Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru Malaysia - Kabinet Rakyat



Berikut adalah Senarai kabinet Baru Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Putrajaya.



PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (UMNO)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)(Gerakan)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)(UMNO)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)(UMNO)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)(UMNO)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong (LDP)
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (UMNO)
3. Datuk S.K. Devamany (MIC)
4. Encik Ahmad Maslan (UMNO)
5. Encik T.Murugiah (PPP)

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak (UMNO)
MENTERI KEWANGAN II:Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung (MCA)
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin (UMNO)

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong (MCA)
2. Dr Mohd Puad Zarkashi (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat (MCA)
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO)
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew (SUPP-Serawak)

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok (Upko-Sabah)
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop (UMNO)
2. Jelaing anak Mersat (SPDP-Sarawak)

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum (PRS-Sarawak)
2. Senator Heng Seai Kie (MCA)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui (Supp-Sarawak)
Timbalan:
Noriah Kasnon (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek (UMNO)
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun (PRS-Sarawak)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung (MCA)
2. Datuk Saifuddin Abdullah (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir (UMNO)
2. Datuk Jacob Dungau Sagan (SPDP-Sarawak)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili (PBS-Sabah)
Timbalan:
Fadillah Yusof (PPB-Sarawak)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas (PPB-Sarawak)
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS-Sabah)

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen (MCA)
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (PBB-Sarawak)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum (UMNO)
2. Datuk Rohani Abdul Karim (PBB-Sarawak)

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (UMNO)

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor (UMNO)
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng (Supp-Sarawak)

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai (MCA)
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek (UMNO)
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim (UMNO)
2. Wee Jeck Seng (MCA)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam (MIC)
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan)

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha (MCA)
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin (UMNO)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil (UMNO)
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun (MCA)

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman (UMNO)
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay (Gerakan)
2. Datuk Lee Chee Leong (MCA)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (UMNO)
Timbalan:
Datuk M.Saravanan (MIC)

MENTERI YANG DIGUGURKAN :

Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Tan Sri Amirsham A Aziz
Datuk Azalina Othman
Datuk Seri Syed Hamid Albar
Datuk Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Zin Mohamed
Datuk Shahrir Samad
Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

KETUA PEMUDA UMNO MENANG TAPI TIDAK TERPILIH:
Khairi Jamaluddin bin Abu Bakar

TURUT TIDAK TERPILIH :
AHLI PARLIMEN PARIT SULONG (BEKAS TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA)
Datuk Noraini Ahmad - Huhuhu.........

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Dato' Noraini tidak dipilih? Memang telah dijangkakan. Sedang sakit ni, eloklah dia berehat. Prestasinya pun bukan baik pun. Tugas puteri melampaui tugas timbalan menteri. Telah ada sungutan dari akar umbi di kawasannya. Tambah dengan kerenah wakil2nya di bahagian... Mungkin, masa "bercuti" ini membolehkannya bermuhasabah diri sebentar.
Dato' Hishamudin ssbagai Menteri Dalam negeri? Hmmmm, satu kejutan. Kita lihat saja prestasinya 6 bulan mendatang ni. Kalau masih setaraf macam ketika menjadi Menteri pelajaran, harap DSN tukar kementeriannya.
Tan Sri Muhyidin sebagai Menteri Pelajaran juga satu kejutan. Mungkin sebagai tradisi bakal PM kena pegang jawatan itu. Harap dapat memberi satu suntikan kepada para guru sebagaimana DSN dahulu memegang jawatan menteri pelajaran.
Tapi, apa yang lebih menggembirakan ialah pemilihan Dato Mukhriz sebagai Timbalan Menteri. Sambutan baik dari akar umbi. Ternyata DSN mengambil berat kehendak akar umbi berdasarkan apa yang berlaku semasa PAU Pemuda tempohari. Puak 304 gigit jari ler..

amirhamzah64 said...

Salam bro,

Takziah untuk Noraini dan selamat berehat.

Tahniah untuk Fuad Jarkashi.

Tahniah juga kepada cekodokmasin yang dapat menteri baru.

zedmagel said...

KABINET BARI, KABINET RAKYAT,

INI BARU PERCUBAAN BAGI MENTERI BARU, BAGI MENTERI YANG DAH BERPENGALAMA TIDAK ADA MASALAH SANGAT. DINASIHATKAN BAGI MENTERI-MENTERI BARU SEKALI JADI MENTERI, KALAU MEMANG TAK BERDAYA LETAK AJE JAWATAN. JANGANLAH KITA TAK BOLEH DIBOLEHKAN JUGA, HANCUR PARTI DAN NEGARA.

JIKA FIKIR KITA BOLEH JADI MENTERI TERUSLAH PEGANG JAWATAN TU DAN BUKTIKANLAH.

SALAM KEPADA SEMUA PAK MENTERI ISLAM, JADILAH MENTERI YANG MEMBERI FAEDAH KEPADA AGAMA DAN NEGARA.

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel.

Kata orang menulis dengan huruf besar ni macam meninggikan suara. Katanya itulah etika menulis.hehehe

Jangan risau bro, Najib akan pantau sentiasa. Lagi pun,cadangan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI yang berdasarkan input dan hasil akan direalisasikan . Ianya satu 'report card' untuk para menteri yang diberi tanggungjawab. Tetapi harus diingat rakyat mempunyai petunjuknya sendiri yang bukan sahaja ditujukan kepada menteri-menteri tetapi termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Bagi pihak kerajaan pula saya cadangkan supaya diadakan atau dikemaskinikan lagi Petunjuk Kepercayaan Rakyat kepada pemerintah.

zedmagel said...

Bro Amir,

Memang pun nada tinggi yang saya bayangkan. Takut report card tinggal report card sahaja. Ini cerita lama lah bro....

amirhamzah64 said...

salam bro zedmagel,

bernada tinggi tetapi jangan menengking......