Saturday, March 28, 2009

Nik Aziz Memang Suka Glamour.

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz
27/03/2009 2:26pm

KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.



Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

Komen amirhamzah64-segalanyamungkin:

1. Nik Aziz memang suka glamour dengan mengeluarkan kenyataan yang bombastik. Sangat menarik kenyataan ini dan tidak dinafikan tentang bahayanya merokok yang membawa banyak mudharat terutamanya kesihatan.

2. Kenapa lembu? Baik dikatakan lebih hina daripada babi. Bukankah lebih berkesan perbandingan merokok dengan babi? Bukankah lembu itu yang menyebabkan Khalid Ibrahim disiasat rasuah? Babi pula bukankah merupakan projek menternak besar-besaran dan moden yang akan diadakan di Selangor, negeri Pakatan Rakyat.Projek ini disokong juga oleh PAS. Babi juga bukanlah asing di Tumpat.



3. Kalau perokok lebih hina daripada lembu, bagaimana status penanam tembakau di Bachok ? Bukankah tembakau itu digunakan untuk membuat rokok. Kalau tidak ada tembakau tidak ada juga rokok. Kalau merokok haram bagaimana hukum pendapatan penanam tembakau? Kalau begitu kenapa 18 tahun Nik Aziz menjadi MB Kelantan kenapa Nik Aziz tidak berusaha mengganti tembakau dengan tanaman lain? Tidak sayangkah Nik Aziz kepada orang Bachok yang memakan duit haram.

4. Kalau begitu, apakah hukumnya MB yang memerintah negeri yang mana hasil negerinya adalah tembakau? Bukankah tembakau adalah sebahagian daripada pendapatan rakyat Kelantan dan sumber pendapatan kerajaan negeri. Tidak perasankah Nik Aziz apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu?



5. Kalau Nik Aziz seorang ulamak boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu rupa. Tidak bolehkah saya sebagai rakyat biasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hampir sama maksudnya seperti begini:
Perokok lebih hina daripada lembu
Penanam tembakau lebih hina daripada babi
MB negeri tembakau macam haramjadah.

6. Maaf tok guru, sesekali teringin juga nak memaki, bukankah tok guru kata tuhan pun boleh memaki hamun.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

8 comments:

Success said...

Very unique blog.
Fantastic pictures. Wow....
I like your blog.

I would like to share a stop global warming community. Please visit:
http://globalgreenview.blogspot.com

Please share this information to your family and friends all over the world.

Have a nice weekend.

amirhamzah64 said...

salam Success,

tq visit my blog and i'll visit your website too.

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Amer,
Seseorang yang dianggap ulama/tok guru sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Ramai orang PAS yang marah dengan kenyataan ini.

amirhamzah64 said...

salam Cheguman@Demang Lebar Daun,

Kesian Pok Nik ni. Nak glamour sangat. Tapi penyokong PAS tempat saya sokong Nik Aziz, walaupun dia hisap rokok 2 kotak sehari. Kalau begitu 2 ekor lembu la kena kat batang hidung dia.

Hahaha.....taksub..taksub

zedmagel said...

Bro Amir,

Yang haram tetaplah haram, yang menghina akan berbaliklah kepadanya. Bagi saya yang tidaklah tinggi ilmu agama ini, melihat menghisap rokok itu makruh hukumnya dan ada perselisihan pendapat diantara itjmak ulamak mengatakan hukumnya haram dan makruh. Sekiranya ada perselisihan pendapat yang sebegitu, hukum makruh itu bolehlah dipakai. Walaupun saya bukanlah seorang perokok.Apa pendapat ustaz?

amirhamzah64 said...

salam zed magel,

Saya pun tidak merokok. Sepatutnya saya tidak perlu marah pada Nik Aziz. Di dalam Al-Quran pun Allah ada memaki manusia yang engkar.

Tapi Nik Aziz bukan Allah. Memaki, mengcemuh, menghina itu hak Allah kerana Allah tuhan. Tambah-tambah nak kata manusia ini lebih hina dari lembu. hahaha apa pasal lak. nak suruh atau berdakwah tu cakap lah elok-elok.

cakap lah dengan penuh kasih sayang. Bagi lah hati-hati manusia ni cair bila dengar Tok guru bersyarah. Hahaha......kalau tak berhenti jugak lantak la......bukan dia ambik gaji Pok Nik.

Sabor aje la.......

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Pok Nik Ajis ni kadang kalo flip-flop jugo. Dah selalu dio sakap lain, esok dio cakap lain pulo. Itupun lopas kono gertak dek karpal dongan Lim 2 boranok...

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin,

Kawan kesian kat pok nik ni. Udah-udah la tu. Dulu bila Mahathir jadi PM 22 tahun dia bising. Skrg ni dia pun dah nak masuk 19 tahun memang tak ada tanda-tanda nak berenti pun.

flip-flop tu tandanya dah uzur bro.

Banyak dosa kawan kat pok nik ni....hehehe