Tuesday, April 7, 2009

Kebijakkan Anwar Dengan Persepsi Dan Harapan




Tahun 2009 hingga 2011 adalah tahun-tahun pertembungan klasik bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam membuat percaturan politik Malaysia hari ini. Era hari ini adalah era bagaimana meletakkan kepentingan rakyat ke satu tahap tertinggi bagi meraih sokongan sekali gus meletakkan kebenaran prinsip demokrasi iaitu 'Dari Rakyat Kepada Rakyat Untuk Rakyat'.

Kecerdikan Najib bermula apabila beliau meraih sokongan padu daripada ahli UMNO untuk merestui peralihan kuasa dengan menjadi Presiden UMNO yang ke 7 dan seterusnya secara tradisinya menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6. Sebelum itu, rakyat melihat kecerdikan Najib ini sebaik sahaja beliau menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru terus saja meninggalkan bekas dengan merampas kembali Perak daripada Pakatan Rakyat. Cara pengambilan itu sah dari segi undang-undang. Namun polimik politik Perak terus bergolak dan sehingga kini tidak nampak ianya akan terlerai setelah P059 Bukit Gantang dimenangi Nizar daripada Pakatan Rakyat.

Selepas menjadi Perdana Menteri Najib cuba mencerminkan dirinya sebaik mungkin dengan mebebaskan 13 orang tahanan ISA, membenarkan semula penerbitan 2 akhbar pro pembangkang disamping berjanji akan mengkaji semula ISA. Konsep 'one Malaysia' atau 'satu Malaysia' juga adalah slogan baru pentadbiran Najib. Kecerdikkan Najib akan dilihat juga pada hari ini apabila beliau akan mengumumkan kabinet baru selepas menjadi perdana menteri. Saya berpendapat, apa pun yang berlaku ianya bukan sesuatu yang menarik kerana ianya datang daripada parti yang memerintah kecuali Najib akan membuat sesuatu perubahan yang luar biasa.

Kebijakkan Anwar bermula apabila beliau diberi peluang oleh Pak Lah untuk bergiat semula di arus perdana politik negara. Keterbukaan Pak Lah memberikan peluang terbaik dan dicengkam kemas oleh Anwar untuk memainkan isu 'persepsi' dan 'harapan' yang semakin hari semakin melekat di hati rakyat.

Isu persepsi buruk BN menjadi senjata utama Anwar. Anwar telah berusaha gigih memainkan isu ini sejak 1998 selepas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Simpati dan kecewa sebahagian ahli-ahli UMNO ketika itu dan golongan muda diserlahkan dalam keputusan pilihanraya 1999. Pilihanraya tersebut melihat pola pengundian Melayu menunjukkan sokongan kepada Anwar melalui Barisan Alternatif. Namun pengundi Cina dan India tetap memberikan sokongan kepada BN dan Tun Mahathir.

Pilihanraya 2004 adalah pencapaian buruk bagi PKR dan Barisan Alternatif. BN dan UMNO menang besar dan seolah-olah Barisan Alternatif akan berkubur. UMNO dilihat sebagai parti terkuat dengan menguasai 110 kerusi di Parlimen dan boleh memerintah bersendirian dengan majoriti simple. Itulah hakikatnya pada waktu itu.

Zaman Pak Lah adalah zaman BN membuka dasar demokrasi seluas-luasnya kepada rakyat kerana dikatakan dasar ini tidak dapat dinikmati di zaman Tun Mahathir. Rakyat tidak mendapat kebebasan bersuara dan memberi pendapat sehingga Tun Mahathir digelar dengan berbagai-bagai gelaran termasuklah yang paling popular Mahathir-MahaFiraun. Keterbukaan Pak Lah mencapai kekemuncaknya apabila beliau memberi laluan kepada Anwar untuk bergiat aktif semula di dalam politik.

Sebagai seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri beberapa bulan, persepsi kebobrokan UMNO dan BN itu mudah dipercayai rakyat. Anwar berjaya meyakinkan rakyat bahawa beliau pernah mencuba untuk membersihkan rasuah, kronisme, dan nepotisme di dalam BN dan UMNO tetapi kerana itulah juga beliau ditendang daripada UMNO.

