Sunday, March 8, 2009

Kelembapan Menteri Atau Kelembapan Kerajaan ?





Sepanjang pemerintahan Pak Lah banyak perkara yang diusahakan oleh Tun Mahathir sebelum 2003 telah tidak dilayan baik oleh Pak Lah.

1. Jalan Keretapi Berkembar dari Tanah Besar China ke Singapura.
2. Jambatan Bengkok digantikan dengan Wilayah Iskandar Malaysia dan Wilayah-wilayah ekonomi yang lain.
3. Dasar Perindustrian Negara diganti dengan Dasar Pertanian Satu Perniagaan.
4. Penerapan Nilai-Nilai Islam diganti dengan Islam Hadhari
5. Melambat-lambatkan keputusan PPSMI sama ada diteruskan atau dimansuhkan.
6. Wawasan 2020 seakan-akan sudah tergelincir dari landasannya. Kita ada 11 tahun sahaja lagi untuk mencapai taraf negara maju.

Inilah sebahagian daripada ingatan saya yang menyebabkan Tun Mahathir merasa tersinggung sehingga berlarutan kepada terkeluarnya Tun daripada UMNO. Ada beberapa perkara yang saya setuju dengan Pak Lah misalnya Dasar Pertanian Negara yang memang menuju kesasarannya iaitu orang-orang Melayu. TS Muhyiddin dan Tok Pa sudah melakukan yang terbaik. Bagaimana pula dengan Dasar perindustrian negara yang telah dibangunkan oleh Tun selama 22 tahun termasuklah Industri Kereta Nasional negara?

Dalam Isu sebesar ini Hishamuddin atau Pak Lah yang sepatutnya umumkan sama ada PPSMI ini dimansuh atau diteruskan? TS Muhyiddin telah menyatakan Isu PPSMI akan termasuk dalam agenda Perhimpunan Agung UMNO Mac nanti untuk dibincangkan. Sekarang rakyat sudah ada 'date line' dan Mac 2009 ianya mesti diumumkan oleh Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan.

Jikalau BN merasakan PPSMI ini akan menjadi isu yang berpanjangan sehingga Pilihanraya ke 13, maka tidak ada salahnya jika PPSMI ini dipinda beberapa perkara. Memansuhkannya mungkin kurang tepat tetapi boleh diubahsuai supaya diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

1. PPSMI wajib bagi semua pelajar sekolah rendah (SK dan SRJK) dari tahun 1 hingga tahun 6.

2. Selepas UPSR hanya pelajar-pelajar yang mendapat gred A dan B bagi kedua-dua mata pelajaran itu belajar PPSMI dalam tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pelajar-pelajar yang mendapat gred C,D,E akan belajar dalam bahasa pengantarnya Bahasa Melayu.

3. Selepas PMR hanya pelajar-pelajar aliran sains sahaja yang belajar PPSMI dalam tingkatan 4 dan 5 seterusnya ke tingkatan 6 aliran sains. Aliran-aliran lain selain daripada aliran sains bolehlah belajar menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu.

4. Dasar 60% aliran Sains dan 40% aliran Sastera hendaklah dipatuhi dan dipantau oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengetua Sekolah.

5. PPSMI adalah mandatori dan wajib bagi sekolah-sekolah berikut:
1. Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
3. Sekolah-Sekolah Sains
4. Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Tajaan Kerajaan Negeri
5. Maktab Tentera
6. Sekolah-sekolah Agama / Maahad berasrama penuh.
6. Mana-mana sekolah yang difikirkan setaraf oleh Kementerian Pelajaran.

