Saturday, March 21, 2009

Silap Memilih, UMNO Hilang KUASA !


Muhyiddin dianggap pemimpin UMNO paling lantang menegaskan 'kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun pahit'.Di kala pemimpin-pemimpin UMNO membisu, Muhyiddin telah menegaskan bahawa isu peralihan kuasa di antara Pak Lah dan Najib dipercepatkan. Berkali-kali beliau menegaskan bahawa tindakannya ini adalah berdasarkan kepada kehendak akar umbi.

Memandangkan kepada kelantangan Muhyiddin, beliau telah dipandang serong oleh Pak Lah. Pak Lah sendiri tanpa berselindung telah memberi sokongan terbuka kepada Ali Rustam. Berdasarkan perkembangan mutakhir ini, Muhyiddin dianggap sebagai 'master mind' kepada kes rasuah yang dihadapi oleh Ali. Saya tidak menyalahkan Ali kerana Ali cukup matang berpolitik dan saya anggap kes Ali telah pun selesai.

Keadaan sekarang sudah menjadi celaru. Celaru kerana penyokong-penyokong Ali hendak beralih kepada siapa? Kepada Muhyiddin kah atau kepada Mohamad kah? Jikalau penyokong Ali tetap percaya kepada 'konspirasi' Muhyiddin, maka keadaan Muhyiddin menjadi tenat. Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya sedar keadaan ini, Muhyiddin mungkin menjadi mangsa.

Sebagai seorang bakal Presiden Najib juga sedar keadaan ini. Najib berkata' hari ini kita ramai-ramai menawarkan diri bertanding, apa guna kita menang tetapi parti kita kehilangan kuasa'. Najib menegaskan, jangan terlalu ghairah berebut jawatan hingga melupakan kepentingan parti dan halatuju parti selepas perhimpunan agung.

Najib memerlukan timbalan yang boleh bekerja bersama-samanya menangkis serangan pembangkang yang bertali arus sejak pilihanraya ke 12 lalu. Siapakah timbalan Najib yang boleh kita harapkan untuk berhadapan dengan Anwar, Hadi Awang, Lim Kit Siang maupun Karpal Singh ?

Siapakah timbalan Najib yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk menangani krisis ekonomi dan politik yang semakin gawat ini. Kedua-dua tokoh ini tidak banyak bezanya. Kedua-duanya adalah bekas Menteri Besar kepada dua negeri yang maju. Kedua-duanya adalah daripada team wawasan ketika Anwar Timbalan Presiden UMNO pada 1993. Kalau begitu apakah pertimbangan lain yang boleh perwakilan fikirkan untuk membuat penentuan iaitu memilih satu daripada dua?

Akhirnya perwakilan khususnya penyokong-penyokong Ali Rustam perlu memikirkan kepentingan parti dan negara. Sebarang bentuk tekanan emosi dan sentimen hendaklah diketepikan. Pilihlah dengan kewarasan akal agar kesilapan tidak berlaku kerana sebarang kesilapan kemungkinan menyebabkan UMNO kehilangan kuasa.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

Pemuda IKS said...

BERANI BERUBAH!

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Siste pemilihan UMNO perlu diubah. Para perwakilan bukan sahaja memilih pemimpin parti tetapi juga pemimpin kerajaan, baik peringkat negeri atau pusat. Pemilihan bukan lagi terletak di tangan kira-kira 3000 orang perwakilan PAU. Memang benar, para perwakilan ini membawa amanah dan hasrat akar umbi di peringkat cawangan tetapi ahli-ahli cawangan sendiri tidak tahu mereka mengundi siapa akhirnya. Gunakan kaedah satu ahli satu undi. Saya juga pasti politik wang (kenapa malu nak sebut rasuah?) tidak akan berlaku. Mana mungkin, caloun-calun boleh merasuah setiap ahli UMNO yang dikatakan mencecah hampir 1.5 juta orang itu? Kalau rasuah juga, memang calun itu betul-betul "kayo amek-amek"(kata orang nogori).

amirhamzah64 said...

Salam Pemuda IKS,

SEKALI AIR BAH,
SEKALI PANTAI BERUBAH.
BERANI BERUBAH!

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin,

1. Saya setuju memilih pemimpin parti UMNO menggunakan kaedah satu ahli satu undi sama ada di peringkat bahagian dan pusat. Bersediakah pihak pengurusan dan pentadbiran UMNO setiap peringkat?

2. Setuju kerana sabagai satu cara paling demokrasi dalam berpolitik di Malaysia mengatasi parti-parti politik yang lain.

3. Satu kaedah paling efektif bagi membasmi rasuah politik.

4. Kurang bersetuju memilih pemimpin kerajaan seperti Perdana Menteri menggunakan kaedah seorang rakyat satu undi. Malaysia belum bersedia ,Saya pun belum bersedia. Satu cara yang tidak mustahil orang Cina boleh menjadi PM.

5. Cara sekarang lebih molek dan selamat. PM dilantik oleh DYMM YDP Agong daripada pemimpin parti yang paling banyak memenangi kerusi di parlimen.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Mungkin kenyataan saya kurang jelas berkaitan satu ahli satu undi. Ia hanya untuk pemilihan kepemimpinan UMNO sahaja.Ini kerana secara tradisinya, pemimpin UMNO juga yang akan menjadi PM, TPM dan sebahagian besar menteri.
p/: Tuan tak meronda2 ke PWCT ke minggu ni?

amirhamzah64 said...

salam cekodokmasin.

1. yang ni saya setuju.

2. PWTC bukan PWCT. Rasanya macam tidak. Tengok Astro awani lagi best. Awani bagi laporan paling lengkap kali ini.

3. Minggu ni baru balik perhimpunan pribumi perkasa dekat bangsar. Malas nak g KL tiap-tiap minggu.