Monday, March 23, 2009

Kalau UMNO Tak Boleh, PERKASA Pilihan Terakhir.



Y.Bhg Dato'Ibrahim Azmi, Tokoh Ilmuan Islam dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus menyatakan di dalam ucapannya menyatakan jikalau UMNO sudah tidak boleh lagi hendak mempertahankan Bahasa Melayu, Agama Islam, Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, PERKASA akan bersedia memikul tanggungjawab itu walaupun PERKASA hanya NGO's bukannya parti politik.

Ibrahim Azmi, berkata demikian ketika menjadi pembicara ke 10, dalam Perhimpunan Pribumi Perkasa pada Ahad, 22 Mac 2009 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.



Beliau yang membicara tajuk kedudukan agama Islam masa kini dan cabarannya turut menyentuh tentang prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan Tanah Melayu yang sudah sedia termaktub di dalam perlembagaan. Islam sepatutnya mempunyai kedudukan yang selamat tetapi semakin tercabar bukan sahaja dicabar oleh rakyat bukan Islam tetapi oleh pentadbir-pentadbir yang dikuasai oleh orang Islam.

Beliau memberitahu, ada surau kecil yang dibina di tepi jalan di Terengganu untuk kegunaan pemandu-pemandu teksi bersolat telah dirobohkan oleh pihak berkuasa sedangkan yang bersebelahan dengannya sebuah tokong Cina yang asalnya kecil, bukan sahaja tidak dirobohkan malah kini semakin hari semakin besar.

Beliau berasa kecewa dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tetapi kedudukan tempat ibadatnya bukan sesuatu yang selamat.

Apatah lagi di kala ini umat Islam semakin tercabar dengan pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang begitu liberal dalam beragama demi hendak mendapat secebis kuasa. Pemimpin-pemimpin PAS yang diharap akan mempertahankan agama berdasarkan nama Parti Islam pun semakin hanyut dengan kegilaan merebut kuasa.



Kalau dahulu, berkawan dengan golongan kafir merupakan satu kesalahan amat besar tetapi hari ini pemimpin-pemimpin mereka bukan sahaja berkawan tetapi berpeluk-pelukan dan sanggup pula berkongsi kuasa seperti yang berlaku di Perak.

PAS dan PKR tidak boleh lagi hendak diharap untuk membela Melayu dan Islam berdasarkan perkembangan terkini di Selangor dan Pulau Pinang. Maka sebab itu dalam pengisytiharan PERKASA disebut sebagai pendirian PERKASA perkara 4.:Mengesyorkan agar pihak berkuasa mengambil langkah memperkasakan peruntukan mengenai hal-hal Islam dalam perlembagaan serta menolak sebarang provokasi mana-mana pihak bagi maksud penyamarataan, pencerobohan tauhid dan gagasan pluralisme agama yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Kata Ibrahim Azmi, Kalau UMNO tak boleh, PAS pun tak boleh, PKR jauh sekali boleh. PERKASA lah pilihan tempat orang Melayu bergantung.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

memantau...

Ezad said...

mungkin..
lebih berminat jadi ahli perkasa dari ahli UMNO

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Sekarang ni NGO lebih efektif dari parti politik. Orang politik (bukan semua)selalu berkira2 tentang berapa "masyuk" dari kepentingan agama dan bangsa. Dah diberi peluang pun mahukan peluang lagi. Agaknya belum "kayo amek-amek" lagi...

amirhamzah64 said...

salam Cheguman @ Demang Lebar Daun,

sama-sama lah kita pantau.

amirhamzah64 said...

salam Ezad,

Jadi ahli UMNO dan PERKASA sekali. Ada baiknya jugak

amirhamzah64 said...

Salam cekodokmasin,

NGO selalunya tidak ada kepentingan. PERKASA misalnya dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat , tenaga profesional serta ahli perniagaan dan rakyat kelas menengah dan rakyat biasa.

Baru-baru ini perhimpunan Pribumi Perkasa yang datang kebanyakannya kerana minat ,kesedaran dan sukarela demi bangsa, agama dan negara.