh diharap dengan PAS. Habih dilondeh oleh Anwar dan DAP. Ulamak bila main politik lagi ligat......

Salam selendang merah
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. fatwa ini sudah masuk longkang......

Salam anas afrohead,
ala emak khawin kan aku....ha hai ha hai ketawa la lagi.....

Selempang Merah said...

Salam bro..

Biasalah bro.. Kalau dh nama ulamak PAS, fatwa dia orang yang mengarut-ngarut boleh berubah-rubah ikut nafsu serakah politik mereka.. semuanya boleh belake.. Tapi, bila ulamak UMNO bersuara.. mereka kate, Ulamak UMNO ulamak suk (ulamak bakal ahli neraka)sebab tak sokong dia orang.. Maklum la..dah nyanyuk.. (rumah kate pergi, kubur kate mari.. Segalenye Mungkin Kot.. Hehe..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam selendang merah,

Segalanya mungkin......ulamak dia je yang betul. Orang lain semua salah belaka.

Jemputan untuk bro di Batu Pahat: Rumah terbuka Hari Raya, blogger Batu Pahat di jemput hadir

Hari/Tarikh - 06.10.2009.
Masa - Jam 8.00 malam.
Tempat - 30 Kampung Mampan, Spg. Lima,
Batu Pahat.

Selempang Merah said...

Terima kasih bro atas jemputan tu..
Sementara kita masih di bulan Syawal, saya ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin". Saya memohon maaf pada bro sbb tidak dapat hadir kerana sebenarnya saya bertugas di sabah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam selendang merah,

La...ingat kat Batu Pahat. Selamat hari Raya Aidil Fitri untuk SS sekeluarga. Kalau balik BP bolehlah kita ngeteh2 ngan kawan2 kat sini.