Tuesday, May 19, 2009

Hilang DUN Penanti Bukannya Hilang Satu Malaysia


Tidak ada yang pentingnya kawasan di Penanti yang terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang itu. Kecualilah di Penanti itu ada beratus-ratus lombong emas , beribu-ribu telaga gas atau pelantar petrolium. Lain lah juga jika di Penanti itu ada 80% penyokong-penyokong kerajaan yang tidak sabar-sabar hendak mengundi bagi mengembalikan balik Penanti kepada BN.

Setelah 24 jam, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti tidak ada satu pun rombongan bas atau kereta berbondong-bondong berjumpa PM supaya mengubah keputusan bagi meletakkan calon BN bertanding di sana. Rakyat Penanti sendiri tidak seghairah parti-parti politik khususnya Pakatan Rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menelanjangi pemimpin-pemimpin BN untuk kesekian kalinya.

Walaupun keputusan ini bukan tradisi BN iaitu tidak bertanding di PRK kali ini tetapi alasan yang diberi adalah munasabah. Mereka menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang khususnya permainan Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan pendirian BN itu berkata, pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja.

Nampaknya BN berani membuat keputusan yang berbeza dengan kebiasaan. BN mengambil keputusan agar tidak terlalu mengikut-ikut rentak dan tari Anwar. Sama ada bertanding atau tidak Anwar akan terus melancarkan peluru berpandunya. Penanti adalah kawasan hitam pekat kepada BN. Anwar cukup yakin PR akan menang. Sebelum ini pun Penanti bukan milik BN. Dalam momentem sekarang adalah membuang masa BN bertanding kerana keputusan sudah diketahui lebih awal. Hilang Penanti bukannya hilang satu Malaysia.

Menang di Penanti tidak juga membawa apa-apa makna. Rakyat Penanti pun memang suka kepada Pakatan Rakyat di mana mereka telah memberi majoriti undi Anwar Ibrahim lebih tinggi daripada undi yang di perolehi oleh calon BN dalam PRK Permatang Pauh yang lalu. Bukankah sumbangan undi terbesar datangnya daripada DUN Penanti?. Kalau hidung tak mancung, pipi jangan tersorong-sorong.

Bagaimana dengan penyokong BN di situ? Mereka adalah minoriti. Kalau mereka yakin, sudah berbondong-bondong mereka ke Putrajaya meminta PM ubah keputusan. Penanti dah hinggar binggar dengan suara-suara pemimpin meminta BN bertanding. Pengumuman Najib hanya untuk kata pemutus dan muktamad.

Silapkah BN?. Risiko tetap ada tetapi politik juga boleh diibarat seperti bermain bola. Jikalau pihak lawan melajukan tempoh permainan, wajarkah kita turut melayan cara mereka sedangkan separuh pemain tidak cukup fitnes. Jadi sebagai pasukan underdog kita hanya memperlahankan tempo permainan. Tidak perlu mengikut rentak lawan kerana mereka mempunyai ramai penyerang berbisa. Mungkin bahagian pertahanan perlu diletakkan ramai pemain. Sekurang-kurang mengekalkan keputusan seri pun sudah memadai. Kita bergantung dengan serangan-serangan kilat, kalau bernasib baik dapatlah gol.

Adakah yang bersedih? yang ralat sangat-sangat? Entahlah....kalau ada pun yang terkilan sangat tak lain tak bukan Anwar Ibrahim. kalau BN bertanding, siaplah BN akan di salai dan di panggang hidup-hidup di Penanti. Anwar Ibrahim terkedu ke? atau terperanjat ke? Tidak juga. Anwar sudah siapkan berbagai plan. Plan A, Plan B atau Plan C. Thinktank Anwar dah siapkan pelbagai langkah supaya pemimpin kita tidak sempat berfikir untuk rakyat tetapi bagaimana nak melayan kerenah-kerenah politik Pakatan Rakyat. Ianya akan berterusan.

Kesimpulannya, kadang kala kita perlu melangkah setapak ke belakang. Kadang-kadang kita perlu berehat seketika. Kadang-kadang kita perlu berfikir dan bertindak di luar dari kebiasaan. Biar kita bertindak luar biasa sedikit. Inilah pendekatan yang dibuat yang saya rasa ada benarnya. Ada logiknya dan ada betulnya.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Perkembangan terbaru! Dipetik daripada Agendaily.com

Anwar akui suruh Firus letak jawatan..dulu kata nak lanjut pelajaran

Pendirian Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti kerana menganggap pilihan raya itu didakan kerana PKR mahu menyelesaikan kemelut dalamannya, diakui oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Semasa berucapa pada program ceramahnya di Padang Berapit, Jumaat malam, Anwar yang ingin memperlihatkan bahawa beliau adalah ‘supremo’ dalam pakatan pembangkang memberitahu memang beliau meminta bekas ADUN kawasan itu, Firus Khairuddin meletakkan jawatan.

