Saturday, March 14, 2009

Adik Nik Nur Madihah Yang Terlepas Pandang.




Adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk berjaya dalam pelajaran apabila meraih pencapaian cemerlang 20A termasuk 1A2, dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan baru-baru ini.

Adik Nik Nur Madihah 18, dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) di Kota Bahru apabila mendapat A1 bagi Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Islam; Sejarah, Matematik; Sains; Kesusasteraan Melayu; Geografi; Bahasa Arab Tinggi; Matematik Tambahan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Ekonomi Asas; Fizik; Kimia dan Tasawwur Islam.

Beliau turut mendapat A1 dalam Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science dan Technology. Satu-satunya mata pelajaran yang beliau mendapat A2 ialah Biologi.

Kejayaannya adalah hadiah paling berharga buat ibu bapanya, Nik Mohd Kamal Husin, 42 dan Mariani Omar, 40, yang sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan menuntut ilmu dalam usaha merubah kehidupan dan kemiskinan keluarga. Kejayaan anak gadis perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting dekat Pantai Sabak pasti menjadi kebanggaan Pengetua, Zainah Abdullah dan Guru-guru di Maahad Muhammadi (P).

Saya secara peribadi mengucapkan setinggi tahniah kepada adik Nik Nur Madihah, Kedua-dua ibubapanya, guru-guru dan masyarakat disekeliling hidup Madihah. Kegigihan, ketekunan, disiplin dan hidup berlingkarkan agama yang teguh sepatutnya menjadi contoh dan ikutan pelajar-pelajar lain di seluruh negara.

Nik Nur Madihah sangat istimewa kerana masih ramai lagi pelajar-pelajar yang miskin dan daif seluruh negara tetapi mereka gagal melawan kemiskinan dan kepapaan dengan ketakwaan dan keredhaan. Ramai di antara mereka gagal dalam akademik dan akan mewarisi kemiskinan kedua ibubapanya .

Dalam ketenangan Madihah meneruskan kehidupan dengan segala kepayahan. Tidak ada bantuan atau biasiswa yang diterima kecuali daripada sumbangan ikhlas guru-gurunya sebanyak RM200.00 sebulan.

Memandang rumah Madihah, saya merasa sebak memikirkan apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang berada disekeliling Madihah. Setelah merdeka 52 tahun lalu masih ada lagi rakyat Malaysia seperti keluarga Madihah yang terlepas pandang oleh pemimpin-pemimpin seperti ketua kampung, penghulu, wakil rakyat ADUN, wakil rakyat Parlimen, Pemimpin-pemimpin PAS yang sedang berkuasa dan pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah kaya raya.

Bagaimana kalau saya bandingkan rumah Zaid Ibrahim atau Annuar Musa di Kota Bharu maupun rumah pemimpin-pemimpin PAS yang hidup mewah berbanding dengan rumah keluarga Madihah tempat pelajar ini belajar dan bernaung dari panas terik mentari dan kesejukan dingin malam.

Nyata, Permata di Pantai Sabak ini telah terlepas pandang, kejayaan dan publisiti kejayaan adik Nik Nur Madihah akan mengamit hati-hati ramai manusia.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah-segalanyamungkin.blogspot.com

7 comments:

Sedingin Salju said...

ha, dia ni memang hebat.

Panglima Perang Cyber said...

Moral Of The Story :

1. Kemiskinan tidak menjadi penghalang kejayaan..

2. Tanda kegagalan sesetengah pihak memberi bantuan sewajarnya kepada sasaran seperti keluarga adik madihah.

3. PPSMI tidak menjadi halangan kepada beliau untuk terus berjaya walau menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pilihan jawapan.

4. Puasa isnin khamis mampu mencergaskan lagi akal madihah dan tidak mustahil mana mana pelajar yang ingin berjaya boleh mengikuti jejak langkah yang sama.


Sorotan seperti ini perlu untuk kita bantu insan istimewa tetapi terpinggir seperti Madihah agar bangsa kita akan semakin berjaya...


Salam tuan blog..

Maaf lama tak singgah sebab masa tidak mengizinkan..

amirhamzah64 said...

Salam Sedingin Salju,

Nik Nur Madihah boleh dijadikan ikon kepada generasi muda yang lain.

amirhamzah64 said...

Salam Panglima Cyber,

Adik Nik Nur Madihah berjaya menangkis tanggapan bahawa pelajar miskin dan luar bandar tidak berjaya dalam PPSMI.

Cita-cita ingin menjadi ahli Fizik membuktikan pelajar ini berminat terhadap subjek sains.

Maksudnya pelajar-pelajar seperti ini perlu diberi peluang.

Panglima Perang Cyber said...

Makluman :

Semua blogger yang siar logo BPN diminta tanpa paksaan untuk memerika beberapa perkara di bawah ini :

- Logo mesti berada di bahagian atas blog

- List ahli Bpn tidak bercampur dengan bukan ahli dan sentiasa dikemaskini berdasarkan list bpn saya.

- Chatroll dipasang di blog

- Resolusi terkini mestilah disiarkan di blog masing masing.



Selain itu BPN juga berharap agar semua dapat mengaktifkan Yahoo Messenger masing masing dan telah pun add YM Panglima bagi urusan perang siber dan juga apa apa sebaran am BPN yang terkini.

Etika Blogger BPN akan dibuat atas permintaan sahabat BPN demi memastikan BPN terus gagah dan kukuh dari semasa ke semasa.

Kegagalan mematuhi Etika BPN akan menimbulkan masalah dan akan dikenakan tindakan sewajarnya seperti digantung atau dibuang keahlian.

Sebarang kekeliruan atau persoalan boleh dinyatakan kepada saya menerusi email atau YM.

Sekian,


SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH


yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Ahad 15 Mac 2009

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Terfikir pula saya tugas2 GPK HEM atau Kaunselor.

amirhamzah64 said...

Salam cekodokmasin,

Tajuk pun 'Yang Terlepas Pandang'. Daripada MB hingga ke kaunselor le tu. Hairan bin Ajaib.
Atau
Tidak ada laporan.
Atau
Tidak ada peruntukan
Atau
Semua orang sibuk berpolitik.
Tetapi
Alhamdulillah
Satu Malaysia sekarang sedang memandang Madihah!