Saturday, April 4, 2009

Ramalan : Nizar Menang Di Bukit Gantang !



Ramalan saya Nizar Jamaluddin melalui Pakatan Rakyat akan memenangi siri Pilihanraya kecil yang ke 3 selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, 7hb April ini bagi Pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang dengan slogan 'Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat'

Berdasarkan laporan-laporan yang boleh dipercayai termasuk rakan-rakan yang bertugas mendapati tanggapan terhadap BN agak negatif. Sehingga menjelang saat akhir sebelum tamat tempoh berkempen 12.00 tengahmalam tadi, BN hanya menguasai 48% hati dan jiwa pengundi di Bukit Gantang. Hebat! Sengit! Sehingga kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun tidak memberi sebarang perubahan drastik terhadap tanggapan dan persepsi pengundi-pengundi.



Bagi pengundi-pengundi Melayu khususnya penyokong PAS dan PKR, Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah. Auranya sebagai MB masih menyinar disamping rasa simpati terhadap Nizar yang ditekan, diserang, dihina hampir setiap hari sejak bermulanya krisis politik Perak baik di media baru atau media-media massa pro kerajaan.

Nizar dalam kempennya di Bukit Gantang menyatakan Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang (PRK) adalah pilihanraya untuk seluruh rakyat Malaysia kerana ia merupakan satu pungutan suara atau ‘referendum’ rakyat negeri Perak. Katanya masyarakat Malaysia harus menghormati sistem Pengasingan Kuasa, Raja Perberlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sebagaimana yang termaktub dalam perlembagan Malaysia.Kenyataannya merujuk kepada 'rampasan kuasa' yang menyebabkan beliau kehilangan kuasa sebagai Menteri Besar.



Bagi pengundi-pengundi bukan Melayu yang kebanyakannya bukan peniaga dan mereka pekebun kecil, nelayan dan petani kelihatan lebih yakin dengan Nizar yang telah pun memberi hak milik tanah di Kampung-Kampung Baru selama 999 tahun. Nikmat begini jangan mimpi lah mereka dapat perolehi daripada Kerajaan BN. Projek-projek Mee Segera BN hanya dilihat sebagai rasuah dan meyakinkan lagi bahawa BN memang tidak boleh dipisahkan dengan amalan korupsi. Oleh itu pengundi-pengundi Cina dan India akan melihat Nizar sebagai pembela rakyat Malaysia. Hanya dengan memberi kerusi ini kepada Pakatan Rakyat hasrat dan impian mereka yang kelam akan bersinar semula.

Barisan Saf baru kepimpinan UMNO juga dipandang enteng oleh keseluruhan pengundi. Tanggapan kaitan pembunuhan Antantuya dengan Perdana Menteri baru masih berkumandang di bumi Bukit Gantang. Pemilihan kepimpinan UMNO baru-baru ini masih gagal untuk membersihkan parti itu daripada amalan rasuah dan salahguna kuasa. Pembebasan 13 tahanan ISA dianggap umpan dan ada udang disebalik batu termasuklah penarikan balik permit penerbitan akhbar pihak pembangkang.



Pendek kata, apa sahaja yang dibuat oleh BN serba tidak kena. Nampaknya kesan tsunami politik 8 Mac 2008 dan kekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih tidak kebah-kebah. Sebagai pendokong amalan demokrasi kita serahkan kepada pengundi Melayu 63.51% berjumlah 35,287 pengundi (2) – Cina 27.28% berjumlah 15,157 pengundi dan (3) – India 9.21% berjumlah 5,117 pengundi.

Akhirnya dengan sokongan undi Melayu 50-50 dan sokongan padu daripada pengundi Cina
(58%)dan India (53%) yang disokong kuat oleh DAP dan PKR saya menjangkakan Nizar akan menang dengan majoriti 2+++ undi. Ini adalah berdasarkan jumlah yang keluar mengundi 80% daripada jumlah pengundi berdaftar.



Kalau ditakdirkan keputusan adalah sebaliknya saya pohon maaf atas kesilapan perkiraan dangkal saya ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

3 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

zedmagel said...

Bro Amir,

Tahniah ramalan saudara, boleh dikatakan tepat dan mengena. Saya secara peribadi menghormati kehendak pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

What you want, it's what you get...!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

ramalan dibuat berdasarkan maklumat yang baik jugak. Terima kasih bro kerana memberi maklumat terkini di Bukit gantang tempoh hari.