Monday, October 5, 2009

Rasa Nak Kalah, Salahkan Undi Pos.


Ditakdirkan BN kalah di Bagan Pinang, rasa-rasanya isu undi pos akan berbangkit atau tidak? Rasa-rasanya habis sahaja pilihanraya kecil Bagan Pinang, isu ini akan malap dan layu sehingga jika ada pilihanraya kecil di mana undi pos yang mempunyai ramai pengundi. Jika tidak akan senyap begitu sahaja. Ini kita namakan sebagai 'perjuangan bermusim'. Perjuangan bermusim PAS juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Apabila PAS merasakan undi Pos daripada kem-kem tentera yang berjumlah 4000 lebih di Bagan Pinang sebagai penentu maka isu ini dibesar-besarkan sedangkan proses pengundian angkatan tentera berjalan mengikut proses biasa undi pos oleh SPR. Kalau ada pun kes-kes yang dilaporkan di Harakahdaily, adalah kes-kes yang berlaku di zaman darurat dan sebelum komunis meletakkan senjata pada tahun 1989. Pada masa itu ada juga anggota tentera yang bertugas di hutan dan di luar kem memandang tenaga tentera diperlukan pada masa itu. Setelah komunis meletakkan senjata pada 1989, proses undi pos berjalan mengikut proses yang ditetapkan oleh SPR.

Undi pos hanya gimik dan provokasi kerana kali ini PAS kekurangan isu selain isu calon dan undi pos. Pendirian PAS dapat dilihat daripada pendirian pemimpin-pemimpinnya. Dapat dilihat kenyataan-kenyataan pemimpinnya tidak konsistan seperti kenyataan-kenyataan Nik Aziz di bawah:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Dipetik daripada Maruah_Melayu Kelab chedet.com

Kenyataan-kenyataan Nik Aziz selalunya mengundang kontroversi. Lazimnya begitulah adanya orang-orang politik. Nampak gayanya kenyataan-kenyataan ini bermotifkan untuk mempromosi diri sendiri dan sekaligus Nik Aziz semakin popular bukan sahaja di kalangan ahli-ahli PAS tetapi di kalangan pihak lawan juga. Nik Aziz terlalu banyak cakap-cakap politik. Inilah antara taktik murahan yang diamalkan lebih-lebih lagi jika mereka tahu kedudukan mereka semakin tenat di Bagan Pinang.

TERBARU : 7/10/2009
Ada-ada saja...

PAS mungkin fail mohon arahan mahkamah agar tangguh pilihanraya kecil Bagan Pinang jika Suruhanjaya Pilihanraya tidak bersihkan apa yang didakwanya ‘ hal-hal yang tak betul’ dalam undi pos.Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub Selasa dakwa mereka ada bukti kukuh mengenai hal berkenaan.Katanya mereka akan berbincang dengan SPR mengenai hal berkenaan.Sementara itu calon BN Bagan Pinag Tan Sri Isa Samad dalam reaksi segera ketika ditemui Agendadaily mendakwa PAS sudah gelabah dan tahu ia tidak boleh menang dalam pilihanraya berkenaan makanya nak jadikan SPR dan undi pos sebagai kambing hitam bagi tutup malu.- Agendadaily.com


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

16 comments:

Arif Omar said...

SAYA PUN RASAKAN JUGA BEGITU. MUNGKIN AKAN KALAH BESAR PS ITU YANG KEMARUK DENGAN UNDI POS TU. PINJAM SEBAHAGIAN POSTING INI, SAYA NAK SIAR DI BLOG SAYA. TQ

TokJanggut said...

Arif Omasr

Tu pasal suruh sekolah ....nko orang malas otak lembab.

Sokongan adalah hak pengundi. PRK yang telus dan adil tiada unsur penipuan dan tiada unsur rasuah adalah tu yang rakyat mahu. Biar pertarungan yang adil, kalah & menang adat le.....

selendang merah said...

Salam bro..
Saya pasti, bro masih ingat bahawa PAS terang-terangan menolak kenyataan Tun Dr. Mahathir suatu ketika dulu mengisytiharkan MALAYSIA sebagai sebuah negara ISLAM. Tapi masa tu, bukan main hebat langkah pencak silat mereka bersama pakatan mereka sekarang, menolak mentah-mentah pengistiharan tersebut. Bermakna, PAS ni memang parti penipu besar nak dirikan KERAJAAN ISLAM MALAYSIA sebab sekarang pun dah hilang menifesto "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", "MENDIRIKAN KERAJAAN ISLAM" dan "SERAMBI MEKAH" pun dah hilang ke mana, apabila bersama dengan saudara mara mereka PKR dan DAP.. Sebagai kesimpulan, orang-orang PAS dah setuju nak jadikan MALAYSIA macam REPUBLIK SINGAPURA.. Sebab tu, hari tu Lee Kuan Yew datang ziarah Nik Aziz sampai berpelukan. Muka mereka berdua pun macam dah seiras macam Chin Peng.. Opss.. Terlebih Sudah.. Hehe..

Orang tua said...

Salam sejahtera Bro,

Kalau ikut pengamatan saya yg baru balik dari BP(Bagan Pinang) bukan Batu Pahat, BN akan menang dengan majoriti besar.

Ceramah dan program BN ramai rakyat tempatan yg hadir tak kira bangsa, tua atau muda budak kecik pun ada. Ceramah PAS ramai juga tapi orang luar, gerai jualan lenggang kalau tak caya datang tengok sendiri, bukan gimik oooo.

Harap-harap masa mengundi pun cam ni juga. Marilah kita berdoa semoga kemenangan BESAR menjadi milik BN..... AMIN.

p/s : BP dah macam Kg. Istana gi bando je. Esok malam turun lagi ada keja sikit.

