Sunday, May 3, 2009

Chin Peng , Kiyai Salleh Dan Selempang Merah


Syukur Alhamdulillah, Ketua pengkhianat dan pengganas yang membunuh ramai orang-orang Melayu yang tidak berdosa di Batu Pahat khususnya telah tidak dibenarkan pulang dan menetap di negara ini. Chin Peng berhutang darah dengan Melayu dan sejarah hitam itu sentiasa diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi supaya sentiasa menjadi ingatan dan berwaspada agar Melayu tidak dicincang dan direbus sekali lagi. Penolakkan itu adalah satu penghormatan kepada kami di Batu Pahat khususnya mangsa-mangsa yang tidak berdosa, tidak bersenjata dan lemah. Panglima Kiyai Salleh muncul ketika Melayu sudah tidak tahan lagi menahan sabar dan parang panjang lah perisai terakhir menyelamatkan Melayu ketika itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK RAYUAN CHIN PENG( www.bharian.com)

PUTRAJAYA: Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, gagal dalam usaha terakhir untuk menetap di Malaysia selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan dua mahkamah rendah yang memaksanya menunjukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki negara ini. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk rayuan.

Chin Peng atau nama sebenar Ong Boon Hua, membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Jun 2008 yang memutuskan bahawa dia perlu mengemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia. Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak, dalam keputusannya berkata dokumen itu penting untuk menentukan status Chin Peng kerana Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat menemui sebarang rekod kelahiran Chin Peng.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa tindakan Mahkamah Tinggi adalah betul untuk memaksa Chin Peng yang berumur 85 tahun untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kewarganegaraannya bagi membuktikan bahawa dia adalah warganegara Malaysia sebelum membenarkannya meneruskan permohonan bagi mendapat pengisytiharan bahawa dia boleh menetap di negara ini. Usaha pertama Chin Peng untuk mendapat pengisytiharan itu ditolak apabila Mahkamah Tinggi menolak saman pemula selepas dia gagal mematuhi peraturan mahkamah untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kertas kewarganegaraan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Chin Peng, Raja Aziz Addruse, menegaskan bahawa bukti kewarganegaraan tidak diperlukan bagi pemohon untuk menunaikan haknya memasuki Malaysia kerana ia juga boleh dibuktikan dengan memanggil adik atau gurunya untuk memberi keterangan. Katanya, mengikut klausa 3(1) perjanjian damai antara kerajaan dan PKM bertarikh 2 Disember, 1989, anggota PKM yang berasal dari Malaysia dan ingin menetap di Malaysia perlu dibenarkan berbuat demikian mengikut undang-undang.

"Mahkamah perlu meneliti apa makna "asal Malaysia". Adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk menterjemah perjanjian antarabangsa," katanya. Pada 4 Mac, 2005, Chin Peng mengemukakan saman pemula bagi mendapat pengisytiharan untuk dibenarkan memasuki dan menetap di Malaysia dan menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sebagai defendan.

Chin Peng yang kini tinggal di Thailand, mendakwa beliau berhak balik ke Malaysia kerana dia berasal dari Malaysia sejak dilahirkan pada 20 Oktober, 1923 di Sitiawan, Dinding, Perak dan dibesarkan di Malaysia. Dia mendakwa kelahirannya didaftarkan dan juga memiliki salinan asal sijil itu.

KIYAI HJ. SALLEH (selempang Merah)

MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM


Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiyai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.

JASA

Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.

Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah' iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukannya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

Walau apapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.

Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

TENTERA SELEMPANG MERAH

Tentera Selempang Merah berasal dari Johor, Malaysia di bawah pimpinan seorang kiai yang bernama Kiai Salleh yang penuh dengan ilmu kebatinan Melayu.
Tentera Selempang Merah ini menjadi terkenal selepas kekalahan tentera Jepun. Apabila Bintang Tiga mengamuk den membunuh tokoh agama dan pemimpin kampung, Tentera Selempang Merah tampil mempertahankan masyarakat Melayu dengan menyerang komunis dan tali barut mereka.