Kekalahan teruk Barisan Alternatif dalam pilihanraya 2004 memberi idea baru kepada Anwar. PKR memang tiada sambutan. Anwar menggunakan PAS untuk meraih sokongan Melayu dan DAP untuk menagih sokongan Cina dan PKR sendiri lebih sensitif kepada penyokong India di samping sedikit sebanyak penyokongnya dan golongan muda Melayu. Maka dengan itu Pakatan Rakyat terbentuk dengan menggunakan 'persepsi'yang sama dan menambah satu lagi senjata iaitu 'Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia'

Anwar adalah 'master mind'. Anwar sebenarnya telah menggunakan kekuatan PAS dan DAP sedangkan PKR hanyalah parti yang lemah. Kalau tidak percaya, PAS dan DAP keluarlah daripada Pakatan Rakyat nescaya berkuburlah PKR bersama dengan Anwar. Kebijakkan Anwar ini ditumpang semangkuk oleh Haji Hadi dan Lim Kit Siang kerana mereka tidak ada jalan lain kecuali menumpang dan bergayut dengan Anwar Ibrahim. Selama ini pun berpuluh tahun mereka berjuang dalam kepompong parti sendiri dan selama itulah mereka hanya menjadi debu-debu yang berterbangan.

'Harapan baru Untuk Rakyat Malaysia' adalah lebih 'ummp' daripada gagasan 'Satu Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri yang baru. Harapan baru menjanjikan kesamarataan, keterbukaan, pengagihan kekayaan, penentangan keras kepada rasuah, kronisme dan nepotisme, lebih adil dan saksama serta lebih liberal dalam beragama dan banyak lagi idealisme-idealisme baru. Harapan baru mengikut pemahaman orang Cina dan India ialah persamaan semangat dan idea 'Malaysia Malaysian' yang mereka perjuangkan berpuluh tahun.

Kebijakkan Anwar berdasarkan 'Persepsi' dan 'Harapan baru'telah menafikan sumbangan UMNO selama 63 tahun dan sumbangan kerajaan 52 tahun dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara. Hari ini sekali lagi kenyataan saya menjadi realiti apabila BN gagal lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau apabila pengundi Cina dan India telah memberi harapan yang sangat tinggi untuk Pakatan Rakyat memerintah negara ini. Saya yakin jika Pilihanraya umum diadakan pada tahun ini Pakatan Rakyat akan menang dan mengambil alih kerajaan pusat.

Masa ada 2 tahun lagi untuk melihat pertembungan klasik antara Najib (BN) dan Anwar(PR). Strategi mereka tidak perlu belajar di universiti tetapi strategi mereka adalah berdasarkan otak yang bijak dan cerdik ditambah dengan nasib. Pertembungan dua orang Melayu ini dalam perebutan kuasa akan meninggalkan impak yang mendalam kepada kuasa politik Melayu keseluruhannya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

anas afrohead said...

apap-apa pun saya berdoa kepada Allah agar pertembungan ini tidak akan membuatkan anak melayu merempat di negara sendiri. saya tidak mahu jadi seperti singapura.

amieieda said...

kalau nak bersaing secara sihat...dahulukan ekonomi dan perpaduan rakyat..

tapi kalau nak tengok sapa hebat berpolitik, beretorik dan berpesepsi.. saya yakin detik kehancuran ada di depan mata.

amirhamzah64 said...

salam anas afrohead,

UMNO di tikam kiri dan kanan. Pakatan Rakyat serta MCA, MIC dan Gerakan. Parti-parti di Sabah dan Sarawak perlu diberi kerusi kabinet yang lebih dengan mengambil sebahagian peruntukan kepada MCA,Gerakan dan MIC.

Benteng BN nampaknya kerusi-kerusi di Sabah dan Serawak. Pengundi Cina dan India benar-benar swing ke PR.

amirhamzah64 said...

salam amieieda,

1. Najib perlu rapatkan UMNO sebagai satu barisan yang mantap.
2. Layan Sabah dan Sarawak kerana BN boleh diharapkan di sana.
3. Jika Hadi Awang mahu bersahabat, sahut salam tersebut. Ambil PAS lebih baik berkawan dengan MCA, Gerakan, MIC yang semakin tidak jujur. Melayu perlu bersatu.

zedmagel said...

Bro Amir,

Saya bersetuju dengan pandangan bro. Umat Islam dan Melayu harus bersatupadu untuk melihat politik tanahair di pegang oleh anak bangsa. Salam PAS wajiblah disambut oleh UMNO dan komponen yang masih setia kepada BN.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Melayu bersatu bila bencana dah datang. Rakyat nak bersatu, pemimpin-pemimpin tak mau, tak jadi jugak bro