Monday, April 20, 2009

Jambatan Bengkok Atau Jambatan Lurus ?


Ada yang menyebut jambatan bengkok ada yang berkehendakkan jambatan lurus. Yang mana satu idaman kalbu. Datuk Shahril Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru mencadangkan projek jambatan lurus dapat dilaksanakan menghubungkan Malaysia dan Singapura bukannya, jambatan bengkok walaupun bercanggah dengan kenyataan asalnya yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada hari Isnin.

Bagi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata,rasional jambatan itu patut diluruskan kerana apa yang berlaku sekarang, laluan Tambak Johor ke Bangunan Sultan Iskandar yang berdasarkan projek jambatan bengkok tidak berkesan dan masih menimbulkan kesesakan.

Beliau berkata, bagi mengelakkan masalah itu terus berlaku, adalah lebih baik kerajaan mengadakan perundingan dengan Singapura agar dapat membina sebuah jambatan baru yang lurus dan dibiayai oleh kedua-dua pihak. Katanya, jambatan lurus juga dijangka dapat mengatasi masalah pejalan kaki yang mungkin tidak dapat berbuat demikian apabila jambatan bengkok siap dibina kelak.

Isu Jambatan menggantikan Tambak Johor yang dibina oleh penjajah pada 1924 ini telah dicetuskan oleh bekas PM Tun Mahathir Mohamad. Pembinaan jambatan ini mempunyai banyak kepentingan ekonomi kepada Malaysia dan Johor khasnya. Selain daripada membuka laluan air selat tebrau yang 'mati' ianya banyak memberi peluang yang luas kepada Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang yang dibina lebih awal.

Perniagaan dan perdagangan di Johor Bahru akan lebih rancak disamping seiring dengan perkembangan Iskandar Malaysia sebagai pertumbuhan pusat ekonomi baru di negara ini. Memandangkan perkembangan semasa, idea Tun Mahathir ini wajar disegerakan oleh PM yang baru. Kegagalan Pak Lah merealisasikan jambatan ini sangat mengecewakan Sultan Johor, Tun Mahathir dan rakyat Johor keseluruhannya.

Idea Tun Mahathir ini telah disokong oleh DYMM Sultan Johor. Baginda juga telah menitahkan jambatan ini dikaji semula ketika Pak Lah membatalkannya.Titah Tuanku merupakan bukti bahawa rakyat Johor secara amnya mahukan jambatan dibina dan bukan sebaliknya. Dan titah Tuanku ini membuktikan bahawa kononnya pendapat rakyat Johor yang menolak pembinaan jambatan tersebut adalah TIDAK BENAR.

Sama ada bengkok atau lurus bukan lagi perkara penting. Sekarang rakyat sudah terang lagi bersuluh bahawa dakwaan Pak Lah bahawa rakyat Johor tidak mahu kepada jambatan itu adalah sesuatu pembohongan besar. Mulut rakyat telah disumbat tetapi rakyat Johor khususnya di Johor Bahru tidak putus-putus menuntut agar projek jambatan ini diteruskan termasuklah permintaan terbaru dengan PM yang baru.

Singapore's initial excuse was that it wanted to maintain the Johor Causeway which had historical values and did not believe that the project would benefit the republic. For Malaysia, the bridge could reduce the traffic congestion at the Johor Causeway, benefiting citizens from both sides of the causeway, besides raising the
Johor Strait's quality of water, which had been obstructed by the Johor Causeway. The bridge would also help improve the ecology system in the Johor Strait. (Bernama : Wed, 12 Apr 2006 )

Hanya rakyat Johor Bahru sahaja yang tahu betapa jambatan ini sangat diperlukan oleh mereka.

Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Teberau airnya biru
Di pantai Lido tepian mandi
Ramai orang di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

Tanjung Sikijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

8 comments:

zedmagel said...

Bro Amir,

Jambatan bengkok ke lurus ke, tu tak kisah sangat. Ini soal pancang, janganlah pancang bro saya cabut. Tak elok le. Nampaknya jambatan tu macam jadi pulak. Tapi kertas putih dah keluar, macam mana pulak tu? saya muskil le.

amirhamzah64 said...

salam bro,

Kawan masih ingat lagi bila Pak Lah batalkan jambatan maka datang lah juak-juaknya menyokong keputusan Pak Lah dengan berbagai bukti dan sebagainya.

Termasuklah Jabatan Penerangan yang berbuih mempertahankan keputusan Pak Lah. Siap bagi buku lagi. Hehehe.

Kalau Mahathir dah masuk campur, persetankan dengan kertas putih bro........

amieieda said...

hemmm...

zaman kerajaan "tau semua" dah berakhir...

macam tun kata " bohonglah kalau ada orang kata orang johor tak mau jambatan tuh"

sapa yang kata? ya orang yang rasa kerajaan pimpinanya tahu semua, tau segala!!!

Sahabat-Gunung said...

Assalammualaikum.

Saya orang Johor, walaupun dilahirkan di Kuala Lumpur. Rumah nenek saya di Bakar Batu, rumah mak mentua saya di Taman Pelangi.

Dua-dua kawasan nie tak jauh dengan projek pembinaan Jambatan bengkok/lurus tu.

Sebagai orang Johor, biar aku berterus-terang.... aku nak jambatan tu samaada bengkok mahupun lurus.

Jangan perbodohkan diri untuk membuat apa juga keputusan berdasarkan perbincangan dengan Singapura. Pergi mampos dengan diaorang.

Apa yang kerajaan patut buat adalah teruskan projek terbengkalai tersebut. Tq

amirhamzah64 said...

salam amieieda,

Siapa pemimpin tu? hehehe. Barang yang lepas usah dikenang. kalau dikenang merana la diri.

Kita perlu fikir masa akan datang dan sokong jika kerajaan setuju untuk kaji semula jambatan yang akan menggantikan tambak.

Insyaalah kerajaan akan mengambil langkah positif sesuai dengan kehendak rakyat Johor dan Johor Bahru.

amirhamzah64 said...

salam Sahabat-Gunung.

Cara saudara mungkin agak provikasi tetapi realiti sebenarnya ianya masih perlu rundingan antara ke dua buah negara tanpa syarat.

Pasir dan Ruang udara bukan galang ganti kepada jambatan. Jambatan adalah untuk kepentingan bersama kerana kedua-duanya saling memerlukan.

zedmagel said...

Bro Amir,

Edaran penerbitan dari Jabatan kerjaan (yang saudara sebut tu) untuk makluman dan pengetahuan umum bagi meleraikan permasalahannya diwaktu itu saja.

Semasa mungkin berlainan,

Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Jika dah ada jambatan tiada lagi rakit,
Puteri menangis tiada terperi..

Tu le pasal jambatan dicadang supaya tidak diteruskan

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

Dari Semerah ke Seri Menanti,
Hendak mencari jarum peniti,
Orang Johor dah lama menanti,
Tambak uzur tidak berganti.