Pergerakan ini membantu membantutkan kekejaman komunis sehinggalah kehadiran kembali Tentera British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Sewaktu kejadian 13 Mei, pasukan ini datang dari Johor untuk membantu orang melayu di Kuala Lumpur, bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis sebelum sempat membantu.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

68 comments:

Geng Samudera said...

Hehehe..
Bangga jadi anak muo sejati...


Sang Pangeran

Parpu Kari said...

salam tuan. Satu kupasan yang amat menarik! Chin peng asal sitiawan ya. He he he, kg ngeh tu! Tah tah, he he he

Husin Lempoyang said...

Ngeh Nga sedara chin peng gut?

Nizar ni sedara tak dengan negh nga? hehehe

gotahlantun said...

KOMUNIS BRO....!!!!

JANGAN BAGI CAN WALAU SEKELUMIT PUN.

RAMAI KAUM KERABAT YANG MASIH TERASA BARA DENGAN PUAK KOMUNIS NIH...

AKU PUN!

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera,

Hehehe.....macam dia sorang je anak muo.

Selamat di perantauan bro

amirhamzah64 said...

Salam Parpu Kari,

Hahaha, dema tu sepupu sepapat sepusing jugak le

amirhamzah64 said...

salam Husin Lempoyang,

bro apa khabo, tima kasih le mampir kat sini.

Nga, Nge, Chin Peng tu anak beranak dia org le agaknya. Bukannya beso Setiawan tu, pusing-pusing pekan ngan kampung baru.

Tang Si Nizar ni kalau ikut sepet matanya ada la jugak iras-iras jenis makan bersepit jugak.

Kalau Cina + Melayu memang cerdik mamat ni

amirhamzah64 said...

Salam gotahlantun,

sama la kita bro, walaupun komunis dalam hutan dah serah diri. Jangan lupa yang dalam bando ramai lagi bro.

zedmagel said...

Bro Amir,

Banyak-banyak tulisan saudara ni, in satu yang hebat, mungkin akan diangkat sebagai satu tulisan sejarah bagi rakyat.Tapi tak tahu le bila.

Jika saudara dah tak ada pun royalti tulisan ni akan turun kepada waris saudara. Tunggu aje le. Tahniah.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Panglima Kiyai Salleh adalah pahlawan yang semakin tidak dikenali oleh generasi baru. Walaupun jasanya besar kepada kita anak watan di Batu Pahat ni.

Tapi bro, walaupun Chin Peng tak dapat balik, ada banyak Chin Peng disekeliling kita

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Datuk aku pergi bandar Batu Pahat tak balik2. Yang balik mayatnya saja. Cilaka punya Bintang Tiga....!!!

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin,

Datuk saudara dengan sejarahnya mati dibunuh Bintang Tiga. Ada juga yang direbus hidup-hidup, Di bakar mentah-mentah dan banyak cerita lagi yang tragis. Cukuplah.........
Tempat kita terlaku banyak sejarah hitam terlakar disebabkan Bintang Tiga. Hari ini bersyukurlah kita dengan keamanan yang ada.

SARFAMS said...

Salam Blogger,

Menarik dan maju blog Saudara...

Jom ke blog buruk saya... TQ

amirhamzah64 said...

salam SARFAMS,

Saya dah mampir ke blog saudara. Lebih menarik dan intraktif. maklumlah blog org muda.

Tahniah dan selamat maju jaya untuk saudara

Tungaklangit said...

salam saudaraku

memang benarlah apa yang sdr perkatakan itu, atok dan ayah saya adalah anggota polis dan ketika jepun menyerah kalah selama lebih kurang 15 hari geng chin peng ni mengamuk..

masa tu ibu saya masih kecil bawah 10 tahun dan masih ingat atok saya terpaksa dimasukkan dalam lokap bagi mengelakkan mereka dibunuh oleh orang chin peng...

perkara ini berlaku di ampang dan bila keadaan tenang atok terpaksa balik ke kampung sehingga kedatangan british ...

kini orang perak nak menyanjung nizar, nga dan ngeh..

mereka tak tahu sejarah lampau mengenai kebiadapan geng2 chin peng yang katanya kampungnya di sitiawan..

berhati2lah anak melayu... nenek moyang kita dulu dan teruk dibelasah jangan pula kita ditipu dengan slogan demokrasi..

salam

amirhamzah64 said...