Local Fighter said...

tok janggut..
memang benarlah dikata, PAS ni amalkan syiah! Gambar Khamenei jadi paparan ko.

Yang menghina sahabat lain nabi.
Mencium batu ketika sujud (bidaah)
Menyatakan bangsa aryan lebih mulia dari arab..

PAS parti syiah! Ko syiah mana daripada 12 cabang tu?

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Begitulah natijahnya apabilameletakan kepentingan politik dari agama, Jika cakap sikit sahaja untuk kepentingan politik, seterusnya apa-apa fatwa yang dibuat bersandaarkan kepentingan politik sendiri.

Jika menguntungkan PAS boleh, jika UMNO buat walaupun yang baik dan meningkatkan syiar Islam, tak boleh ..salah dan sebaginya.

Mana perginya perjuangan PAS untuk membangunkan Islam dan Negara Islam? Dulu galak sekarang lebih teruk dari UMNO..

Orangtua kerja betul-betul di BP, jangan bias kepada BN pulak, nanti jadi terbalik...

Jeffry said...

SLM BRO...HUHUHU FATWA MERAPU BERJELA PAK AJIS NI PATUT DI JADIKAN SKROL PASTU TAMPAL KT MANA2. KLU BLH TERJEMAHKAN DLM BAHSA ARAB. TAMPAL KAT DINDING2 KAT NEGERI2 ARAB. LEPAS NI PASTI ADE PAK ARAB2 YG TAWARKAN REWARD KEPALE PAK AJIS US1 JUTA!!..KEHKEHKEHKEH

buah kelapa turkey said...

aku memang tak faham dgn pas ni. Nik aziz tu plak cakap pusing-pusing.yg pelik tu, knapa plak org2 pas tu percaya sangat . gunakan agama utk meraih undi. eh...tak faham le aku.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,
Lambatnya nak tunggu 11 Okt. ni. Saja nak tengok kemenangan BN selepas Batang Ai. Ajak sikit org bongkak dan sombong tu.

Salam Tokjanggut,
Dah nak masuk 13 kali pilihanraya baru sedor kena tipu....Pergi la jadi Ketua tempat mengundi ke, agen calon ke, kerani mengundi ke...memang tak ada ruang nak menipu. Kalau BN menipu tak adalah parti ko tu menang sampai 5 negeri. huhuhu....

Salam selendang merah,
Lebih sedap selempang daripada selendang. Selendang ni macam tudung yang menutup kepala dan hujungnya di atas bahu.hehehe....saje je..Mana ada lagi kerajaan Islam Pas tu bro. semuanya dah masuk longkang.....PAS parti pemecah umat. Orang Islam tempat kita ni bro habis diracik-racik musang berjanggut yang datang sekali sekala.

Salam Orang tua,
Mudah-mudahan momentum positif ini akan berterusan sehingga habis masa menggundi jam 5.00 ptg 11.Okt.2009. Jam 8.00 dok depak tv tunggu keputusan. hehehe

Salam Local Fighter,
PAS ini sekejap Syiah, sekejap Ahli Sunnah sekejap Wahabi....caca marba dah bro sejak berkawan dengan DAP dan Anwar.

Salam bro Zedmagel,
Orang PAS bila jadi pemerintah, tak boleh buat masjid tapi ada pulak duit buat markas dia. Parti lebih utama daripada tempat ibadat. haruuuuuu....

Salam Jeffry,
Terjemah dalam bahasa urdu bro. kaum kerabat dia banyak kat India. hihihi

Salam Buah kelapa turkey,
Nik Aziz cakap pusing-pusing sebab mabuk todi Ronnie Liu...kesian tok guru. Susah nak jaga hati DAP tu kan?

selendang merah said...
This comment has been removed by the author.
selendang merah said...

terima kasih bro Amir..
Atas cadangan bro tu memang ada baiknya.. Mulai hari ni, saya sudah bertukar kepada selempang merah.. so, selendang tu saya dah bagi pada Tun Teja.. hehe.. mudah-mudahan semangat Kiyai Hj Salleh dapat dihidupkan semula demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia tercinta.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam selendang merah,

Baru kena dengan semangat Kiyai Salleh.

Selempang Merah said...
This comment has been removed by the author.
Selempang Merah said...
This comment has been removed by the author.
Selempang Merah said...

Salam Bro Amir..
:-) hehe..
Sebenarnya masa tu, tersilap taip.. sbb terlalu ghairah nk buat blog sendiri.. dan nk hidupkan semangat Kiyai Salleh dalam blog saya sebagai generasi muda.. asalnya nak tulis selempang, jadi selendang.. so teruskan saje, nak lihat reaksi pengunjung saya.. Al-hamdulillah, semangat Selempang Merah masih terpahat subur di hati masyarakat Melayu sehingga bro menegur saya.. Terima kasih bro.. Malah dikatakan, orang cina memang takut giler dengar saje nama Selempang Merah hingga ke hari ini.. Moga-moga semangat Kiyai Salleh dalam mempertahankan maruah Melayu dan Islam dapat diteruskan oleh generasi muda Melayu.. Sejak dari kecil, saya telah didedahkan kisah Kiyai Salleh. Malah, dalam banyak-banyak cerita yang saya perolehi, saya merasakan bahawa dia bukan sahaja seorang Tok Guru, Ustaz, Panglima dan banyak lagi gelaran-gelaran lain.. Ada kemungkinan, bahawa beliau adalah Wali Allah.. Wallahu A'lam.. Mudah-mudahan beliau di tempatkan bersama-sama para solehen.. Amin.. Hidup Selendang Merah !!hehe..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,

Kalau balik Batu Pahat, saudara boleh berjumpa anak lelakinya yang masih hidup Hj.Mohamad Yusof b Mohd Salleh sekarang ni sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Ng Johor.