Wednesday, April 1, 2009

Lembaga Displin UMNO : Perbaiki Atau Bubar?

Lembaga Disiplin UMNO adalah satu badan bebas yang ditubuhkan untuk mengawal tingkahlaku dan disiplin ahli-ahlinya. UMNO Malaysia selain mempunyai Perlembagaan tetap turut mengeluarkan Kod Etika Ahli UMNO yang perlu dipatuhi oleh semua pihak dan setiap kali pemilihan dibenarkan, setiap kali itulah Kod Etika diperkemas serta diperketat.

UMNO adalah satu-satunya parti yang mempunyai Lembaga Displin Parti yang aktif berbanding dengan parti-parti lain. Hanya UMNO sahaja yang berani menghukum pemimpin-pemimpin tertinggi parti jika pemimpin itu telah melakukan pelanggaran kepada kod etika dan juga salahlaku politik wang yang popular sejak akhir-akhir ini. Walau pun hukuman Lembaga Disiplin kadang kalanya tepat dan adil tetapi adakalanya keputusannya meragukan dan kadang kala menjadi senda gurau orang-orang di luar UMNO.



Tindakan yang pernah diambil terhadap ahli-ahlinya adalah seperti amaran, gantung malah dipecat daripada parti. Ianya bukan sahaja dikenakan ke atas 'ikan-ikan bilis' tetapi juga 'ikan-ikan jerung'. Walau bagaimana pun Lembaga Disiplin ini mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki.

Sejak akhir-akhir ini keputusan Lembaga Disiplin sudah mula dipertikaikan oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Siasatan dan keputusan agak lembam dan menimbulkan banyak prasangka buruk. Dua minggu sebelum Perhimpunan Agong UMNO yang lalu kelihatan tidak ada lagi keputusan kes politik wang atau rasuah politik itu diambil tindakan. Semuanya senyap dan menunggu masa untuk PAU. Apabila Tun Mahathir menulis dalam blognya bertanyakan dalam 900 aduan rasuah yang diadu mustahil satu aduan pun yang tidak boleh dikaitkan, barulah Lembaga Disiplin bertindak.



Dalam keadaan yang kurang bersedia, beberapa keputusan juga sangat meragukan dan boleh dipertikaikan. Ianya melibatkan Khairy, Ali Rustam dan ikan-ikan bilis yang lain. Saya juga tidak mahu mengulas berkenaan keputusan itu. Soalnya sekarang adalah lembaga Disiplin benar-benar bebas dalam membuat keputusan. Adakah Lembaga disiplin tidak membuat keputusan yang 'double standard' apabila memutuskan sesuatu hukuman.



Apakah hukuman terhadap Isa Samad dengan Ali Rustam itu kelihatan sebagai menganiaya Isa Samad 3 tahun yang lalu. Apakah hukuman terhadap Khairy itu adalah satu keputusan yang seolah-olah ada 'tangan hitam' yang menghalang Lembaga Disiplin daripada membuat keputusan yang adil.

Apabila menerima 900 aduan, mampukah lembaga disiplin membuat siasatan dan membuat keputusan yang terbaik. Sudah tentu tidak. Saya ingin mengesyorkan kepada UMNO agar lembaga disiplin Pusat ini memberi kuasa yang lebih kepada Lembaga Disiplin di peringkat negeri-negeri. Ini bermakna Lembaga Disiplin peringkat negeri memproses aduan -aduan yang datang dari negeri masing-masing. Jika ada kes-kes yang berat barulah Lembaga Disiplin pusat menyiasat dan menjatuhkan hukuman.

Saya yakin daripada 900 aduan itu ada kemungkinan terdapat aduan-aduan daripada cawangan-cawangan. Sebab itulah Tengku Deen tidak cukup masa untuk membuat siasatan. Akhirnya dalam kesuntukan masa, keputusan secara terburu-terburu serta kenyataan-kenyataan terhadap sesuatu hukuman itu telah membuatkan mereka yang beremosi mencadangkan Lembaga Disiplin ini dibubarkan.

Seperkara lagi yang menimbulkan 'kegelian ' ahli UMNO khususnya ialah tentang penafsiran rasuah oleh SPRM dengan Lembaga Disiplin. SPRM akan mengambil tindakan mahkamah jika selepas sesuatu siasatan selesai dan bukti yang cukup. bagi SPRM rasuah politik dikategorikan sebagai kesalahan jenayah. Berbeza dengan penafsiran Lembaga Disiplin yang hanya melihat ianya sebagai melanggar kod etika parti sahaja.
Ianya sungguh mengelirukan. Sebab itu, selepas Ali Rostam didapati bersalah, sebahagian pengikut Pakatan Rakyat telah mendesak Ali meletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Malangnya dalam waktu yang sama Najib telah mengeluarkan kenyataan, Ali boleh terus menjadi Ketua Menteri Melaka.



Oleh itu, tidak manis untuk saya mencadangkan Lembaga Disiplin ini dibuabarkan tetapi Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Displin ini sudah boleh memberi peluang kepada orang lain untuk menjalankan kerja-kerja Lembaga Disiplin. Dalam masa yang sama, banyak perkara perlu diperhalusi lagi, dengan lain perkataan satu reform perlu dilakukan agar lembaga Disiplin sentiasa dihormati.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

jebbat said...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

anas afrohead said...

bubarkan terus lagi senang.
biar SPRM yang buat kerja.
jujur saya cakap, saya cukup tak selesa dengan penggunaan perkataan 'politik wang'.
rasuah tetap rasuah..

zedmagel said...

Bro Amir,

Lembaga displin perlu, bagi menghalang ahli-ahli supaya jangan terlalu menjolok mata. SPRM selaku pemantau yang berkuasa. Ini soal masalah rumahtangga, ada aturan dan peraturan.Masuk ke rumah ikut pintu dan bukan keluar ikut tingkap. Ada garis panduan dan tatakromo.

amirhamzah64 said...

salam jebbat,

Terima kasih banyak-banyak

amirhamzah64 said...

salam anas afrohead,

Bubar bila-bila masa boleh bubar. Sebab UMNO yang wujudkan sendiri untuk masalah dalaman parti. Lembaga Disiplin UMNO bukan saja mengambil tindakan terhadap rasuah politik tetapi salah laku yang melanggar kod etika parti yang lain.

Saya berpendapat agar Lembaga Disiplin ini dimantapkan dulu dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Selain itu ahli-ahli Lembaga Displin ini perlu diganti dengan ahli-ahli yang lebih berkelayakan,Lebih bebas,lebih dipercayai kerana yang lama sudah tercalar.

terima kasih

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Saya rasa pun begitu juga. LD ini hanya UMNO saja yang ada. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan parti jika dijalankan dengan sebaik mungkin. LD perlu dikaji semula keberkesanan tindakannya supaya keputusannya dihormati dan tidak dipertikaikan orang.

Kalau adapun kesilapan tetapi jangan sampai menjolok mata.

terima kasih