Friday, April 10, 2009

Surat Nik Aziz kepada Nga Kor Ming











Petikan daripada : Blog Tok Guru (www.blogtokguru.com)

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Pendapat amirhamzah64 :

Saya menyokong penuh sebarang usaha ke arah perpaduan bagi menjamin hidup aman dan makmur di bumi Malaysia tanpa sebarang rasa syak wasangka.

Pendapat saudara-saudara bagaimana?


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.

10 comments:

add said...

Saya tak nafikan sepatutnya Islam memberi peluang kepada agama lain mendekati Islam,,, namun dalam konteks sekarang,perkahwinan campur antara babi kibas (DAP dan PAS) merupakan perkahwinan ala politik semata-mata bukan berlandaskan keikhlasan. DAP nak Islam????? manakala PAS seronok sesangat bila DAP mengalunkan Quran????? apakah ini nur islam yang dibawa oleh Pas kepada DAP. Berapa kali pemimpin DAP telah mendengar tazkirah oleh pemimpin PAS? apakah pas tidak boleh bergabung dengan UMNO hanya semata-mata berbezaan politik semata-mata...sedangkan menganuti agama yang satu.
apakah pas redha berseongkol dengan DAP???? dimana letaknya maruah NIk aziz yang akan mati tak lama lagi...
apakah bila nik aziz mati malaikat tanya kepada beliau, berapa ramai pemimpin DAP dah baca ayat Quran setelah menjalinkan pakatan rakyat... ini ayat pulang paku buah keras kembali kepada nik aziz dulu beliau menyatakan di akhirat malaikat tak tanya melayu ke cina ke...

Bertaubatlah wahai nik aziz....
tak semestinya seorang ulama boleh berkata-kata sesedap rasa,, sedangkan semua mufti telah bersepakat cara pemimpin DAP menggunakan quran dalam politik.

Apakah semua mufti yang bersidang tu di sogok? apakah semua mufti yang ada jahil? apakah nik aziz sahaja yang betul... maka kesimpulannya,, nik aziz sebenarnya dah nyanyuk... dah pun... jangan sampai hanyut dibawa arus sungai pengkalan datu dekat pulau melaka dah la....

Jeffry said...

SALAM ZIARAH
KERJASAMA PAS DAN DAP HANYELAH SATU ILUSI BG MENGABURI PANDANGAN ORG RAMAI KHUSUSNYA ORG2 ISLAM. TAK MUNGKIN PAS AKAN MELAKSANAKAN HUDUD TANPA KEBENARAN DR KARPAL SINGH. BERMAKNA SEGALA KEPUTUSAN ATAU KEBENARAN HANYA JIKA MENDAPAT PERSETUJUAN DAP. PAS MEMPERMAINKAN POLEMIK ISLAM ATAS TIKET AGAMA. PAS HANYALAH ALAT RETORIK PKR!.

braveiron said...

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعاً

"Dan Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diengkari dan DIPEROLOK-OLOKKAN(oleh orang-orang KAFIR), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam."

Ayat ini jelas arahan Allah menyuruh kita beredar apabila golongan kafir musyrik mengalunkan ayat-ayat suci dengan tujuan tertentu. Jelas tujuan Nga ialah untuk meraih undi kerana ianya di dalam kempen pilihanraya.
Mengapakah ulama PAS yang kononnya mengagungkan Islam tidak meneliti maksud ayat ini.
Orang Islam yang terus berada dimajlis itu disifatkan sebagai munafik dan dianggap bersama-sama mempersendakan ayat itu.
Bagaimana Tuan Guru yang dianggap mursyid boleh menyambut baik tindakan Nga itu?
Apa yang patut dibuat ialah menerangkan Nga akan kedudukan sebenar dari sudut hukum.
Bagaimana orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Quran membacanya dikhalayak umat Islam? Menyeru orang Islam dengan mengucapkan ayat-ayat yang dia sendiri tidak menerimanya. Kehinaan yang amat besar untuk umat Islam ........ dan PAS.
Nik Aziz patut insaf dan muhasabah diri serta meneliti balik isi surah an-nisa' ayat 140 itu yang amat jelas maksudnya.

zedmagel said...

Bro Amir,

Tahniah le idola saudara masih kekal dalam kabinet Malaysia. Orang lama seperti beliau sangat diperlukan oleh BN dan UMNO. Pemimpin yang berpandangan jauh.

Mendekati Islam bagi orang kafir sangat digalakkan. Tetapi janganlah membaca Al Quran bagi tujuan politik,saya merasa jijik dengan sikap kotor yang ditunjukkan.Ini satu penghinaan untuk umat Islam.Kalau dia ikhlas peluk Islam dulu, kemudian bacalah sebanyak mana ayat Al Quran pun, walau dia dari parti DAP dia tetap saudara seagama dengan saya.

reeczar said...

sepatutnya nik aziz kena beri statistik berapa ramai cina kelantan dah peluk islam. beri insentif untuk ustaz nga terus mengucap dua kalimah syahadah on the spot.

dah 20 tahun perintah kelantan, sepatutnya dah 100% cina kelantan dah peluk islam.

tak payah nak membebel tak tentu hala. buat habis ink printer saja.

pas kan lagi handal dan lebih islam dari orang lain. lagi pakar berdakwah kepada bukan islam.

Parpu Kari said...

SALAM SAUDARA, NIK AJIS NI DAH SESAT!

DIA NAK BERDAKWAH TAPI TAK KENA TEMPAT DAN CARANYA!

ADAKAH DIA LEBIH SUKA BERDAKWAH DENGAN BUKAN ISLAM DAN BELIAU TAK NAMPAK BERMINAT PUN NAK MENYATU-PADUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI!

APA MOTIF NIK AJIS SEBENARNYA?

FIKIR-FIKIRKANLAH!

amirhamzah64 said...

salam,
add,
Jeffri,
braveiron,
zedmagel,
reeczar dan
Parpu Kari.

Terima kasih kerana memberi komen dan komen-komen saudara nampaknya senada dan sederap. Saya hormati pandangan saudara semua.

gotahlantun said...

TAK DE MASALAH KALAU NGA KOR NAK MEMPELAJARI ISLAM YANG SEBENAR, KALAU NAK HAFAL ALQURAN PUN BOLIH...

TETAPI MASUK ISLAMLAH DULU...
ATAU KATA ORANG KAMPUNG...MASUK JAWI.

gotahlantun said...

"Dan Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diengkari dan DIPEROLOK-OLOKKAN(oleh orang-orang KAFIR), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam."
===================================
SATU INGATAN BUAT KETUA PUAK.

amirhamzah64 said...

salam gotahlantun,

terima kasih atas hujah dan pandangan saudara. Mungkin ada ramai lagi yang sependapat begini.