Tuesday, March 10, 2009

Perlukah 900 Aduan Rasuah Itu Diperbesarkan?



Tun Mahathir menulis di dalam blognya, 'Di waktu mesyuarat bahagian-bahagian UMNO diadakan untuk mencalon calon-calon bagi Majlis Tertinggi UMNO, pengerusi Lembaga Disiplin (Tengku Ahmad Rithaudeen) telah menyatakan yang beliau telah terima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan.

Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.

Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut. Begitulah antara komen Tun M di dalam blognya.

Perlukah isu aduan rasuah ini diperbesar-besarkan di saat Perhimpunan Agung UMNO semakin hampir? Saya rasa Tun pun amat maklum dalam keadaan sekarang UMNO sudah tiada masa untuk mengurus 900 aduan yang telah 'dianggap' tiada kes. Dua orang anak tokoh UMNO baru-baru ini pun berhasrat mengheret UMNO ke mahkamah atas isu tidak puashati atas aduan-aduan rasuah yang tidak diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Sebagai ahli UMNO, saya sangat berharap agar UMNO ini seperti 'dilahirkan'semula apabila DS Najib menjadi Presiden UMNO yang baru bersama Timbalan Presiden UMNO yang baru, 3 orang Naib Presiden UMNO yang baru serta 20 orang Ahli Majlis Tertinggi yang baru. Juga dengan dokongan ketua wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO serta Ketua Puteri UMNO yang baru.

Walau apa pun yang dilakukan oleh UMNO ketika ini tidak dapat menyelamat apa-apa. Pak Lah akan menyerahkan kuasa Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kepada Najib. Saya yakin Pak Lah tidak mungkin memungkiri janjinya. Pak Lah akan meletakkan kepentingan negara dan parti mengatasi kepentingan peribadi. Desakan Tun semakin hampir mencapai kejayaan.

Kritikan Tun kepada Lembaga Disiplin UMNO adalah lebih tepat untuk mengkritik Khairi yang pada pandangannya boleh didakwa atas kesalahan politik wang. Dalam 900 aduan rasuah itu kemungkinan ada aduan terhadap Khairi. Saya tidak berani membuat tuduhan yang saya tidak pasti sama KJ dan Khir Toyo atau Mukhriz terlibat.

Jikalau Tun sudah mengkritik aduan rasuah sudah pasti beliau yakin Mukhriz benar-benar bersih daripada politik wang. Dari segi politik, sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ,KJ sudah tentu ada kekuatan dan penyokong tetapnya yang menyokongnya selama ini. Di peringkat kepimpinan tertinggi pemuda pusat KJ pasti mempunyai kekuatan dan kukunya sudah menjangkau beberapa negeri dan bahagian-bahagian seluruh negara. Maksudnya dari kalangan perwakilan yang mengundi ,KJ mempunyai kelebihan.

Namun KJ tidak popular di kalangan pemuda akar umbi,KJ juga kurang disenangi di kalangan UMNO keseluruhannya. KJ dikatakan beban kepada UMNO dan BN. KJ dikatakan faktor kekalahan BN di 5 buah negeri. Malah ada yang berani menyatakan jika KJ menjadi ketua pemuda UMNO, pilihanraya ke 13 UMNO akan ditalkinkan. Begitulah antara pandangan orang-orang yang tidak menyenangi KJ yang sebelum ini menjadi orang paling berkuasa di tingkat 4.

Saya berpendapat kritikan Tun kepada Lembaga Disiplin UMNO adalah juga serangan kepada KJ. Penutupan terhadap semua kes rasuah oleh Pak Lah sangat mengecewakan Tun apatah lagi beliau merasakan peluang Mukhriz akan terancam. Mukriz dan Khir Toyo tidak ada penyokong tetap di kalangan perwakilan. Apatah lagi penyokong mereka akan terbelah dua sedangkan KJ mempunyai penyokong yang sudah di'bela'nya sepanjang beliau menjadi Naib Ketua Pemuda.

Bagi saya, kepentingan parti dan negara perlu diutamakan. Jika Tun merasakan KJ sangat merbahaya kepada parti dan negara, Tun boleh menghalangnya menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tun mempunyai blog sendiri dan blog Tun antara blog yang sangat popular yang boleh digunakan untuk memberi panduan dan pandangan kepada perwakilan-perwakilan pemuda pada Mac nanti. Bukan kah 1998 Tun sudah melakukan perkara yang hampir sama kepada Anwar Ibrahim yang dikatakan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Rakyat khususnya perwakilan pemuda ternanti-nanti komen Tun tentang KJ secara jelas, tepat dan berfakta mengapa KJ tidak boleh menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Rakyat juga ternanti-nanti komen Tun terhadap PPSMI yang sedang berada dihujung tanduk sekarang. PPSMI akan mejadi hadiah paling istimewa Pak Lah kepada Tun sebelum beliau bersara dengan memansuhkan PPSMI ciptaan Tun pada 2003.