“Memang saya menyuruh Firus meletakkan jawatan. Sebabnya saya mahu Dr Mansor bertanding kerana Dr Mansor orang yang mempunyai kelayakan dan sesuai menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi membantu Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

Tanpa rasa bersalah kerana menggunakan proses demokrasi bagi mencatur urusan politik dalaman partinya, Anwar dengan bangga memberitahu perkara itu sambil mengangkat tangan Dr Mansor yang turut berada pada majlis ceramah tersebut.

Anwar berkata, Dr Mansor bukan sahaja berkelayakan tetapi pencapaian akademiknya diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dunia.

Firus sebelum ini dikatakan meletakkan jawatan atas kerelaannya kerana mahu melanjutkan pelajarannya.

Namun dengan pengakuan Anwar bahawa beliau yang menyuruh Firus meletakkan jawatan, ia mengesahkan andaian banyak pihak selama ini bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan percaturan politiknya dapat dilaksanakan.

Jika selama ini Anwar sering melaungkan hormati pilihan rayat, dalam soal Firus Anwar sendiri mengkhianati pilihan rakyat Penanti terhadap Firus kerana menyuruh Firus meletakkan jawatan bagi diganti dengan orang yang lebih berkelayakan. – 23/5/2009

10 comments:

Geng Samudera said...

Salam,

Saya rasa mcm flip flop plak apa yang Pak Amir katakan mengenai pilihanraya di Penanti.Walaupun sekadar pendapat peribadi Pak Amir,tapi seolah-olah Pak Amir menuruti keputusan Najib.
Oke,skrg,cuba kita anggap(utk main-main aje),Pak Amir sebagai pemerhati politik utk UMNO dan saya ambil quote dari artikel " Anwar Memberahikan BN".

Pak Amir mengatakan :
"Bagi saya walau apa pun strategi mereka, saya berpendapat BN wajib meletakkan calon walaupun kalah dalam tangan. Dalam politik segalanya mungkin berlaku. Siri-siri Pilihanraya kecil lepas mungkin ramai yang tidak sempat berfikir tentang sandiwara ini."

Dan satu lagi quote :
"Pada hari Isnin, saya mengharapkan agar BN terus berani meletakkan calon sebagai tradisi BN meneruskan agenda membela rakyat. Tujuan bertanding adalah untuk menawarkan diri bagi berkhidmat kepada rakyat. Terpulanglah kepada rakyat, mahu atau tidak rakyat untuk menyahut salam BN akan ditentukan dalam pilihanraya. Kalau BN gagal meletakkan calon, BN akan dilihat kalah sebelum berjuang."

Dan untuk artikel ini,Pak Amir mengatakan yg di Penanti tuh tidak ada yg penting sgt.

Mmg saya faham,kekadang kita perlu masuk gear 2,kekadang gear 3 dan kekdang top gear.
Apa yg cuba saya nak persoalkan adalah ke "flip flopan" artikel Pak Amir byk berdasarkan keputusan semasa.Nak jugak tahu ketegasan dari pihak sendiri.

Harap perjelaskan...hehehee

Sang Pangeran

EMANG said...

PKR syok sendiri di PENANTI

http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/pkr-parti-lawak-dun-penanti-syok.html

Gedung Akal said...

Tuan,
Kita bertanding atau tidak-semuanya dalam dilema. Apa pun tidak menunjukkan kebijaksanaan dan kewarasan kita.
Perlu kita orang2 UMNO/BN sedar bahawa kita salah strategi dari awal lagi.
Kalaulah SPRM dan media prima kita tak beriya-iya kacau Fairus & nak perkena PKR, tentulah Fairus tak letak jawatan.
Bila dia letak jawatan ertinya dia konfiden akan menang semula. Letak Fairus sekali lagi pun sah dia akan menang balik -lebih2 lagi BN tak bertanding. Nampaknya jerat kita tak mengena kali ini.

nalapambu said...

Walauapa yang Pencacai UMNO katakan, Pakatan Rakyat tetap unggul dan kuat.

Selepas PRU12, PR sudah berjaya tumbangkan BN/UMNO empat berbalas kosong di Semenanjung.

Ini telah membukti kekuatan PR.
Di N12 Penanti, BN/UMNO takut akan di malukan bagi kali ke lima.