SALAM Tungaklangit,

Generasi muda lahir-lahir telah dilimpahi kesenangan. Kesenangan itu menjadikan mereka selesa. Buku sejarah dijadikan kitab buruk. Hidup mereka mengejar kebendaan yang tak akan cukup-cukup. Tidak ada lagi sedikit masa dan ruang untuk mengintai azab dan sengsara tok nenek kita membina negara ini.

arifomar said...

geram Penghuni gua masih belum terpadam kepada puak ni. Ditambah pulak ada tuntutan oleh pengkhianat selangor untuk ganti rugi kata british melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk cina di tanjung malim. tuntutan mereka masih berjalan. mereka ini anak beranak chin peng kot. geram aku. tentera dan pihak polis yang mati tak ada pula mereka nak buat kempen untuk bayar ganti rugi.

amirhamzah64 said...

salam bro arifomar,

Cina dan India tuntutlah yang bukan-bukan. Tuntutlah sampai ke England. Anak beranak Chin Peng boleh tuntut tapi belum tentu dapat. Orang Melayu Islam ni kalau nak menuntut-nuntut tak terbayo nanti dek Cina komunis tu. hehehe..

sabo aje la...pagi-pagi ni kat Batu Pahat mendung aje bro. Macam ada pemimpin / orang beso nak mati.....

muor76 said...

aku rase gambor tu.. gambor kiyai salleh yg lain jerk...

ade percanggahan pendapat mengenai kiyai salleh anak buah kiyai fadil banten ngan kiyai salleh selempang merah.. ade yg cakap org yg same.. ade yg cakap org yg lain.. name same.. tapi org berlainan..

amirhamzah64 said...

salam muor76.

Kawan ambik gambor tu dari internet.

Kawan hanya dengor Kiyai Saleh Selempang Merah. Nama ni memang meniti dibibir orang tua-tua tempat kawan. Yang lain kawan tak tau.Anak Kiyai Salleh yang lelaki namanya Hj.Yusof b Salleh masih hidup. Sekarang ni adalah Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan AJK UMNO Bahagian Pt.Sulong.

jefrie said...

Salam,

Almarhum Kiyai Salleh dilahirkan di Pulau Pinang bkn di Johor,
Maklumat ni saya dpt dr Allahyarham Guru Darsan. Tolong Gali lagi fakta yg tepat.

jamal0505 said...

Salam...

Bole sy tumpang bertanya.. Adakah Hj.Yusof (Chairman PPNJ) tu anak kpd Kiyai Salleh..Hj.Yusog berasal dr parit sulong. katanya dia anak panglima salleh.. Tq

Sha said...

Salaam saudara Amir..
Saudara tahu ke di mana Kiyai Salleh disemadikan.
Saya ada tbca dlm internet mgatakan beliau disemadikan di Pt. Maimon..samada Batu Pahat atau Pontian..saya tak pasti..Jadi nilah nakkan kepastian dari saudara..terima kasih.

antidevil said...

Benar, Hj Yusof Bin Salleh adalah anak kepada Kiyai/Panglima/Penghulu Salleh yang dimaksudkan.Dia adalah Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) sekarang ni.

antidevil said...

Kalau nak tau lebih lanjut boleh jumpa Haji Abdullah(wak Dollah) di Batu 7 Tongkang Pechah, Batu Pahat. Sebab masa tu kiyai Salleh dan wak Dollah berada dalam Bintang Tiga bersama-sama. lepas mereka lihat sendiri kekejaman B-3 tu baru mereka keluar dan serang balas B-3 tu.

albinnas said...

salam tuan blogger. memeng betul kata sdr jefri tu, dlm blog ni bukan gmbr panglima kiyai salleh yg betul sbb dia adalah keturunan mamak dr india dan ikut bapa dia dtg berniaga di pulau pinang dan anak angkat pd syeikh fadhil bentan yg singgah dlm pelayaran.. @ ah hu haq,,,

Al-Aflah Management said...