Akhir kalam, perwakilan-perwakilan UMNO di pelbagai peringkat dalam PAU tahun 2009 adalah penentu kepada HIDUP ATAU MATINYA UMNO. Buatlah pemilihan yang tepat dan menepati hasrat ahli UMNO akar umbi.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

11 comments:

jatiseterus said...

Saudara perlu banyak berkawan dengan semua golongan masyarakat tak kira ape pekerjaannya atau fahaman politik nya.sama ade pengusaha warong atau pengusaha PLKN ,yang terlobat dengan tender kerajaan. Dengar sendiri dari mereka, jangan dengar kabar angin. Lepas Lu fikir la sendiri............

amirhamzah64 said...

salam jatiseterus......

Tulisan ini adalah dari sudut pandangan saya dan ianya tidak semestinya betul dan tepat.Ianya bersifat subjektif.

Sesiapa pun tidak dapat memuaskan hati semua orang. Saya sendiri tidak tahu pendirian saudara.

zedmagel said...

Bro Amir Hamzah,

Rasuah isu subjektif. Tapi jatiseterus punya pandangan harus diambil kira. Dia pengusha PLKN agaknya - yang memberi dan menerima rasuah sama hukumnya. Al rashi wal murtashi. Bukan nak kata kita bersih dari rasuah, kerajaan memang ingin menghapuskanya. Tetapi sikap manusia ini berbeza-beza keperluannya. Dari pengalaman seorang tua seperti saya, saya banyak berurusan dengan anggota kerajaan - mereka tidak pernah meminta duit dari saya walau satu sen pun dan saya juga tidak pernah memberi mereka sesen pun duit saya, begitu juga dengan orang tua saya. Kata abah saya `Abah tak ada kepentingan pada sesuatu. Abah tak pernah memberi dan mereka pun tidak pernah meminta'.

Saya tabik kepada PDRM dan JPJ dan agensi kerajaan yang lain. Memang saya ada buat salah - mereka banyak bertolak ansur dan tidak pernah menyebut hulur le atau apa apa yang boleh di tarif sebagai rasuah. Mereka biasanya memberi amaran kepada saya dan tidak pun menyaman saya, kerana saya seorang yang mudah memohon maaf dan warga bertanggunjawab.

Salam...bro mlm ni jumpa.

amirhamzah64 said...

Salam bro zamzam,

Saya setuju sesangat dengan saudara. Ada orang dimulutnya membenci rasuah tetapi dia lah tukang hulur paling besar dalam dunia.

Adakah orang yang sanggup kehilangan projek atas prinsipnya tidak memberi rasuah. Bila dah terpaksa sanggup bro! Ni lah yang banyak berlaku di kalangan kita.

Kawan memang puji sikap bro. Kalau tidak ada yang memberi tak jadi juga rasuah. Kadang-kadang kita yang berlebih-lebih nak hulur jugak sebab nakkan projek atau spt yang bro katakan nak lepaskan diri dari kesalahan undang-undang.

Nasib baik kita tak pernah memberi dan menerima rasuah. Lagi satu mungkin kita tak ada PLKN kot..........

terima kasih bro

cekodokmasin said...

Salam tuan.
Dia orang dah tukar dari "hulur" kepada " masyuk"

amirhamzah64 said...

Salam cekodokmasin,

Lama menghilang, pegi mana?

Sudah tukar ka? macam biasa je dengan istilah tu.

amirhamzah64 said...
This comment has been removed by the author.
Sedingin Salju said...

Bab rasuah ni, kita kena tegas. Ya memang, ada yang berapi-api kata benci rasuah, wah padahal dialah kaki rasuah.

amirhamzah64 said...

Salam Sedingin Salju,

Esok atau lusa, khabar angin mengatakan ada 'jerung' akan didakwa rasuah.

Penyokong-penyokong jerung sedang buat bantahan.

Sedingin Salju said...

Siapa yang rasuah, adalah tidak beramanah.

amirhamzah64 said...

Salam Sedingin Salju

Siapa yang memberi dan siapa yang menerima tetap bersalah. Mereka adalah perasuah.

Pemimpin yang rasuah, pengikut dan penyokongnya pun rasuah.

Tolak rasuah bukan sahaja dalam UMNO tetapi kepada SEMUA.