6. PPSMI akan menjadi matapelajaran pilihan bagi sekolah-sekolah:
1. Sekolah Harian Biasa kecuali aliran Sains
2. Sekolah Menengah Teknik kecuali aliran sains dan teknikal
3. Sekolah Agama harian kecuali aliran sains

Dalam keadaan sekarang, keadaan ekonomi dan politik yang gawat, mungkin cadangan ini boleh dijadikan alternatif kepada perlaksanaan sedia ada. Melangkah ke belakang bukan bermakna kalah tetapi menyusun strategi supaya PPSMI lebih kemas dan diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Jikalau ada pakej-pakej yang lebih menarik sangat dialu-alukan, yang penting kita dapat menyelesaikan satu persatu masalah dan kemelut yang tidak berkesudahan.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

kamal said...

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

amirhamzah64 said...

Salam Kamal,

Satu komen yang menarik, bernas dan sebar-sebarkan.

Pakatan hendak menarik Melayu menyertai mereka kerana dasar laberalisme mereka sudah diterima oleh Cina dan India. Kalau Melayu menyokong tercapailah cita-cita Anwar untuk menjadi PM.

zedmagel said...

Salam Amir Hamzah,

Ini bukan menteri lembap dan kelembapan kerajaan. Yang lembab ni sikap tak tau le sikap siapa. Tapi saudara boleh fikir sendiri. Dalam keadaan ekonomi yang serba tidak menentu tindakan kerajaan dan menteri tu memamng betul. Tapi ada sesetengah kes, nampak macam lembap sangat.

Wallahualam....

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Bro selalu ambik jalan selamat atau 'play save'. Kalau tak kerajaan atau menteri sapa lagi bro.

Kadang-kadang kawan lihat memang sengaja nak lambat-lambatkan. Pak Lah pun bukan ambik kisah sangat. Ni bukan projek dia. Patutnya PM yang umumkan jalan terus atau mansuhkan, ni nak serah pada menteri.

PM yang mulakan dulu PM jugaklah yang buat keputusan. Kawan tak minat betul kat Hisyam ni........lembam! Harap kalah kat Naib Presiden. Bagi kat Rais adalah makna sikit.

Azmi said...

Salam saudara,

Sangat setuju dengan komen saudara yang terakhir. Harap Hisham kalah. Bukan kerana dia tidak bagus tetapi memang sangat tidak bagus.

Hari ini keris dijulang dan dicium bak pahlawan gemilang dan esok maaf dipinta dan dicanang.

Hari ni katanya pendemontrasi bermotif politik kepembangkangan dan esok kesilapan pelapor dan media pula jadi tunggangngan.

Saya sedia berdebat tidak kira dengan siapa hari ini tentang isu bahasa tapi bila kalam diutus seribu satu alasan dicetus.

Naiknya dia bukan kerana tokoh kepimpinan dirinya tetapi lebih dek kerana sepupu, bapa dan datuknya sahaja. Inikah calon Perdana Menteri Malaysia?

amirhamzah64 said...

Salam Azmi,

Terima kasih kerana bersetuju dengan saya. Pemimpin Melayu hari ini mesti berilmu, cerdik, jujur dan berani.

Hisyam tidak mencapai standard pemimpin Melayu yang diidam-idamkan oleh generasi akan datang.

Sedingin Salju said...

Nampak Hisham macam takut bila didesak minta maaf pasai keris. Apalah punya penakut.

amirhamzah64 said...

salam Sedingin Salju,

Hisyam menang Ketua Pemuda bukan melalui pertandingan. Dia tidak seperti Datuk dan Ayahnya.

Hisyam banyak bergantung kepada Najib tidak berani mengeluarkan idea sendiri.

zedmagel said...

Bro-bro semua,

Eeeewaewah-ewah, sedapnya mengata dan mengutuk.Tengok diri sendiri dah cebok ke belum...ha..ha...

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Bukan mengutuk atau mengata bro.
Dah nampak depan mata. Lembik.....

Tapi pemimpin sanjungan bro tu menang dalam pertandingan Naib Presiden. Jangan la risau bro.

Tapi kawan memang tak minat pemimpin yang main-main dengan keris ni.

jangan marah bro.....lembik bro!