Thursday, September 3, 2009

Kalau..........

1. Kalau anda menunggu arah, SEMUA KERJA PERLU DIKERAH.

2. Kalau anda kurang bersedia, DI TEMPAT KERJA BANYAK CERITA

3. Kalau anda kenal tetamu, LAYANLAH IA JANGAN JEMU

4. Kalau anda kurang kerja, DAPAT LAPORAN BERJELA-JELA.

5. Kalau anda kurang merancang, DI DALAM PEJABAT BANYAK TEMBERANG

6, Kalau anda suka berdamping, SEMUA PELANGGAN DAPAT DIBIMBING

7. Kalau anda asyik naik marah, AKHIRNYA SEMUA RAKAN BUAT TAK ENDAH.

8. Kalau anda rajin mendidik, AKAN LAHIRLAH PEKERJA YANG CERDIK

9. Kalau anda senyum selalu, PELANGGAN SENTIASA INGAT PADA MU

10.Kalau anda pilih kasih, PELANGGAN TERLUKA HATINYA SEDIH.

11.Kalau anda seorang penyayang, KE AKHIR HAYAT TETAP DIKENANG

12.Kalau anda umpama Ibu, PEKERJA AKAN SAYANG SETIAP WAKTU

13.Kalau anda buat tak kisah, PELANGGAN AKAN BERMASALAH

14.Kalau anda rajin menasihat, SETIAP TEGURAN AKAN DIINGGAT

15.Kalau Khairy jadi ketua, RAMAI MAKHLUK YANG RASA KECEWA.

16.Kalau kalah lagi di Bagan Pinang,..................................


Ada sesiapa yang nak sambung cerita seloka di atas, silakan....

Terima kasih.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

Che Leh Jangok said...

Kalau ke16 tu kena beri peluang Khairi lah yang sambung.
Hamba cuma nak minta izin untuk membuat penyesuaian bagi kegunaan hamba sendiri dalam usaha membina umah.

Jeffry said...

BERJUANG DULU..LEPAS TU TAWAKAL..HEHEHE

ainna said...

Lama-lama UMNO pun 'hilang'

Pegi mana? Lu pikirla sendiri

Arif Omar said...

ini semua ujian tuhan, pru insyaallah , menang

amirhamzah64 said...

Salam Pakcik Che Leh Jangok,
Khairy juga yang kena........ silakan, barang yang baik sebar-sebarkan.

Salam bro Jeffry,
Lawan tetap lawan.....Betul la bro. Kalah dan menang itu adalah ujian untuk orang yang sobar.

salam ainna,
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,

Tanya sama BN, apa sebab kalah memanjang,
Nanti jawab BN, lama-lama UMNO pun 'hilang' hehehe

Jangan begitu ainna, bukan semua salah UMNO. Kalau ainna tak suka rasuah, pergilah pejabat tanah dan pejabat daerah, kastam, imigrision, polis lagi banyak rasuah. Kakitangan kerajaan yang menikam kerajaan dari belakang.....huhuhuhu

Salam bro Arif Omar,
Kali ini di Bagan Pinang, kawan ada sedikit confident. Isa Samad ada kat situ......

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kalau kalah PRK lagi, ramai2 pakat berhenti AJK tertinggi...

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin,

Kali ni kawan ada confident sikit. Harap2 Khairy anak omak dan Rosmah pendek tak menyibuk sangat kat sini.... hehehe

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Sambungan Nazam Aidilfitri anda....


KALAU KJ ADA...NAJIB PENING KEPALA,
SEBAB DIA KETU SAYAP YANG PALING BERANI, TAK DENGAR CAKAP PRESIDEN
KJ ANAK OMAK...
KALAU BN KALAH KAT BAGAN PINANG LAGI ALAMAT PRU 13, BN JADI PARTI PEMBANGKANG...

amirhamzah64 said...

salam bro Zedmagel,

Pergi makan nasi lomak,
Sodap lagi ubi rebus,
Memang Kj anak omak,
Bila lg nak berambus......huhuhu..