Gerakan Selempang Merah sekarang ini dikenali dengan nama Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia yang diterajui oleh Yang Berbahagia Datuk Hj.Baharom bin Kamari dan Tuan Hj. Yusof bin Salleh(anak Kiyai Panglima Salleh) sebagai Guru Waris Pertubuhan. Untuk keterangan lanjut tentang Selempang Merah sila rujuk laman web rasmi pertubuhan kami. Kami akan mengadakan perjumpaan peringkat kebangsaan pada 19 Disember 2010 di PICC Putrajaya. Sesiapa yang menjadi pengamal amalan Selempang Merah anda semua dijemput hadir. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ustaz Bahzan(Penolong Setiausaha Agong Pertubuhan) di 019-2945808

ALI PENJUAL BARANG SECOND said...

Takkan Melayu hilang di dunia.. berpantang maut sebelum ajal..melayu lembut tetapi bisa.. jangan dicuit nanti terasa..terasa bisa menanti ajal..

Unknown said...

Salam.Pak saudara saya kata, saya ni adalah waris2 jauh Kiyai Salleh.Apa pun ...saya masih berusaha menjejak siapa waris saya...kerana saya rasa macam ada yang mengikuti saya....

muhammad ilham said...

Salam..pergilah pt yani..kat situ banyak keturunan kiyai salleh..

Gerakan Selempang Merah said...

tuan, satu pembetulan gambar lelaki berserban bukan gambar kiyai salleh. kiyai salleh xpernah berserban. rujuk gerakan selempang merah yg meneruskan amanah guru ini.

haikal said...

nak tanya.bkn ke isteri kiyai salleh lagi hebat orgnya....lagi kuat amalannya...membezakan mereka dan sekarang hnya amalan...anda semua mampu

Endo Suleiman said...

Panglima Salleh berketurunan Banjar dan senjata orang Banjar ialah parang panjang, sebab itulah pengikut beliau juga disebut tentera parang panjang.

ahowk orang islam said...

ni cerita yang aku tanya dengan orang tua kawasan parit jalil, Arwah penghulu salleh ni memang dikatakan berketurunan mamak, arwah isterinya pula berketurunan banjar.. ramai yang xtau cerita ni.. aku yang bagitau sedar mara.. arwah bini dia memang hebat. klu x silap, ada diceritakan pasal ilmu yg diberi oleh isteri dia. aku xtau sangat, tp ini yang kami dengar..yang pasti amun surah maribut dada magugup, marakau...

mughni2633 said...

assalammualaikum..
apa2 pun saudara sila la cari ayat empat..dan amalkan..kita sudah tak lama lg..sediakan payung sebelum hujan..renung2kan la wahai kaum mim..

albinnas said...

aku setuju sgt apa yg dikatakan oleh ahowk org islam ni...btl!!!!!

Cik Pudina said...

Maklumkan, bersedia kemungkinan rusuhan akan berlaku. Dapatkan ayat 4 daripada mereka yang tahu.

PENCINTA SEJARAH JAMBI said...

Kayaknya tu bukan gambar Kiyai Shaleh... Terlalu tua.... karena di meninggal dengan umur yang muda...

PENCINTA SEJARAH JAMBI said...

kayak tu bukan gambar Kiyai Shaleh lah.... karena terlalu tua.... ia selepas perjuanga...

PENCINTA SEJARAH JAMBI said...

kayak tu bukan gambar Kiyai Shaleh lah.... karena terlalu tua.... ia selepas perjuangan...

PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
PENCINTA SEJARAH JAMBI said...
This comment has been removed by the author.
leo leong said...

Parang terbang guna technology apa? Technology jinn kafir.

Cipher said...

Parang terbang guna teknologi zikir. Teknologi jin ni bawah tapak kaki kiri pengamal teknologi zikir je.

shah mohd said...

sebenarnya ingin tahu, sejarah kebangkitan tentera selempang merah ni bermula dari tahun berapa ? t'kasih..

Hijab Sang Pencinta said...

Saya cucu Hj Ahmad dan kisah Panglima Salleh di ceritakan kepada saya oleh pakcik dan makcik saya semasa sy masih remaja.

Hijab Sang Pencinta said...
This comment has been removed by the author.