Wednesday, March 25, 2009

Satu Faktor Kemenangan Khairy Jamaluddin.


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru dengan mendapat 304 undi mengalahkan Khir Toyo yang mengekori rapat dengan 254 undi. Calon popular akar umbi Mukhriz Mahathir hanya mendapat 232 undi. Inilah keputusan yang dibuat oleh perwakilan pemuda UMNO semalam. Ramai yang kecewa kerana Mukhriz mendapat pencalonan tertinggi daripada bahagian-bahagian UMNO seluruh negara tetapi mendapat undi paling sedikit dalam gelanggang sebenar.

Secara umumnya pencalonan yang banyak bukan jaminan mendapat undi yang tinggi. Jelas perwakilan pemuda pada umumnya tidak terikat dengan keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat bahagian.

Faktor utama kemenangan KJ ialah pertandingan 3 penjuru yang memberi kelebihan kepada bekas Naib Ketua Pemuda UMNO ini. Dengan kedudukan Naib Ketua UMNO beberapa tahun, KJ sudah mempunyai penyokong tetap di kalangan pemuda peringkat bahagian. Berbanding dengan KT dan MM yang tidak mempunyai penyokong tetap di kalangan perwakilan. KJ hanya perlu membuat sedikit penambahan undi sahaja untuk menang.

Walaupun pertandingan sudah selesai, tetapi pengajaran daripada pertandingan ini adalah strategi untuk menghadapi pertandingan juga penting bagi sesiapa yang ingin mencapai kemenangan.Ini bukan pilihanraya dalam UMNO iaitu setiap ahli UMNO boleh mengundi. Sistem perwakilan ini jarang difikirkan oleh penasihat-penasihat KT dan MM. Mereka berdua tahu kekuatan masing-masing berbanding dengan kekuatan sedia ada pada KJ. Memandangkan penyokong kedua-duanya jika digabungkan berjumlah 486 yang telah diperolehi nyata keduanya telah melakukan strategi yang silap.

Jika begitu siapa yang sanggup berkorban supaya salah seorang daripada mereka yang akan berhadapan dengan KJ. Masing-masing mendakwa mempunyai peluang cerah untuk menang tetapi di alam nyatanya tidak begitu. Jikalau mengikut pencalonan bahagian sepatutnya antara Khir dan Mukhris, Khirlah yang patut beralah jika benar-benar pemuda UMNO tidak mahu Khairy menjadi ketua pemuda UMNO.

Pada akhirnya kedua-duanya terlepas sedangkan jika pertandingan ini berlaku satu lawan satu kemungkinan keputusan adalah berbeza. Walau apa pun keputusan sudah ada, suka atau tidak, pemuda UMNO sudah ada ketua pemuda yang baru. Mungkin keputusan ini akan memberi kekesalan dan kekecewaan yang mendalam kepada penyokong-penyokong KT dan MM.

Saya bukan daripada kalangan pemuda UMNO lagi. Saya menanti keputusan yang lebih menarik bagi jawatan Timbalan Presiden, naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

BERITA DARIPADA AGENDADAILY.COM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar muncul sebagai pemenang pertandingan Ketua Pemuda UMNO dengan memperolehi 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo 254 dan Datuk Muhkriz Mahathir 232. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pula, Datuk Razali Ibrahim diisytihar sebagai pemenang dengan memperolehi 417 undi menewaskan pencabarnya Datuk Reezal Merican Naina Merican. Sejurus diumum menang di lokasi mesyuarat Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn,PWTC Khairy terus memeluk Mukhriz yang hadir sama semasa pengumuman dibuat.Dr Khir tidak ada kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung waktu itu di tingkat 39 Menara Dato Onn,PWTC.Ketua Wanita pula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diumum sebagai ketua yang baru menewaskan penyandang Tan Sri Rafidah Abdul Aziz dengan majoriti 227 undi. Shahrizat memperolehi 507 undi manakala Rafidah 280 undi. Rafidah juga tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar. Sementara itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid diumum sebagai Ketua Puteri UMNO yang baru apabila memperolehi 245 undi menewaskan lima calon yang lain. Rosnah sebelum ini adalah Naib Ketua Puteri UMNO. Shahanim Yusof pula muncul Naib Ketua Puteri dengan 355 undi tewaskan tiga calon lain.- 25/3/2009

9 comments:

Mazhar said...

pemuda umno semua dah sewel. Tidak pegang amanah kami diakar umbi. lebih baik keluar umno dari dipimpin perasuah yang tak bermaruah

amirhamzah64 said...

salam Mazhar,

Jangan terlalu kecewa. Takkan kerana KJ seorang, sehingga kita hendak keluar parti.

Tun Mahathir juga pernah kalah dalam pilihanraya tetapi kemudiannya bangkit mentadbir negara selama 22 tahun.

anas afrohead said...

akhirnya perasuah menang.. well done voters :(

TokMudim said...

Bukan senang KJ nak menang setelah diganggu oleh lembaga displin, berkat semangat setiakawan KJ menang juga.

Tahniah KJ....


Stop oral Sex. Respect your wife's doa.

amirhamzah64 said...

salam anas afrohead.

well done for all. terimalah hakikat dan berpijaklah dibumi nyata.

Kalau perasuah salah penerima rasuah juga salah

amirhamzah64 said...

salam tok mudim,

Tahniah kepada KJ dan takziah pada yang kalah. Politik itu adalah seni untuk mendapatkan kuasa.

yang menang tak menang semua, yang kalah pun tak kalah semua.

hatiminda said...

menyedihkan..umno memilih liability legasi abdullah sbg ketua pemuda

amirhamzah64 said...

salam hati minda,

Yang menang tak menang semua.
Yang kalah tak juga kalah semua

Geng Samudera said...

Entah lar.....
Yang pastinya bukan senang nak jumpa pemimpin yang 100% ikhlas menolong rakyat....

Masuk kandang rimau,kena ngap..
pastu masuk kandang buaya,pun kena ngap....

Entah lar...penat sahaja berbicara,tapi susah nak ketemu pilihan dihati.