Sekarang kekuatan parti PAS telah mendapat sokongan lebih 25% kaum melayu/islam. PKR pula sudah mendapat sokongan lebih 15% penduduk melayu/islam.

Setiap kali PRK diadakan PR akan mendapat 40% sokongan melayu/islam.

Kaum cina dan india dari DAP cuma perlu menambah sebanyak 15% sahaja bagi kemenangan PR.

Anggaran ini hanya anggaran sokongan minima sahaja.

Itu sebab BN/UMNO tidak berani meletak kan calun nya di N12 Penanti.

amirhamzah64 said...

Salam Geng Samudera,

Artikel saya bertajuk 'Anwar Memberahikan BN' adalah cadangan saya sebelum keputusan dibuat. Itu adalah cadangan bagi fikiran saya seorang. Bagaimana pun kekuatan mana-mana perjuangan adalah bersifat jemaah. Apabila Dewan Tertinggi BN memutuskan BN tidak perlu bertanding kita wajar akur. Bahkan bukan saja akur tetapi menyokong.

Ini bukan keputusan Najib tetapi keputusan Dewan Tertinggi BN dan alasan yang diberi adalah munasabah. Pendapat peribadi saya adalah di dalam artikel saya terdahulu.

Artikel 'Hilang DUN Penanti Bukannya Hilang Satu Malaysia' adalah sokongan saya pada keputusan Dewan Tertinggi BN. Kadang-kala pandangan peribadi kita perlu dikorbankan untuk memberi laluan kepada pandangan yang lebih ramai.

Pada dasarnya saya akur dan menyokong keputusan jemaah walaupun ia berbeza dengan pandangan peribadi saya di peringkat awal.

amirhamzah64 said...

Salam EMANG,

Kita tidak wajar memandang enteng kekuatan PKR apatah lagi Pakatan Rakyat. Perancangan mereka sangat teliti dan telah berjaya merobek kekuatan BN yang gah selama ini.

Namun tipu helah mereka sekarang sudah dikesan. BN perlu bijak bersaing dengan perang saraf yang dilancarkan dari masa ke semasa.

amirhamzah64 said...

Salam Gedung Akal,

Kita selalu membuat andaian tentang campur tangan BN dalam sesuatu isu yang melibatkan pihak pembangkang. Kes Fairus adalah perancangan PKR sendiri. Drama Fairus bahawa dia akan dedahkan segala kepincangan PKR kepada umum adalah taktik lama PKR. Di mana Fairus ketika pengumuman calon PKR dalam pilihanraya Penanti? Dia hadir dan tersengeh-sengeh sambil berpelukkan dengan pemimpin2 PKR yang lain.

Anwar akan cipta 1 bulan 1 PRK akan diadakan sehingga PRU ke 13. Tapi taktik ini sudah dihidu oleh BN. Mereka akan tukar plan lain.

amirhamzah64 said...

Salam nalapambu,

Kalau saya pencacai, saudara pun pencacai juga. Apa yang saudara cakap semuanya betul belaka.

Kalau BN bertanding di Penanti ia akan menjadi lima kosong. Bukan takut tapi dah tau kalah buat apa nak bertanding.

Apa yang nak dimalukan, BN dah kalah 5 negeri dalam Pilihanraya Umum. Momentum sekarang memang tidak sesuai untuk BN turun gelanggang. Kalah dalam tangan.

Anggaran saudara mungkin tidak tepat. Sebenarnya PR mendapat 80% sokongan pengundi di Penanti. Kalau anggaran saudara setakat 55% sahaja kepada PR dah lama BN turun bertanding.

Walau apa pun bukan itu alasannya. BN tak mau ikut rentak dan gendang Anwar. Bukan kah Anwar dulu bapak jeneral dalam UMNO?

zedmagel said...

Bro Amir,

Betul bro....hilang kerusi penanti kita tidak kehilangan kerusi satu Malaysia.


Tapi banyak kawan-kawan cakap BN dah hilang buahnya....Buahnya dah termasuk ke dalam bro....tak boleh keluar lagi. kecut pada permainan nuar..Ehhh malu lah nak kata...

amirhamzah64 said...

Salam bro zedmagel,

Jangan dengo kawan-kawan cakap. Dengo pemimpin cakap bro. Dulu kawan pun suruh tanding kerana tradisi UMNO tanding jika ada pilihanraya.

Melihat kepada perkembangan terkini di Penanti, Anwar macam 'bad mood' je kerana habis dia kena main kali ni. Jika dulu dia menyerang tapi skrg ini dia di serang sehingga tak ada masa nak mempertahan diri.